Sej

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sej as PDF for free.

More details

  • Words: 5,060
  • Pages: 12
Sejarah merupakan pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis. Teknologi baru seperti fotografi dan teks fail komputer juga digunakan untuk mengarkib sumber. Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia yang berkenaan catatan mengenai masyarakat lampau. Mereka yang mengkaji sejarah dikenali sebagai ahli sejarah atau pakar sejarah. Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan) dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih kerap digunakan, bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah. Sejarah dunia, menurut kebiasaan, adalah sejarah manusia, dari kemunculan Homo sapiens sehingga masa kini. Sejarah manusia ditanda oleh kedua-dua jumpaan dan ciptaan secara beransur-ansur, dan juga lompatan kuantum (quantum leap) — anjakan paradigma, dan revolusi — yang merangkumi mercu tanda dalam evolusi kerohanian dan duniawi kemanusiaan. Sejarah manusia, berbanding dengan pra sejarah, pada masa lalu dikatakan bermula dengan ciptaan, secara bebas dibeberapa tapak di bumi, tulisan, yang menjadi infrastruktur bagi penyebaran ingatan yang berterusan dan tepat dan dengan itu penting bagi penyebaran dan perkembangan pengetahuaan.[1] Tulisan, sebaliknya, menjadi perlu dengan gelombang Revolusi Neolitik / Revolusi Pertanian, yang telah memberikan kebangkitan tamadun, contoh. masyarakat yang menetap secara tetap, yang mendorong peningkatan kepelbagaian perdagangan. Habitat manusia yang bertaburan, berpusat sekitar punca air penting bagi kehidupan — sungai dan tasik — berkembang dengan masa kepada unit lebih besar, selaras dengan perkembangan kaedah pengangkutan yang lebih baik. Proses perkembangan ini, digalakkan oleh persaingan dan pertelingkahan antara masyarakat yang berjiran, semakin berkembang merentasi alaf kepada negara lebih besar, dan kemudiannya negara super atau empayar. Di Eropah, kejatuhan Empayar Rom Barat (476) biasanya dikatakan sebagai menandakan akhirnya sejarah silam dan permulaan Zaman Pertengahan. Seribu tahun semudian, pada pertengahan abad ke-15, ciptaan Johannes Gutenberg bagi percetakan moden, menggunakan jenis boleh gerak, merevolusi perhubungan, membantu mengakhiri Zaman Pertengahan dan membawa masuk zaman moden, Renaissance dan Revolusi Saintifik. Menjelang abad ke-18, himpunan pengetahuan dan teknologi, terutamanya di Eropah, telah sampai tahap kritikal yang mencetuskan kehadiran Revolusi Perindustrian. Lebih suku-alaf sejak itu, perkembangan pengetahuan, teknologi, perdagangan, dan — bersamanya — potensi kemusnahan akibat perang telah meningkat berganda secara geometri mencipta peluang dan bahaya yang kini mengancam masyarakat manusia yang tinggal bersama di planet ini

Portal Sejarah

Sejarah ialah penafsiran dari peristiwa lepas, masyarakat dan tamadun. Istilah sejarah berasal dari Greek historia (ἱστορία), "suatu akaun dari selidikan seorang," dan berkongsi yakni etimologi dengan kata Inggeris story. 1911 Encyclopædia Britannica menyatakan yakni "sejarah dari akal lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan

manusia, tetapi yang dari dunia semulajadi juga. Ia segala-galanya yang mengalami perubahan; dan laksana sains moden telah menunjukkan yaknii tiada yang mutlaknya statik, oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya." "Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu." —Harry S Truman "Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya." —John W. Gardner "Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas." —Norman Cousins

Sejarah merupakan koleksi maklumat ataupun fakta masa lalu. Apabila digunakan sebagai nama bidang pengajian, sejarah merujuk kepada penyelidikan dan tafsiran rekod-rekod masyarakat manusia. Istilah "sejarah" berasal daripada bahasa Greek, "ιστορία" ("pemerian penyelidikan"), dan mempunyai etimologi yang sama dengan perkataan bahasa Inggeris, "cerita" (story). Ensiklopedia Britannica 1911 mengatakan bahawa "dari segi am, sejarah adalah kesemua yang terjadi, bukan sahaja mengenai fenomena terhadap hidup manusia, bahkan juga dengan alam semula jadi. Ia merangkumi segala yang mengalami perubahan, dan sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh sains moden, kesemua alam semesta dan setiap bahagiannya mempunyai sejarah masing-masing kerana tiada sesuatu yang benar-benar tidak berubah-ubah." Sejarah Malaysia boleh dikatakan bermula semenjak zaman Greek lagi di mana Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Golden Chersonese (Semenanjung Emas) oleh Claudius Ptolemaeus (Greek: Κλαύδιος Πτολεμαῖος; sekitar. 90 – sekitar. 168), yang juga dikenali sebagai Ptolemy, pakar kaji bintang, ilmu alam dan astrologi zaman Greek yang menetap di Mesir.

Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial. Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka. Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu. Negara (Bahasa Inggeris: State; Bahasa Perancis: Etat) adalah satu komuniti politik tersusun yang menakluki sesuatu kawasan dan mempunyai kedaulatan luaran dan dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap penggunaan kekerasan yang difikirkan wajar.

