Buku Elektronik
20 Resipi Aneka Gulai Sajian berbeza masakan bergulai
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
Penggunaan Buku elektronik 20 Aneka Resipi Aneka Gulai diberikan PERCUMA hanya kepada ahli-ahli yang berdaftar di laman web www.sajionline.com.my sahaja. Sekiranya anda menerima ebook ini dan anda BUKAN AHLI , ebook ini BUKAN diberikan untuk anda. Kami galakkan anda menjadi ahli, layari laman web www.sajionline.com.my sekarang. Keahlian adalah percuma!
Pemilikan Hak cipta Buku elektronik (ebook) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, susunannya serta bahan-bahannya dan kulit muka ialah kepunyaan Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian ebook ini boleh disalin, diubah, diedar, dihantar semula, disiarkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dipinda, dipamer, dijual itkan, atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran dan persetujuan secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.
Penafian Perfisio Solutions dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (“kami”) adalah tidak bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerugian atau kemudaratan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada ebook ini. Kandungan yang dimuatkan adalah bagi tujuan rujukan dan maklumat umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di laman ebook ini, ini hanyalah untuk menyatakan kami TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan kandungan yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. Kam tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan ebook dan kandungan yang terkandung dalam ebook ini dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan: Perfisio Solutions Sdn. Bhd 14, Ground Floor, The Right Angle Jalan 14/22 , Petaling Jaya No. Tel: 603-7955 5577 No. Faks: 603-7957 2777
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
GULAI KUPANG BERLADA BAHAN-BAHAN: 300 gm isi kupang 200 gm nanas (hiris nipis) 250 ml santan 5 ulas bawang merah (tumbuk) 4 ulas bawang putih (tumbuk) 1 batang serai (titik) 10 tangkai cili padi (tumbuk) 2 cm kunyit hidup (tumbuk) 10 gm serbuk lada hitam 1 keping asam gelugur Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN: Campurkan kesemua bahan tumbuk dan serai bersama santan, kupang, asam gelugur dan lada hitam lalu didihkan. Campurkan nanas dan garam hingga kuah menjadi pekat.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
AYAM KAMPUNG LEMAK KELEDEK BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam kampung (potong 12) 2 biji ubi keledek (potong dadu) 1 tangkai cili merah (tumbuk) 5 tangkai cili padi (tumbuk) 3 ulas bawang merah (tumbuk) 3 ulas bawang putih (tumbuk) 1 labu bawang besar (belah 4) 1 batang serai (titik) 4 cm kunyit hidup (tumbuk) 1 keping asam gelugur 250 ml santan pekat 2 helai daun limau purut (hiris) Garam dan minyak secukupnya
CARA MENYEDIAKAN: Ayam kampung digoreng separuh masak dan ketepikan. Ubi keledek direbus setengah empuk dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga pecah minyak. Setelah naik bau, masukkan pula ayam dengan sedikit air. Didihkan hingga ayam empuk. Kemudian masukkan pula santan, ubi keledek, asam gelugur, bawang besar, daun limau purut dan garam secukup rasa.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
KURMA CAMPURAN BAHAN-BAHAN: 200 gm daging (potong dadu) 10 biji telur puyuh (rebus) 3 biji ubi kentang (potong dadu) 1 batang lobak merah (potong dadu) 2 labu bawang besar (belah empat) 4 ulas bawang merah (mayang) 3 ulas bawang putih (mayang) 50 ml air asam jawa 2 cm halia (mayang) 2 kuntum bunga lawang 250 ml santan 1 peket kecil rempah kurma 250 ml air Garam secukup rasa Minyak untuk menumis CARA MENYEDIAKAN: Di dalam kuali, panaskan minyak, tumiskan bunga lawang dan bahan-bahan yang dimayang hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan air asam jawa.Tumis lagi. Masukkan daging dan tambahkan sedikit air. Bila daging sudah separuh empuk, masukkan ubi kentang, lobak merah dan bawang besar. Kemudian masukkan santan, telur puyuh dan garam secukup rasa. Biarkan kesemuanya empuk.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
