Sampel Penulisan Ucapan

  • Uploaded by: shahruddin Bin Subari
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sampel Penulisan Ucapan as PDF for free.

More details

  • Words: 272
  • Pages: 2
Penulisan Pasukan bola sepak kamu muncul sebagai juara peringkat daerah.Sebagai ketua pasukan ,kamu diminta untuk menyampaikan ucapan.tuliskan ucapan kamu itu.

Rangka Karangan Pendahuluan Format – kata alu aluan- ucap terima kasih- peluang bercakap Idea –idea 1. perasaan bangga- juara- ucap terima kasih – guru dan rakan. 2. faktor kejayaan- kerjasama- semangat berpasukan. 3. kenangan manis – harumkan nama sekolah,jadi pembakar semangat. 4. harapan – peringkat negeri – doakan kejayaan, nasihat kepada murid lain Penutup -pesanan - Sanggup berkorban,jangan putus asa – ucap terima kasih.

Yang dihormati Guru Besar,Encik Wan Ruslan Bin Wan Bakar,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan ucapan sempena kejayaan pasukan bola sepak sekolah ini. Saya sebagai ketua pasukan bola sepak sekolah ini ,sudah semestinya berasa bangga atas kejayaan yang dicapai .Dalam kesempatan ini .saya mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada jurulatih bola sepak iaitu cikgu Saiful dan Cikgu Malik .Tidak ketinggalan kepada rakanrakan sepasukan yang telah berhempas pulas sehingga berjaya. Hadiri yang dihormati, Kejayaan pasukan bola sepak ini adalah kerana semangat pasukan yang tidak pernah kendur untuk berusaha agar berjaya.Semangat berpasukan yang ditunjukkan amat dihargai. Kejuaraan ini akan menjadi kenangan manis kepada kami sebagai pemain bola sepak sekolah.Adalah diharapkan ,kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada wakil sekolah yang lain untuk melakar kejayaan.Sekaligus dapat mengharumkan nama sekolah yang kita sayangi ini. Hadirin yang dihormati, Saya berharap,pasukan bola sepak akan terus mara pada kejohanan peringkat negeri kelak.Selain itu,doakan kami agar lebih berjaya.Nasihat saya kepada rakan sepasukan ,mainlah dengan bersungguh-sungguh. Sebelum saya mengundur diri,saya berpesan pada rakan –rakan bahawa kita mesti sanggup berkorban untuk mencapai kejayaan.Jangan kita berputus asa. Sekian ,terima kasih.

Related Documents

Sampel
October 2019 28
Ucapan
October 2019 49
Ucapan
June 2020 28
Ucapan
October 2019 56
Ucapan
July 2020 22

More Documents from ""