Ia tidak perlu untuk mempunyai satu kerajaan yang tersusun untuk wujud. Dalam sejarah sendiri terdapat ramai kisah negara-negara yang mempunyai kelompok-kelompok puak yang mempertikaikan kerajaan seperti Republik China pada tahun 1912, akan tetapi negara berkenaan tidak pula berhenti kewujudannya. Maka, satu kerajaan tidak perlu untuk satu negara, asalkan kewujudannya diiktiraf komuniti dunia. Pengiktirafan ini juga memberikan sesebuah negara hak untuk memasuki perjanjian dengan negara lain pada peringkat antarabangsa. Walaupun kewujudan satu kerajaan tidak perlu untuk negara, negara tetap memerlukan kerajaan untuk mengawal hal ehwal dalamannya Perkataan negara dalam maksud terkini biasanya merujuk kepada konsep yang lahir hasil Triti Wesphalia pada tahun 1648 yang memperkenalkan konsep moden negara nation-state (negara bangsa), berbanding negara empire-state (negara empayar) yang kuno. Contohnya, Persekutuan Malaysia dan Turki yang wujud sebagai nation-state pada hari ini berbanding empire-state empayar Melaka dan Turki Uthmanniyah yang kuno. Negara daripada aspek politik state biasanya digunakan dalam bidang sains politik. Max Weber dalam buku "Politik sebagai vokasi" (Politics as a vocation) (1918) memberi definasi Negara yang paling kerap digunakan dalam teori-teori politik masa kini. Mengikut Weber, "Setiap negara wujud hasil penggunaan kekerasan [...] Jika tiadanya institusi sosial ganas wujud, konsep 'negara' tidak membawa maksud dan satu keadaan yang diberi nama 'anarki' akan timbul. Maka, negara adalah "satu komuniti manusia yang dengan jayanya mendapat pengiktirafan penggunaan kekerasan dalam satu kawasan." Dalam definasi ini dia mencerminkan pendapat ahli falsafah Thomas Hobbes yang mengatakan penguakuasaan Leviathan akan mencegah kematian yang ganas. Weber: "Negara adalah satu-satunya sumber 'hak' menggunakan kekerasan". [1] Definasi yang diberi Weber adalah penting kerana dia memperkenalkan usul yang negaralah satu-satunya bentuk penggunaan kuasa yang sah. Dalam maksud itu, kuasa, yang berlawanan dengan umpamanya keganasan, organisasi, penagihan dan atribusi lainan adalah konsep penting yang dikaitkan dengan negara dalam politik sains terkini. (Lihat seminal Peter Evans, Theda Skocpol, Dietrich Rueschemeyer, eds., Bringing the State Back in, Cambridge University Press, 1985). Dalam pada itu, sesetengah cendakiawan mempertikaikan kuasa negara. Errico Malatesta, satu ahli anarki terkenal, menulis "Ahli anarki secara amnya menggunakan perkataan "Negara" untuk merujuk kesemua institusi politik, perundangan, kehakiman, ketenteraan, kewangan dll. yang dikawal sendirinya dan ditadbir oleh kelakuan sendiri sesetengah individu tertentu dan mempunyai kepercayaan ramai untuk menjaga keselamatan mereka, dan perlaksaan ini, secara terangan atau tersembunyi, memaksa orang ramai menghormatinya dengan itu menggunakan penguatkuasaan kolektif komuniti ke arah ini" Lainnya mengritik atribusi lain negara moden seperti autonominya atau kedaulatannya. Dalam teori satu negara adalah entiti yang mempunyai autonomi luas dalam hal ehwal ekonomi dan sosial dalamannya dan bebas daripada pengaruh negara dan kuasa lain. Akan tetapi beberapa komentasi kini mengatakan bahawa kita kian kehilangan keadaan ini dalam sistem antarabangsa dan merujuk kepada perubahan sifat ekonomi, budaya, politik dan teknologi seperdi fenomena globalisasi dan kewujudan entiti-entiti supranasional seperti Kesatuan Eropah. Lihat Kenichi Omahe, The end of the nation state, 1996). Nama state dalam Bahasa Inggeris juga digunakan untuk merujuk kepada pembahagian politik subnasional dalam satu sistem persekutuan, sebagaimana

yang diamalkan di Malaysia. Dalam Bahasa Melayu, istilah ini mempunyai nama lain iaitu negeri. Lihat Negeri, Negeri (undang-undang) dan Persekutuan. Dalam pengunaan harian Bahasa Inggeris nama country, nation dan state digunakan secara kasual sebagai sinonim, tetapi definasi betulnya adalah: •

country adalah kawasan geografi.



nation adalah budaya atau bangsa (tetapi national dan international mempunyai maksud yang mengelirukan dengan merujuk kepada perkaraperkara yang menjadi hal ehwal states, seperti "national capital" dan "international law". Masalah ini tidak wujud dalam Bahasa Melayu dengan penggunaan perkataan "kebangsaan" dan "antarabangsa" berdasarkan perkataan "bangsa" merujuk secara betulnya kepada konsep negara secara bangsa dan budaya.)



state merujuk kepada kerajaan dan entiti dalam undang-undang antarabangsa.



