Resepi Ummi

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Resepi Ummi as PDF for free.

More details

  • Words: 2,385
  • Pages: 9
Kerabu Mangga Muda

Email this Recipe

Kiriman: Adique Sumber: Sendiri Hits: 17744 Rating: 9.40 Review: 0

Print this Recipe

Bahan-Bahan: 3 biji mangga muda - mayang memanjang 5 ulas bawang merah - hiris nipis 6 biji cili api - potong kecil Ikan bilis - digoreng Kacang Tanah - digoreng

1 sudu besar gula 2 sudu besar sos ikan 3 biji limau nipis - ambil air perahan 2 helai daun salad Garam secukup rasa

Cara: Gaulkan hirisan mangga, bawang merah, cili api, gula, sos ikan, garam, perahan limau nipis. Masukkan pula kacang tanah dan ikan bilis. Letakkan di atas pinggan yang telah dilapik dengan daun salad. Sedia untuk dihidang. Cadangan Hidangan: Boleh dihidang segera atau disejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.

Sup Istimewa Surau ArRahmah Kiriman: Ashari AJ Sumber: Hj Bahrum (Iron Chef) Hits: 4999 Rating: 9.70 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan: 20 kg tulang lembu, dimasak air separas tulang 30 ulas bawang putih, dihiris 10 labu bawang besar, dihiris 1 kg halia, dilakar (potong tapi tak putus) 15 biji kentang di buang kulit dan dipotong empat 15 batang lobak merah, dibuang kulit dan dipotong Garam garam secukup rasa Daun sup dan daun bawang untuk ditabur (RM4.00) Penumis 100 g bawang merah, dihiris 60 ulas bawang putih, dihiris 10 batang kayu manis 10 kuntum bunga lawang 40 kuntum bunga cengkih 60 buah pelaga 600 ml olein sawit (minyak masak)

Bahan-bahan untuk dimesin (rendam satu malam dalam sebuah mangkuk) 10 camca besar jintan manis (kasar) 5 camca besar jintan putih 5 camca besar ketumbar 10 camca besar kas-kas (rendam berasingan) 20 kuntum bunga lawang 3 camca besar bunga cengkih 10 batang kayu manis 3 camca besar lada hitam Nota: mesin bahan-bahan diatas dengan secukup air setelah direndam

Cara: Peraturan 1. Tulang yang telah dimasak dalam pressure cooker, dimasukkan ke dalam periuk besar. Tambah air secukupnya. 2. Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris (bawang putih, bawang besar, halia). 3. Masukkan garam dan gula. 4. Masak hingga daging di tulang hampir empuk dan masukkan kentang yang telah dipotong empat. Bila kentang hampir empuk, masukkan lobak merah. 5. Tapis air rempah yang telah dimesin, masukkan ke dalam sup. 6. Bilas rempah dengan air dan dan ambil lagi airnya, masukkan ke dalam sup.

7. Bila daging dan kentang telah empuk, padamkan api. 8. Tumis rempah, masukkan bawang merah dan bawang putih 9. Goreng hingga gareng. Curahkan ke dalam sup. Cadangan Hidangan: Senduk sup ke dalam mangkuk dan tabur daun sadri serta daun bawang yang telah dihiris. Nikmati sup ini ketika ia panas. Tambahan: Sesuai untuk jamuan 100 orang atau lebih

Ikan Kembung Panggang Berkuah

Email this Recipe

Print this Recipe

Kiriman: miza Hits: 4842 Rating: 9.10 Review: 0 Bahan-Bahan: 5 2 4 2 5

ekor ikan kembong segar biji tomato ulas bawang merah ulas bawang putih biji cili padi

½ cawan santan 5 sudu besar sos cili 1 camca kecil gula Garam secukup rasa Daun pisang

Cara: Ikan kembong dipotong dan dibersihkan. Sapukan sedikit garam halus pada ikan dan perap lebih kurang 5 minit. Kisar semua bahan lain hingga halus. Letakkan daun pisang (saiz yang cukup untuk meletakkan 5 ekor ikan tadi) ke atas kuali dan susun ikan di atasnya. Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke atas ikan dan tutup kuali. Buka api perlahan. Masak hingga bahan kisar menjadi pekat. Balikkan ikan dan biar lagi hingga kuah kering dan bersalut pada ikan. Review:

Spaghetti seafood

Email this Recipe

Kiriman: Shida Aziz Sumber: Sendiri Hits: 12777 Rating: 9.34 Review: 0

Print this Recipe

Bahan-Bahan: 1 bungkus spaghetti Bahan sos 6 ulas bawang putih (cincang) 4 biji tomato (dadu) 1 tin sederhana tomato puree ½ peket daging cincang Minyak untuk menumis Garam dan gula sebagai perasa

3 biji bawang bombay (dadu) 1 tin cendawan butang (hiris nipis) 3 sudu pes cili (blender/beli siap) 1 botol besar sos spaghetti 5-6 ekor sotong putih saiz sederhana (dipotong) 20 ekor udang putih saiz sederhana (dipotong dua)

Cara: 1. 2. 3. 4. 5.

