Research- Penulisan Sejarah.docx

  • Uploaded by: Azrul Roslan
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Research- Penulisan Sejarah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 6,866
  • Pages: 32
TAJUK Wanita Kelantan: Anda Peniaga Terhebat! PERMASALAHAN KAJIAN Mengapakah jumlah bilangan penglibatan peniaga majoriti ramai di Pasar Besar Siti Khadijah? TINJAUAN KAJIAN LEPAS Wanita telah lama bergiat aktif dalam bidang keusahawanan. Antara faktor wanita terlibat dalam bidang yang didominasi oleh lelaki ialah keinginan untuk menambah pendapatan dan tuntutan ekonomi untuk meneruskan kehidupan (Thuaibah, et al., 2007). Di Malaysia sebanyak 30.3% perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dimiliki oleh wanita (Normah, 2006). Hal ini menunjukkan bahawa sumbangan wanita kepada pembangunan ekonomi negara adalah amat signifikan.

Nik Zainab (1975), dalam kajiannya membincangkan sebab-sebab penglibatan kaum wanita dalam bidang perniagaan di negeri Kelantan. Beliau membuktikan bahawa wanita Melayu di sana telah melangkah ke arah perkembangan bukan sahaja di bidang ekonomi tetapi juga di arena poilitk semenjak kemerdekaan. Nik Zainab Abdul Karim (1979), dalam kajian beliau tentang ‘Sumbangan Wanita Melayu Kelantan Dalam Bidang Pelajaran, Ekonomi dan Politik Ke Arah Pembangunan Negara’ menyatakan bahawa wanita Kelantan amat terkenal dengan penglibatannya dalam bidang ekonomi terutamanya di bidang perniagaan dan perusahaan-perusahaan kecil.

Bahkan contoh yang selalu disebut-sebut mengenai penglibatan wanita di dalam bidang ekonomi ialah aktiviti-aktiviti mereka di pasar-pasar dan di dalam perusahaan-perusahaan kain songket dan membatik. Kajian beliau menunjukkan 51.2 peratus daripada 500 responden yang meoibatkan diri secra langsung di dalam kegiatan perniagaan dan perusahaan. Kegiatan tersebut meliputi berbgaia-bagai aspek seperti embuka gudanggudang perniagaan untuk menjalankan urusniaga seperti menjual berbagai-bagai jenis kain (textile), berbagai-bagai jenis pakaian, alat solek dan barang-barang kemas. Wanita juga didapati menjadi pengurus sesuatu perusahaan batik dan yang terkenal sekali mengurus penjualan kain songket.

1

Fatimah Daud (1975), dalam kajiannya pula membuat perbandingan antara kumpulan peniaga besar, sederhana dan kecil. Beliau melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara ketiga-tiga kategori peniaga tersebut. Dari kajiannya didapati bahawa terdapat beberapa ciri persamaan dan pernezaan antara mereka. Beliau juga membuktikan bahawa wanita berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan bagi membantu suami meningkatkan pendapatan dan atas dorongan mencari nafkah.

Berdasarkan beberapa kajian dalam dan luar negara mendapati bahawa kaum wanita banyak terlibat dalam aktiviti keusahawanan yang berorientasikan perkhidmatan. Hal ini memeperihalkan lagi wanita dipengaruhi oleh pengalaman bekerja, kemudahan beroperasi di rumah sambal menguruskan rumah tangga, tahap pendidikan yang tidak khusus dan kecenderungan wanita yang lebih berteraskan pelanggan (Roffey et al., 1996). Menurut kajian Watson & New (2005) di Australia pula menunjukkan jumlah penglibatan kaum wanita dalam sektor perkidmatan iaitu, peruncitan, kemudahan, kafe dan restoran. Kajian ini mendapati tiada perbezaan atribut keusahawanan yang ada pada kaum wanita dan kaum lelaki. Situasi yang sama berlaku di Malaysia dimana kajian mendapati kaum wanita banyak terlibat dalam perniagaan berskala kecil dan berorientasikan perkhidmatan (Thuaibah, et al., 2007). Di Singapura, pengusaha wanita menceburi dalam bidang perkhidmatan, peruncitan, penjualan secara borong dan pengeluaran (Teo, 1996) seperti kedai roti, perkhidmatan menghias rumah, kedai pakaian pengantin, kedai gunting rambut, kedai pakaian fesyen, kedai makanan, kilang membuat pakaian, kedai kecantikan wanita, agensi pelancongan, restoran, kantin dan cafeteria. Di Malaysia, ramai di antara usahawan wanita yang menceburi bidang penjaja, peruncitan dan penjualan secara borong. Ini adalah kerana bidang tersebut tidak memerlukan kemahiran tenaga buruh dan modal yang banyak, tidak kompleks dan risiko adalah rendah (Fatimah Daud, 1975). Setiap perniagaan mempunyai cabaran yang perlu dihadapi oleh golongan wanita Melayu dalam memajukan perusahaannya. Kebiasaanya, cabaran ini dilalui oleh wanita terutama yang sudah bekeluarga dan memiliki anak yang ramai. Menerusi artikel yang berjudul ‘Perkembangan Usahawan Wanita Di Malaysia Dapat Mewujudkan Lebih Ramai Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)’ meliputi profil masalah dan keperluan peniaga wanita Melayu Kelantan. Peranan yang dimainkan oleh agensiagensi yang terbabit dalam membantu mereka secara amnya bagi peniaga wanita yang beroperasi di PBSK, telah berkahwin, mempunyai tahap pendidikan yang rendah, lingkungan usia 40an dan kebanyakkannya terlibat dalam sektor yang berkaitan dengan pemprosesan makanan dan tekstil. 2

Penyelidik telah mendapati bahawa tiada penyelidikan dilakukan terhadap penglibatan wanita yang memonopoli dalam aktiviti perniagaan. Justeru, penyelidik berminat untuk mengkaji tentang peniaga wanita. Kajian ini berfokus di Pasar Besar Siti Khadijah (PBSK) yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Tempat ini menjadi tarikan bukan sahaja kerana harga barang yang rendah tetapi juga kebanyakan peniaga adalah dalam kalangan wanita.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini merupakan satu percubaan untuk melihat tahap perkembangan dan penglibatan wanita Melayu sebagai peniaga khususnya di pasar Besar Siti Khadijah. Objektif Kajian telah dibentuk bagi menyokong dan mencapai matlamat kajian ini. Objektifobjektif tersebut adalah: i.

Mengenal pasti sejarah ekonomi wanita dari segi latar belakang, peranan kerajaan dan kemahiran dalam bidang perniagaan di Pasar Besar Siti Khadijah.

ii.

Sejauhmana penglibatan wanita sebagai peniaga sepanjang mengendalikan perniagaan di Pasar Besar Siti Khadijah.

iii.

Menilai sikap masyarakat setempat terhadap golongan wanita yang bergiat dalam sektor perniagaan.

SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya terbatas kepada peniaga wanita di Pasar Besar Siti Khadijah (PBSK) Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini juga hanya memberi fokus kepada komposisi jumlah penglibatan peniaga wanita. Di samping itu, kajian ini juga melihat sejarah ekonomi wanita yang melibatkan latar belakang, peranan kerajaan dan kemahiran yang dimiliki oleh wanita dalam mengendalikan perniagaan serta sikap masyarakat tempatan terhadap bidang perniagaan di pasar tersebut.

