Resensi Gwp1092.docx

  • Uploaded by: K Jia Hui
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Resensi Gwp1092.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 978
  • Pages: 6
Tugasan 1 Judul : Ceria Kasih Pengarang : Elby Wahida Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Tempat Terbit : Kuala Lumpur Tahun Terbit : 1995 Cetakan : Pertama 1995 Jumlah Halaman : 114 ISBN 983-62-4714-9 Harga : RM6.50 Tema Novel Ceria Kasih ini bertema tentang seorang anak pemilik kilang perabot, Nadia yang bertungkus lumus menyelamatkan kilang daripada lingkup angkara Kamal dan koncokonconya. Walaupun pelbagai konflik telah dihadapi, tetapi Nadia tetap tabah di bawah bantuan seorang graduan yang mempunyai matlamat hidup, iaitu Amar. Sinopsis Novel ini mengisahkan tentang pergolakan dalam sebuah kilang perabot yang melibatkan kejujuran, penyelewengan, dan cinta antara pekerjanya. Nadia, seorang mahasiswa dalam bidang pengurusan perniagaan telah diminta oleh ayahnya untuk mengendalikan kilang perabot yang berprestasi merosot. Bidang perniagaan mempunyai pelbagai liku yang berselirat dan tidak semudah yang dilihat dari luar. Kamal, pengurus sementara yang dilantik oleh ayah Nadia asyik menimbulkan masalah seperti menggunakan kenderaan kilang bagi kegunaan peribadi. Ini telah menimbulkan konflik yang mengancam prestasi kilang perabot. Iltizam mereka untuk menyelamatkan kilang diselang-seli oleh perasaan halus antara tiga pemuda iaitu Nadia, Amar, dan Affendi. Akhirnya, keadaan kilang menjadi semakin baik seperti habis gelap terbitlah terang. Seperti yang diharapkan oleh Nadia, Amar berjaya menjadi pengurus kilang perabot. Nilai

Dalam novel ini, nilai taat kepada ibu bapa telah dicerminkan oleh Nadia. Contohnya, dia membantu ayahnya yang sakit untuk mengendalikan kilang kerana keadaan kilang pada masa itu sudah menjadi semakin kritikal. Walaupun Nadia tidak ingin menguruskan perniagaan itu sedangkan dia belum tamat pengajian, tetapi dia tetap melakukannya demi ayahnya dan kilang perabot kesayangan ayahnya. Selain itu, nilai bertanggungjawab pula boleh kita pelajari daripada Amar dan Nadia. Mereka menjalankan kewajipan untuk menyelesaikan konflik kilang secara bekerjasama. Contohnya, mereka merancang untuk membina tadika di kawasan kilang khas untuk anakanak pekerja kilang yang sentiasa berkeliaran di kawasan kilang. Selain itu, Amar bertanggungjawab dalam memujuk pelanggan supaya menukar set perabot di pejabatnya serta membantu untuk menempah lori yang baru kerana lori lama kilang sentiasa bermasalah dan memperlahankan proses pengeluaran perabot. Di samping itu, nilai bersimpati telah dicerminkan oleh watak utama iaitu Nadia dan Amar. Para pekerja mandapat kebajikan daripada Nadia dan Amar seperti wang untuk mendapatkan rawatan sakit, tadika untuk anak pekerja di kawasan tepi kilang dan tempat menjamu selera yang khas untuk pekerja yang bekerja di kawasan berhabuk. Sikap taat setia terhadap pekerjaan dalam diri pekerja semakin kukuh dengan usaha Nadia serta Amar. Pengajaran Para pembaca juga akan mempelajari tentang pelbagai pengajaran daripada novel Ceria Kasih. Pertama sekali, kita mestilah berani mengambil sesuatu keputusan. Sebagai contohnya, Amar berjanji untuk menguruskan kilang perabot ayah Nadia dengan sanggup menolak tawaran untuk menjadi pengurus di Pulau Pinang demi kilang perabot serta Nadia yang disukai. Kita tidak seharusnya mempelajari Nadia yang berasa serba salah apabila ayahnya memintanya untuk mengambil alih kilang perabot. Selain itu, kita perlulah sentiasa berwaspada pada bila-bila masa. Contohnya, Nadia dan Amar memerhatikan tingkah laku Kamal dengan menyembunyi di belakang longgokan kayu pada waktu malam. Mereka sempat mengambil tindakan sebelum Kamal melepaskan api di kawasan kilang sebagai balasan dendam kepada Nadia yang menghalangnya untuk mengaut keuntungan daripada kilang. Seterusnya, kita sewajarnya sedar diri akan kesilapan diri dan tidak mengulanginya. Contohnya, Kak Salbiah telah insaf dan hanya menjawab panggilan telefon tentang perniagaan sahaja. Sebelum ini, dia membuat panggilan dengan kawan di luar negara dalam masa yang panjang dengan menggunakan telefon pejabat. Kita tidak sepatutnya berkelakuan seperti Kamal yang asyik mengulangi kesilapan yang mengancam prestasi kilang perabot.