PARI RAMPAI BERKUAH BAHAN-BAHAN:
500 gm ikan pari 10 tangkai cili padi (tumbuk) 5 tangkai cili merah (tumbuk) 5 ulas bawang merah (tumbuk) 4 ulas bawang putih (tumbuk) 2 batang serai (titik) 1 kuntum bunga kantan (hiris) 2 helai daun limau purut (hiris) 1 helai daun kunyit (mayang) 250 ml santan pekat 1 biji limau kasturi (ambil airnya) 2 cm cekur (tumbuk) 2 cm kunyit hidup (tumbuk) 1/2 biji kelapa (sangai hingga kekuningan) Garam secukup rasa Minyak untuk menumis
CARA MENYEDIAKAN: Gaulkan separuh bahan-bahan tumbuk, kelapa goreng dan sedikit garam dengan ikan yang telah dibersihkan dan panggang. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lalu tumiskan separuh lagi bahan-bahan tumbuk hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dihiris dan mayang halus serta santan pekat. Bubuhkan garam dan gula. Didihkan hingga kuah agak pekat. Akhir sekali, curahkan kuah ke atas ikan pari bakar.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
GULAI BETIK IKAN MASIN BAHAN-BAHAN: 1 biji betik muda (warna isinya agak kekuningan) 100 gm ikan masin 500 ml santan kelapa 10 tangkai cili padi (tumbuk) 5 ulas bawang merah (tumbuk) 3 ulas bawang putih (tumbuk) 1 batang serai (titik) 2 cm kunyit hidup (tumbuk) Sehelai daun kunyit (siat) Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN: Betik dicincang dan dihiris halus dan dicelur. Masukkan bahan tumbuk, serai, santan dan ikan masin ke dalam periuk. Didihkan seketika. Masukkan betik dan daun kunyit serta garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih sehingga masak.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
KARI SARDIN KENTANG BAHAN-BAHAN: 1 tin besar ikan sardin 2 biji ubi kentang 3 ulas bawang merah (tumbuk) 3 ulas bawang putih (tumbuk) 1 labu bawang besar (belah 4) 1 batang serai (titik) 2 sudu besar rempah kari ikan 1/2 sudu kecil halba campur 50 ml air asam jawa 50 gm yogurt 125 ml air Garam secukup rasa Minyak untuk menumis CARA MENYEDIAKAN: Panaskan minyak di periuk. Tumiskan bahan-bahan tumbuk, halba campur dan serai hingga naik bau. Masukkan rempah kari, air asam jawa dan air. Didihkan hingga pecah minyak. Masukkan ubi kentang dan bawang besar, masak hingga empuk. Akhir sekali, masukkan sardin (ambil ikan sahaja), yogurt dan garam secukup rasa. Didihkan dengan api perlahan untuk beberapa minit.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
GULAI ASAM TETEL DAN REBUNG BAHAN-BAHAN: 500 gm daging tetel (rebus empuk) 200 gm rebung 10 gm ketumbar (tumbuk) 10 tangkai cili kering (kisar) 5 ulas bawang merah (kisar) 4 ulas bawang putih (kisar) 2 cm lengkuas (ketuk) 1 cm belacan (tumbuk) 5 keping asam gelugur 2 batang serai (titik) 3 cawan air Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis CARA MENYEDIAKAN: Di dalam periuk, panaskan minyak lalu tumiskan bahan-bahan kisar, tumbuk, serai dan lengkuas hingga naik bau. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan pula rebung, daging tetel, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Didihkan lagi selama sepuluh minit.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
GULAI MASAM IKAN KERING BAHAN-BAHAN: 1 ketul ubi kayu (potong bulat dan belah 2) 4-5 keping tulang ikan masin kurau 1 liter air 6 ulas bawang merah (tumbuk lumat) 1 tangkai cili merah (tumbuk lumat) Sedikit belacan (tumbuk lumat) 3 sudu besar cili merah kisar 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 batang serai (titik) 2 keping asam gelugur (hiris) Garam dan gula secukup rasa Daun kesum secukupnya