3

METODOLOGI KAJIAN 1. KAJIAN LAPANGAN Kajian ini akan dilakukan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu Kelantan. 2. KAJIAN DOKUMEN 

Majlis Perbandaran Kota Bharu

Kajian ini akan juga akan melibatkan Unit Pengurusan Pasar & Penjaja, Majlis Perbandaran Kota Bharu untuk mendapatkan maklumat menegnai peniaga wanita di PBSK ini. Lokasi yang pertama ini berkemungkinan akan memberi gamabran awal tentang statistik peniaga wanita yang terdapat di Pasar Besar Siti Khadijah. Di unit ini juga akan memperolehi data yang tepat berkenaan perkembangan peniaga wanita dari tahun bermulanya pembukaan PBSK sehingga ke hari ini. 

Perpustakaan

Penelitian ini dibuat secara library research. Penyelidikan ini turut melibatkan perpustakaan awam negeri Kelantan, dan juga Perpustakaan Tok Kenali IPG Kampus Kota Bharu untuk mencari maklumat berkenaan dengan perkembangan peraih wanita Kelantan di PBSK. Untuk pencarian di perpustakaan Awam Kelantan, terdapat beberapa buah naskah buku “Peniaga Dan Perniagaan Melayu.” untuk mengenalpasti sejauh mana kajian lepas boleh membantu bagi mendapatkan sumber maklumat yang penulis perolehi hasil daripada kajian yang dibuat di perpustakaan. Antara bahan yang dapat membantu dalam perpustakaan termasuklah majalah, jurnal, risalah, akhbar dan penulisan berkenaan dengan sejarah perkembangan negeri Kelantan dari aspek ekonomi, politik dan juga pembangunan sosial. Selain

itu,

perpustakaan

yang

menjadi

tempat

penyelididkan

adalah

Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Utama Univerisiti Malaya dan Perpustakaan Peringatan Zaaba Univerisiti Malaya (PPZUM). Bahan yang menjadi rujukan pengkaji adalah seperti Buku, Koleksi Persidangan (Seminar dan Laporan), Majalah, Surat Khabar, Tesis Jurnal dan sebagainya.

4



Arkib Negeri Kelantan

Arkib juga merupakan salah satu kajian dokumen bagi mendapatkan maklumat mengenai peniaga wanita di Pasar Besar Siti Khadijah. 3. TEMU BUAL Dalam kaedah wawancara yang akan dijalankan, kajian ini memerlukan beberapa orang peniaga wanita khususnya di Pasar Besar Siti Khadijah. Tujuan wawancara ini diadakan adalah untuk mengetahui dan mengenalpasti dengan lebih lanjut mengenai peniaga wanita yang memonopoli dalam bidang perniagaan di PBSK ini. Kajian ini juga turut akan disandarkan dengan hasil temubual dengan segelintir peniaga lelaki bagi menghasilkan satu perbandingan kecil di antara penglibatan peniaga lelaki dan peniaga wanita di PBSK.

SIGNIFIKAN KAJIAN Kajian yang dilakukan ini mempunyai signifikan seperti berikut : i.

Membantu

Kementerian

Pembangunan

Usahawan

dan

Koperasi

atau

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk merangka pelan tindakan untuk meningkatkan penglibatan kaum wanita dalam bidang keusahawanan. Selain itu, kajian ini juga boleh dirujuk bagi membantu pihak kementerian dalam merancang dan merangka program dan latihan-latihan yang diperlukan oleh usahawan wanita bagi membantu meningkatkan kemampuan mereka dalam pengendalian perniagaan. ii.

Membantu pihak kerajaan dalam mengenal pasti latihan dan bantuan yang diperlukan oleh peniaga wanita bagi membolehkan mereka meningkatkan prestasi perniagaan serta membolehkan mereka mampu bersaing di peringkat tempatan mahupun luar negara.

iii.

Membantu pihak kerajaan untuk menyediakan pelan tindakan bagi membantu usahawan wanita yang bermasalah atau dijadikan modul bagi pembangunan wanita di seluruh negara.

iv.

Hasil kajian ini juga boleh dijadikan sebagai khazanah ilmu dan menjadi bahan rujukan umum dalam bidang keusahawanan. Ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terutamanya usahwan wanita untuk mempelajari dan mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perniagaan. 5

Bab 1 Sejarah Ekonomi Wanita di Kelantan

1.1 Sejarah Ekonomi Wanita Penglibatan kaum wanita dalam perniagaan dicatatakan dalam sejarah ekonomi negara sebelum kemerdekaan lagi. Namun begitu, untuk sekian lama, usaha-usaha perniagaan ini dianggap sebagai hanya mampu menambahkan pendapatan keluarga semata-mata. Tanggapan masyarakat umum terhadap usaha perniagaan wanita terbatas pada pandangan bahawa penglibatan mereka lebih mirip pada aktiviti sampingan atau mengisi masa secara produktif. Kesanggupan kumpulan-kumpulan peniaga wanita untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam lapangan perniagaan dengan kaum lelaki tidak menerima perhatian yang serius. 1.2 Sejarah Ekonomi Wanita di Pasar Besar Siti Khadijah Dunia perniagaan di negeri Kelantan tidak boleh disangkal kehebatannya yang mana telah dimonopoli oleh golongan wanita Melayu. Malahan, penglibatan kaum wanita Kelantan dalam aktiviti perniagaan dicatatkan sudah wujud sejak abad ke-19 lagi. Tanggapan awal masyarakat umum terhadap usaha perniagaan wanita agak terbatas dan menyifatkan penglibatan mereka lebih mirip pada aktiviti sampingan atau aktiviti mengisi masa lapang (Zamzuraidah Ismail, 2004). Dahulu, wanita Melayu di Kelantan telah diperakui kehebatannya bukan sahaja mampu menguruskan rumahtangga, tetapi bijak dalam mencari sumber kewangan tambahan. Bagi golongan wanita Melayu di Kelantan, keikhlasan mereka berniaga untuk meringankan beban suami mula di salah tafsir oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Satu ungkapan penyindiran para suami di Kelantan dengan menyatakan sikap suami yang dikatakan sama taraf dengan kedudukan 'ayam jantan' kerana hanya mengharap kepada kudrat isteri dalam urusan rumah tangga termasuklah dalam beban pencarian nafkah keluarga. Hal ini demikian, ternyata memburukkan imej suami sekaligus mencalarkan maruah wanita Melayu di Kelantan kerana dilihat seperti menyokong sikap suami mereka. Sebetulnya, penglibatan aktif wanita Melayu di Kelantan menjadi lebih serius akibat timbulnya kesedaran dan gerakan membela wanita dalam kalangan para ilmuan yang kemudiannya dinamakan feminisme di seluruh dunia termasuk di Malaysia pada tahun 1970-an. Gerakan seumpama ini bergerak atas andaian bahawa di manamana sahaja wanita yang tertindas dan menjadi kelas kedua.

