rm50j basmi kemiskinan sabah kota kinabalu 19 jan. - kerajaan menyalurkan 30 peratus keuntungan bersih lembaga kemajuan tanah persekutuan (felda) sabah khusus untuk program pembasmian kemiskinan di negeri itu, kata datuk seri najib tun razak. timbalan perdana menteri berkata, keuntungan bersih felda sabah untuk tahun pertama berjumlah rm35 juta akan disalurkan untuk menjayakan program tersebut melalui kerajaan negeri beliau berkata, selain itu, kerajaan juga akan meminta felda menambah rm15 juta lagi bagi tujuan berkenaan. ``kerajaan sabah akan terima rm35 juta melalui program ini dan saya telah putuskan satu keputusan `one off' oleh felda untuk tambah jadi rm50 juta. ``kita akan mula tahun ini berdasarkan peruntukan dana sebanyak rm50 juta khusus untuk program basmi kemiskinan,'' katanya di sini hari ini. beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian program latihan khidmat negara (plkn) siri 3 tahun 2006 di kem kota kinabalu di bawah bayu, tuaran. tambah najib, program pembasmian kemiskinan berkenaan adalah untuk jangka masa lima tahun. bagaimanapun kata beliau, selepas tempoh itu, pihaknya akan mengkaji semula sama ada untuk meneruskanya atau tidak.