Kamal bukan sahaja menggunakan kenderaan kilang secara peribadi, dia juga meminta pekerja untuk menghasilkan perabot bagi kegunaan sendiri. Teguran Nadia dan Amar terhadap Kamal tidak dipertimbangkannya sebaliknya dia menyimpan dendam terhadap mereka. Teknik Dalam novel ini, pengarang telah menggunakan teknik pemerian sepanjang jalan cerita novel ini. Pengarang seolah-olah menjadi tukang cerita dan menggambarkan proses Nadia dan Amar bertungkus lumus membangunkan kilang perabot secara langsung. Teknik ini membolehkan pembaca sentiasa berada dalam keadaan yang terang dan jelas kerana jalan cerita disampaikan secara langsung. Di samping itu, teknik saspens juga telah digunakan dalam novel ini. Teknik ini menggambarkan perasaan tertanya-tanya dan ingin tahu para pembaca apabila Amar menyatakan bahawa sendiri hanya kelulusan SPM sedangkan dia dapat merancangkan perniagaan serta menghasilkan resume secara teratur. Teknik ini menyebabkan pembaca ingin tahu perkara yang akan berlaku seterusnya. Akhirnya, Amar berterus terang bahawa dia merupakan seorang graduan dalam bidang pengurusan perniagaan yang berkelayakan untuk menjadi seorang pengurus. Penilaian buku (Kelebihan) Ayat-ayat dalam novel ini mudah difahami. Selain itu, perwatakan watak-watak dalam novel ini mudah difahami kerana telah digambarkan secara jelas. Melalui novel ini, para pembaca dapat menghayati kepentingan sikap ikhlas dan tabah apabila menghadapi sesuatu kesusahan. Segala kesusahan pasti dapat diatasi dengan mencurahkan usaha yang penuh seperti Nadia dan Amar yang mendapat kejayaan selepas mengatasi pelbagai konflik. Selain itu, para pembaca dapat terhanyut dalam kisah yang diceritakan di dalam novel ini. Pengarang ini pandai mengisahkan jalan cerita secara teratur dan menarik. Penilaian buku (Kelemahan) Kekurangan novel ini ialah hubungan Nadia dengan Affendi masih belum terputus maka hubungan baru pula terjalin antara Nadia dan Amar semasa mereka bekerja di kilang perabot. Di samping itu, jalan cerita terhadap watak-watak sampingan kurang diceritakan. Pengarang hanya mengutamakan watak-watak utama, Nadia dan Amar manakala kurang menceritakan kisah tentang Affendi yang merupakan teman lelaki Nadia.

Cadangan Pengarang boleh menggunakan bahasa yang lebih kreatif dan peribahasa yang dapat menonjolkan jalan cerita. Di samping itu, watak-watak sampingan dalam novel ini boleh banyak diceritakan supaya para pembaca tidak terpaku kepada watak utama, Nadia dan Amar sahaja. Kesimpulan Novel ini mudah difahami kerana telah menggunakan bahasa yang sederhana. Selain itu, novel ini memiliki kebolehan untuk mendidik para pembaca supaya dapat mengurus dan merancang segala perancangan secara sistematik. Para pembaca juga akan memahami kepentingan nilai amanah apabila diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan urasan penting seperti perniagaan.

Lampiran

Rujukan Elby Wahida. (1995). Ceria Kasih. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ulasan, Resensi Dan Kritikan. Dicapai daripada https://www.emaze.com/@ACOZTLZI Teknik Menyusun Resensi Buku. Dicapai daripada https://bintangsitepu.wordpress.com/2013/01/17/menyusun-resensi-buku/ Contoh Resensi Novel Terbaru. (2018). Dicapai daripada http://www.katakatabijak.co.id/2015/02/contoh-resensi-novel-terbaru-2015.html APA Style (t.t.). Dicapai daripada www.apastyle.org/

Related Documents

Resensi
July 2020 16
Resensi
November 2019 34
Resensi Novel.docx
August 2019 29
Resensi Jujun
June 2020 15
Resensi Bindo.docx
May 2020 17
Resensi Psikologi.docx
October 2019 23

More Documents from "Lynd Ranja"

Resensi Gwp1092.docx
December 2019 25
Contoh Format Tugasan.docx
December 2019 26
November 2019 46
Penyalahgunaan Dadah.docx
November 2019 49
1 Introduction.pdf
June 2020 30