Resepi Kek

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Resepi Kek as PDF for free.

More details

  • Words: 1,037
  • Pages: 7
BUN ASAS CHEF ANUAR Sumber - nhuda CARI.com Gambar - Lynn Sham RN Bahan: 400 gm Tepung Roti (High Protein Flour) 12 gm Ragi Kering (Brand Mauripan boleh) - kalau guna freash yeast double the quantity 1 gm bread improver (optional) 6 gm garam 50 gm telur (approx. 1 biji gred B) 48 gm gula castor 12 gm tepung susu (susu anak pun boleh) 60 gm marjerin 190 ml air Cara menyediakannya: 1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, marjerin dan air. Gaul sebati 2. Masukkan telur, marjerin dan air. Uli sehingga doh elastik @ tidak lekat di tangan 3. Tutup doh dengan cling film/tuala lembab. Biarkan doh nak hingga double the size 4. Tumbuk doh. Bahagikan doh kepada bahagian2 kecil yang sama saiz. Timbang dlm 50-60gm sebiji. Rehatkan antara 5 - 10 min. 5. Isikan inti dan bentukkan mengikut pilihan. 6. Rehatkan lagi sehingga kembang dua kali ganda. 7. Sapu telur dan bakar sehingga masak dengan suhu 190C selama 15-20 min Note: 1. Pesan Chef, jangan masukkan kesemua air. Gandum yang digunakan mungkin berbeza dari segi kandungan air. 2. Suhu dan masa membakar adalah bergantung kepada oven yang digunakan. 3. Nak suruh doh naik cepat senang jer, masukkan dlm kereta yg tertutup (ni chef ajar)/panaskan oven, tutup, pastu masukkan doh. mmg naik tak hengat/ masukkan dalam kotak *** INTI KACANG MERAH-Lynn Sham RN Bahan: 300 gm kacang merah 3/4 cawan gula pasir 1/2 sudu teh garam Cara menyediakannya: 1. Basuh kacang merah hingga bersih dan rendam semalaman. 2. Rebus hingga cukup kembang (lembut dan pecah-pecah) 3. Masukkan gula dan masak hingga pekat. 4. Lecek dengan senduk supaya agak halus. *** INTI KELAPA-Lynn Sham Bahan: 1 biji kelapa parut, bahagian putih sahaja 1 buku gula Melaka 1/2 cawan gula pasir Cara menyediakannya: 1. Masak gula Melaka dan gula pasir dengan sedikit air sehingga cair, tapiskan. 2. Masakkan semua hingga agak pekat dan berbuih. 3. Masukkan kelapa, gaul hingga rata. 4. Masak inti hingga kering.

Posted by Chetam at 6/30/2006 02:45:00 PM 0 comment

Muffin coklat

[email protected] Resepi yg simple. tak payah pukul sehingga kembang. Cuma gaul sehingga sebati Created on : 22-10-2006 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 10 biji ) •

200g coklat masakan



70g mentega



2 biji telur



50g gula halus



60g tepung gandum



1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

1.

Antara bahan-bahan yang diperlukan

2. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .

3. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.

4. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).

5. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.

6. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.

7. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Tag muffin coklat

Kek Coklat

[email protected] Kek coklat tanpa butter Created on : 25-03-2006 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

Bahan-bahan ( saiz 20 cm ) •

2 biji telur



1 cawan minyak masak



1 cawan gula pasir



1 cawan gula perang



Bahan A



1 sudu kecil vanila



1 1/2 cawan susu segar perisa coklat



1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe



Bahan B



2 sudu kecil sodium bicarbonate



1 sudu kecil baking powder



1/2 cawan serbuk koko



2 cawan tepung gandum



==============================



** Topping **



1/2 cawan koko van hauten



1/2 cawan susu pekat



1 sudu besar minyak masak

Cara-cara 1. Pukul telur hingga kembang 2. Masukkan gula dan pukul lagi 3. Kemudian masukkan minyak masak 4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati. 5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak 6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Tag

Kek span

[email protected] mudah dan senang Created on : 26-04-2006 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

Bahan-bahan ( saiz 18 cm )



3 biji telur



1 cawan tepung gandum (100g)



1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula



2 sudu kecil susu segar



15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya



esen vanila

Cara-cara

1. panaskan oven ke suhu 180 darjah. asingkan telur putih dan kuning. pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan

2. dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk. 3. masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata 4. masukkan kuning teluar yg telah dipukul tadi ke dalam adunan. 5. masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila. pukul hingga sebati. 6. masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.

Tag

Kek batik lepas

[email protected]

first time buat kek batik ni, terus dapat pujian dari keluarga, husband, mak mertua. sampaikan suruh buat 2 kali! tak percaya, cubalah! * Gambar daripada laporan masakan oleh fazika7 Created on : 17-06-2006 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5-6 orang ) •

biskut marie yg telah dipatah dua



1 buku mentega



1 tin susu pekat



1 paket kecil milo



1 botol kecik serbuk koko



sedikit kacang yg telah digoreng tanpa minyak



sedikit kismis

Cara-cara 1. Cairkan mentega di dalam kuali. 2. Masukkan susu pekat dan kacau sehingga rata. 3. Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau dgn rata. 4. Apabila sudah rata, masukkan biskut marie, kacang dan kismis ke dalamnya. Kacau dgn cepat sebelum campuran coklat tadi mengeras di dalam kuali. Gunakan api yg kecil saja. 5. Masukkan ke dalam bekas yg telah disapu sedikit mentega. Mampatkan kek ini dgn menggunakan plastik dan ditekan dgn tangan. Pastikan kek ini telah diratakan dgn sekata ke dalam bekas. 6. Sejukkan selama setengah hari. Boleh dihidangkan pada waktu petang atau dijadikan hantaran.

Tag

Related Documents

Resepi Kek
May 2020 21
Kek
August 2019 32
Resepi
June 2020 24
Resepi
October 2019 33
Resepi Ummi
June 2020 18