Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)1
1.0
PENGENALAN Sudah banyak ulasan mengenai hak kaum-kaum majoriti dan minoriti di Malaysia
melalui media massa ataupun kenyataan dari pemimpin politik atau orang perseorangan. Semuanya menjurus kepada pendapat masing-masing. Bagaimana pun itu adalah hak untuk kebebasan bersuara sejajar dengan prinsip demokrasi negara. Harus diingat bahawa kerjasama antara semua kaum yang ada perlu dikekalkan hasil dari persefahaman sejarah dan persetujuan pemimpin-pemimpin yang terdahulu. Tidak kira samada persefahaman itu dalam bentuk perundangan, persetujuan perbincangan atau apa sahaja bentuknya. Dalam pada negara di luar sana yang kagum dan mengiktiraf kejayaan Malaysia mengekalkan perpaduan kaum, tidak ada sebab kenapa rakyat di negara ini pula yang tidak mahu mempertahankannya. Kita patut hindari unsur perpecahan yang langsung jelas tidak memberi faedah kepada mengekalkan perpaduan dan kestabilan negara ini. Di dalam meniti hasil perpaduan yang kita nikmati sekarang ada baiknya kita buat sedikit perbandingan tentang keadaan yang berlaku di negara-negara lain yang kucar-kacir dengan peperangan, kemiskinanan melarat, ketidakstabilan kerajaan dan lain-lain perkara yang kita sendiri pun tidak mahu sekiranya ia berlaku di negara ini. Tidak ada salahnya pemimpin sekarang hanya perlu mengikuti model persetujuan perpaduan kaum yang telah dibuat oleh pemimpin terdahulu. Tidak perlu adanya pertelagahan dan sementara usaha penambahbaikan untuk kepentingan semua kaum boleh dilakukan dari masa ke semasa. Negara Malaysia terkenal dengan penduduknya yang mempunyai pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam, dan fahaman politik. Oleh itu,
mereka semua
haruslah berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat bersama. Sesuai dengan ini, perpaduan antara mereka yang telah wujud sejak dahulu haruslah diperkukuhkan lagi bagi mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)2
Bagi mengukuhkan lagi perpaduan antara mereka, satu konsep telah diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak, iaitu 1malaysia. Menurut Dato’ Seri Mohd Najib, 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menyeru rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melebihi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga dituntut mewujudkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Sebagai contoh bangsa Melayu, diseru tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang membawa kepada kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama. Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menghala dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Frasa ini bermakna kepimpinan negara akan mengikuti dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia. 1Malaysia juga mengajak kepada perpaduan. Perpaduan adalah konteks yang luas. Iaitu melibatkan politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya sebagai contoh, idea menyatukan sektor swasta dan kerajaan dalam perkongsian kepakaran iaitu dengan meminjamkan pegawai ke sektor swasta dan sebaliknya adalah tindakan 1Malaysia.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)3
Tambahan pula, 1Malaysia juga akan mewujudkan suasana di mana semua rakyat tidak akan merasa terpinggir dan dianggap kelas kedua sebagaimana persepsi kaum India, mereka bersama-sama berpeluang dalam pelbagai sektor untuk terus maju ke hadapan. Hari ini sektor awam telah diisi oleh kaum bukan bumiputera dan ia juga adalah tindakan 1Malaysia. Konsep ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia sebenarnya adalah kesinambungan kepada apa yang diperjuangkan semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri Malaysia. Selama ini pun, Malaysia berjaya kerana kita menjadikan perpaduan rakyat yang ada sebagai sumber ketahanan negara kita walaupun kita telah