Semaian Padi Tikar

  • Uploaded by: aidie
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Semaian Padi Tikar as PDF for free.

More details

  • Words: 628
  • Pages: 33
Sistem Penanaman Padi Tikar AHLI KUMPULAN REBECCA SHINJA ANAK LAJIM NUR AISYAH BT MOHD YAHAYA SITI NOR ROHAYA BT AZIZ AIDI EZWANI BT ALI AFIFAH BT MOHAMAD

D20091034720 D20091034719 D20091034717 D20091034653 D200910346??

Kebaikan Menggunakan Semaian Padi Tikar  Mengurangkan kos tapak semaian. (bijih benih, baja, air)  Mengurangkan kerosakan akar. (kerana anak semaian

dipisahkan sebelum ditanam)

 Mengeluarkan hasil yang banyak kerana anak semaian

sihat dan cepat bercambah.

 Senang dipindahkan.  Senang dijaga.

Penyemaian Padi Tikar Secara Tradisional 1.Menggunakan bijih benih yang

mempunyai kualiti yang bagus.  biasanya I hektar tanah menggunakan 1225kg bijih benih berkualiti dengan kadar percambahan minimum 80%. Ini penting untuk percambahan sekata dan mengeluarkan 5-20% hasil lebih daripada penanaman biasa.

2. Rendam bijih benih.  rendam

selama 24 jam (bergantung kepada jenis bijih benih). Sesetengahnya mengambil masa yang lama untuk bercambah. Selepas 24 jam, keluarkan air dan bungkus bijih benih untuk mengekalkan kelembapan (24jam). Dalam masa ini bijih benih akan bertunas dan akar akan tumbuh sepanjang 2-3mm.

Rendam selama 24 jam

Bungkus semula 24jam

Buang air lepas 24 jam

Sediakan campuran tanah. campurkan 70-80% tanah, 15-20% baja organik (tahi ayam) dan 1 baldi 5-10% sekam padi yang telah dibakar atau segar. 4. Menyediakan tapak semaian. dalam satu hektar, sediakan satu tapak semaian 100m persegi. 3.

Sediakan campuran tanah

Sediakan tapak semaian

5.

Meletakkan campuran tanah.  boleh menggunakan bingkai kayu atau tidak. Jika menggunakan bingkai kayu; letakkan daun pisang, bingkai kayu, campuran tanah. 6. Taburkan benih pra-cambah secara sekata.  taburkan bijih benih dan mampatkan tanah untuk menenggelamkan bijih benih ( kira-kira 2-3cm ke dalam tanah). Kemudian siram.

7. Alihkan bingkai kayu dan ulangi langkah kelima dan keenam. 8. Siram tapak semaian 2 kali sehari selama 5 hari.  biarkan

tapak semaian tertutup dengan daun pisang untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pastikan tapak semaian dilindungi dari hujan lebat pada 5 hari pertama selepas semaian.

9. Alihkan daun pisang selepas 9 hari dan airi

tapak semaian.  kekalkan

paras air pada 1cm. Kemudian, keluarkan air 2 hari sebelum memindahkan anak semaian untuk ditanam. Jika anak pokok kelihatan kekuningan dalam masa 7 hari, bermakna ia kekurangan nitrogen. (cara mengatasinya,larutkan 1.5 urea dalam 300L air dan siram anak pokok)

10. Selepas 15-20 hari, anak pokok cukup tinggi dan sedia untuk dipindahkan. anak semaian mudah dipindahkan dengan menariknya.

Penyemaian Padi Tikar Untuk Transplater Oleh kerana pengubahan anak padi perlu dilakukan

menggunakan mesin khas iaitu transplanter, maka benih padi perlu disemai di dalam tray (takung) khas yang berukuran 2 kaki lebar x 1 kaki panjang x 1 inci tinggi. Setiap hektar sawah memerlukan 250 tray anak padi dan setiap tray memerlukan 350 gram sekam arang. Benih padi yang diperlukan untuk satu tray ialah 250 gram yang mengandungi lebih kurang 9,529 biji benih. Benih padi akan direndam dan dicampur bahan penggalak akar untuk proses percambahan.

Cara media ini digunakan adalah dengan meletak

rata sebahagian daripada 350 gram sekam ke dalam tray. Selepas itu, 250 grambenih padi yang telah direndam dan dituskan ditabur rata di atas sekam seterusnya diikuti dengan menutup benih padi tersebut dengan sebahagian lagi baki sekam yang tinggal.  Seterusnya tray yang mengandungi sekam dan anak padi tadi disiram serta disusun bertingkat tingkat dan ditutup.

Disusun bertingkat dan ditutup

Selepas tiga hari anak-anak padi dalam tray akan

dipindahkan ke tapak semaian konkrit dan ditutup dengan plastik pelindung dengan tembusan cahaya 30 % selama dua hari. Proses membaja dengan baja semburan (foliar)

untuk pertumbuhan pokok dan pembiakan akar serta penukaran air di tapak semaian dilakukan tiga hari sekali.

Dipindah ke tapak semaian konkrit dan ditutup

Pertukaran air ini dilakukan supaya tapak semaian

tidak berlumut dan untuk mempercepatkan pertumbuhan akar. Manakala kawalan serangga dilakukan mengikut keperluan. Seterusnya pada hari ke-19 tapak semaian perlu dikeringkan dan pada hari ke-20 anak padi bolehlah digulung dan dibawa ke bendang untuk proses penanaman.

SEKIAN

Related Documents

Semaian Padi Tikar
June 2020 17
Padi
May 2020 35
Padi
April 2020 35
Padi
October 2019 42
Padi
November 2019 44
Sapthamai Padi
November 2019 34

More Documents from ""