Dalam Bahasa Melayu, tiada perkataan khas untuk negara dalam tiga aspek ini. Hakikatnya penutur Melayu menganggap nation dan country sebagai negara dan perkataan state difahami sebagai negeri kerana penutur Bahasa Melayu secara majoritinya tinggal di negara Malaysia yang mengamalkan persekutuan. Oleh itu, berlakunya kekeliruan akan maksud sebenar nation, country dan state di kalangan mereka.

Kini, kawasan tanah permukaan Bumi dibahagikan antara kira-kira lebih 200 negara yang wujud sekarang, dengan benua Antartika menjadi kes khas dimana negara tidak memerintah tanahnya. Terdapat juga kawasan dimana kuasa negara wujud secara teori, tetapi tidak dalam realiti, seperti negara Somalia. Lihat Negara gagal. Meskipun perkataan nation (budaya), country (geografi) dan state (politik) dalam Bahasa Inggeris mempunyai maksud jelas, perkataan-perkataan ini dicampurkan maksudnya dalam penggunaan harian dan boleh diberikan definasi-definasi lain yang mengelirukan. Sebagai contoh Cornwall dikira oleh sesetengah pihak sebagai nation di England yang merupakan constituent country atau home nation United Kingdom. United Kingdom adalah state yang diiktiraf berdaulat oleh negara-negara lain juga boleh dirujuk sebagai country di mana penduduknya mempunyai nationality British. Terminologi juga boleh menjadi lebih kompleks apabila perkataan state digunakan oleh negara-negara yang mengunapakai pemerintahan berteraskan persekutuan dengan merujuk kepada negeri •

Dalam kebanyakan negara yang menggunakan Bahasa Inggeris, perkataaan state, nation dan country difahami dalam konteks tempatan dan tidak disalahertikan dalam konteks berkenaan. Tetapi apabila perkataan-perkataan ini digunakan untuk merujuk kepada harapan sesetengah bangsa untuk mendirikan negara sendiri di persada antarabangsa, penggunaannya mendatangkan kontroversi dan boleh menyebabkan salah faham.

[sunting] Etimologi

Dalam Bahasa Inggeris perkataan "state" berasal daripada konsep state atau takhta zaman silam dimana head of state (ketua negara) secara biasanya seorang raja, akan bersantai. Dengan proses metonimi, perkataan state merujuk kepada raja berkenaan dan kuasa yang dimilikinya, miskipun penggunaan pertama tidak lagi digunapakai. Satu bentuk sama adalah konsep kebolehan bangunan kerajaan mempunyai kebolehan mempunyai kuasa, seperti "The White House today released a statement..." ("Rumah Putih pada hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar...")

[sunting] Pembentukan sesebuah negara Pembentukan sesebah negara berkait rapat dengan kenaikan sesuatu tamadun. Pada zaman silam, manusia telah mengamalkan kehidupan secara nomad, iaitu sistem pindah tempat tinggal mengikut pemburuan yang dilakukan untuk mendapatkan makanan. Cara hidup itu bertukar pada sekitar tahun 9000 SM apabila kaedah-kaedah pertanian dan pembajakan tanah mula dicipta. Pengamalan kaedah-kaedah ini memerlukan manusia menetap di tanah yang diusahakan seumur hidup mereka. Dengan ini, perkara mengenai kawalan terhadap tanah buat pertama kalinya menjadi isu. Sebagai balasan terhadap perkembangan ini, pelbagai jenis hak memiliki tanah diperkenalkan, dengan manusia menuntut jenis milikan berlainan terhadap tanah beberapa kawasan. Ketidaksetujuan dan pertikaian mengenai sifat dan takat pemilikan tanah diantara mereka menjadi punca keganasan dan peperangan yang pertama. Dalam sesetengah tempat di dunia seperti Mesopotamia dan lembah sungai Nil, faktor keadaan semulajadi seperti kesuburan sesetengah tanah berbanding yang lain menyebabkan berlakunya konsentrasi milikan tanah dengan sesetengah orang tertentu sahaja dengan yang lainnya hanya mengusahakan tanah berkenaan. Kawalan terhadap ini juga bermaksud kawalan keatas orang yang hidupnya bergantung kepada tanah berkenaan. Hatta, negara-negara primatif pertama mula wujud. Negara-negara ini secara lazimnya mengamalkan pemerintahan kuku besi dan tidak stabil, dengan para pemerintahnya berkuasa mutlak terhadap rakyat mereka sehingga pemerintah lain menggantikan mereka. Dengan tiadanya undang-undang dan kemudahan infrastruktur, dan kuasa diamalkan secara ikut suka sendirinya, sesetengah ahli teori politik dan sejarahwan tidak menggangap negara-negara awal ini sebagai negara yang tulen dalam erti sebenar negara; kadang-kala mereka dirujuk sebagai proto-negara. Antara undang-undang terawal yang ditemui seperti Kod Hammurabi, dikatakan telah diamalkan pada kira-kira 1700 SM. Pada masa inilah konsep undang-undang iaitu salah satu ciri negara moden, mula menjelma. Tetapi para pemerintah Timur Tengah Silam mempunyai tradisi lama memegang kuasa mutlak dan menuntuk status tuhan-negara (lihat despotisme Hidraulik). Maka, undang-undang membataskan kuasa para raja-raja tidak berkembang dalam kawasan itu. City-state di Greece kuno merupakan yang pertama menubuhkan negara dimana kuasa ditetapkan secara jelas dalam undang-undang, meskipun undang-undang berkenaan masih boleh dipinda secara mudah. Idea demokrasi juga wujud di Athens kuno. Lihat demokrasi Athens. Ramai institusi kenegaraan moden (terutamanya di Eropah Barat dan kawasan yang pernah dijajah empayar Eropah Barat) boleh dikesan permulaan mereka ke Rom kuno, yang mewaris pemerintahan para Greek dan memperbaikinya lagi (dengan khususnya aturan undang-undang, meskipun tidak lengkap). Akan tetapi, Republik Rom menjadi Empayar Rom pula. Kejatuhan Empayar Rom di barat dan pemindahan penduduk secara ramai-ramai menukar karekter politik Eropah. Para "barbarian", iaitu kerajaan bukan Rom dan cheiftain yang berlaku selepasnya bersifat ephemeral dan sementara, tidak melambangkan pemerintahan negara yang moden. Kerajaan Charlemagne juga tidak stabil tampanya tradisi primogeniture ia menjadi tiga kerajaan kecil dengan Triti Verdun pada tahun 843. Kerajaan-kerajaan ini dianggap lebih sebagai

