musa yakin program basmi kemiskinan lebih berkesan kota kinabalu, 4 feb (bernama) -- ketua menteri sabah datuk seri musa aman yakin program pembasmian kemiskinan di sabah akan lebih berkesan dan menyeluruh melalui penubuhan focus group di peringkat kerajaan pusat hingga ke peringkat daerah. musa bekata melalui focus group yang dikelolakan unit penyelarasan perlaksanaan (icu) jabatan perdana menteri (jpm), data-data berkaitan kemiskinan di negeri itu akan menjadi lebih tepat dan kemas kini, manakala sistem pemantauan dan penilaian pula menjadi lebih teratur. "bagi kita ini adalah satu cara untuk memastikan projek, program yang kita rancang dan laksanakan, akan lebih teratur, lebih sempurna. lebih penting lagi supaya projek dan program berkenaan siap mengikut jadual yang ditetapkan," kata musa. musa berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan taklimat memantapkan jentera penyelarasan program pembasmian kemiskinan anjuran icu, jpm yang dihadiri anggota dewan udangan negeri (adun), anggota parlimen serta agensi-agensi kerajaan berkaitan, di sini hari ini. mensyuarat jemaah menteri pada 31 okt 2007 dan mensyurat menteri besar dan ketua menteri pada 1 nov lepas bersetuju supaya focus group ditubuhkan bagi mambangunkan masyarakat sejahtera seterusnya mencapai sasaran sifar miskin tegar dan menurunkan kadar kemiskinan kepada 2.8 peratus menjelang 2010. focus group di peringkat kerajaan pusat dipengerusikan oleh ketua setiausaha negara tan sri mohd sidek hassan manakala di peringkat negeri dan daerah pula masing-masing dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri dan pegawai daerah. menurut musa meskipun selama ini kerajaan negeri mempunyai mekanisme tersendiri dalam usaha mengatasi masalah kemiskinan dan membasmi kemiskinan tegar, namun focus group tersebut akan menambahkan lagi keberkesanan mekanisme berkenaan. "saya ingat ini satu kaedah baru. walaupun sebelum ini kita ada (kaedah kita sendiri), namun cara ini lebih fokus untuk menyelaraskan program yang sudah kita rancang yang senang dilaksnakan dengan teratur. "saya percaya yang penting ialah wujud kerja sama dan persefahaman antara pegawai-pegawai kerajaan negeri, persekutuan dan wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing. mereka boleh memberi pandangan kepada focus group ini tentang apa yang boleh dilakukan," katanya. terdahulu dalam ucapannya, musa berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana menyalurkan peruntukkan berjumlah rm101.3 juta kepada sabah melalui unit perancang ekonomi (epu) jabatan perdana menteri, kementerian kemajuan luar bandara dan wilayah serta lembaga kamajuan tanah persekutuan (felda) menerusi skim pembangunan kesejahteraan rakyat bagi mengurangkan kadar kemiskinan di negeri itu. katanya sehingga 30 sept lepas, bilangan miskin tegar berdaftar di sabah ialah seramai 21,514 orang, dengan 13,802 orang dikategorikan sebagai miskin tegar produktif sementara selbihnya 3,708 orang sebagai miskin tegar tidak produktif. pada sidang akhbar yang sama, pengarah icu tan sri khalid ramli berkata pihaknya akan memberi perhatian serius terhadap saranan dan pandangan yang dibangkitkan ramai wakil rakyat semasa sesi soal jawab berhubung isu kemiskinan di sabah serta cara mengatasinya. katanya pihaknya akan mengkaji semua maklum balas yang diterima, termasuk cadangan meningkatkan keberkesanan koordinasi antara agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan
yang terlibat dalam usaha mengatasi masalah kemiskinan. -- bernama