6

Sementara itu, desakan hidup menjadikan wanita diseru supaya bangkit untuk mendapat kesamarataan pada satu hari nanti. Tahap penglibatan menjadi lebih serius setelah kerajaan mempelbagaikan dasar ekonomi dalam Rancangan Malaysia Pertama pada pertengahan tahun 1960-an bagi mengoptimumkan potensi wanita dalam pembangunan ekonomi. Oleh itu, tanggapan negatif yang dilemparkan kepada wanita Melayu di Kelantan dengan menyara keluarga seorang diri adalah tidak tepat. Dunia perniagaan bukanlah satu bidang yang asing bagi kaum wanita Melayu di Kelantan. Meskipun penuh dengan cabaran, namun tidak ada jalan mudah untuk menempa kejayaan kerana kejayaan akan hanya dicapai melalui perjuangan yang penuh dengan pelbagai rintangan, onak duri serta musuh yang sentiasa mengambil peluang untuk menjatuhkan empayar yang dibina. Itulah semangat kental yang ada dalam jiwa wanita Melayu di Kelantan, walaupun banyak tohmahan dilemparkan, ia tidak mengugat kekentalan jiwa mereka untuk terus aktif dalam perniagaan. Malahan kesanggupan kumpulan peniaga wanita Melayu di Kelantan untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam lapangan perniagaan boleh dilihat menerusi peratusan jumlah peniaga wanita Melayu di Pasar Besar Siti Khadijah pada ketika itu (Mohd Fauzi Yaacob, 1989). Sehubungan itu, tidak mustahil terdapat perbezaan ketara antara peniaga lelaki dan wanita pada zaman kini.Menariknya, wanita Melayu di Kelantan mendapat jolokan antara wanita paling kaya di Malaysia. Sifat peribadi yang kental menyebabkan pengkaji berminat untuk cuba mengetengahkan dan merungkai penglibatan wanita Melayu Kelantan sebagai peniaga khususnya di Pasar Besar Siti Khadijah (PBSK). Bagi penduduk negeri Kelantan, dunia perniagaan bukan satu bidang yang asing bagi mereka terutamanya wanita Melayu. Golongan ini sentiasa menjadikan Siti Khadijah iaitu isteri Rasulullah S.A.W sendiri yang merupakan contoh usahawan wanita yang terlibat dengan dunia perniagaan sehingga ke peringkat global. Sehingga ini, Saiditina Khadijah seharusnya dijadikan ikon usahawan wanita di Malaysia untuk berjaya dan memberi sumbangan besar dalam bidang ekonomi seterusnya dapat memperkembangkan ekonomi Islam itu sendiri. Bidang ini merupakan suatu ibadat yang mulia seperti yang ditegaskan oleh Allah S.W.T.1

1

“Wahai orang-orang beriman janganlah kamu makan harta di antara sesama kamu dengan

jalan yang salah kecuali dengan perantaraan perniagaan yang dilakukan dengan cara suka sama suka diantara kamu”

7

Persoalan tentang kehebatan wanita Melayu Kelantan diperakui dengan penemuan bukti tentang penglibatan kaum wanita dalam perniagaan yang dicatatkan dalam sejarah ekonomi telah bermula sejak zaman Kerajaan Melayu lagi. Pada abad ke19, penyertaan ekonomi oleh kaum wanita khususnya Melayu turut dikongsikan oleh Munshi Abdullah dalam buku beliau, ‘Kesah Pelayaran Abdullah’. Pemerhatiannya terhadap masyarakat Melayu sewaktu pelayaran ke negeri Melayu Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu mendapati penglibatan kaum wanita Melayu yang aktif terutamanya dalam perniagaan menjaja secara kecil-kecilan. Antara catatan beliau berbunyi seperti berikut: “Kemudian berjalan-lah sahaya ka-pasar bersama-sama Tengku Temena itu. Maka sahaya lihat penoh-lah pasar itu dengan perempuan; dan segala yang berkedai dan berjaja itu perempuan belaka. Maka ada-lah tempat mereka-itu berkedai pondok-pondok atap berkeliling kiri kanan.”

Ini jelas membuktikan penglibatan wanita Melayu Kelantan sebagai peniaga suatu ketika dahulu adalah secara besar-besaran sebagaimana hari ini, yakni kegiatan mereka dalam dunia perniagaan telah wujud sejak tahun 1840an. Menurut Nor Aini Haji Idris (1989), ramai golongan wanita telah menguasai dunia perniagaan, keadaan ini dapat dilihat di beberapa bahagian di Selatan Asia dan beliau melihat keadaan ini lebih ketara dapat dilihat di negeri Kelantan dan Terengganu yang mana sebilangan besar usahawan yang giat menjalankan perniagaan adalah terdiri daripada golongan wanita terutamanya kaum Melayu. Tinjauan dari corak kegiatan ekonomi penduduk Kelantan pada zaman tradisi khususnya di daerah Kota Bharu, kaum wanita Melayu menjalankan aktiviti perniagaan dan pertukaran hasil-hasil tempatan di Pusat Perniagaan atau lebih dikenali Pasar Besar Siti Khadijah. Petikan daripada Laporan Rancangan Struktur Majlis Pasar Besar Siti Khadijah telah menjalankan bancian pada Julai 2002, mencatatkan seramai 1,136 orang usahawan wanita Melayu yang giat menjalankan perniagaan meliputi pelbagai jenis aktiviti jualan.

8

Tinjauan awal didapati golongan wanita Melayu zaman dahulu dan sekarang jauh mempunyai perbezaan. Peraih wanita Melayu Kelantan mempunyai kedudukan dan peranan tersendiri di dalam ekonomi keluarga dan masyarakatnya. Tradisi penglibatan wanita Melayu di Kelantan sebagai peraih di PBSK seolah-olah menjadi semacam telah mendarah daging. Wanita Melayu Kelantan hari ini adalah jelmaan dari masa lampau.Justeru, tidak janggal bagi penulis melihat wanitanya masih lagi memainkan peranan yang tersendiri dalam aspek ini.

9

Bab 2 Peranan Kerajaan dan Penggunaan Modal

2.1 Peranan Kerajaan 2.1.1 TEKUN Pelbagai jenis inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk menggalakkan wanita melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Antara tindakan yang diambil adalah menyalurkan modal dan loan kepada peniaga untuk memulakan perniagaan pada peringkat awal, memberi tunjuk ajar kepada peniaga dan sentiasa mememantau peniaga-peniaga wanita terutamnya untuk terus melibatkan diri perniagaan. Siginifikannya, para peniaga wanita tidak dibiarkan begitu sahaja oleh pihak kerajaan tanpa menyalurkan sebarang bantuan dan sokongan kepada mereka bagi meningkatkan pendapatan sekaligus dapat membantu dalam menyara ahli keluarga. Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) merupakan salah satu organisasi dibawah selia pihak kerajaan bagi memberikan bantuan kepada para peniaga. Kelantan juga ialah sebuah negeri yang terawal memperoleh keuntungan daripada TEKUN selepas pengisytiharan di Jengka, Pahang pada 25 Mei 1999. Menurut Menteri Keusahawanan pada waktu itu, Datuk Seri Nazri Aziz ketika program tersebut, yang bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu sehingga ke hari ini hampir 4000 peniaga di Kelantan memperoleh loan daripada TEKUN yang berjumlah 12.4 juta selepas Kedah.