pajakan tanah berbanding kerajaan sebenar oleh para raja yang memerintah mereka. Sekali lagi dalam sejarah Eropah, negara hanya menjadi milikan peribadi sesorang individu, meskipun pada masa yang sama di Timur, negara empayar yang hebat seperti China telah muncul. Ketiadaan pengganti yang benar kepada Empayar Rom di Barat Eropah mewujudkan keadaan vakum kuasa. Kerajaan-kerajaan di Eropah Barat menghadapi ancaman daripada pejuang Islam di selatan, serta penghijrahan beramai-ramai penduduk daripada Eropah Timur ke kawasan mereka dan tekanan daripada Viking di utara. Pada masa yang sama kerajaan-kerajaan Eropah berperang sesama sendiri. Zaman Gelap Eropah telah pun berlangsung. Reaksi terhadap keadaan ini adalah penyatuan semua kerajaan-kerajaan Eropah dibawah satu perikatan yang diketuai Gereja Roman Katolik, keadaan yang tidak pernah berlaku meskipun semasa pemerintahan Empayar Rom sendiri sebelum itu. Sistem ini mewujudkan beberapa institusi-institusi feudal yang meregulasi konflik dalam dan memberikan Eropah Barat keupayaan untuk menahan tekanan luaran meskipun tiada keadaan kesatuan sebagaimana negara yang moden. Sistem ini berkesan diluar Eropah dengan bentuk Perang Salib semasa Zaman Gelap terus berlangsung. Pada tahun 1302, Paus Boniface VIII berkata bahawa kuasa-kuasa politik dunia Kristian melakukan "mengikut kehendak paderi". Ini merendahkan kuasa raja-raja yang diwajibkan memberi ketaatan mereka yang tertinggi kepada Paus. Empayar Suci Rom yang merupakan salah satu daripada kuasa besar zaman gelap, merupakan saingan kepada kuasa Paus dibawah Maharaja Suci Rom Frederick Barbarossa yang menawan Itali untuk menekankan tuntutannya terhadap kuasa pada pertengahan abad ke-12. Kekurangkan kuasa Paus adalah satu tema utama Zaman Gelap; dengan Skisma Barat di abad ke 14 selepasnya, iaitu satu pertikaian fasal perlantikan Paus pengganti, dieksploitasi oleh para sekularis yang bergiat aktif pada masa itu dan ia menambah kepada kuasa mereka yang semakin berkembang. Ketimbulan pajakan tanah yang luas seperti Perancis dan Castile mewujudkan kembali konsep negara moden. Perubahan bentuk kerajaan ke bentuk lebih sekular menjadi sebahagian besar kontroversi di Zaman Moden Awal Eropah. Dinasti-dinasi kerajaan Eropah tidak mengambil kuasa secara dramatik pada permulaan abad ke-16, dan tambahan pula, ancaman luar telah beransur-ansur menghilang. Reformation memberi impak yang kuat terhadap struktur politik Eropah kerana keadaan ini tidak sahaja mengancam kedudukan agama dalam politik, tetapi juga institusiinstitusi feudalisme yang wujud sejak kian lama. Konflik-konflik ganas yang wujud selepasnya menggabungkan agama dan politik dan memperlihatkan pihak yang menyokong kuasa Paus (dan Maharaja Suci Rom di negara Jerman) melawan pihak yang menyokong institusi sekular dan hak kedaulatan mereka membuat keputusan-keputusan dalam negeri, terutama apabila keputusan itu melibatkan agama, di kedua-dua belah mazhab Katolik dan Protestant. Konflik-konflik ini memuncak dengan Perang Tigapuluh Tahun pada abad ke-17. Pada tahun 1648, kuasa-kuasa Eropah menandatangani Triti Wesphalia yang mengakhiri keganasan agama yang wujud disebabkan niat politik tersembunyi dan kuasa politik Gereja dihampuskan, meskipun agama tetap memainkan peranan penting dalam ideologi anugerah Tuhan kepada Raja. Prinsip "cuius regio, eius religio" yang dimeterai di Westphelia dan sebelumnya di Triti Augsburg merupakan asas kepada prinsip tidak campur tangan antara negara dan evolusi negara moden. Di Jerman, pejabat Maharaja Suci Rom dimansuhkan. Negara terus berkembang apabila para pemerintah membawa bangsawan dan bandar bebas dibawah pemerintahan efektif mereka dan megumpulkan kekayaan dan prestij yang besar.

