Pamplet Sejarah Sek

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pamplet Sejarah Sek as PDF for free.

More details

  • Words: 658
  • Pages: 2
Pada tahun 1988, kemudahan fizikal sekolah ini telah bertambah dengan terbinanya 3 buah bilik darjah dan 4 unit rumah guru di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang. Bangunan bilik darjah itu telah dibina secara bergotong-royong oleh pihak P.I.B.G. sekolah ini.

Bangunan tiga buah bilik darjah ini telah dibina secara gotongroyong oleh P.I.B.G. Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang pada tahun 1988.

Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang terus mendapat beberapa bangunan tambah bagi menampung keperluan pembelajaran ke arah sekolah bestari. Pada 2008 sekolah telah mendapat 1 blok bangunan tambahan 4 tingkat,tetapi agak mendukacitakan pembinaannya masih terbengkalai.

SEJARAH Sek.Keb.Hutan Melintang 36400 Hutan Melintang,Perak.

Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang yang telah siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2002.

Mulai bulan November 1990, Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang bangunannya dibina di dalam kawasan sekolah ini telah memulakan operasinya.

“Pembestarian Sekolah Pemangkin Kegemilangan”

Blok tambahan ini dibina sekitar tahun 2004 dan menempatkan kelas Tunas dan tahun dua.

KOD SEK : ABA 5035 NO.TEL : 05-6412889 NO.FAX : 06-6412889 EMAIL : [email protected],my BLOG : skhutanmelintang.blogspot,com

SENARIO SEKOLAH

Pusat Kegiatan Guru (PKG) Hutan Melintang yang terletak di dalam kawasan sekolah ini.

Kelas prasekolah ditempatkan di bangunan ini yang telah dibina pada tahun 2005.

KELUASAN : 3.605 HEKTAR LOKASI : 20.5 KM DARI PPD H.P BIL GURU : 26 ORANG BIL B/GURU :10 ORANG BIL MURID :265 ORANG

Sekolah. Kebangsaan. Hutan Melintang pada asalnya dikenali sebagai Sekolah Melayu Hutan Melintang. Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1907 di sebuah kawasan yang berhampiran dengan Tanah Perkuburan Islam dan Pusat Kesihatan Kecil Hutan Melintang.

Pada tahun 1984, pihak kerajaan telah meluluskan pembinaan Projek Gantian yang mengandungi 8 buah bilik darjah,sebuah pejabat, sebuah bilik guru besar, sebuah pusat sumber, bilik sembahyang, 4 buah stor, bilik serbaguna, kantin dan padang. Sementara menunggu Projek Gantian ini siap sepenuhnya, warga Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang telah menumpang bangunan Sekolah Agama Rakyat Batu 12, Hutan Melintang yang letaknya kira-kira satu kilometer dari tapak sekolah ini. Pada 31 Julai 1986, Y.A.B. Dato’ Seri Ramli bin Ngah Talib, Menteri Besar Perak telah menyempurnakan perasmian bangunan baru Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang.

Bangunan asal sekolah ini hanya berukuran 320 kaki persegi.Bangunan yang dibina secara bergotongroyong ini beratapkan nipah, berdindingkan buluh dan berlantaikan nibung. Pada ketika itu, sekolah ini mempunyai dua orang guru dan tiga puluh orang murid. Pada tahun 1915, Sekolah Melayu Hutan Melintang telah dipindahkan ke tapak yang ada sekarang ini. Bangunan asalnya hanyalah sebuah bangunan sekolah dan sebuah rumah guru besar yang didirikan menghadap ke arah Sungai Jenderata.

Bangunan tambahan yang beratapkan nipah terletak di bahagian belakang bangunan asal Sekolah Melayu Hutan Melintang

Beberapa tahun kemudian, iaitu dalam tahun 1951, pihak kerajaan British telah mendirikan sebuah bangunan baru khas untuk pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris Walau bagaimanapun, selepas sekolah Inggeris dibuka di Sungai Sumun, murid-murid yang mengikuti aliran Inggeris bertukar ke sekolah tersebut.Oleh sebab itu, bangunan khas tersebut kini boleh digunakan oleh semua murid Sekolah Melayu Hutan Melintang.. Enrolmen murid pada tahun 1955 ialah seramai seratus empat puluh orang manakala tenaga pengajarnya berjumlah lapan orang.

Guru-guru dan penduduk tempatan bergambar kenangan dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar ( duduk tiga dari kanan ) di hadapan bangunan asal Sekolah Melayu Hutan Melintang.

Dalam tahun 1949, sebuah bangunan tambahan telah dibina di kawasan sekolah ini.Bangunan tersebut merupakan sebuah bangunan yang hanya berlantaikan tanah, beratapkan nipah dan berdindingkan kayu. Pada masa itu, enrolmen murid ialah seramai enam puluh empat orang.

Dalam bulan Julai 1977, pihak pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang ( dahulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Hutan Melintang ) telah menyampaikan satu memorandum kepada Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu bagi merayu agar pihak kerajaan meluluskan projek pembinaan bangunan baru. Ini adalah kerana keadaan fizikal dan kemudahan prasarana untuk murid-murid pada ketika itu serba kekurangan.

Bangunan Sekolah Agama Rakyat Batu 12, Hutan Melintang yang menjadi tempat menumpang warga Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang sementara menunggu pembinaan bangunan baru siap sepenuhnya.

Bangunan baru Sekolah Kebangsaan Hutan Melintang yang telah siap dibina pada tahun 1985.

Related Documents

Pamplet Sejarah Sek
June 2020 8
Sejarah Sek Keb Menora
June 2020 22
Pamplet
April 2020 47
Sek
December 2019 32
Pamplet Kompang
May 2020 33
Pamplet Efisien
May 2020 32