2.1.2 MARA Peniaga wanita perlu mengetahui pihak yang manakah harus dirujuk bagi setiap masalah yang dihadapi dari semasa ke semasa supaya mereka mendapat maklumat tepat berkaitan dunia perniagaan dan pelbagai skim bantuan yang disediakan oleh kerajaan misalnya masalah berkaitan modal dan pembiayaan dirujuk kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA).2

2

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

10

2.2 Penggunaan Modal Perkara yang tidak dapat dinafikan ialah modal yang mana merupakan perkara utama dalam perniagaan samada perniagaan kecil atau besar. Modal yang dimaksudkan ialah wang untuk membiayai perniagaan.3 Modal permulaan yang kecil lebih menarik peniaga wanita untuk berniaga di PBSK. Walaubagaimanapun, terdapat jenis perniagaantertentu memerlukan jumlah modal permulaan yang agak besar. Misalnya, perbezaan yang begitu ketara yang wujud di antara jumlah modal permulaan peniaga kain dengan peniaga sayur umpamanya menunjukkan jumlah modal permulaan adalah bergantung kepada jenis perniagaan. Namun, terdapat di antara peniaga yang mempunyai masalah yang dihadapi sewaktu membuat pinjaman daripada bank dan institusi kewangan, kebanyakan wanita pasar didapati lebih gemar menggunakan modal sendiri atau meminjam dari keluarga mereka sendiri. Namun begitu, didapati untuk mendapatkan pinjaman modal dari keluarga juga susah bagi sesetengah peniaga. Peniaga wanita masih meragui akan kemapuan mereka membayar balik pinjaman. Kaum keluarga mereka juga bersikap pesimistik terhadap keupayaan mereka untuk terus Berjaya dalam perniagaan yang dijalankan. Sekiranya tanggapan itu benar, akan mengakibatkan pinjaman tidak dapat dibayar dan ini sudah pasti merugikan orang yang memberi pinjaman tersebut. Rajah 2.2: Sumber Modal Peniaga Wanita Memulakan Perniagaan.

Sumber Modal Permulaan Berniaga 80 70

Bilangan

60 50 40 30 20 10 0

Sumber Modal

3

Konsep modal ini juga telah digunakan oleh Mohd. Fauzi (1981) dalam kajiannya ke atas Peniaga Melayu di Kelantan.

11

Kajian oleh Maysami dan Goby dalam Dinis dan Helms (2000), mendapati bahawa simpanan peribadi merupakan sumber utama sebagai modal kepada peniaga wanita terutama sekali dalam perniagaan kecil-kecilan diikuti dengan bantuan kewangan daripada ahli keluarga.Merujuk kepada rajah di atas, seramai 68 peniaga wanita bersamaan 67.33% mengeluarkan modal sendiri ketika meulakan perniagaan. Manakala, yang mendapat sumber daripada suami pula seramai 21 orang bersamaan 20.79%. ada dalam kalngan peniaga wanita telah mendapatkan bantuan modal daripada ahli keluarga terdekat iaitu seramai 10 orang (9.9%). Seterusnya, peniaga yang mendapatkan bantuan modal daripada saudara mara dan kawan-kawan pula masing-masing 1 orang. (0.99%).

12

Bab 3 Penglibatan Peniaga Wanita Dalam Perniagaan

3.1 Jenis Perniagaan Kajian dilakukan dengan menganalisis jenis perniagaan yang dijalankan di PBSK.Terdapat pelbagai perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan di Pasar Besar Siti Khadijah, diantaranya ialah pakaian, keropok atau makanan kering, runcit, makanan atau minuman, beras, sayuran atau buah, ikan atau keperluan dapur dan barang besi. Perniagaan kecil-kecilan ini memerlukan kos ‘overhed’ yang rendah dan mudah diuruskan. Dalam

menguruskan perniagaan secara kecil-kecilan,

seseorang

peraih perlu

menjalankan perniagaan dengan sebaik mungkin dan segala keputusan adalah terletak ditangannya. Menurut Nor Aini Haji Idris (1987), didapati banyak aktiviti perniagaan dijalankan di Asia Tenggara lebih tertumpu kepada skala perniagaan secara kecil-kecilan manakala golongan lelaki pula lebih cenderung melibatkan diri dalam perniagaan yang berskala besar. Dorongan merupakan salah satu faktor penting kepada penglibatan peniaga wanita dalam perniagaan. Apabila mereka mahu memulakan perniagaan dengan orang lain, rakan kongsi mereka adalah terdiri daripada ahli keluarga sendiri. Dorongan daripada kawan dan keluarga merupakan elemen penting kepada seseorang peraih dalam pembentukan dan pembangunan perniagaan yang dijalankan serta mampu bertahan lama. Di Pasar Siti Khadijah ini, menurut Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan terdapat beberapa kategori jenis perniagaan yang dijalankan oleh peniaga-peniaga wanita. Di tingkat bawah terutamanya, yang mengandungi jualan seperti sayur, ayam, ikan, beras, daging, peralatan besi, kambing, kuih-muih, permata dan jeruk. Manakala, di tingkat satu pula merupakan tempat barangan kering termasuklah keropok ikan dan sebagainya. Berdasarkan pemerhatian

pengkaji

terhadap peniaga-peniaga

di PBSK,

mendapati bahawa pakaian merupakan salah satu barang yang dijual dengan kadar yang cukup banyak. Hal ini kerana pakaian merupakan barang yang tahan lama selama bertahun-tahun. Pelbagai jenama dan corak pakaian yang terdapat di PBSK. Antaranya ialah Kain Batik, Songket, Batik Jawa, Kain Turki dan pelabagai jenis kain samada yang telah siap dijahit mahupun belum dijahit. Selain itu, pelbagai jenis tudung dan selendang

13

masa kini yang menajdi kegemaran ramai ada dijual di pasar tersebut. Termasuklah Tudung Bawal yang berkerawang atau bersulam, Ariani, Syria dan Tudung Muslimah. Pengkaji telah menemubual responden iaitu peniaga wanita di PBSK yang menjual sayur-sayuran secara rawak iaitu di bangunan bawah dalam bulatan serta di dalam bangunan tambahan. Berdasarkan pemerhatin, mendapati bahawa jumlah peniaga wanita yang menual sayur-sayuran dalam bulatan dan di dalam bangunan tambahan adalah lebih kurang sama jumlahnya. Pelbagai jenis sayur-sayuran serta ulaman yang terdapat di bahagian tersebut misalnya Sawi, Lobak, Kangkung, Kubis, Bendi, Terung, Petola dan sebagainya. Terdapat peniaga wanita yang menjual ulam-ulaman seperti Petai, Jering, Ulam Raja, Pucuk Ketereh, Kacang Botor, Pucuk Ubi dan Cekur Manis. Semuanya mengandungi kahsiat seperti protein, vitamin, zat galian dan serat untuk tubuh manusia. Melalui pemerhatian pengkaji pula, peniaga yang menjual kuih-muih tidak ramai daripada peniaga yang menjual pakaian, buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kuih merupakan makanan yang hanya boleh bertahan selama sehari. Oleh itu, tidak ramai peniaga yang menjual kuih-muih kerana faktor persaingan yang boleh merugikan mereka. Kuih-muih yang terdapat di PBSK kebanyakan kuih tradisional, antaranya ialah Kuih Buah tanjung atau Bunga Tanjung, Tahi Itik, Seri Muka, Teri Manih (Puteri Manis atau Wajik), akok, Bahulu, Kole-kole Kacang, Biskut Telur (Kuih Makmur), Onde-onde, Dodol, Kuih Lapis dan pebagai jenis kuih yang boleh didapati di PBSK.