Pegawai kerajaan yang semakin banyak dipanggil burukrasi sempena perlaksanaan Idea Republikan. Selepas kira-kira seratus tahun Triti Westphalia dimeterai, negara dalam bentuknya yang moden menjadi melalui Revolusi Perancis. "Tuntutan rakyat" menjadi laungan dan Napoleon dan Grande Armee (Tentera Besar) Perancis melakukan perang disekitar Eropah. Kesemua kawasan yang ditawan membubarkan organisasi negeri lama dan bertukar menjadi negara moden seperti yang kita kenali pada hari ini, iaitu negara bangsa. Negara bangsa ini menjadi entiti politik yang paling dominan diseluruh dunia semenjak itu, akan tetapi pelbagai jenis ideologi mengawal pentadbiran negara-negara ini pada abad ke-19 dan abad ke-20. Organisasi luaran dan dalaman negara ini juga dikawal ideologi-ideologi ini. Lihat sistem politik dan sistem ekonomi.

Peringkat kebangsaan Dilihat daripada sudut negara individu, ia boleh dikatakan sebagai satu pemusatan organisasi. Mereka yang menkaji dari sudut ini menekankan hubungan antara satu negara dengan rakyatnya. Ahli falsafah politik Thomas Hobbes mengemukakan argumentasi bahawa untuk menggelakkan peperangan diantara pelbagai pihak, kita memerlukan satu "Leviathan", satu pemusatan kuasa dan organisasi dalam satu negara. Akan tetapi, ramai institusi yang dipanggil "negara" tidak mencapai definasi ini. Sebagai contoh, di negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Republik Demokratik Congo, peperangan saudara yang sering berlaku di dalam mereka ini dengan satunya dipanggi "kerajaan pusat" lebih ganas daripada apa yang berlaku sebelum pembentukan sesuatu negara. Kes-kes sebegini dirujuk sebagai "negara gagal". Sesetengah negara lagi pula mempunyai kuasa yang besar terhadap rakyat mereka, keadaan yang dipanggil totalitarianisme dengan kes pembunuhan beramai-ramai rakyatnya sendiri pun ada (contoh:Pol-Pot di Kemboja). Negara-negara ini dipanggi "negara-negara pemburu" (Benjamin Polak dan Boaz Moselle (2001), Model Satu Negara Pemburu (A Model of a Predatory State), Journal of Law, Economics and Organisation. pp. 1-33) Daripada segi ekonomi, satu sifat dasar negara moden adalah regulasi hak milik tanah, pelaburan, perdagangan dan pasaran komoditi (dalam hal-hal makanan, minyak, dll.) dengan menggunakan mata wangnya sendiri. Walaupun ramai negara memberi kuasa ini atas kehendak sendiri kepada blok-blok perdagangan seperti Perjanjian Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara dan Kesatuan Eropah ia sentiasa menjadi langkah yang menimbulkan kontroversi dan membuka persoalan sama adalah blok-blok ini sebenarnya merupakan negara-negara yang lebih besar. Kajian ekonomi politik yang berevolusi menjadi kajian ekonomi secara sendirinya dalam zaman moden, menjawab persoalan sebegini dengan lebih mendalam. Tetapi, walaupun negara dipengaruhi dalam membuat keputusan dan tidak lagi mempunyai pentadbiran mutlak dalam hal-ehwal dalaman, hakikatnya mereka lebih kuat dalam konteks hubungan antarabangsa daripada subdivisi lebih rendah seperti negeri. Tetapi, anjakan sekarang adalah berhaluan ke pemerintahan supernegara dan keadaan ini kelihatan akan terus berlaku. Ramai pada zaman kini, terutama yang mendukung teori konstutisif undang-undang antarabangsa melihat konsep kedaulatan sebagai ketinggalan zaman dan negara hanyalah subdivisi utama dunia. Lihat kerajaan dunia.

[sunting] Falsafah negara Falsafah politik yang berbeza mempunyai pendapat berbeza mengenai negara sebagai satu organsisasi domestik. Dalam era yang moden ini, falsafah-falsafah ini berkembang serentak

dengan kapitalisme, yang secara kebetulan bertembung dengan kewujudan semula negara sebagai sektor masyarakat yang berpusat dan berasingan. Ahli falsafah seperti Thomas Hobbes, John Locke dan Jean-Jacques Rousseau mengaji isu-isu berkenaan peranan sebenar negara. Para ahli falsafah terkini seperti John Rawls dan Robert Nozick lebih berminat dengan keadilan yang dibahagikan dan moral menggunakan kuasa politik. Terdapat empat teori mengenai asas dan justifikasi negara, iaitu: •

Kuasa alam - Dalam maksud ini, negara dianggap diberikan oleh satu kuasa yang lebih besar seperti Tuhan untuk "Hak daripada Tuhan untuk Raja" atau wujud secara semulajadi daripada keperluan untuk kuasa tingga atau stabiliti.



Hak semulajadi - Mengikut teori ini, manusia mempunyai sesetengah hak yang "semulajadi" (implikasi penggunaan perkataan ini adalah pelbagai) dan negara wujud untuk melindungi hak-hak itu.



