PENDAHULUAN Malaysia yang wujud pada hari ini mempunyai sejarah pembentukan yang panjang lebar. Pada peringkat awal, ia dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya. Setelah mencapai kemerdekaan, Parti Perikatan yang memerintah Tanah Melayu mendapati keadaan politik yang tidak tenteram di negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Justeru, Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei. Idea penbentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan, Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman di Singapura. Cadangan pertama dikemukakan pada tahun 1887 oleh Lord Brassey, iaitu Pengarah
Syarikat
Borneo
Utara.
Beliau
mencadangkan
agar
Kerajaan
British
menggabungkan Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1948 pula Sir Malcolm MacDonald yang merupakan Gabenor Jeneral Asia Tenggara (1949 – 1952), mencadangkan supaya Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan. Pada tahun 1956, Dato’ Onn
Ja’afar
mencadangkan
dinamai Malaysia kerana
agar
menurut
Persekutuan
beliau
pada
Tanah suatu
Melayu
masa
nanti
yang
merdeka
British
akan
menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, terdapat juga cadangan daripada pemimpin Singapura, iaitu Lim Yew Hock, diikuti oleh David Marshall pada tahun 1955 dan kemudiannya oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1959. Lee Kuan Yew telah mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul, Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Idea ini sama sekali tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah menyetujui gagasan Malaysia dan mencadangkan pembentukannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura. Beliau menyuarakan harapannya supaya negara Malaysia dapat dibentuk bagi menjamin satu kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini. Dengan ini kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial dapat diwujudkan. Menurut beliau lagi, pembentukan negara Malaysia memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan. Cadangan pembentukan Malaysia yang diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman di Singapura telah menimbulkan pelbagai reaksi di dalam negeri dan di kalangan negara luar. Pada keseluruhannya, rakyat Persekutuan Tanah Melayu melihat persekutuan Malaysia sebagai usaha murni untuk membantu dan memimpin negeri-negeri anggota. Pengalaman Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang telah merdeka menjadi aset yang boleh 1
digunakan untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan. Kebanyakan parti politik Persekutuan Tanah Melayu menyokong idea ini tetapi terdapat perbezaan pendapat tentang pelaksanaannya. Contohnya, Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta supaya idea ini dirundingkan terlebih dahulu di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu manakala UMNO menyetujui penggabungan dengan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa Singapura. Reaksi segera yang timbul di Sarawak dan Sabah selepas cadangan pembentukan Malaysia diumumkan adalah ke arah menolak cadangan ini. Kesemua parti politik di Sarawak ini akhirnya menyokong Sarawak menyertai Malaysia walaupun pada Peringkat awalnya mereka menentang kerana mereka menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu.
KEWAJARAN PEMBENTUKAN MALAYSIA Cadangan ini membawa maksud perlunya kerjasama antara penduduk wilayah-wilayah terbabit untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan British dalam menjayakan pembentukan gagasan politik baru di Asia Tenggara. Oleh itu, tindakan kerajaan British adalah wajar kerana ia merupakan salah satu langkah untuk memerdekakan Sabah dan Sarawak daripada ancaman komunis walaupun Tanah Melayu telah dimerdekakan pada tahun 1957. Tindakan British telah berjaya berdasarkan faktor-faktor yang relevan terhadap pembentukan Malaysia.
Mengelakkan ancaman dan Pengaruh Komunis
Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
Membela masyarakat bumiputera di Sabah Dan Sarawak.
Perkongsian faedah ekonomi
Menjaga kepentingan dan hak kaum Bumiputera
Rajah 1 : Tindakan British berjaya berdasarkan faktor-faktor yang relevan terhadap Pembentukan Malaysia.
2
Faktor pertama ialah mengelakkan ancam dan pengaruh komunis di Singapura, Sabah dan Sarawak. Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil. Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura. Pengaruh komunis yang aktif sejak tahun 1950-an telah merebak ke Sarawak. Misalnya, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut dan Persatuan Belia Sarawak dipengaruhioleh anasir-anasir komunis. Mereka telah dihasut untuk menentang British. Selain itu, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) juga telah terpengaruh dengan ideologi komunisme. Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, Tunku berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis daripada merebak di Singapura.1 Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, sabah dan Sarawak dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh lebih kurang dua tahun. Kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan untuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahanya. Namun Sabah dan Sarawak merupakan wilayah jajahan British yang belum bersedia untuk merdeka kerana suasana ekonomi dan politiknya yang kurang memuaskan. Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia akan mempercepatkan lagi kemerdekaan kedua-dua negeri ini. Selain itu, pemberian kemerdekaan yang lebih cepat akan mengelakkan penyebaran ideologi komunis. Ini kerana sekiranya kemerdekaan tidak diberikan dengan cepat, pihak British khuatir negara tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang. Di samping itu, terdapat juga pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia yang berminat terhadap Sabah, Sarawak dan Brunei. Natijahnya, tindakan British adalah wajar kerana penyatuan Sabah dan Sarawak merupaka salah satu kekuatan kepada Malaysia dari segi ekonomi, sosial dan politik. Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan. Negara-negara anggota yang kaya dengan sumber