3.2 Ciri-ciri Peniaga Wanita 3.2.1 Tempat Tinggal Pengkaji turut menemuramah tentang tempat tinggal asal peniaga di negeri Kelantan. Hal ini bertujuan untuk mengnalpasti tempat tinggal rata-rata peniaga berdasarkan jajahan tempat tinggal mereka. Kebanyakan daripada peniaga wanita di sini adalah tinggal di Jajahan Kota Bharu itu sendiri. Manakala jumlah yang tinggal di Bachok, Tanah Merah, Pasir Mas dan jajahan-jajahan lain adalah masing-masing kurang daripada jumlah di sekitar PBSK. Walaubagaimanapun, jumlah peniaga yang berniaga di pasar tidak ramai berdasarkan jajahan lain. Di antara respon apabila menjalankan temubual, selain tinggal di Kota Bharu, Bachok, Tanah Merah, Pasir Mas dan Rantau Panjang, terdapat beberapa orang peniaga yang tinggal di Tumpat dan Machang. Justeru, dapat disimpulkan bahawa jumlah peniaga paling ramai adalah tinggal di Kota Bharu dan Machang pula merupakan jumlah yang paling sedikit. 14

Tambahan pula, peniaga-peniaga di PBSK bukan sahaja merupakan penduduk badar itu sendiri, malah merupakan penduduk luar bandar yang bekerja di bandar Kota Bharu. Jumlah peniaga wanita yang tinggal di sekitar Kota Bharu lebih ramai kerana dalah satunya adalah faktor jarak iaitu dari tempat tinggal dengan Bandar Kota Bharu adalah dekat berbanding dengan jajahan lain. Selain itu, terdapat kemudahan pengangkutan awam dari tempat tinggal dengan bandar tersebut.

Taburan peniaga berdasarkan tempat tinggal mengikut jajahan negeri.

Jumlah Peniaga

60 50

40 30 20 10 0 Kota Bharu

Bachok

Tanah Merah Pasir Mas

Rantau Panjang

Lain-lain

Jajahan Negeri

Sumber: Kajian oleh Hidayah Nawi, 2011

3.2.2 Tahap Pendidikan Tahap pendidikan peniaga wanita apabila ditemubual oleh pengkaji mendapati bahawa jumlah yang paling ramai adalah mempunyai pendidikan sekolah menengah. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang tiada pendidikan atau tahap pendidikan tidak sekolah pula mempunyai peratusan yang agak tinggi. Seterusnya diikuti peratusan jumlah peniaga wanita yang mempunyai tahap pendidikan sekolah rendah, pusat kemahiran dan institusi pengajian tinggi masingmasing menunjukkan kuantiti yang sedikit. Faktor kemiskinan juga menyebabkan ramai peniaga wanita yang tidak bersekolah dan hanya berada pada tahap sekolah rendah.4 Keluarga yang sangat miskin menyebabkan ibu bapa peniaga-peniaga tidak dapat menghantar mereka ke sekolah walaupun sekolah rendah. Mereka terpaksa membantu ibu bapa untuk

4

Intan Osman. (200) Keperluan Latihan dan Pembangunan Bagi Usahawan Wanita Bumiputera Bersaing Dalam Psaran Global

15

mencari sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan mereka. Bagi peniaga yang sekolah rendah pula, ibu bapa mereka mempu untuk membiayai pelajaran pada peringkat ini sahaja. Namun, terdapat dalam kalangan mereka sendiri yang tidak mahu melanjutkan pelajaran pada tahap sekolah menengah kerana lebih suka menolong keluarga mencari rezeki. Rajah di bawah menunjukkan jumlah peniaga mengikut tahap pendidikan: 35

Jumlah Peniaga

30 25 20 15 10 5 0 Institut Pengajian Tinggi

Pusat Kemahiran

Sekolah Menengah

Sekolah rendah

Tahap Pendidikan

Sumber: Kajian oleh Hidayah Nawi, 2011

3.2.3 Status Perkahwinan

Jadual 3.2.4 Status Perkahwinan Bagi Peniaga Wanita di Pasar Besar Siti Khadijah Status

Kekerapan (n=101)

Peratus

Bujang

4

3.96

Kahwin

79

78.22

Ibu Tunggal

18

17.82

Sumber: Kajian Hidayah Nawi, 2011

16

Tidak Bersekolah

Jadual 3.2.4 merupakan status perkahwinan bagi 101 orang peniaga wanita yang menjalankan perniagaan di Pasar Besar Siti Khadijah. Menurut Hidayah Nawi (2011), beliau telah membahagikan kategori peniaga wanita keada tiga kumpula utama iaitu bujang, berkahwin dan ibu tunggal. Berdasarkan jadual di atas, seramai 79 orang wanita yang sudah berkahwin (78.22%) telah menceburi dunia perniagaan ini. Manakala seramai 18 orang (17.82%) adalah terdiri daripada ibu tunggal dan hanya 4 orang sahaja yang belum berkahwin (3.96%) turut melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Berdasarkan analisis statistik ini, dapat disimpulkan bahawa peratusan kumpulan peniaga wanita yang berkahwin adalah paling tinggi berbanding dengan lain. Ini juga menunjukkan bahawa peniaga wanita ini mempunyai keluarga yang terdiri daripada suami dan anak-anak. Malahan, berkemungkinan keuntungan daripada hasil jualan harian di PBSK adalah untuk membantu dalam menyara pendapatan suami dan pembiayaan anak-anak yang masih belajar.

3.3 Sebab-Sebab Penglibatan Wanita Dalam Perniagaan

3.3.1 Ingin Berdikari Kebanyakan peniaga wanita berniaga atas dorongan atas inisiatif sendiri.

Pendorong

Peratus

Sendiri

Bilangan Peniaga Wanita 199

Suami

15

6.3

Ibubapa

13

5.4

Kawan-kawan

2

0.8

Saudara-mara

11

4.8

Jumlah

240

100.0

Sumber: Kajian oleh Khadijah Che Mat, 2001

17

82.9

3.3.2 Ingin Membantu Suami Satu lagi faktor yang mendorong wanita menglibatkan diri dalam perniagaan adalah untuk membantu suami menambahkan pendapatan keluarga. Menerusi temubual yang dilakukan bersama beberapa peniaga di PBSK, rata-rata menyatakan bahawa perniagaan yang diceburi ini adalah untuk membantu suami mereka dalam menjana penyaraan keluarga dari segi pembayaran duit sewa rumah, menampung keperluan makan dan minum seharian dan pembiayaan untuk anak-anak yang masih belajar. Antara pekerjaan suami oleh peniaga-peniaga wanita di PBSK ini adalah seperti peniaga, petani, tukang rumah, pengayuh beca, pemandu teksi, pekerja dalam kategori C dan bawah, pencen dan tidak bekerja. Jadi, dengan hasil perniagaan yang diusahakan dapat menampung serta membantu suami dalam meneruskan kehidupan seperti orang-orang lain walaupun tahap mereka yang agak keserdanaan.5

3.3.3 Minat dan Kecenderungan Berniaga Daripada kajian mendalam melalui temubual, pemerhatian dan kajian dokumen dilakukan, didapati kebanyakan peniaga wanita di sini melibatkan diri dalam perniagaan kerana didorong oleh minat dan kecenderungan mendalam untuk berniaga. Pada mereka wanita amat sesuai untuk berniaga sesebuah pasar kerana keadaan dan situasi bekerja yang tidak memerlukan keringat dan bebanan tenaga fizikal yang banyak.

3.3.4 Mencari Kepuasan Diri Dengan melibatkan diri dalam perniagaan, wanita pasar akan dapat berbelanja dengan lebih bebas berbanding dengan wanita lain yang bergantung semata-mata kepada sumber pendapatan suami. Mereka bebas untuk membeli pakaian, barang-barang kemas, perhiasan diri dan apa-apa saja yang difikirkan munasabah di samping penjanaan untuk ahli keluarga. Daripada pemerhatian yang dibuat, didapati bahawa kebanyakan peniaga wanita mampu memiliki barang Kajian Wanita Dalam Pembangunan. “Program Bantu Wanita Dalam Ekonomi Tradisi dan desa (BIWANETRA): Draf Laporan Awal Kajian Bertindak. 5

18

kemas yang dibeli daripada hasil titik peluh mereka sendiri.

