Contohi Program Basmi Kemiskinan Keda

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contohi Program Basmi Kemiskinan Keda as PDF for free.

More details

  • Words: 370
  • Pages: 1
contohi program basmi kemiskinan keda – jeanne langkawi 7 ogos – program pembasmian kemiskinan yang dijalankan oleh lembaga pembangunan wilayah kedah (keda) boleh dijadikan contoh dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan termasuk di kalangan negara peserta dialog antarabangsa langkawi (lid 2007). isteri perdana menteri, datin seri jeanne abdullah berkata, program keusahawan dan juga pelbagai jenis industri kecil dan sederhana (iks) yang dijalankan di perkampungan keda berjaya mencapai matlamatnya dalam membantu rakyat miskin. ‘‘idea ini (perkampungan keda) sangat bagus malah masyarakatnya hidup dengan penuh kemesraan dan semua orang tolong-menolong,” katanya kepada para pemberita selepas mengunjungi perkampungan keda di kampung wang tok rendong di sini hari ini. turut serta dalam lawatan itu ialah isteri presiden sudan, widad babiket omer dan isteri perdana menteri lesotho, mathato mosisili, isteri menteri luar, datin seri sharifah aziah syed zainal abidin dan isteri menteri besar kedah, datin seri noraini abdullah. kampung wang tok rendong dibuka pada tahun 1982 dan mempunyai 170 buah rumah tradisional yang diberikan kepada penduduk miskin untuk menikmati kehidupan lebih selesa dan mempunyai kegiatan ekonomi seperti perkebunan secara berkelompok dan iks. lawatan ke perkampungan keda itu merupakan sebahagian daripada aktiviti isteri perdana menteri dan juga isteri ketua-ketua negara yang menyertai lid 2007 yang berlangsung dari 5 hingga 8 ogos. jeanne berkata, program menempatkan orang miskin dalam satu perkampungan seperti yang dijalankan keda boleh dijadikan model oleh negara lain kerana ia telah terbukti membantu meningkatkan taraf penduduk miskin terlibat. beliau berharap, syarikat korporat juga akan turut membantu penduduk di perkampungan tersebut seperti menyediakan peruntukan untuk mengecat rumah mereka atau menanam pokok bunga. ‘‘program ini berjaya mencapai matlamatnya dan kalau boleh kita juga jangan lupa pada kampung- kampung yang telah diuruskan selama ini,” ujarnya. sementara itu pengurus besar kedah, mohd. yazid ramli berkata, setakat ini, sebanyak 56 perkampungan keda telah dibuka di negeri ini melibatkan kira-kira 6,000 keluarga termasuk 39 kampung yang terlibat dalam program pembangunan rakyat termiskin (pprt). program penempatan itu katanya, telah dimulakan sejak tahun 1982 dan telah banyak membantu meningkatkan taraf hidup penduduk miskin termasuk menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa untuk mereka. ‘‘menerusi pelbagai program pembangunan dan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh keda, jumlah kemiskinan tegar di kedah iaitu 27,000 orang pada tahun 1989 dapat dikurangkan kepada 2,400 orang pada tahun ini,” katanya.

Related Documents