Rebus spaghetti. Ikut arahan pada bungkusannya. Panaskan minyak lebih kurang 3-4 sudu besar. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan pes cili dan goreng sehingga pecah minyak atau garing. Masukkan bawang bombay. Goreng seketika.

6. Masukkan tomato dan goreng seketika. 7. Masukkan tomato puree. Kacau. 8. Masukkan daging cincang. Kacau sehingga agak masak. 9. Masukkan cendawan butang yang telah dihiris. 10. Kacau supaya rata dan masukkan sos spaghetti. Biar sehingga menggelegak. 11. Masukkan sotong. Kacau sehingga sotong separuh masak. 12. Masukkan udang. 13. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Cadangan Hidangan: Masukkan spaghetti ke dalam pinggan dan sendukkan sos ke atasnya. Tambahan: Sotong dan udang perlu dimasukkan kemudian. Apabila telah dimasukkan, jangan masak terlalu lama kerana nanti sotong dan udang akan keras atau liat. Jangan letak garam terlalu banyak kerana rasa masam akan menyebabkan rasa masin yang kuat. Review:

Air Asam

Email this Recipe

Kiriman: nina Sumber: sendiri Hits: 1795 Rating: 8.20 Review: 0

Print this Recipe

Bahan-Bahan: BAHAN 'A' Asam jawa (dalam dua kerat jari) (direndam ½ cawan air suam, buang biji) 1 biji limau kasturi (besar) (dibelah dua dan dibuang biji) 8-10 cili padi kampung ½ biji tomato 1 inci belacan 1 sudu kecil kerisik 1 sudu besar gula 1 sudu kecil garam

Bahan B 1-2 biji tomato 1-2 biji bawang besar

Cara: 1. Pastikan asam jawa tiada biji. 2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair). 3. Potong tomato kecil-kecil (kiub 4. Hiris bawang. Pastikan empulur bawang dibuang. 5. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar. Cadangan Hidangan: Boleh makan bersama ikan bakar seperti cencaru. ikan terubuk, ikan pari bakar. Juga boleh dimakan dengan ulam-ulam kampung. Istimewa dengan jantung pisang abu. Caranya mudah, masak air dalam periuk dan tunggu menggelegak. Masukkan 1 sudu kecil garam. Jangan belah 2 jantung sehingga air menggelegak. Nanti jantung hitam dek getah. Rebus sampai empuk 20 - 30 mengikut saiz.

Air Asam kelantan ( sos pencicah ) Kiriman: liza Sumber: resepi ibu Hits: 37 Rating: 0.00 Review: 0 Bahan-Bahan:

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan A

Bahan B

10 biji bawang merah 5 biji bawang putih ½ inci belacan ( ke semua bahan di atas hendaklah dibakar terlebih dahulu )

Asam jawa ( di ambil air nya) garam,aji dan gula secukup rasa

Cara: 1)Tumbuk bahan A dan lada terlebih dahulu. 2)Masukkan air asam jawa tadidan bahan-bahan perasa tadi. 3)Sos pencicah ini boleh dimakan dengan ikan bakar. Cadangan Hidangan: Kalau hendak pedas, boleh di tambah lada. Review:

Acar Mangga Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977 Hits: 2198 Rating: 6.60 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan: 6 biji mangga muda (dikupasnya & dihiris tipis-tipis) ½ cuka putih 1 ¼ cawan gula pasir 1 ½ sudu garam 2 ulas bawang putih (dihiris tipis)

10 batang lada kering (dibuang bijinya,direndam, ditoskan & digiling) 60 gm halia jeruk 7 gm halia hidup 12 biji buah badam (dicelur & dihiris halus memanjang) 2 sudu kismis

Cara: Cuka,gula & garam dijadikan sirap. Masukkan bawang putih,lada giling,halia, jeruk & halia hidup Didihkan perlahan-lahan hingga selama 10 minit. Masukkan mangga & teruskan mendidih dengan perlahan-lahan hingga ia lembut. Jaga,Jangan sampai mangganya hancur. Masukkan buah badam & kismis.Didihkan perlahanlahan selama 10 minit,atau hingga campuran tadi pekat. Sesuaikan rasanya & angkat dari api.Apabila sejuk,masukkan ke dalam botol. Hidangkan bersama sebarang hidangan utama. Review:

Asam Pedas Daging/Tetel Melaka

Email this Recipe

Kiriman: Zarina Zakariah Hits: 871 Rating: 7.75 Review: 0 Bahan-Bahan: Bahan A :Ditumis 5 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah (keluarkan sedikit bwg untuk ditumis) 5 biji halba 1 biji bunga lawang 3 cm halia

