rasekolah Haji Hassan Itam dibuka pada 04.01.2004 dengan diberi nama Sri Wawasan.Kelas ini asalnya adalah bilik guru dan bilik muzik yang telah diubah suai menjadi kelas Prasekolah.Walaupun kelas ini baru dibuka namun sambutan para waris untuk menempatkan anak-anak mereka di Prasekolah ini cukup membanggakan dan ianya terhad hanya 25 orang sahaja dan dikendalikan oleh Puan Sopiah Bt Din. Oleh kerana sambutan amat menggalakkan pada tahun 2006, prasekolah telah ditambah satu kelas lagi dengan diberi nama kelas Prasekolah Gemilang dan dikendalikan oleh Pn.Siti Fatimah Bt Abd Samat.Kebanyakan kanak-kanak yang belajar di Prasekolah ini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam namun pada tahun 2006 seorang murid berbangsa India berpeluang belajar di prasekolah ini. Pada tahun 2007 dan 2008 ,permohonan kemasukan ke Prasekolah ini terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para waris sehingga permohonan melebihi 50 orang murid .AJK pemilihan terpaksa membuat saringan setiap borang yang diterima bagi memastikan hanya murid yang layak dan menepati syarat- syarat yang ditetapkan
ditempatkan di kelas
Prasekolah. Pada masa kini ,Prasekolah SKHHI
masih menjadi pilihan dikalangan waris
bagi membolehkan anak-anak mereka mendapat Pendidikan Awal KanakKanak sebagai persediaan memasuki ke sekolah rendah.
endidikan adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan,berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
edidikan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
•
Mempunyai sifat peribadi,perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.
•
Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.
•
Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukan sebagai bahasa kedua.
•
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. • Mempunyai sifat kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial • Mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan diri.
•
Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.