menyaksikan banyak negara di dunia telah hancur disebabkan oleh faktor perpecahan perpaduan itu sendiri. Malah, kita juga telah merasai sedikit sebanyak bagaimana perpaduan yang tidak diurus dengan betul telah hampir menghancurkan negara apabila satu berlaku rusuhan besar pada 13 Mei 1979. Dalam aspek perpaduan ini, sesungguhnya ia adalah ramuan paling penting dalam memastikan kemajuan dan pembangunan sesebuah negara kerana rakyatnya menjalankan tanggungjawab secara bersama-sama. Untuk aspek perpaduan ini, ambil sahaja negara-negara jiran lain sebagai contoh apabila nipisnya ikatan persefahaman yang ada. Kekacauan dan ketidaktenteraman yang berlaku hinggakan alasan demokrasi dan kebebasan bersuara menjadi alasan ekoran tidak disertai dengan pemikiran rasional rakyatnya yang hanya menyumbangkan kepada kehancuran sesebuah negara. 1Malaysia juga dapat memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara utama yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah nilai hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. 1Malaysia juga akan mewujudkan sebuah organisasi yang mengutamakan pencapaian berdasarkan keutamaan rakyat sebagai mana tema YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)4
2.0
ISI-ISI Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul
Razak dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilai ini bertujuan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia agar dapat memupuk dan mewujudkan suatu pemikiran yang menumpukan kepada satu matlamat bagi menjaga nama baik Malaysia. Lapan nilai- nilai tersebut adalah:
2.1
i.
Budaya Kecemerlangan
ii.
Ketabahan
iii.
Rendah Hati
iv.
Penerimaan
v.
Kesetiaan
vi.
Meritokrasi
vii.
Pendidikan
viii.
Integriti
Menjadi Masyarakat yang Meletakkan Pendidikan dan Pengetahuan
Melebihi Segalanya. Pendidikan bukan semata-mata melahirkan seorang insan akademik...ianya mengenai seorang yang menerima pendidikan dalam hati dan minda. Inilah tujuan sebenar pendidikan. Kita tahu bahawa bagi mewujudkan suatu organisasi yang berjaya, bukan sahaja memerlukan ahlinya yang bersatu padu. Malah, pendidikan dan pengetahuan yang tinggi juga penting agar sesuatu keputusan yang dibuat dalam organisasi tersebut adalah keputusan yang bernas dan berasaskan pengetahuan. Pendidikan dan pengetahuan adalah satu perkara penting bagi mana-mana negara yang inginkan kejayaan. Seperti apa yang yang kita lihat, hanya empayar yang berteraskan akal sahaja yang terus wujud.
Kita dapat lihat empayar yang berteraskan ketenteraan tidak bertahan dan tidak akan mampu bertahan. Oleh itu marilah kita melihat nilai pendidikan dan pengetahuan dari konteks keseluruhannya. Kita mesti memiliki masyarakat yang memandang bahawa pendidikan dan pengetahuan itu adalah penting daripada segalanya. Walau
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)5
bagaimanapun, perkara ini haruslah disepadukan dengan nilai agar masyarakat tidak melakukannya dengan cara yang tidak baik. Ilmu pengetahuan sangat penting seperti sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: ”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (al-Bazzar)
Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada.Menjadikan dirinya orang berilmu yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain, menjadi orang yang menuntut ilmu, mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu, menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka. Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk. Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ‘bodoh sombong’ maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)6
2.2
Budaya Membaca untuk Melahirkan Masyarakat Berfikiran Terbuka Kita haruslah berfikir bahawa menimba ilmu itu adalah satu nilai yang perlu