2-3 helai daun limau purut 3 sudu minyak masak 3 cm lengkuas 2 btg serai ½ kilo daging 2 cawan asam jawa Garam

Print this Recipe

Bahan B: Ditumbuk ¼ sudu teh jintan manis ¼ sudu teh jintan putih 3 cm belacan 1 cm kunyit hidup/½ sudu serbuk kunyit 5 btg cili ½ sudu serbuk kari

Cara: Bersihkan daging dan rebus sehingga empuk.Panaskan minyak.Cili yg telah dikisar hendaklah dicampur dgn bahan yg telah ditumbuk beserta serbuk kari.Tumis bahan A.Masukkan bahan B dan kacau hingga garing.Masukkan daun limau purut.Masukkan daging beserta air rebusannya sekali.Setelah mendidih, masukkan lengkuas dan serai.Kemudian masukkan air asam jawa.Setelah mendidih masukkan garam. Cadangan Hidangan: Selalunya dimakan bersama nasi.Tetapi juga boleh dihidang bersama roti sebagai pencicah.

Begedil Daging Istimewa Ibuku

Email this Recipe

Kiriman: Suriabaharin Sumber: Ibu Hits: 78 Rating: 0.00 Review: 0

Print this Recipe

Bahan-Bahan: 10 Ubi Kentang (direbus & dilenyek) ¼ Daging ((direbus & Di cincang) Sedikit Lada sulah Sedikit Daun Sup

Tepung Kentucky Telur (untuk dicelup) p/s Tidak perlu garam sebab tepung kentucky tadi sudah masin.

Cara: 1. Rebus Ubi Kentang dan toskan dan rebus daging. 2. Lenyek Ubi dgn dgg cincang,letakkan sedikit daud sup dan lada sulah. 3. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit. 4. Celupkan begedil tadi dengan tepung, telur dan tepung kembali. 5. Gorengkan dengan api sederhana. Cadangan Hidangan: Makan dengan nasi putih dengan sos cili LIFE Tambahan: Makan gitu pun da sedap beb... Try ler ek.

Asam Pedas Daging Dengan Daun Kesum

Email this Recipe

Sumber: Majalah Wanita Jun 1999 Hits: 4166 Rating: 6.33 Review: 0 Bahan-Bahan: Bahan dikisar:

½ kilo daging (dihiris nipis)

Print this Recipe

5 3 3 3 5 2 5 2

ulas bawang putih cm halia batang serai cm lengkuas biji cili padi biji buah keras biji cili kering cm belacan

10 ulas bawang merah 2 cawan air asam jawa 2 batang daun kesum 1 liter air sejuk Serbuk perasa Minyak masak Garam

Cara: Panaskan satu sudu besar minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan daging dan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk. Sesuaikan rasa dan didihkan hingga daging empuk. Kemudian masukkan daun kesum. Angkat dan hidangkan

Daging Goreng Berempah Kiriman: zairy Hits: 219 Rating: 0.00 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan: ½ kilo daging - hiris nipis 1 labu bawang besar - dihiris 4 ulas bawang putih - ditumbuk 1 kulit kayu manis - ditumbuk halus kunyit secubit garam sedikit minyak

1 bungkus rempah - daging baba's jintan manis - ditumbuk jintan putih - ditumbuk 2 helai daun kari ***peramkan daging dgn dicampur jintan manis,jintan putih,kunyit,kulit kayu manis dan sedikit garam selama ½ jam.

Cara: a)daging di goreng b'sama bwg besar,bwg putih,sehingga garing. b)toskan daging. c)goreng rempah kari b'sama sedikit minyak dan masukkan daun kari sehigga naik bau. d)masukkan daging semula dan gaulkan b'sama. Cadangan Hidangan: mkn b'sama nasi atau begitu saja.

Daging Goreng Berkunyit Kiriman: misz_ir Sumber: ibuku.. Hits: 209 Rating: 0.00 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan: daging lembu ubi kentang cili hijau/merah bawang besar daun bawang minyak kunyit perasa Cara: daging direbus sehingga empuk. ubi kentang dihiris nipis dan digoreng sehingga garing dan di toskan minyaknya. setelah daging empuk, goreng daging tersebut sehingga agak garing. masukkan ubi yg telah digoreng tadi. masukkan kunyit, garam dan ajinomoto. gorengkan sebentar, setelah agak masak masukkan cili hijau/merah dan

daun bawang. tutup api dan sedia dimakan. Cadangan Hidangan: makan bersama nasik putih. Tambahan: kadar kesemua bahan-bahan terpulang kepada banyaknya daging yg digunakan.