Kontrak sosial - Idea ini mengatakan bahawa negara wujud kerana persetujuan rakyat, iaitu yang diperintah, untuk memberi kepada pelbagai keperluan kolektif yang tidak dapat dipenuhi oleh individu seperti pertahanan, jalan raya, pendidikan, "penjagaan am" dll.



Konflik - Yang paling mudah antara keempat-empat teori adalah teori mengenai konflik, iaitu mengatakan bahawa negara wujud bukan disebabkan satu pilihan, tetapi sebaliknya disebabkan konflik yang ganas. Pelbagai pihak berperang antara satu sama lain untuk mengawal tanah atau sumber alam yang lain, dan pihak yang menang menguatkuasaan pemerintahan keatas pihak yang kalah.

Keempat-empat teori ini boleh membawa kesemua pendapat politik yang wujud. Dalam pengamalan pula, kebanyakan orang dan falsafah politik menerima kombinasi dua atau lebih keempat-empat teori diatas, dengan megemukakan argumentasi bahawa negara lain mempunyai pengasas lain. Teori konfik pula adalah penggunaan teori yang tidak dipersetujui dengan teori yang dipersetujui untuk membandingkan negara yang sah daripada negara yang tidak sah. Sesetengah falsafah yang paling besar mengenai negara adalah: kontrakarianisme, liberalisme, Marxisme, konservatisme dan anarkisme. Kontrakarianisme berdasarkan teori kontrak sosial. Ia juga merupakan satu-satunya falsafah besar negara yang tidak termasuk mana-mana ideologi politik disebabkan pelbagai ideologi politik telah memasukkannya sebagai sebahagian daripada mereka sendiri. Kontrakarianisme adalah asas demokrasi moden dan juga pelbagai jenis sosialisme dan sesetengah jenis liberalisme. Dalam pemikiran kontrakarianisme, negara harus melakukan mengikut kehendak umum, iaitu kehendak seluruh masyarakat dan cuba mengharmonikan ia dengan kehendak individu. Negara memberikan barangan awam dan pelbagai jenis lagi barangan yang dipergunakan seharian dan mengelakkan individu daripada masalah menggunakan sesuka hati dengan memaksa mereka membayar cukai. Liberalisme dalam maksud klasik adalah berdasarkan teori hak semulajadi. Dalam maksud ini, sesetengah ataupun semua "hak" wujud secara semulajadi dan tidak diwujudkan negara. Sebagai contoh, John Locke percaya bahawa hak milikan tanah individu wujud sebelum pembentukan sesuatu negara dan tujuan utama negara adalah untuk menjaga hak ini. Secara sejarahnya, para ahli liberal menekankan apa yang negara tidak patut melakukan daripada apa yang negara patut melakukan. Falsafah liberal mengenai negara adalah apa-apa kuasa yang dimiliki negara harus dibawah hak semulajadi yang wujud secara bebas daripada minda manusia dan lebih berkuasa

daripada apa-apa kontrak sosial. Akan tetapi, terdapat pertikaian diantara ahli falsafah liberal tentang apa sebenarnya merupakan hak ini. Pengkritik pula mengatakan bahawa hak-hak ini tidak wujud langsung, kerana tidak dapat diperhatikan dalam alam semulajadi. Pada sebelah lainnya pula, terdapat juga para ahli falsafah liberal yang menerima teori kontrak. Dalam kebanyakan kes, mereka merupakan ahli politik bersayap kiri liberalisme, dengan nama panggilan ahli liberal sosial (ahli falsafah liberal "Perjanjian Baru" (New Deal); lihat Liberalisme Amerika) dan mahukan konsep negara kebajikan, berbeza dengan para libertarianis yang mahukan negara "minima". Kenaikan dominasi koperat keatas masyarakat dalam abad ke-20 menjadi elemen baru dalam apa yang dipercayai semua tentang apa yang negara harus lakukan untuk melindungi hak awam. Falsafah Marxisme mengenai negara adalah berdasarkan teori konflik - secara spesifiknya idea konflik klas. Dalam maksud ini, peranan utama negara dalam pengamalan adalah untuk menguatkuasakan sistem kini dimana harta dan tanah dibahagikan secara tidak saksama, dan pengawalan oleh klas tertentu termasuk pengambilan kesempatan. Negara juga menjadi agen tengah dalam pelbagai jenis konflik sosial, dan menjadi sumber keadaan infrustruktur sosial untuk masyarakat keseluruhannya. Dalam sistem feudalisme umpamanya, para bangsawan mengunakan kekuatan ketenteraannya sendiri untuk mengeksploitasi vassal mereka. Dibawah kapitalisme pula, penggunaan kuasa dipusatkan dibawah satu organsisasi khas yang melindungi monopoli klas kapitalis keatas sumber alam, dan memberikan eksploitasi keatas mereka yang tidak mempunyainya. Dalam teori Marxis moden, dominasi klas juga boleh bercanggah dengan beberapa dominasi lain seperti patriaki dan etnik. Tambahan pula dalam teori Marxis, para klas-klas dan semua jenis pengambilan kesempatan perlu dimusnahkan dengan menubuhkan sistem sosialis dengan diikuti sistem komunis. Tujuan terakhir komunisme adalah satu masyarakat yang tidak berklas, tidak mempunyai tanah dan tidak bernegara iaitu keadaan sama rata; akan tetapi, sosialisme masih mengekalkan hak milikan tanah peribadi sebagai sesuatu yang demokratik. Maka, Marxisme menentang konsep negara berdasarkan teori konflik tetapi tidak mahu memansuhkan negara secara terus. Maka terdapat sedikit pertindanan antara Marxisme dengan kontrakarianisme: negara sosialis yang para Marxis mahukan dalam rancangan jangka pendek mereka adalah berdasarkan satu kontrak sosial. Negara ini kemudiannya haruslah berunsur-unsur "hilang" semasa demokrasi terus mengambil-alih demorasi perwakilan. Selepas prosesnya selesai, orde baru komunis telah dicapai dan negara tidak wujud secara berasingan daripada rakyatnya. Dalam pemikiran konservatif yang berdasarkan kuasa besar semulajadi, struktur kini dimana tradisi dan hierarki klas, patriaki, dominasi etnik, etc.) dilihat sebagai membawa kebaikan kepada semua. Pendek kata, ia berasaskan idea bahawa pengamalan perkara tradisi adalah baik dan seharusnya dikekalkan. Maka, para ahli konservatif menerima sesetengah idea daripada liberalisme dan Marxisme, tetapi melihatnya dalam konteks berbeza: negara memaksa rakyat menerima klas dan pelbagai dominasi lainnya, tetapi ini dilihat sebagai perlu demi kebaikan mereka. Kepercayaan ini berdasarkan bahawa keadaan ini terbukti berjaya secara dahulu lagi. Tambahan pula, sebagaimana para liberalis, negara telah sekian lama wujud dan "semulajadi". Ramai para ahli falsafah konservatif mengeluarkan kenyataan bersetuju dengan teori hak semulajadi, terutama dalam dekad-dekad kebelakangan ini. Dalam pemikiran anarki pula, negara adalah sesuatu yang tidak lain daripada segmen yang membawa ekploitasi keatas masyarakat. Dengan menolak sama sekali teori Hobbes yang mengatakan bahawa hanyalah negara boleh menghalang keganasan, mereka mengemukakan argumentasi bahawa sebenarnya kuasa negaralah yang menyebabkan keganasan. Inilah teori

