Resepi

  • Uploaded by: Miramala binti Ghazali
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Resepi as PDF for free.

More details

  • Words: 946
  • Pages: 7
Kuah Soto Ayam Bahan-Bahan: 2 ekor ayam Tua/Muda.Ayam Tua lebih sedap seperti rasa ayam kampong.Potong empat, bersihkan. 2labu bawang besar 10 biji bawang kecil. 10 ulas bawang putih 3 batang kayu manis 5 biji bunga lawang 10biji buah pelaga. 4 batang serai dititik sedikit lengkuas dan halis (mesin bersama bawang2) 10 biji buah keras (mesin) 5 sudu makan rempah sup ADABI.

1. Tumis bawang2 dan bahan lain yang dimesin tadi bersama rempah menumis.Masukkan serai. Biar sampai naik baunya. Masukkan ayam dan masukkan air secukupnya untuk merebus ayan sehingga empok. (2-3 jam).Masukkan Buah keras.Letak perasa secukupnya. 2. Apabila sudah empok angkat ayam dan siat2kan isinya.Tulangnya boleh dimasukkan kedalam kuah dan direbus semula. 3. Potong nasi impit, taborkan isi ayam, taugeh celor, daun sup, bawang goreng dan sambal kicap cili padi. 3. Rasa kuah dengan mencampurkan garam

Nasi Minyak Bahan-Bahan: ¼ cawan minyak sapi 2 ulas bawang putih (dicincang) 2 labu bawang besar (dihiris) 4 kuntum bunga cengkih 2.5 sm kulit kayu manis 6 biji buah pegaga

6 biji lada putih atau lada sulah (ditumbuk) 2 cawan beras 2 cawan air 1 cawan susu cair ½ camca kecil serbuk kunyit ½ cawan kismis

Cara: Goreng bawang besar dan bawang putih dengan minyak sapi hingga kuning. Campurkan rempahrempah kecuali kunyit. Biarkan selama lima minit. Masukkan beras, air, susu cair dan kunyit. Kacau kemudian ditutup dan biarkan hingga kering. Masukkan kismis dan kacau hingga rata. Hidangkan dan tabur bawang merah yang telah digoreng ke atasnya.

Rendang Tok Bahan-bahan ( 6-7 orang ) •

1 kg daging - dipotong kecil



2 cawan santan pekat ( blh ganti dengan susu cair )



2 sudu kerisik



1 batang kulit kayu manis



120gram gula kabung



Garam secukup rasa



Bahan-bahan kisar :



1 sudu teh ketumbar



1 sudu teh serbuk kunyit



1 sudu teh jintan manis



sudu teh jintan putih



1 sudu teh lada hitam



3 biji buah keras ( nk rasa lebih lemak)



3 kuntum bunga lawang



25 biji cli kering



5 batang serai



5cm halia



5 ulas bawang merah



2 ulas bawang putih



4 biji buah pelaga

Cara-cara 1. Daging mesti digaul bersam-sama bahan yang telah dikisar. 2. Kemudian, masukkan ke dalam kuali dan tuangkan santan. 3. Masukkan kerisik, kulit kayu manis, buah pelaga dan gula kabung ke dalam kuali. 4. Masak dengan api perlahan dan kacau selalu supaya tidak hangus dan melekat. Apabila

hampir kering, masukkan garam secukup rasa.

Nasi Beriyani 8 cawan beras Basmathi 9 gelas air 1 cawan susu cair 1 camca besar rempah Beriani(gunakan rempah Beryani Gemini)atau lain2 rempah Beriani. ½ cawan bawang goreng ½ tin kecil tomato puree 1 biji tomato (potong dadu kecil) ½ cawan daun pudina (mesin) 3 batang cili hijau 10 biji bawang kecil 10 biji bawang putih 2 inci halia Sepokok daun ketumbar (potong 1") Segenggam kismis/biji gajus (goreng)

Sedikit pewarna kuning telor 2 sudu makan minyak sapi 2 senduk minyak masak garam secukup rasa 4 sudu makan gula 5 tangkai bunga lawang 5 biji buah pelaga 2 batang kayu manis 5 biji bunga cengkih 1 pokok daun saderi 1 pokok daun bawang

Cara: 1. Bawang kecil, bawang putih,daun pudina, lada hijau,halia di kisar denga 1 cawan air. 2. Bancuhkan rempah beryani kedalam bahan yang dimesin tadi. 3. Beras dicuci bersih dan direndam 10 minit. Kemudian toskan. 4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak kedalam periuk, masukkan kayu manis,cengkeh,lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi. 5. Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu,bawang goreng dan tomato puree. Tutup periuk.Biarkan mendidih, didikuti dengan memasukkan beras.Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa.Biar kering dan kecilkan apinya( kalau menggunakan dapur gas). Alaskan dengan sehelai kain bersih di penutup periuk untuk mengelakkan wap keluar. 6. Selepas nasi masak, dibalik-balikkan nasi. Letakkan sedikit-sedikit pewarna kuning dicelah-celah nasi sambil mengacaunya (perlahan). Taburkan daun ketumbar,tomato,daun sup,bawang goreng dan buah gajus. Tutup semula lebih kurang 10 minit.

Cadangan Hidangan: Hidangan untuk 15 orang. Nasi yang dihidang ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup/bawang.

Lauk untuk beriyani 2 kilo daging lembu 4 sudu besar rempah baryani 3 sudu besar rempah kari Bahan A : 10 ulas bwg putih - kisar 10 ulas bwg merah - kisar 50 gm halia muda - kisar Bahan B : 5 kuntum bunga cengkih - kisar halus 5-6 bunga lawang - kisar halus 5-6 buah pelaga - kisar halus 2 btg kulit kayu manis - kisar halus

Bahan C : 4 tangkai daun pudina - mayang halus 4 tangkai daun sadri - mayang halus 4 tangkai daun bawang - mayang halus Bahan D : 3 Sudu besar tomato puree ½ tin susu cair ½ botol madu Garam secukup rasa Bahan E : 4 biji bawang besar - hiris dan goreng hingga kuning keemasan segenggam gajus - goreng seganggam kismis

Cara: 1. Potong daging dlm 2 inci.Masuk bahan A dan C serta rempah.Perap 1 jam 2. Masuk daging perak dlm periuk dan masukkan air paras daging saja dan rebus hingga empuk 3.Masuk bahan B dan D dan biar api perlahan 4.Apabila mesera masuk bahan E,biar mereneh kejap.Siap untuk dihidang. Cadangan Hidangan: Sedap dimakan dengan nasi baryani atau roti Tambahan: Untuk lebih sedap masak malam,untuk hidangan esoknya.(Jangan lupe

hangatkan pulak)

Bahan-bahan

1 cawan tepung kastard 5 cawan air 1 tin jagung manis 1 ½ sudu besar gula

Cara :

1. Didihkan air dan tambah gula. 2. Kemudian tambahkan tepung kastard.

Kacau sehingga sebati. Masukkan jagung manis dan

kacau hingga sebati.

3. Dengan api yg sederhana kacau sehingga warna bertukar dari kuning cair kepada kuning lutsinar dan adunan menjadi pekat dan likat.

4. Letakkan adunan kedalam bekas yg sesuai, sejukkan di luar sebelum diletak di dalam peti sejuk.

Related Documents

Resepi
June 2020 24
Resepi
October 2019 33
Resepi Ummi
June 2020 18
Resepi Pilihan
May 2020 15
Resepi Gulai
June 2020 9
Resepi Waffle
May 2020 13

More Documents from "mohd shahril"