CARA MENYEDIAKAN: Masukkan ubi ke dalam air bersama bahan tumbuk dan cili kisar ke dalam periuk, rebus hingga ubi kayu separuh empuk. Kemudian masukkan pula serai, serbuk kunyit, asam gelugur, daun kesum, ikan masin, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan biarkan hingga ubi kayu empuk dan kuah agak pekat.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
PINDANG SOTONG BAHAN-BAHAN: 500 gm sotong sederhana besar 2 batang serai (titik) 2 cm halia (titik) 7 tangkai cili siam (titik) 2 helai daun salam 4 biji tomato hijau (potong dua) 2 biji tomato merah besar (potong empat) 6 biji belimbing buluh (belah dua) 5 gm daun kemangi/selasih 2 keping asam gelugur 650 ml air sejuk Garam dan gula secukup rasa BAHAN-BAHAN KISAR: 6 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup 2 tangkai cili merah CARA MENYEDIAKAN: Rebus bahan-bahan kisar bersama air, serai, halia, daun salam, tomato hijau dan merah, belimbing, cili siam, asam gelugur dan daun kemangi hingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan sotong, belimbing buluh, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mendidih sekali lagi.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
TUMIS ASAM PEDAS NYONYA BAHAN-BAHAN: 2 ekor ikan keli (potong tiga) Minyak untuk menumis 6 batang bendi kecil 500 ml air asam jawa (sederhana pekat) 1 kuntum bunga kantan (hiris kasar)
BAHAN KISAR 6 ulas bawang merah 3 tangkai cili merah 2 batang serai 2.5 cm lengkuas 2.5 cm kunyit hidup 10 tangkai cili kering (kisar berasingan) Sedikit belacan Garam dan gula secukup rasa CARA MENYEDIAKAN: Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan kisar hingga terbit minyak dan naik bau. Masukkan air asam jawa, ikan, gula dan garam secukup rasa, tunggu hingga mendidih. Akhir sekali, masukkan pula bunga kantan. Apabila kuah mula mendidih sekali lagi masukkan kacang bendi dan kacau. Biarkan hingga lima minit. Tutup periuk dan padamkan api.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
KARI TELUR ITIK BAHAN-BAHAN: 6 biji telur itik (rebus) Minyak secukupnya 1 labu bawang besar (cincang) 2 ulas bawang putih (cincang) 3 cm halia (tumbuk lumat) 4 biji tomato (potong kecil) 150 ml air Gula dan garam secukup rasa BAHAN REMPAH: 1 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu kecil serbuk kunyit 1 1/2 sudu kecil serbuk cili 1/2 sudu kecil garam masala CARA MENYEDIAKAN: Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan dan naik bau. Campurkan bahan-bahan rempah dan tumis hingga tiga minit. Masukkan tomato dan goreng hingga tomato layu. Masukkan air, kacau dan biarkan kuah mendidih. Akhir sekali masukkan telur rebus, garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali-sekala hingga kuah menjadi pekat.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
GULAI LEMAK TAUGE BERTAUHU BAHAN-BAHAN: 350 gm tauge kasar (buang ekor) 3 keping tauhu (potong empat) 1/2 labu bawang besar (hiris memanjang) 1 tangkai cili merah hiris kasar 250 gm udang sederhana besar 300 ml santan pekat Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN: Masukkan separuh daripada santan, bawang besar dan tauge ke dalam periuk, dan masak hingga kuah mendidih. Apabila kuah mendidih masukkan pula sebahagian daripada santan tadi, udang, tauhu, cili merah serta garam secukup rasa. Kacau dan biarkan sehingga tiga minit atau sehingga kuah mendidih semula
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