Daging Goreng Cepat & Senang

Email this Recipe

Kiriman: tina darus Sumber: mak mertua Hits: 15 Rating: 0.00 Review: 0

Print this Recipe

Bahan-Bahan: 500gm daging (dipotong) air (untuk merebus daging) 1 sudu besar serbuk kunyit 2 senduk minyak masak garam secukup rasa

Dihiris: 1 labu bawang besar 2 batang cili merah

Cara: Didihkan air dalam air. Letakan daging yang dipotong dan tambahkan garam secukup rasa. Biarkan ia mendidih sehingga air rebusan daging hampir kering (apabila air rebusan kurang dari 1/4) Masukkan serbuk kunyit dan kacau hingga sebati. Kemudian tuangkan minyak masak dan gaul hingga daging garing sedikit. Kemudian tambahkan hirisan bawang besar dan cili merah tadi. Gaulkan kesemuanya dalam masa 1-2 minit. Angkat & hidang.

Cadangan Hidangan: Dimakan bersama nasi putih panas. (minyak dalam daging goreng tadi boleh dijadikan kuah) Lebih enak jika dimakan bersama sambal belacan. Tambahan: Memerlukan beberapa cubaan untuk mem-perfect kan masakan ini. SELAMAT MENCUBA!!

250 gram Daging Lembu 1 ulas Bawang Besar(Holland) 1 sudu Serbuk Kunyit Garam secukup rasa Minyak Masak Cara: Daging dipotong/dihiris nipis dan diperap dengan serbuk kunyit serta garam selama 15 minit. Bawang besar dihiris nipis macam 'onion ring'. Panaskan kuali tanpa minyak dan masukkan daging yang telah diperap. Tunggu sehingga air yang keluar daripada daging kering, baru masukkan minyak masak (secukup rasa). Goreng daging sehingga masak, baru masukkan hirisan bawang besar dan terus menggoreng sehingga bawang separuh layu. Cadangan Hidangan: Sedap dimakan dengan nasi putih. Boleh juga ditambah kacang panjang serta cili (besar) yang

Daging Goreng Lada Hitam Kiriman: Pn. Edd Hits: 711 Rating: 10.00 Review: 0

Email this Recipe

Print this Recipe

Email this Recipe

Print this Recipe

Bahan-Bahan: 300gm daging lembu 3 ulas bawang putih (diketuk) 1 biji bawang besar (dimayang) 1 batang cili hijau

Serbuk kunyit Lada hitam (ditumbuk) Garam Perasa Minyak Masakan

Cara: 1.Gaulkan daging lembu dengan serbuk kunyit, garam dan lada hitam. 2.Goreng bersama minyak bahan gaul tadi dan biarkan empuk. 3.Apabila sudah empuk masukkan bawang putih, biarkan seketika. 4.Kemudian masukkan serbuk perasa, bawang besar dan cili hijau. 5.Sedia dihidang. Tambahan: Selamat Mencuba!!!

Daging Goreng Kicap Buaya Cinta Sumber: Majalah Saji Mei 1998 Hits: 570 Rating: 8.50 Review: 0 Bahan-Bahan: 1 2 4 2

kg daging labu bawang besar - dihiris bulat ulas bawang putih - dicincang cm halia - dicincang

2 sudu besar rempah kari 5 sudu besar kicap 3 tangkai cili merah Sedikit garam dan minyak

Cara: Daging direbus hingga empuk, kemudian dihiris nipis. Jika suka boleh digoreng sebelum dicampurkan dengan bahan yang telah ditumis. Tumis bawang putih, halia hingga wangi baunya. Kemudian masukkan rempah kari dan bawang besar. Biarkan hingga bawang layu. Tambahkan kicap, cili merah dan garam sebagai perasa.

Daging Singgang Terengganu Kiriman: hasliza Sumber: ibu Hits: 308 Rating: 10.00 Review: 0 Bahan-Bahan: ¼ kilo daging lembu ¼ kilo tulang lembu 10 ulas bawang merah 7 ulas bawang putih 1 besar ibu jari kunyit 1 ½ besar lengkuas 5 batang serai 1 camca besar lada hitam 1 camca kecil jintas manis 1 camca besar ketumbar

Email this Recipe

Print this Recipe

2 keping asam keping garam secukup rasa

Cara: cara: bersih daging dan tulang lembu. kemudian masukkan ke dalam periuk bersama air. tumbuk semua bahan-bahan di atas. masukkan ke dalam periuk tadi.masukkan asam keping dan garam. sekiranya suka boleh menggunakan perasa.

Cadangan Hidangan: cara hidangan: sedap dimakan tengah panas- panas.

Related Documents

Resepi Ummi
June 2020 18
Resepi
June 2020 24
Resepi
October 2019 33
Resepi Pilihan
May 2020 15
Resepi Gulai
June 2020 9
Resepi Waffle
May 2020 13