dipupuk dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh adalah budaya membaca. Kita digalakkan untuk membaca walau dimana kita berada. Tetapi bukan sahaja buku teks formal yang disediakan oleh pihak tertentu, tetapi kita harus memupuk minat membaca tentang perkara-perkara yang melepasi tembok pemikiran kita seperti membaca dari internet, majalah, rencana dan sebagainya. Hal in penting agar dapat mewujudkan masyarakat yang mempunyai minda yang terbuka. Usaha utama yang perlu dilakukan ialah dengan mengubah sikap masyarakat yang malas membaca kepada cintakan ilmu pengetahuan dan minat membaca. Kempen untuk menyedarkan masyarakat Malaysia tentang faedah membaca perlu diadakan secara lebih meluas termasuk mengadakannya di tempat awam seperti di pusat membeli belah, stesen bas dan di tempat-tempat lain. Pentadbir sekolah atau institusi pendidikan tinggi pula, perlu mengadakan minggu membaca atau program yang boleh memupuk diri pelajar untuk membudayakan tabiat membaca. Sikap suka membaca perlu dipupuk di kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa memainkan peranan penting. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca. Disamping itu, ibu bapa perlu juga memperuntukkan perbelanjaan keluaga dengan membeli buku-buku ilmiah. Melalui pembacaan yang meluas, kita mampu meletakkan diri kita dalam keadaan yang berilmu. Kita akan sedar bahawa apabila kita mempunyai minda yang terbuka, maka perkara yang ditempuhi dan dilalui dapatlah dilalui tanpa mempunyai masalah yang serius. Jika masalah berlaku, minda kita juga akan bertindak dengan rasional. Perkara ini menunjukkan bahawa pembacaan yang melua mampu mewujudkan masyarakat yang berfikiran terbuka.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)7
Pada hari ini, kita dapat lihat bahawa bahan pembacaan boleh didapati di mana jua kita berada. Masyarakat kita haruslah memupuk sikap membaca ini.di samping menambah ilmu pengetahuan, kita dapat meletakkan diri di hadapan agar tidak digelar ‘katak di bawah tempurung’ yang tidak mengetahui hal-hal di sekelilingnya. Pembacaan ini bukanlah tertumpu kepada pembacaan formal sahaja, malah termasuk pembacaan yang bukan formal. Ini membolehkan masyarakat berfikir melebihi dari biasa. Kita harus menghayati konsep 1Malaysia dengan sepenuh dan seutuhnya. Pada saya, pendekatan utama untuk mencapai matlamat ini ialah pendidikan patriotisme. Memanglah ini bukan perkara baru. Tetapi, satu daripada masalah kita ialah kadangkadang kita lupa terhadap perkara yang fundamental. Hanya apabila terhantuk, barulah kita tengadah. Contohnya pada suatu ketika dimana kita berdepan dengan dua krisis besar, iaitu krisis politik selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan krisis ekonomi apabila kejatuhan nilai wang ringgit. Sebelum ini tak pernah kita berdepan dengan dua krisis besar yang berlaku secara serentak. Maka kita pun menyuarakan untuk kembali kepada asasnya dimana kita harus membentuk semula keperibadian dan kekuatan sebenar kita bagi mengatasi masalah-masalah sebegini.
Tujuan ‘langkah dalaman’ ini dilakukan apabila ‘langkah luaran’ tidak berjaya untuk mengatasi masalah-masalah negara. Bagi membayangkan perkara ini, mari kita melihat situasi yang sama. Contohnya ialah dengan mengajar cara-cara berinteraksi. Masalahnya, tidak kira banyak manapun kita mengajar seseorang itu cara-cara untuk berinteraksi, kalau pada hakikatnya individu tadi tidak minat,maka ia akan tetap tidak berkesan dan akan mencuba untuk menghentikan interaksi tersebut. Sebaliknya, jika dia berjaya diasuh dengan kemahuan untuk berinteraksi dengan orang lain, maka walaupun tanpa diajar cara-cara berinteraksi, ia akan belajar sendiri cara-cara tersebut. Begitu jugalah dengan "langkah luaran" dalam pembangunan negara. Kalaupun ia berkesan, lazimnya, ia hanyalah bersifat sementara. Tidak lama kemudian, masalah
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)8
