Sejarah Sek Keb Menora

  • Uploaded by: zahidan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Sek Keb Menora as PDF for free.

More details

  • Words: 549
  • Pages: 1
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN MENORA, KUALA KANGSAR, PERAK. Pada mula sekolah ini bernama Sekolah Melayu Menora. Ini adalah mengikut nama tempat sekolah ini didirikan. Mengikut cerita pada masa dahulu orang Kedah datang melanggar Negeri Perak ini dengan hasutan Raja Siam. Orang Siam ada bersama-sama dalam peperangan itu. Mereka berhenti rehat di kampung ini. Selama mereka berada di kampung ini mereka mengadakan permainan MENORA. Dari permainan mereka itu maka jadilah nama kampung ini sebagai KAMPUNG MENORA hingga sekarang. Dalam tahun 1908 penduduk Kampung Menora dan kampung-kampung yang berhampiran mulai bertambah ramai. Waktu itu kampung ini belum didirikan sebarang sekolah. Jadi anak-anak kampung ini dan kampung-kampung yang berhampiran terbiar begitu sahaja. Ini tidak menyenangkan hati ibu bapa di kampung ini. Ketua Kampung waktu itu bernama Kulop Abdul Rahman berjumpa dengan Dato’ Penghulu Mukim Sayong bernama Daud mengadukan perihal kehendak penduduk kampung. Dato’ Penghulu bersetuju memberikan tanahnya Lot 3670 di Kampung Menora untuk dijadikan tapak bangunan sekolah ini. Salah seorang penduduk kampung ini bernama Ngah Abdullah telah ditugaskan bertemu Tuan Nazir Sekolah-sekolah Perak di Taiping untuk menerangkan kehendak penduduk kampung ini. Tuan Nazir telah bersetuju atas permintaan penduduk kampung ini dengan syarat penduduk kampung ini mestilah menyediakan tapak sekolah dan bangunan sekolah. Manakala pihak pejabat menyediakan peralatan sekolah. Pada 16hb. April 1909 sekolah ini dibuka dengan tiga puluh satu orang murid dan seorang guru bernama Alang Kulup yang bergelar Cikgu Haji Abu Bakar. Cikgu ini berasal dari Kampung Bendang Kering. Sekolah yang didirikan oleh Penduduk Kampung ini diperbuat dari kayu bulat, berdindingkan daun songsang dan beratapkan daun sonsang. Murid-murid yang belajar di sekolah ini datang dari Kampung Menora, Kg Kubang Pekan, Kg Kelebor, Kg Buaya, Kg Aurduri dan Kg Rambai Tujuh. Murid-murid yang belajar itu dari darjah satu hingga darjah lima. Pada tahun 1917 terbina sebuah bangunan sekolah dan sebuah rumah guru yang diperuntukkan oleh Kerajaan. Rumah dan bangunan ini berlantaikan papan, berdindingkan tepas bertam dan beratapkan papan. Catnya berwarna putih dan hitam. Awal tahun 1949 jumlah murid meningkat 99 orang. Ini bermakna bangunan tambahan terpaksa dibina bagi menampung keperluan murid-murid tersebut. Guru Besar Cikgu Ahmad bin Jalaluddin ketika itu bersetuju membina bangunan tambahan secara bergotong-royong. Pada 18 September 1949 bangunan tambahan itu dirasmikan oleh YAM Raja Perempuan Perak. Bangunan ini di perbuat daripada kayu bulat, berlantaikan simen, berdindingkan papan dan beratapkan bertam. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 sekolah bertukar nama kepada Sekolah Umum Menora. Pada 24 Februari 1960 sekali lagi penduduk kampung bergotong-royong membina bangunan tambahan yang diperbuat daripada kayu, berdindingkan papan, berlantaikan tanah dan beratapkan rumbia. Memandangkan bangunan tambahan yang didirikan oleh penduduk terlalu uzur maka ahli lembaga pengurus sekolah membuat satu rombongan bertemu Menteri Besar Perak iaitu Dato’ Shaari. Rombongan ini didokong oleh Wakil Rakyat Senggang iaitu En. Md. Kassim bin Haji Din. Rombongan ini bertujuan memohon bangunan baru bagi mengantikan bangunan yang terlalu uzur itu. Pada tahun 1964 bangunan yang dipohon itu berjaya terbina dengan empat bilik darjah. Pada 18 November 1965 bangunan ini dirasmikan oleh Md. Khir Johari yang ketika itu menjadi Menteri Pelajaran Malaysia. Sejak tahun 1959 sekolah ini mempunyai darjah enam. Ini bermakna sejak itu murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Rambai Tujuh belajar dalam darjah enam di sekolah ini. Pada tahun 1971 jumlah murid meningkat kepada seratus sembilan puluh orang dan lapan orang guru. Maklumat hasi kajian Prof. Dr Zainal Abidan Abd Aziz http://sekolahmenora.wordpress.com

6

Related Documents

Sejarah Sek Keb Menora
June 2020 22
Pamplet Sejarah Sek
June 2020 8
Sek
December 2019 32
Sek Bestari
June 2020 20
Teori Keb Nakes.docx
June 2020 11

More Documents from "Nur iffani"