1 Ruslan Zainudin et. al.(2005), Kenegaraan Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd., hal 165.
3
ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Ini bermaksud Sabah dan Sarawak yang belum maju dari segi ekonomi akan dibantu oleh Tanah Melayu, Singapura dan Brunei. Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada negara-negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia. Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang oleh bangsa asing. Sebahagian besar penduduk pula terlibat dalam sektor pertanian dan penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3% sahaja. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia, Kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan keistimewaan Bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak dipegang oleh bangsa asing. Manakala penduduk peribumi hanya terlibat dalam sektor pertanian. Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga daif, infrastrukturnya masih bergantung pada sungai-sungai dan perjalanan udara. Adalah sukar untuk mewujudkan perhubungan darat secara besar-besaran. Selain itu, golongan Bumiputera di kedua-dua wilayah ini juga tidak mendapat layanan yang baik daripada kerajaan British manakala orang-orang luar yang datang ke wilayah ini diberi perhatian. Justeru, tahap pendidikan, penguasaan ekonomi, kadar celik huruf dan pengisian jawatan kerajaan lebih tinggi di kalangan orang luar. Kaum Bumiputera yang mempunyai pendidikan tinggi sangat sedikit dan faktor ini membataskan peluang mereka untuk menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan. Hal ini menunjukkan bahawa hak bumiputera dapat dipelihara melalui Perkara 20 semasa Pembentukan Malaysia. Menurut
Tunku
Abdul
Rahman,
gagasan
pembentukan
Malaysia
perlu
menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar. Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan 4
masyarakat Cina akan menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang Cina 36.9%.
2
Justeru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum
Bumiputera termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%. Ini bermaksud untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam, kemasukkan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar. Oleh itu, tindakan kerajaan British adalah sangat wajar kerana faktor-faktor pembentukan Malaysia telah memberi kebaikan kepada masyarakat dan dapat menjaga hak bumiputera supaya dapat menjadi negara yang aman dan harmoni. Pada awalnya, wujud banyak penentangan sehingga lahir bebrapa buah parti politik yang meluangkan penubuhan atas sentimen pro atau anti-Malaysia. Parti politik pertama di Sabah lahir pada bulan Ogos 1961 dengan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United National Kadazan Organization-UNKO) yang dipimpin oleh Donald Stephens.
Parti ini secara jelas menentang pembentukan Malaysia, malah mula
memperjuangkan kemerdekaan Sabah.
Pada bulan Jun 1962 Pasok Momogun
Kebangsaan Borneo Utara yang dipimpin oleh G.S. Sundang telah ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan Sabah. Hanya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United Sabah National Organization – USNO) yang dipimpin oleh Tun Mustapha Datu Harun sahaja yang menyokong idea penubuhan ini.3 Namun menjelang lewat tahun 1962 dan awal 1963, sebahagian besar penduduknya mula berubah fikiran setelah menerima penerengan mengenai pembentukan Malaysia. Parti Negara Sarawk (Sarawak United People’s Party – SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Sarawak National Party – SNAP) secara jelas menentang cadangan peggabungan ini. SUPP ditubuhkan pada 12 Jun 1959 dan dipimpin oleh Ong Kee Hui. Manakal SNAP diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan. Hanya Barisan Rakyat Jati Sarawak (Berjaya) sahaja yang menyokong cadangan tersebut. Penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia. PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini kerana mendapati partinya terancam dan kurang mendapat sambutan daripada rakyat Singapura sendiri. Sementara parti-parti lain seperti Parti Buruh Singapura bersetuju dari segi prinsip tetap menganggap sebagai suatu yang sukar untuk dilaksanakan.
Parti Rakyat Singapura juga menentang gagasan Malaysia kerana
berpendapat ia merupakan rancangan British untuk mengekalkan pengaruhnya.
2 Mardiana Nordin, Hasnah Hussiin, Pengajian Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2004, hal 65-67. 3 http://siangmalam46.blogspot.my/2014/10/bab-6-pembentukan-malaysia.html
5
KESIMPULAN Selepas pembentukan Malaysia, Lee Kuan Yew menegaskan bahawa walaupun Singapura bersetuju untuk menyertau Malaysia, namun hal-hal yang terkandung di dalam percantuman tersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat Singapura. Setelah dua tahun berada dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dengan Singapura mula retak. Banyak perselisihan mula timbul. Antara isu yang menjadi perdebatan hangat ialah soal ekonomi, parti dan perkauman. Antaranya ialah Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak
bersetuju
untuk
memajukan
sektor
perindustian
dan
perkilangan
bersama. Barang-barang yang dihasilkan akan digunakan dalam negeri dan bukannya untuk dieksport. Keuntungan ekonomi akan dikongsi bersama. Tetapi apabila Malaysia ditubuhkan tidak banyak kemajuan ekonomi dicapai. Ini telah menyebabkan Singapura berasa kecewa. Seterusnya, Parti Tindakn Rakyat cuba untuk untuk bertanding dengan Parti Perikatan. PAP cuba menarik perhatian orang Cina bahawa MCA tidak mampu untuk membangun dan memajukan orang Cina dan Singapura memperjuangkan persamaan hak dan melancarkan kempen ‘Malaysia untuk Orang Malaysia’. Singpura telah ,e,bentuk United Opposition Front yang kuat untuk memperjuangkan konsep persamaan hak dan Malaysia untuk Orang Malaysia. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman untuk meredakan keadaan, tetapi tidak berjaya. Akhirnya pada bulan Ogos 1965, Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia. Rancangan menubuhkan persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei akhirnya telah berjaya dilaksanakan pada 16 September 1963 tanpa kemasukan Brunei.
Namun Singapura telah keluar daripada
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1965. penubuhan Malaysia telah memberikan banyak faedah kepada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun, pembentukan Malaysia merupakan tindakan daripada kerajaan British tetapi ia telah membawa kebaikan kepada rakyat sehingga kini.
6