Catatan Refleksi Pertandingan Poster.docx

  • Uploaded by: Santhya Salvaraj
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Catatan Refleksi Pertandingan Poster.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 396
  • Pages: 4
CATATAN REFLEKSI ISU / PERKARA YANG DIFOKUS:

CERAMAH KEPENTINGAN KITAR SEMULA ANALSIS ISU / PERKARA YANG DIFOKUS: KEKUATAN: Kekuatan ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan tentang Kitar Semula seterusnya mempraktikkan langkah- langkah mengitar semula tersebut dalam kehidupan seharian. Walaupun isi pelajaran tentang kitar semula telah diajar dalam iklan, namun dengan adanya program ini, ia dapat menambahkan pengetahuan baharu yang belum dipelajari sebelum ini. Sebagai contohnya sebelum ini murid mengetahui tentang cara-cara kitar semula dan ilmu tentang bahan kitar semula. Melalui pogram ini, murid dapat mengetahui tentang kepentingan mengitar semula bahan kegunaan seharian. Kekuatan yang seterusnya ialah penceramah tiba tepat pada masanya sebelum sesi ceramah bermula dan ini membuatkan perjalanan program ceramah berjalan lancar. Kedatangan penceramah pada masa yang tepat menyebakan pengurusan tayangan slide dari penceramah diurus dengan baik. Selain itu, ketepatan masa ini membolehkan sesi ceramah bermula dan habis pada masa yang telah ditetapkan.Selain itu, penceramah juga dapat menyampaikan maklumat yang telah disediakan secara keseluruhan kepada murid-murid. Disamping itu,penceramah juga berpeluang untuk mengadakan sesi soal jawab bersama muridmurid. KELEMAHAN: Kelemahan yang pertama ialah keadaan tempat yang kurang kondusif dimana murid tidak selesa dengan tempat duduk. Hal ini disebabkan oleh bilangan murid yang agak banyak. Selain itu, cuaca yang panas menyebabkan murid hilang tumpuan terhadap ceramah yang dijalankan. Kelemahan yang kedua adalah kawalan kelas tidak memuaskan dimana kawalan murid di dewan tersebut menjadi kelam-kabut dan huru hara. Situasi ini menyebabkan penceramah mengalami sedikit masalah dalam menjalankan sesi ceramah seperti yang dirancang. Penceramah juga mengalami kesukaran dalam mengawal keadaan di dewan dan ia mengambil masa yang agak lama untuk mengawal keadaannya. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: Penambahbaikan yang pertama ialah melaksanakan program di tempat yang lebih selesa. Kami juga perlu memastikan tempat yang disediakan untuk ceramah tersebut sesuai dengan bilangan pelajar. Selain daripada berasa lebih selesa dan senang untuk dipantau, semua murid akan berpeluang mendapat pengetahuan dan pengisian yang sama. Penambahbaikan yang kedua ialah melantik jawatankuasa bagi kawalan murid dengan menambah bilangan guru yang memantau murid. Jumlah murid yang ramai memerlukan bilangan guru yang ramai untuk mengawal murid supaya suasana yang lebih tenang semasa program berlangsung dapat diwujudkan.

LAMPIRAN CERAMAH KEPENTINGAN KITAR SEMULA

Rajah 1 : Murid berkumpul di dewan sekolah.

Rajah 2 : Sesi soal jawab

Rajah 3 : Sesi soal jawab

Rajah 4 : Sesi soal jawab

Rajah 5 : Sesi ceramah telah berlangsung kepada murid-murid mahupun warga sekolah.

Rajah 6 : GPK Koku telah menyampaikan cenderhati kepada penceramah.

Related Documents

Refleksi
June 2020 35
Pertandingan
April 2020 33
Refleksi
June 2020 30
Pertandingan Futsal.docx
April 2020 34
Pertandingan Sifir.docx
November 2019 40

More Documents from "Anonymous b9XtqN2aRZ"