konflik tentang kewujudan negara. Mereka menganggap bahawa jika orang ramai boleh melaksanakan satu cara untuk berkerjasama secara aman dan mengeluarkan kreativiti individu, negara dan penyekatannya terhadap kebebasan individu akan dihampuskan. Masalahnya dengan ini adalah "apakah" cara yang membolehkan keadaan ini wujud. Berlainan dengan perspektif para Marxis, negara adalah sesuatu yang tidak perlu, berbanding perlu dalam revolusi konflik antara klas.

[sunting] Teori-teori terkini mengenai negara Satu cara berguna untuk memahami debat-debat terkini dalam sains politik adalah mengikuti kata Stephen Krasner (1984). Mengikut katanya, para saintis politik selalunya mengaji empat konsep negara, iaitu: •

1. Negara sebagai kerajaan merupakan aktor dalam sendirinya. Dalam sesetengah pendekatan ini negara adalah aktor penggabungan pelbagai individu di mana kumpulan individu ini berinterkasi dengan kumpulan lain untuk memaksimakan kepentingan mereka sendiri. (i.e. Kenneth Waltz, Theory of International Politics, 1979)



2. Negara adalah bureaukrasi awam dan orde undang-undang yang diinstitusikan. Teori pluralis mengenai negara menanggap bahawa negara adalah aktor-aktor politik berlainan dan kebaikan negara bergantung kepada pembahagian kuasa terhadap individul yang paling berpewakilan. (i.e. Robert Dahl, Who Governs?, 1961)



3. Negara adalah klas pemerintah (Teori Marxis negara). Dalam pendapat ini negara adalah distorsi kehidupan sosial kerana ia melayan kehendak klas pemerintah dengan menggalakkan eksploitasi dari manusia keatas manusia. (i.e. Engels, The Origin of the Family, Private Property and the State)



4. Negara adalah orde norma (Teori simbolik dan budaya negara). Pada amnya, pendapat ini mengatakan bahawa negara adalah hasil norma, budaya dan expresi moral kehidupan sosial. (i.e. Clifford Geertz, Negara: The Theater State in Nineteenth Century Bali, 1980)

Pendekatan-pendekatan ini menekankan pelbagai fungsi berlainan dan atribusi negara dan hatta, memberikan pelbagai penjelasan untuk hasil politik. Walau bagaimanapun, pada hakikat amnya, sains politik kontemporari mengaji negara sebagai masalah pemerintahan kuasa dan bukan masalah pembahagiannya (pluralisme). Cara paling baik untuk mengaji negara adalah melalui institusinya, yang menjadi amalan majoriti saintis politik. (institusisme, institisisme bersejarah, institusisme baru). ((Peter Evans, Theda Skocpol, Dietrich Rueschemeyer, eds., Bringing the State Back in, Cambridge University Press, 1985)). Semenjak itu, teori kritikal dalam politik geografi dan perhubungan antarabangsa mewujudkan teori 'pos-moden' mengenai negara. Ini mengemukakan argumentasi bahawa, dalam satu dunia globalisasi, negara diambil kuasanya oleh aktor antarabangsa seperti NGO, IGO, TNC dan pelbagai aktor masyarakat sivil. Satu pandangan extrem berdasarkan teori ini diperkenalkan Kenichi Ohmae yang menulis buku-buku yang bertajuk Pengakhiran kewujudan Negara Bangsa:Kenaikan Ekonomi Kawasan (The End of the Nation States:Rise of Regional Economies) (Ohmae, Kenichi, Harper Collins, 1995). Satu lagi versi yang lebih serderhana melihat negara sabagai telah bersatu dalam perhubungan, dimana sesetengah kedaulatan dan kawalan telah diberikan kepada badan koperat, organisasi antarabangsa seperti Kesatuan Eropah dan organisasi bukan kerajaan seperti Oxfam yang kini terlibat dalam 'pengawalan' sesetengah kawasan. (Derek