SUP TAUHU TELUR DENGAN SURIMI BAHAN-BAHAN: 250 gm minyak kacang 4 batang tauhu telur (potong ikut suka dan goreng) 4 kuntum cendawan shitake kering (rendam dan hiris nipis) 50 gm leek (hiris nipis) 50 gm lobak (hiris nipis) 120 gm surimi/isi ketam 2 sudu besar air halia 1 liter air sejuk 1 1/2 kiub pati ayam 1/2 sudu kecil lada sulah 1 sudu besar tepung jagung Air secukupnya 1 biji telur ayam CARA MENYEDIAKAN: Panaskan dua sudu besar minyak dalam kuali. Goreng lobak, leek dan cendawan hingga naik bau. Masukkan air halia, air, lada sulah dan kiub pati ayam dan tunggu hingga mendidih. Masukkan pula surimi dan tepung jagung yang telah dibancuh bersama air. Kacau sebentar. Akhir sekali, masukkan telur, kacau cepat-cepat dengan menggunakan garpu. Angkat dan ketepikan. Hidangkan dengan masukkan empat hingga lima ketul tauhu telur ke dalam mangkuk sup, curahkan kuah ke atasnya dan taburkan dengan daun bawang.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
KARI IKAN ASAM PEDAS BAHAN-BAHAN: 2 ketul ikan tenggiri (goreng) 2 batang serai (hiris nipis) 2 sudu besar serbuk kari 150 gm air asam jawa (pekat) 200 ml santan pekat 2 biji tomato (potong 4) 1 labu bawang besar (potong panjang) 1 tangkai cili hijau (belah dua) 1 tangkai cili merah (belah dua) 6 biji kacang bendi Garam dan gula secukup rasa BAHAN-BAHAN TUMBUK: Minyak untuk menumis 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 6 tangkai cili merah 5 gm kunyit hidup 5 gm halia 3 biji buah keras CARA MENYEDIAKAN: Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk dan serbuk kari hingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan air asam jawa, santan, ikan serta garam dan guka secukup rasa. Kacau sekali-sekala hingga kuah mendidih. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran dan biarkan sebentar hingga sayur empuk dan kuah pekat.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
DAGING SEMUR BAHAN-BAHAN: 500 gm daging (potong kiub) 1 1/2 sudu besar kicap cair 1 sudu besar cuka 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk) 1 sudu kecil rempah campuran (perap semua bahan di atas selama 15 minit) 6 ulas bawang merah (tumbuk) 4 ulas bawang putih (tumbuk) 2 sudu besar minyak 1 liter air 4 biji kentang (potong empat) Garam dan gula secukup rasa 1 sudu besar serbuk roti CARA MENYEDIAKAN: Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan daging perap dan goreng selama lima minit, barulah dimasukkan air. Biarkan hingga mendidih. Perlahankan api dan masukkan kentang, tunggu hingga kentang empuk. Akhir sekali, campurkan garam, gula secukup rasa serta serbuk roti, biarkan sebentar hingga kuah pekat.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
LEMAK UDANG TEMPOYAK DAUN KAYU BAHAN-BAHAN: 350 gm udang sederhana besar (buang kepala dan kulit) 50 gm isi petai 150 gm tempoyak 125 ml santan cair 250 ml santan pekat Garam dan gula secukup rasa BAHAN HIRIS HALUS: 2 helai daun kunyit 5 helai daun labu 10 helai pucuk ubi (rebus) 10 helai daun kaduk 10 helai daun buas-buas BAHAN TUMBUK: 3 batang serai hiris 3 cm kunyit hidup 8 tangkai cili padi CARA MENYEDIAKAN: Masukkan kesemua bahan hiris, bahan-bahan tumbuk, petai, tempoyak dan santan cair ke dalam periuk. Masak atas api dan biarkan mendidih. Apabila kuah mula mendidih, masukkan santan pekat, udang, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia
mendidih
sekali lagi dan barulah angkat.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
AYAM PONGTEH BAHAN-BAHAN: 600 gm ayam (potong 10) 3 sudu besar minyak 250 ml air 300 gm ubi sengkuang (potong kiub) 4 helai daun cekur (hiris kasar) BAHAN-BAHAN TUMBUK: 7 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 cm lengkuas 1.5 cm kunyit hidup 4 biji buah keras BAHAN-BAHAN PERISA: 2 sudu besar taucu kisar 1 sudu besar gula 1 sudu kecil kicap cair 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis Garam dan gula secukup rasa CARA MENYEDIAKAN: Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan ayam dan ubi sengkuang. Goreng ayam dan sengkuang hingga jus ayam dan sengkuang kering. Masukkan air dan daun cekur, bila kuah mendidih baru ditambah bahan-bahan perisa, kacau dan angkat.