Ini seolah-olah

memberi satu kepuasan diri kepada wanita tersebut.

3.3.5 Warisan Budaya Daripada hasil kajian didapati adat dan tradisi masyarakat Kelantan menggalakkan wanitanya berniaga di pasar. Kini menjadi simbol kebanggan rakyat Kelantan yang melihatkan kaum wanita menguasai perniagaan di pasar. Juga, kajian menunjukkan bahawa wanita yang berniaga di pasar bukan sahaja terdiri daripada peringkat golongan muda yang baru menceburi diri mereka malah peringkat golongan yang telah menjangkau usia shingga ada yang berumur 60 tahun ke atas. Gambaran keadaan pasar yang dipenuhi oleh peniaga wanita ini adalah seperti yang pernah diceritakan oleh Abdullah Munsyi sewaktu beliau melawat Kelantan pada 1796-1854 dahulu, katanya; “…maka saya melihat penuhlah pasar itu dengan perempuan dan segala yang berkedai dan berjaja itu perempuan belaka. Maka adalah tempat mereka itu berkedai, pondok-pondok atap berkeliling kiri kanak…maka saya lihat dalam pasar itu adalah segala jenis ulam sayur dan sambal dan nasi gulai yang sudah sedia,…”

3.2 Persepsi Masyarakat Terhadap Aktiviti Peniaga Wanita

3.3.1 Sambutan Masyarakat Kebanyakan peniaga wanita sewaktu kajian dibuat berpendapat bahawa sambutan para pelanggan termasuklah masyarakat setempat. Barang-barang basah lebih menjadi tumpuan para pelanggan yang berkunjung ke Pasar Besar Siti Khadijah berbanding dengan barangbarnag kering. Ini kerana kebanyakan barang basah adalah tergolong dalam barang-barang keperluan harian. Di PBSK ini menyediakan pelbagai keperluan dan berbagai-bagai jenis barangan basah. Oleh itu ramai yang berkunjung ke pasar ini untuk mendapatkan keperluan mereka walaupun mereka tinggal jauh dari sini. Lebih-lebih lagi pasar ini dibuka sehingga

19

lewat petang. Ini memudahkan mereka yang bekerja mendapatkan keperluan mereka selepas waktu pejabat. 3.3.2 Sikap Peniaga Melayani Pelanggan Layanan baik dengan penuh sopan-santun oleh wanita pasar akan menarik ramai pelanggan berkunjung ke kedai mereka. Mereka tidak harus bersikap sombong kerana ini akan mengakibatkan pelanggan mereka lari ke kedai lain. Di antara sifat-sifat buruk lain yang harus dielak oleh peniaga wanita pasar ini ialah bersikap kasar, marah-marah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelanggan.6 Semua amalan buruk itu boleh menjejaskan perniagaan. Satu lagi amalan kurang baik yang perlu diberi perhatian oleh peniaga ialah sikap tidak mementingkan pelanggan. Pelanggan yang datang ke kedai mereka tidak diberi layanan yang memuaskan. Kadangkadang peniaga lebih sibuk berbual sesama mereka ataupun membuat kerja-kerja

lain

yang

bersangkutan

dengan

perniagaan

mereka

sehinggakan mengabaikan para pelanggan yang berkunjung ke situ. Sikap ini akan membuat pelanggan tawar hati untuk berkunjung ke kedai tersebut dan ini merugikan peniaga sendiri.

6

Hasil temubual yang dijalankan oleh pengkaji bersama peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah iaitu Cik Mah dan Cik Nah.

20

Bab 4 Sumbangan Peniaga Wanita Dalam Ekonomi Kelantan

4.1 Pengenalan Aktiviti perniagaan yang masayarakat jalanan sudah pasti akan memberi sumbangan kepada diri mereka sendiri. Secara tidak langsung aktiviti pernagaan telah menyumbang kepada peningkatan pendapatan mereka dan keluarga mereka. Selain itu, sumbangan mereka juga telah meningkatkan pendapatan masyarakat dan juga mengembangkan ekonomi negara. 4.2 Sumbangan Perniagaan Peniaga Pengkaji menemuramah beberapa orang peniaga tentang pandangan mereka terhadap perniagaan boleh menyumbang meningkatkan pendapatan mereka dan keluarga, masyarakat dan negara. Soalan ini memerlukan persetujuan mereka tentang peranan sebagai peniaga dalam memberi sumbangan dalam meningkatkan pendapatan keluarga, masyrakat dan negara. Pengkaji juga menyoal tentang kaedah mereka menyumbangkan perniagaan dalam meningkatkan pendapatan keluarga, masyarakat dan negara dengan kaedah memberi semangat dan dorongan kepada keluarga dan masyarakat serta negara pula melalui perkembangan dalam perniagaan. 4.3 Sumbangan Kepada Keluarga Sumbangan peniaga wanita kepada diri dan keluarga adalah melalui cara mengembangkan perniagaan mereka. Apabila mereka mengembangkan perniagaan seperti meningkatkan barang jualan dan mempelbagai jenis barang jualan, maka sudah pasti hasil jualan meningkat. Hasil jualan yang meningkat dapat menampung perbelanjaan sekolah untuk anak-anak dan sebgainya. Wang dari hasil jualan yang meningkat ini apabila didapati masih lagi lebih, maka disimpan untuk hari tua dan melabur untuk anakanak yang masih kecil dan tidak bersekolah lagi. Selain itu, peniaga wanita juga dapat menyumbang kepada peningkatan dalam pendidikan anak-anak. Tidak dinafikan sekarang, kebanyakan anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari sekolah menengah adalah terdiri daripada golongan kaya, sederhana dan miskin.7 Golongan yang sederhana dan miskin 7

Suriman Hasbullah. (1998). Wanita Melayu Dalam Perniagaan Kecil: Kajian Kes Di Pasir Puteh Kelantan. Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Universiti Malaya.