Gregory merujuk negara sebagai rangkaian dalam bahagian 1 daripada bukunya mengenai Perang keatas Keganasan yang dipanggil The Colonial Present, 2004, Blackwell Press

Negara (budaya) Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar

Rencana ini menerangkan tentang rujukan satu negara dari aspek bangsa dan budaya, untuk aspek lain, silalah pilih daripada rencana Negara. Negara (Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis: Nation) adalah salah satu daripada doktrin yang paling berpengaruh dalam sejarah. Ia berdasarkan kepada konsep bahawa semua manusia dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan berasingan. Ia adalah dotrin etika dan falsafah dalam sendirinya, dan adalah titik permulaan ideologi nasionalisme. Para rakyat (nationals) adalah ahli "negara" (nation) dan dibezakan dengan satu identiti dan moyang, ibubapa atau warisan yang sama. Identiti nasional adalah merujuk kepada sifat-sifat berlainan satu kumpulan (dari segi paras rupa dll.) dan rasa seseorang individu sebagai ahli kumpulan berkenaan. Kriteria-kriteria yang digunakan adalah banyak sekali, dengan pengaplikasiannya juga berbeza. Perbezaan kecil dalam sebutan satu dialek pun cukup untuk membezakan dan menkatagorikan seseorang sebagai satu ahli negara lain. Pada sebelah satu lagi pula, dua orang mungkin mempunyai berbezaan personaliti, agama, lokasi geografi, masa dan juga bahasa pertuturan, tetapi masih dilihat orang lain serta melihat diri-sendiri mereka sebagai satu ahli negara yang sama. Ahli negara dikatakan mempunyai ciri-ciri dan norma-norma sendiri tertentu, dan tanggungjawab istimewa kepada orang sesama negara. Negara wujud sejak sekian lamanya daripada generasi-generasi terdahulunya lagi, dan yang telah meninggal pun dianggap ahli. Generasi masa depan juga dikira sebagai ahli. Tiada sesiapa yang meletakkan garisan masanya, tetapi satu negara secara biasanya beberapa abad lamanya wujud. Sebagai contoh, negara China telah dikatakan wujud selama 5,000 tahun. Perkara yang berlaku pada zaman silam juga diadili dalam konteks ini, contohnya dengan merujuk kepada "tentera kita" dalam konflik yang berlaku pada jauh di masa terdahulu. Perkataan negara seringkali menjadi sinonim kepada kumpulan etnik seperti bangsa dan budaya, kendatipun etnik adalah satu aspek penting identiti budaya atau identiti sosial untuk ahli kebanyakan negara, orang yang mempunyai asas etnik yang sama mungkin hidup di negara bangsa yang lain dan diperlakukan sebagai ahli negara lain oleh sebab ini. Identiti kebangsaan adalah pada lazimnya dipertikai, sehingga ke individu. Satu negara politik yang yang mengatakan dirinya sebagai ibu kepada sebuah kelompok ahli negara adalah satu negara bangsa, dan kebanyakan negara politik menjadi sebahagian daripada katagori ini, walaupun adanya pertikaian ganas mengenasi legitimasi mereka. Dalam penggunaan harian, perkataan seperti rujukan negara sebagai satu kumpulan bangsa, atau negara politik, atau satu istilah geografi, serta penggunaan perkataan tanah mempunyai maksud yang hampir sama. Sebagai contoh, satu wilayah dibawah satu kerajaan berdaulat atau penduduk wilayah itu, atau kerajaan itu sendiri, dalam maksud lainnya, satu negara de jure atau de facto. Dalam maksud yang lebih tepat pula, perkataan seperti negara boleh dilihat daripada tiga aspek, iaitu dari aspek budaya atau bangsa, aspek politik atau aspek sesuatu kawasan geografi. Aspek-

aspek ini lebih jelas dalam bahasa Inggeris dimana tiga perkataan berbeza, nation, state dan country wujud untuk setiap aspek ini. Rupert Emerson menakrifkan satu negara serta satu wilayah yang definatif sebagai berasaskan satu rakyat dengan satu bahasa yang sama dan budaya warisan yang sama. Kendatipun banyak negara tidak termasuk dalam kriteria ini, ia tetap boleh digunakan sebagai titik permulaan untuk negara yang baru mengikutinya.

Related Documents

Sej
April 2020 42
Sej
June 2020 33
Sej
May 2020 31
Sej
April 2020 40
Sej Pra2
June 2020 8
Sej(perlis)
October 2019 18