Bahasa Melayu Penulisan

  • Uploaded by: shahruddin Bin Subari
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bahasa Melayu Penulisan as PDF for free.

More details

  • Words: 190
  • Pages: 7
BAHASA MELAYU PENULISAN KARANGAN PERBINCANGAN

Contoh jawapan Belajar merupakan satu proses yang penting untuk menjadi pelajar cemerlang.Terdapat pelbagai cara untuk belajar iaitu samada secara berkumpulan bersama rakan atau secara bersendirian Belajar secara berkumpulan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan belajar berseorangan.Penerangan dan perbincangan dengan kawan-kawan akan membuat kita mudah mengingati apa yang telah dipelajari .Kesannya sesuatu pelajaran itu akan sentiasa kekal di dalam minda kita. Belajar secara berkumpulan juga tidak membosankan .Perbincangan yang dibuat akan menjadikan kita lebih bersemangat dan berminat untuk belajar.Ini kerana suasana pembelajaran tidak kaku dan kita boleh bercakap untuk menyuarakan pendapat.

Contoh jawapan Semasa belajar berkumpulan ,secara tidak langsung kita akan belajar bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain .Amalan murni ini amat diperlukan apabila kita berada di alam pekerjaan kelak.Oleh itu,kita akan berjaya di dalam pelajaran dan kehidupan. Selain itu,kita juga akan memperoleh maklumat yang lebih banyak kerana rakan-rakan dalam kumpulan membaca buku berlainan berkaitan tajuk perbincangan.Dengan ini,semua maklumat tersebut dapat dikongsi bersama.Kesannya sesuatu tajuk itu dapat difahami dengan lebih mendalam. Kesimpulannya,belajar secara berkumpulan lebih banyak membantu kita memahami sesuatu tajuk dengan lebih berkesan berbanding belajar bersendirian.Maka kita boleh memilih kaedah pembelajaran yang bersesuaian untuk mencapai kecemerlangan.

Related Documents

Bahasa Melayu
May 2020 39
Bahasa Melayu
November 2019 54
Bahasa Melayu
May 2020 40
Bahasa Melayu
October 2019 45

More Documents from ""