yang sama berulang, mungkin bentuk sahaja berbeza. Tetapi, sekiranya "langkah dalaman" diambil, ia akan meninggalkan impak yang lebih lama. Contohnya, masalah ekonomi hari ini. Selagi "langkah dalaman" tidak diambil iaitu bagaimana menyelesaikan masalah tamak haloba maka sebanyak manapun "langkah luaran" membantu menyelesaikannya, masalah ini akan berulang kembali. 1Malaysia adalah langkah dalaman. Kerana itu, ia wajar dihayati dengan langkah dalaman juga iaitu pendidikan patriotisme. Di samping meneruskan program patriotisme sedia ada, kita perlu kepada pendidikan "Patriotisme 1Malaysia". Kini, program patriotism galak dilaksanakan, terutamanya untuk belia. Antaranya ialah kurikulum baru mata pelajaran sejarah di sekolah, nyanyian lagu dan deklamasi puisi patriotik di televisyen, nyanyian lagu patriotik di sekolah, Program Latihan Khidmat Negara dan Perhimpunan Patriotisme sebagai acara tahunan Kementerian Pelajaran Masyarakat Malaysia juga haruslah mempunyai jiwa yang merdeka. Setiap perkara yang dihadapi dan dilalui haruslah berlandaskan ilmu. Masyarakat yang mempunyai jiwa merdeka pasti akan berfikir, berkata-kata dan berbuat sesuatu dengan berpandukan ilmu. Bukannya dipengaruhi keraguan, mengampu atau dibelenggu sesuatu. Patriotisme dari segi definisinya memang tidak berubah, iaitu perasaan cinta dan saying akan neaga Malaysia. Tetapi, masa dan keadaan akan mengubah fokus patriotisme itu sendiri. Generasi yang berbeza akan mempengaruhi semangat patriotisme yang berbeza. Walau bagaimanapun, definisinya masih kekal dan tidak berubah dalam mana-mana generasi sekalipun. Bagi generasi yang mengalami zaman penjajahan, focus patriotism mereka adalah untuk bertahan dan berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Kemudian, selepas merdeka mereka memfokuskan patriotisme bagi mengisi kemerdekaan yang telah dicapai oleh generasi sebelumnya. Bagi yang melalui zaman konfrontasi, fokus mereka adalah untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia yang baru sahaja terbentuk.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)9
Bagi mereka yang melalui tragedi 13 Mei, fokus patriotisme mereka adalah memperbaiki dan meningkatkan perpaduan antara kaum manakala mereka yang melalui kegawatan ekonomi, fokus mereka adalah untuk mempertahan dan meningkatkan ekonomi negara yang sedang jatuh itu. Hari ini, apakah pula fokus patriotisme kita? Jawapannya adalah untuk menjayakan konsep 1Malaysia. Kita haruslah sama-sama menghayati tiga teras, empat nilai murni dan lapan nilai aspirasi yang telah dinyatakan. Pendidikan patriotisme perlu disampaikan dengan bijaksana, terutamanya di kalangan belia. Ini kerana mereka mungkin mempunyai persepsi berbeza terhadap patriotisme. Berbeza tidak menjadikan mereka kurang patriotik. Mereka cuma mahu menterjemahkan patriotisme dengan cara mereka. Patriotisme 1Malaysia perlu meraikan imaginasi mereka.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)10
2.3
Kurikulum Yang Dibangunkan Untuk Ketiga-Tiga Aliran Hendaklah
Menekankan Nilai-Nilai Bersama Yang Perlu Dipupuk Untuk Membentuk Satu Malaysia. Ada kenyataan mengatakan bahawa kita punyai masalah kerana kita mempunyai aliran pendidikan yang berbeza dalam negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan oleh itu kita tidak mempunyai satu aliran untuk digelar aliran kebangsaan. Sedangkan pada hakikatnya saliran kebangsaan sendiri telah diubah suai semula untuk memasukkan sekolah vernacular. Maka ini menjadi suatu masalah dan cabaran apabila kita tidak member peluang kepada rakyat Malaysia untuk membesar bersama melalui satu aliran kebangsaan yang sama dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka diasingkan dimana 97 peratus pelajar Cina akan memasuki sekolah Cina, manakala 97 peratus pelajar Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka ini akan membataskan mereka untuk membesar bersama dan memupuk perpaduan antara kaum semasa berada di sekolah. Walau bagaimanapun, kita harus lah mencari dan mewujudkan peluang untuk mereka berinteraksi bersama melalui kurikulum yang sama disertakan dengan nilai yang akan membawa dan menujukan mereka kepada suatu matlamat yang sama. Ini dilakukan agar, walaupun mereka terpisah dari segi fizikalnya, namun mereka bersatu dalam satu system dan nilai yang serupa dan pada satu peringkat mereka ini akan bertemu dan bersatu semula dalam satu titik persamaaan. Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi. Setakat ini hanya negara Malaysia yang mempunyai pelbagai aliran pendidikan atau vernacular ini. Orang Cina dan Orang India mempunyai sekolah sendiri, tetapi tidak orang Melayu dan orang Sabah dan Sarawak. Mereka hanya bersekolah di sekolah kebangsaan sahaja di mmana ini adalah sekolah untuk semua. System inilah yang dipakai di seluruh dunia, dimana mereka hanya mempunyai satu saliran pendidikan bagi mencapai matlamat nasional. Contohnya Thailand, Indonesia malah di negara-negara maju seperti singapura. Negara-negara ini sanggup mengorbankan
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)11
identity kaum masing-masing bagi mencapai satu perpaduan dan kemajuan negara masing-masing. Penyeragaman saliran pendidikan di negara-negara ini telah mampu untuk menyatukan cara berfikir bangsa itu dan ini sudah tentunya memudahkan proses melaksanakan apa jua aspirasi negara berkenaan. Aliran sistem pendidikan yang tidak seragam menyukarkan penyatuan dari segi cara berfikir serta penyerapan nilai-nilai bersama yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang mampu bersaing pada masa akan datang. Nilai-nilai perpaduan dalam pendidikan haruslah diberikan perhatian yang serius supaya pemikiran kita tidak terus dibelenggu dengan pemikiran perkauman yang sempit yang membahayakan perpaduan negara. Saranan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir untuk mewujudkan Sekolah Wawasan harus di berikan pertimbangan yang serius kerana idea ini mampu menyeragamkan pendidikan dan meningkatkan interaksi di antara pelajar dari berbagai kaum tanpa menafi atau menjejaskan identiti masing-masing.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)12
2.4
Semua Aliran, Sama Ada Sekolah Kebangsaan , Sekolah Cina Dan
Sekolah India Hendaklah Sentiasa Mencari Peluang Berinteraksi Dengan Mengadakan Aktiviti Bersama. Semua jenis aliran sekolah seharusnya memikirkan beberapa cara agar sistem pendidikan yang berbeza ini dapat dipertemukan dan berinteraksi bersama bagi mewujudkan perpaduan antara kaum ini. Ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan integrasi kaum di peringkat umur yang muda iaitu di sekolah-sekolah. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan bagi memupuk perpaduan antara mereka termasuklah aktiviti sukan, perhimpunan besar sempena hari kemerdekaan dan sebagainya. Program Latihan Khidmat negara juga adalah salah satu aktiviti yang dapat menyatukan pelajar dari seluruh negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Ini memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dan secara tidak langsung semangat perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan mereka.
Bersediakah kita untuk mewujudkan sekolah satu aliran demi mewujudkan perpaduan kaum di negara ini? Jika ya, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh kaum-kaum yang terdapat di negara ini untuk merealisasikannya. Pengorbanan paling besar ialah membuang terus rasa `superior' sesuatu kaum ke atas kaum yang lain. Mungkin berat untuk melakukan pengorbanan ini tetapi negara tidak mempunyai pilihan lain lagi sekarang jika benar-benar mahu melihat keharmonian yang berpanjangan. Sikap berlembut dan tolak ansur pemimpin-pemimpin di awal kemerdekaan dalam pembentukan dasar dan ciri pendidikan negara sehingga menjadikan terpisah-pisah, perlu dibetulkan.
