mpat program perintis basmi kemiskinan tegar kuala lumpur 6 nov. – timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, datuk dr. tiki lafe berkata, sebanyak empat program perintis berimpak tinggi untuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh negara akan dilaksanakan di bawah rancangan malaysia kesembilan (rmk-9). menurutnya, program itu melibatkan peruntukan sebanyak rm578 juta. ‘‘sehingga kini hanya projek pembangunan di pulau banggi, sabah telah dilaksanakan manakala program kemajuan tanah di bawah lembaga kemajuan kelantan selatan (kesedar), kelantan dan wilayah ganda, grik, perak serta rancangan pembangunan tanah di gahai, lipis, pahang akan dijalankan tidak lama lagi,” katanya di dewan rakyat hari ini. beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal datuk suhaili abdul rahman (bn-labuan) mengenai perkembangan program pembasmian kemiskinan tegar di bawah rmk-9 yang melibatkan 67,000 isi rumah di seluruh negara. menurut tiki, kerajaan turut memperuntukkan rm578 juta bagi pelaksanaan empat program utama yang lain. ‘‘projek-projek itu ialah projek pembangunan kesejahteraan rakyat, projek pembangunan orang asli, pembangunan ladang rakyat melibatkan tanah seluas 2,500 hektar oleh felcra dan pembukaan ladang getah,” katanya.