21

yang mempunyai latar belakang keluarga bekerja sebagai peniaga juga ramai yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi samada Institusi Pengajian Tinggi Awam, Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan pusat-pusat kemahiran tertentu. Ramai dalam kalangan peniaga wanita di PBSK yang mempunyai anak-anak yang telah menamatkan pengajian dan ada juga yang masih belajar di IPTA dan IPTS serta institusi lain. Hal ini kerana peniaga wanita yang berniaga mempunyai cabaran dan masalah tertentu sehingga menyebabkan anak-anak ingin belajar bersungguh-sungguh supaya dapat memberi keselesaan serta meningkatkan taraf hidup ibu bapa termasuklah mereka sendiri pada masa akan datang. Rata-rata daripada peniaga wanita memberi semangat serta dorongan kepada anak-anak suapaya belajar sehingga ke peringkat lebih tinggi dan memperolehi kejayaan yang cemerlang supaya mempunyai pekerjaan yang lebih baik daripada mereka. Mereka inginkan anak-anak mereka hidup lebih baik dan sempurna daripada kehidupan mereka sekarang. 4.4 Sumbangan Kepada Masyarakat Peniaga turut mempunyai peranan dan sumbangan perniagaan mereka dalam meningkatkan pendapatan masyrakat iaitu dengan kaedah atau cara mengembangkan perniagaan mereka. Apabila peniaga mengembangkan perniagaan mereka, maka bekalan untuk diniagakan banyak dan memerlukan barang jualan daripada ramai pembekal. Hal ini merupakan sumbangan peniaga terhadap masyarakat melalui pemborong samada dari dalam atau luar negeri. Sumbangan peniaga wanita kepada masyarakat juga adalah dapat menarik minat mereka untuk datang ke PBSK. Selain itu, peniaga wanita juga dapat memberi sumbangan kepada masyrakat dari segi memenuhi kehendak dan permintaan masyarakat terhadap sesuatu barangan. Sekiranya peniaga wanita di PBSK tidak menjual barang-barang keperluan seperti sayursayuran, kuih-muih, makanan ruji iaitu nasi dan barangan basah, maka sudah pasti kehendak dan permintaan masyarakat tidak dapat dipenuhi. Masyarakat dalam dan luar negeri dapat menikmati barang yang dihasilkan oleh penduduk temapatan terutama peniaga wanita dari segi makanan yang pelbagai dan unit. Masyarakat dapat menikmati makanan tradisional yang masih ada dijual di PBSK seperti Buah Tanjung, Tahi Itik, Koleh-koleh Kacang dan pelbagai jenis makanan tradisional lain. Masyarakat juga boleh mengunjungi gerai kraftangan dan barangan sebagai perhiasan dan kenangan mereka. Oleh itu, wanita yang menjalankan perniagaan ini dapat memberi sumbangan yang besar kepada kehidupan masyarakat terutama keperluan harian sumbangan masyarakat Kelantan dan negeri lain.

22

4.5 Sumbangan Kepada Negara Sumbangan peniaga wanita di PBSK kepada negara juga adalah dari segi perkembangan perniagaan. Sumbangan mereka adalah dengan cara mengeksport barangan jualan. Contohnya mengeksport pakaian buatan tempatan seperti kain batik serta barang kraftangan. Selain itu, peniaga yang mempunyai kemahiran dalam perniagaan, mempromosikan barangan dalam begara mahupun luar negara dengan menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Mereka juag mempromosi barang jualan melalui media seperti melalui akhbar, radio dan televisyen. Hal ini memudahkan pelancong tempatan membeli barang buatan Malaysia dan dapat meningkatkan ekonomi negeri serta negara. Manakala bagi pelancong asing yang berminat akan barang buatan Malaysia, mereka akan berkunjung ke Malaysia. Semakin ramai pelancong asing datang ke Malaysia, maka ekonomi negara semakin meningkat. Keunikan yang ada di PBSK yang terdiri daripada golongan wanita iaitu peniaga itu sendiri telah berjaya menarik pelancong asing ke Malaysia dan seterusnya ke Kelantan bagi melihat budaya masyarakat Kelantan. Kemasukan pelancong asing menyebabkan berlakunya perubahan matawang negara melalui kemasukan matawang asing dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber pendapatan negara.8 Sumber perniagaan peniaga wanita juga dapat meningkatkan ekonomi negara melalui sumbangan mereka kepada keluarga iaitu anak-anak yang berpendidikan tinggi. Anak-anak yang mempunyai pendidikan tinggi dan akhirnya menyumbang kepada tenaga kerja. Hal ini merupakan sumbangan perniagaan bagi peniaga yang meningkatkan ekonomi keluarga dan pencapaian pendidikan anak-anak sekaligus meningkatkan ekonomi negara melalui pekerjaan anak-anak mereka. Oleh itu, peniaga di PBSK khususnya peniaga wanita dapat memberi sumbangan kepada peningkatan ekonomi negara serta secara tidak langsung dapat meningkatkan imej negara melalui penduduk yang pelbagai kaum serta mempunyai budaya tertentu dan corak hidup yang baik.

8

Temubual bersama Encik Muhammad Faiz Ismail; Pegawai Pelancongan Tourism Malaysia Kelantan.

23

Kesimpulan Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, negara telah mencapai kemajuan dalam ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat setelah pelaksanaan DEB dengan matlamat membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat. Ekonomi Malaysia terbahagi kepda tiga sektor dan aktiviti sektor-sektor ini saling berhubung sehingga berlakunya perkembangan ekonomi serta dapat membangunkan negara. Kaum wanita yang melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi di Malaysia majoritinya sebagai wanita usahawan dan ahli perniagaan. Penglibatan wanita dalam perniagaan semakin rsamai dan rata-ratanya mempunyai pendapatan yang rendah daripada kaum lelaki. Sejak tahun 1991, guna tenaga wanita telah meningkat sehinggalah sekarang ekoran pelbagai usaha yang diambil oleh kerajaan dan swasta supaya wanita melibatkan diri dalam sektor perniagaan. Pada tahun sebelumnya 1980 hingga 1991 pula, pekerja-pekerja wanita adalah sebagai juruwang dan jurujual dalam bangunan perdagangn dan perniagaan runcit seperti gedung membeli belah. Ekonomi negara telah meningkat ekoran peningkatan dalam ekonomi kaum wanita kerana golongan ini berani menceburi hampir semua kegiatan samada dalam bidang ekonomi iaitu dalam bidang perniagaan baik kecil-kecilan atau besar-besaran. Kajian tentang ekonomi wanita Kelantan adalah sememangnya sudah terkenal dengan penglibatannya dalam bidang perniagaan dan perusahaan-perusahaan kecil di pasar dan menjalani aktiviti kain songket dan membatik. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa penglibatan peniaga wanita di PBSK secara majoritinya. Penglibatan peniaga wanita ini menjadi daya tarikan ramai pengunjung dan ahli akademik untuk membuat penyelidikan dengan lebih terperinci. Hal ini juga melihatkan beberapa faktor yang menggalakkan wanita bekerja sebagai peniaga di PBSK seperti minat dalam bidang perniagaan, membantu suami dalam menyara keluarga, warisan sejak turun temurun dan menacari kepuasan diri. Peniaga wanita yang mempunyai peranan tertentu dalam memberi sumbangan mereka kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sumbangan perniagaan mereka dapat meningkatkan pendapatan keluarga serta memberi kehidupan yang selesa kepada keluarga mereka. Peningkatan pendapatan ini menyumbang kepada peningkatan pendidikan anak-anak sehingga ke peringkat lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara.

24

Sumbangan kepada masyarakat dan negara juga melalui perkembangan perniagaan mereka. Peniaga wanita akan mendapatkan barang niaga daripada ramai masyarakat sehingga boleh meningkatkan pendapatan masyarakat. Sumbangan kepada peningkatan ekonomi negara pula melalui kunjungan ramai pelancong tempatan mahupun pelancong asing. Hal ini terbukti, menurut Agensi Pelancongan Negeri Kelantan yang mengeluarkan statistik kedatangan pelancong ke negeri Kelantan adalah meningkat dari tahun ke tahun. Seterusnya persepsi-persepsi penduduk tempatan dan pengunjung yang datang ke PBSK. Hal ini termasuklah dengan sikap dan perspektif penduduk setempat yang sentiasa bersifat terbuka dan sentiasa menyokong setiap aktiviti yang dilakukan oleh peniaga wanita di PBSK kerana perkara itu merupakan salah satu wadah bagi mengangkat martabat wanita sekaligus menjaga imej ekonomi di negeri Kelantan secara amnya. Layanan peniaga yang baik dan mesra terhadap pelanggan dan pengunjung juga merupakan salah tu taktik yang diamalkan oleh setiap peniaga wanita di PBSK untuk menarik minat pelancong untuk menyinggah di kedai-kedai mereka. Langkah bagi meningkatkan martabat wanita pula adalah melalui persatuan perniagaan dan keusahawanan, program dan latihan keusahawanan dan wanita perlu berfikiran positif. Manakala, langkah untuk manambah bilangan peniaga terutama peniaga wanita adalah melalui pendidikan keusahawanan iaitu di peringkat sekolah dan peringkat pengajian tinggi. Selain itu, bilangan peniaga wanita dapat ditingkatkan melalui program keusahwanan, peranan kerajaan dan swasta menyusun strategi keusahawanan serta sokongan dan bantuan masyarakat kepada golongan muda supaya generasi akan datang menjadi usahawan berjaya.