GULAI AYAM SUMATERA © 2009. Hak Cipta Terpelihara
BAHAN-BAHAN: 500 gm ayam (potong sederhana) 5 tangkai cili padi 1 keping asam gelugur 250 ml santan 2 tangkai cili hijau (potong dua) 2 biji tomato (belah empat) Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya BAHAN KISAR 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 3 cm lengkuas 1 batang serai 2 helai daun limau purut 1 helai daun kunyit 2 cm kunyit hidup CARA MENYEDIAKAN: Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Masukkan ayam dan gaulkan hingga sebati. Kemudian masukkan santan dan sedikit air. Kemudian masukkan asam gelugur, garam dan gula. Biarkan seketika. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tomato. Masak hingga mendidih dengan api yang sederhana. Hidangkan.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
GULAI UDANG REBUNG BAHAN-BAHAN: 300 gm udang sederhana besar 200 gm rebung (hiris nipis) 3 ulas bawang merah (kisar) 2 ulas bawang putih (kisar) 2 cm halia (kisar) 1 cm kunyit (kisar) 300 ml santan 2 keping asam gelugur Air secukupnya 4 tangkai cili padi (titik) 1 batang serai (titik) Sedikit garam dan gula secukup rasa CARA MENYEDIAKAN: Masukkan ke dalam periuk bahan-bahan yang telah dikisar bersama santan, air, kunyit hidup, asam gelugur, cili padi dan serai. Didihkan di atas dapur dengan api yang perlahan. Kemudian masukkan rebung dan udang. Kacau perlahan-lahan supaya santan tidak pecah minyak.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
GULAI UDANG LEMAK PADANG BAHAN-BAHAN: 500 gm udang sederhana 2 batang serai 3 tangkai cili padi (ketuk) 2 tangkai cili merah (belah dua) 250 ml santan pekat BAHAN KISAR: 3 ulas bawang merah 1 labu bawang besar 2 ulas bawang putih 3 cm halia 2 cm kunyit hidup CARA MENYEDIAKAN: Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama dengan santan, serai yang diketuk, cili padi dan cili merah. Didihkan dengan api yang sederhana selama 20 minit. Kacau rata supaya tidak pecah santan. Masukkan udang dan masak selama 20 minit. Masukkan garam secukup rasa dan hidangkan.
© 2009. Hak Cipta Terpelihara
Penggunaan Buku elektronik 20 Aneka Resipi Aneka Gulai diberikan PERCUMA hanya kepada ahli-ahli yang berdaftar di laman web www.sajionline.com.my sahaja. Sekiranya anda menerima ebook ini dan anda BUKAN AHLI , ebook ini BUKAN diberikan untuk anda. Kami galakkan anda menjadi ahli, layari laman web www.sajionline.com.my sekarang. Keahlian adalah percuma!
Pemilikan Hak cipta Buku elektronik (ebook) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, susunannya serta bahan-bahannya dan kulit muka ialah kepunyaan Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian ebook ini boleh disalin, diubah, diedar, dihantar semula, disiarkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dipinda, dipamer, dijual itkan, atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran dan persetujuan secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Perfisio Solutions Sdn. Bhd dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.
Penafian Perfisio Solutions dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (“kami”) adalah tidak bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerugian atau kemudaratan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada ebook ini. Kandungan yang dimuatkan adalah bagi tujuan rujukan dan maklumat umum sahaja. Ini tidaklah bermakna suatu pernyataan yang mengatakan anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di laman ebook ini, ini hanyalah untuk menyatakan kami TIDAK menjamin, di dalam sebarang keadaan, kesahihan maklumat di sini. Kami sentiasa berusaha untuk menerbitkan kandungan yang lebih diyakini dengan setepat dan secepat mungkin, namun ia tetap masih tanpa jaminan. Kam tidak membuat apa-apa pernyataan atau waranti berkenaan dengan ebook dan kandungan yang terkandung dalam ebook ini dan tidak akan bertanggungjawab sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan , termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan: Perfisio Solutions Sdn. Bhd 14, Ground Floor, The Right Angle Jalan 14/22 , Petaling Jaya No. Tel: 603-7955 5577 No. Faks: 603-7957 2777
© 2009. Hak Cipta Terpelihara