Masa untuk bertindak masih belum
terlambat dan ruang penyelesaian sentiasa terbuka luas.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)13
Demi menghormati perpaduan kaum yang masih baik di negara ini, adalah penting untuk memberi keyakinan kepada semua kaum bahawa sekolah satu aliran tidak akan melenyapkan terus identiti suatu kaum. Walaupun menggunakan bahasa pengantar yang sama iaitu Bahasa Melayu, proses sekolah sealiran ini perlu juga meneruskan pengajaran bahasa ibunda, kebudayaan dan sejarah pelbagai kaum. Perkara ini penting kerana dalam menuju kea rah satu bangsa iaitu bangsa Malaysia, pengetahuan individu terhadap budaya dan sejarah ini adalah suatu asas untuk suatu kaum memahami kaum yang lain. Sudah tentu dalam jangka masa yang panjang bergaul, l=belajar bersama mampu memupuk perpaduan dalam kalangan para pelajar ini. Perhubungan yang erat ketika di sekolah ini sudah tentu akan berkekalan dan mudah untuk mereka menjalani kehidupan ketika berada di pengajian yang lebih tinggi, bekerjaya dan seterusnya menjalani kehidupan seharian pada masa-masa akan datang. Walau bagaimanapun, pasti ada kesukaran ketika perkara ini dilaksanakan. Ini kerana hal pendidikan bukanlah hal yang boleh dipandang ringan. Ia merangkumi pelbagai aspek seperti kebudayaan, sosioekonomi, sejarah dan politik.perkara ini menyebabkan isu pendidikan menjadi isu yang paling sensitif untuk diperkatakan. Bagaimanapun, soal sensitiviti ini perlu diketepikan kerana yang lebih penting sekarang ialah perpaduan. Demi kebaikan bersama, jika langkah besar perlu diambil maka lakukanlah termasuk menerusi kemahuan politik. Politik adalah kuasa yang paling layak digunakan untuk menyelesaikan kekusutan isu penting ini. Sekolah Wawasan yang mendapat tentangan daripada masyarakat Cina yang takutkan kehilangan identiti kaum mereka, akhirnya terpaksa tunduk kepada kuasa politik. Bagaimanapun dalam masa usaha sedang dijalankan untuk mewujudkan konsep sekolah satu aliran ini, pihak-pihak yang berkaitan perlu bersiap sedia untuk meyediakan sistem pendidikan lepasan sekolah yang juga semestinya menjurus ke arah peningkatan perpaduan. Ini kerana walaupun bersama-sama di bawah satu pendidikan yang sealiranpada masa yang panjang, kemungkinan ikatan perpaduan itu
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)14
akan tercabar apabila mereka memasuki alam dewasa dan pendidikan tinggi tidak boleh ditolak. Antaranya, penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang lebih gemar menawarkan program-program berkembar dengan universiti luar negara yang tidak langsung mempunyai unsur-unsur pembinaan jati diri bangsa Malaysia perlu dilihat kembali. Kurikulum dan kiblatnya adalah negara luar. Penubuhan IPTA atau IPTS yang menjurus
kepada
kepentingan
sesuatu
kaum
juga
perlu
difikirkan
kembali.
Membetulkan hanya di peringkat sekolah dengan mewujudkan satu aliran pendidikan tidak akan mengubah apa-apa jika lepasan sekolah ini memasuki sistem sosial yang tidak sealiran dan dibeza-bezakan berdasarkan kaum selepas itu.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)15
3.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, konsep Satu Malaysia akan
membawa
aspirasi untuk
memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada manamana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. Dalam konteks pendidikan beberapa perkara yang perlu dilakukan dan ditekankan adalah egara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya. Selain itu, budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka dan sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular. Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama. Yang terakhir,kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.
Satu Malaysia (Nilai Pendidikan)16
Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.