25

RUJUKAN TESIS Fatimah Daud. (1983). Wanita dan Pekerjaan. Universiti Malaya Kuala Lumpur. Khadijah Che Mat. (2001). Peranan Wanita Dalam Pembangunan Ekonomi Keluarga: Satu Kajian Kesan Di Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu, Kelantan. Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Univerisiti Malaya Nik Mohd Mustapha bin Shafie. (1968), Peranan Wanita Dalam Ekonomi Dan Sosial di Kelantan, Latihan Ilmiah untuk B.A, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Noor Hiada Hamzah. (1997). Wanita Bekerja dan Kesannya Terhadap Rumahtangga: Satu Kajian Di Tanah Mearh, Kelantan. Jabatan Akademi Islama, Univerisiti Malaya. Noraini Hj. Idris. (1989). The Development Process and Its Impact On Women In The Market Place – A Case Study Of Women Small – Scale Traders In Kelantan. dlm. Women and Development In Malaysia Implications For Planning And Population Dynamics. Population Studies Unit faculty Of Economics and Administrations University of Malaya. Noraini Hj. Idris. (1992). Wanita dan Aktiviti Sektor Tidak Formal: Kajian Mengenai Peniaga Wanita Pasar di Kelantan. Univerisiti Malaya. Nurhidayah Mohd Nawi. (2011). Ekonomi Golongan Peniaga Wanita Di Bandar: Kesan Di Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu. Jabatan Geografi, Universiti Malaya. Kajian Wanita Dalam Pembangunan. Program Bantu Wanita DALAM Ekonomi Tradisi Dan Desa (BIWANETRA). Draf Laporan Awal Kajian Bertindak. Suriman Hasbullah. (1998). Wanita Melayu Dalam Perniagaan Kecil: Kajian Kes Di Pasir Puteh Kelantan. Jabatan Antropologi dan Sosiologi. Univerisiti Malaya. Thuaibah, A. B., Azlah, M. A., Hishamuddin, M. S., & Syaharaizatul, N. M. (2007). Penglibatan kaum wanita dalam aktiviti keusahawanan di Negeri Johor: Kajian terhadap faktor-faktor kritikal

26

JOURNAL J. Watson, & Newby, R. (2005). Biological sex, stereotypical sex-roles, and sme owner characteristic. International Journal of Entrepreneurial and Research, 11(2), 129143. BUKU Mohd Fauzi Hj Yaakob(1989), Peniaga Dan Perniagaan Melayu Suatu Kajian di Kota Bharu Kelantan, Dewan Bahasa Dan Pustaka,

Kementerian Pendidikan

Malaysia Kuala Lumpur. Nor Aini Haji Idris. (1999). Ketua Isirumah Wanita Miskin di Bandar: Kajian Kes di Bandarbandar Terpilih. Dalam Mohd Razali Agus & Fshbir Noor Sidin, Pembangunan Sosial dan Ekonomi Malaysia (p.48-68). Kuala Lumpur: Jabatan Antropologi dan Sossiologi, Universiti Malaya.

SEMINAR / LAPORAN Nik Zainab Abdul Karim. (9179). Sumbangan Wanita Melayu Kelantan Dalam Bidang Pelajar, Ekonomi Dan Politik Ke Arah Pembangunan Negara. Seminar Wanita Malaysia MasA Kini, Unversiti Kebangsaan Malaysia.

27

Butiran Ketika Menjalankan Kajian

Gambar 1

Gambar 2

28

Gambar 3

Gambar 4

29

Gambar 5

Gambar 6

30

Transkripsi Temu bual

TEMUBUAL BERSAMA KAK MAH (Peniaga) TARIKH: 13 MAC 2018 PENGKAJI: MUHAMMAD AZRUL BIN ROSLAN

Pengkaji

: Assalammualaikum kak Mah, saya Azrul Roslan dari IPG Kota Bharu ni haa. Saya nak menemuramah kak Mah lah berkenaan dengan penglibatan Kak Mah kat pasar ni.

Kak Mah

: Waalaikumussalam, ye nak. Ha boleh jah. Maghi lah duk atah kerusi ni ho.

Pengkaji

: Baik lah kak Mah, saya teruskan lah ye. Pada pendapat kak Mah lah kan, apa yang menyebabkan kak Mah nak jalankan perniagaan kat Pasar Siti ni ha?

Kak Mah

: Ohh haa mudoh mudoh jah Azrul. Pertama tamanya adalah ni lah punco rezeki mok cik sekeluarga. Nok sara anok anok mok cik yang ngaji lagi, nok bantu suami lah guano guano pun. Tok cukup mano pitih yang suami dapat dengan kerjo dio. Jadi, mok cik tolong-tolong lah sikit.

Pengkaji

: Oh gitu ya.Lagi kak Mah, macam mana agensi MARA ke, TEKUN menyalurkan bantuan untuk buat loan bagi mula-mula nak start berniaga.

Kak Mah

: Azrul, mok cik sendirian berhad. Suami bagi sikit ko mok cik, mok cik kumpul sikit daripada kerja-kerja kapung. Jadi, dari situ mok cik buleh lah mulo niago dulu. Dulu mula-mula dok banyok pun, RM1800 jah. Alhamdulillah mok cik dah lama niaga, rezeki tu sentias ado.

31

Pengkaji

: Pada pandangan Kak Mah lah kan, apa lah pandangan pengunjung atau masyarakat sekitar ni terhadap pernigaan Pasar Siti ni?

Kak Mah

: Secara keseluruhannya, positif belako Azrul oii. Sebab ini lah tempat kami semua cari rezeki. Ore sini pun nok dapat lauk gapo semua sini lah. Pagi-pagi nok cari kuih pun sini lah jugok tempatnya. Jadi, baik-baik belako lah mudoh kato.

Pengkaji

: Ni yang last lah kak Mah, apa ye sumbangan peniaga-peniaga kat sini termasuk kak Mah lah ye untuk pembangunan ekonomi negara?

Kak Mah

: Bagi mok cik lah kei Azrul, kami jalankan perniagaan ni pun adalah untuk ekonomi negara jugok. Yo lah kei, pelancong hok maghi ko tempat kito ni. Sek yo datang ke sini, macam-macam sek yo cari, kuih-kuih lah, pakaian lah. Macei-macei loh. Ha gitu.

Pengkaji

: Ohh gitu, baik lah kak Mah. Tu ja kot yang saya nak tanykan buat masa ni. Kalau ada apa-apa lagi saya akan jumpa Kak Mah semula. Terima Kasih ya.

Kak Mah

: Haa jemput lah, rajin rajin magji ke sini ye. Hehehe. Samasama Azrul. Semoga berjaya kajian Azrul deh.

32

Related Documents

Penulisan
April 2020 41
Penulisan Akademik.docx
April 2020 28
Penulisan Akademik.docx
October 2019 50
Latihan Penulisan
April 2020 17

More Documents from ""