Resepi Biskut

  • Uploaded by: HJH NOOR AZANLINA ABDULLA
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Resepi Biskut as PDF for free.

More details

  • Words: 1,230
  • Pages: 5
Biskut Nestum Kismis Bahan-bahan ( 100 pcs ) •

250g butter



100g kismis



3 cawan tepung gandum



3 cawan nestum



1 1/2 cawan gula halus



Telur 1 biji (psl i buat 1/2 dr resipi suruh).. So kalau 250g butter, letak



2 biji telur

Cara-cara 1. Pukul butter dan gula hingga kembang. 2. Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi. 3. Masukkan tepung dan nestum, gaul. 4. Masukkan pulas kismis dan uli adunan ikut bentuk yg digemari. 5. Bakar pd suhu 180 selama 20 minit ___________________________________________________________________________ Karipap Pusing Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji ) •

*Doh berminyak* :



150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..



300 gm tepung gandum



*Doh biasa*:



700 gm tepung gandum



satu sudu kecil garam



air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara 1. Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah. 2. Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. 3. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh. 4. Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam. 5. Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh. 6. Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar. 7. Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung

tikar. Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini utk penerangan gambar yg lebih jelas http://www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm 8. Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini). 9. Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung. 10.Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa. 11.Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu

Cream Puff Bahan-bahan ( 10 biji ) •

100ml air



45g butter-suhu bilik, potong 1cm



60g tepung gandum- diayak



2 biji telur(100g)

Cara-cara 1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur. 2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api. 3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat 6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur. 7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm. 8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. 9. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. 10.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim. 11.Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini 12.Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm 13.*UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

Apam gula hangus Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. ) •

2 biji telur



1 cawan gula pasir



1 cawan air



1/2 cawan minyak masak



2 sudu besar marjerin



2 sudu susu pekat



1 sudu teh soda bikarbonat.



1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara 1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan 2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit 3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi. 4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit. 6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.

7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya

KARIPAP PUSING Bahan-bahan: 1. Doh minyak 300gm tepung gandum secubit garam 1/4 cawan minyak masak 1/2 cawan air suam * Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan 2. Doh marjerin 150gm tepung gandum 100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan. Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Rinn biasanya menggunakan inti keledek. Inti keledek 2 biji ubi keledek, dipotong kiub 1 biji bawang besar, dipotong halus 2 ulas bawang putih, dipotong halus Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok ) 3 sudu besar serbuk kari 1 pelepah daun kari Garam dan gula secukup rasa Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus * Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

PUDING ROTI Bahan-bahan: 8 keping roti (gardenia) 500ml susu segar 4 2 1 2 1

sudu besar gula halus sudu besar mentega camca teh esen vanilla biji telur sudu besar tepung jagung

Cara-cara: 1. Roti dicarik-carik dan direndam dalam susu selama 1/2 jam. 2. Pukul sedikit mentega dan gula. Masukkan esen vanilla. 3. Masukkan telur dan pukul sebentar hingga rata. 4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. 5. Campurkan kedua-dua adunan. Tuang adunan dalam loyang yg sesuai dan bakar pada 180 darj celsius selama 30 minit. KUIH LAPIS Bahan-bahan: 1 1/2 cwn tepung gandum 1/4 cwn tepung beras 1/4 cwn tepung jagung 1/2 cwn gula pasir..boleh tambah jika suka lebih manis 3 cwn santan..tambah jika perlu 1 camca teh garam Pewarna merah 1/2 camca teh esen ros (optional) Cara-cara: 1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dgn sedikit minyak. Masuk loyang dlm kukusan. 2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen ros. 3. Tapis adunan dan bahagikan kepada dua bahagian. 4. Satu bahagian warnakan dengan merah dan campurkan juga esen ros. Satu bahagian lagi tanpa warna. 5. Mulakan lapisan bawah dgn warna putih. Biarkan selama 6min-8min atau hingga masak baru tindih dgn lapisan seterusnya. Ini tip utk membolehkan lapisan dikopek selapis demi selapis. Lakukan hingga habis.

Related Documents

Resepi Biskut
June 2020 10
Resepi
June 2020 24
Resepi
October 2019 33
Biskut Arab
October 2019 18
Resepi Ummi
June 2020 18
Biskut Almond
October 2019 17

More Documents from ""

Influenza A
June 2020 8
Resepi Biskut
June 2020 10
Pore Pressure.docx
November 2019 38