MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA TOPIK BENDERA KEBANGSAAN BAGI MURID TAHUN 5 DENGAN MENGGUNAKAN TOUCH & TREX Muhammad Azrul bin Roslan Dr. Wan Adi bin Yusoff, PhD IPG Kampus Kota Bharu
[email protected] Abstrak Touch & Trex merupakan alat intervensi yang mengintegrasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Perkataan Touch bermaksud Menyentuh dengan erti kata lain menekan tetikus. Manakala Trex pula adalah singkatan kepada perkataan Travel (Menjelajah) dan Explore (Meneroka). Touch & Trex dihasilkan bagi membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam memahami dan mengingat standard pembelajaran bagi tajuk Bendera Kebangsaan. Touch & Trex ini merupakan gabungan di antara Interactive Powerpoint dan Augmented Reality (AURASMA) yang mengaplikasikan telefon pintar untuk melihat video di dalam powerpoint tersebut. Ringkasnya, nota-nota berbentuk slide dan video akan membantu murid untuk lebih memahami dan seterusnya mengingat mengenai fakta Bendera Kebangsaan secara holistik. Ini kerana melalui powerpoint dan video pelbagai elemen dapat diintegrasikan seperti animasi, grafik, audio dan sebagainya. Bagi menguji penguasaan fakta dan pencapaian murid, pentaksiran juga disediakan di akhir nota-nota di dalam Interactive Powerpoint. Touch & Trex dapat menarik minat murid dan menimbulkan keseronokan semasa proses P&P. Touch & Trex amat sesuai diaplikasikan kerana dapat menerapakan unsur didik hibur dan pengintegrasian TMK dalam P&P selaras konsep Pembelajaran Abad Ke-21. Kata kunci: Sejarah, Pengajaran dan Pembelajaran, Bendera Kebangsaan, Touch & Trex, Penguasaan Fakta, Minat, Tahun 5
1
Pengenalan Pendidikan Sejarah secara amnya menjelaskan mengenai proses pembelajaran seseorang mengenai fakta atau peristiwa masa lalu dalam mendepani hari-hari yang mendatang dengan ilmu yang penuh di dada. Kendatipun begitu, murid-murid sering mengalami masalah dalam memahami dan mengingati fakta sejarah yang dipelajari. Hal ini ekoran daripada isi pelajaran yang berbentuk fakta semata-mata dan sikap murid-murid yang cepat berasa bosan. Justeru, Touch & Trex (Augmented Reality (AURASMA) & Media Interaktif) dihasilkan bagi mengatasi masalah murid yang tidak dapat memahami berkenaan topik Bendera Kebangsaan bagi mata pelajaran Sejarah tahun 5 Fokus Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah berfokus untuk membantu murid-murid Tahun 5 dalam memahami topik Bendera Kebangsaan dalam mata pelajaran Sejarah. Murid perlu memahami isi pelajaran yang telah diajar bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai dan seterusnya merealisasikan aspirasi KPM dalam membentuk dan melahirkan warganegara yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dari bangku sekolah lagi. Oleh itu, kajian yang telah pengkaji buat adalah berfokuskan kepada masalah-maslaah seperti berikut:
i.
Murid tidak dapat menguasai fakta-fakta penting dalam tajuk Bendera Kebangsaan dengan lebih tepat.
ii.
Murid menunjukkan rasa tidak minat untuk meneruskan pembelajaran sekiranya tidak dapat menguasai fakta-fakta.
Objektif dan Soalan Kajian Objektif Kajian 1) Meningkatkan tahap kefahaman murid Tahun 5 berkenaan bendera Kebangsaan melalui penggunaan Touch & Trex. 2) Menarik minat murid untuk mempelajari topik Bendera Kebnagsaan dalam kalangan murid tahun 5.
2
Soalan Kajian 1) Adakah dengan menggunakan Touch & Trex dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman murid berkenaan Bendera Kebangsaan dalam kalangan murid Tahun 5? 2) Sejauhmanakah penggunaan Touch & Trex dapat menarik minat murid untuk mempelajari topik Bendera Kebangsaan dalam kalangan murid Tahun 5?
Peserta Kajian Kajian ini melibatkan empat orang murid Tahun 5 Efektif di Sekolah Kebangsaan Sering, Kota Bharu, Kelantan. Mereka terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan dari kelas yang sama. Kemepat-empat murid merupakan murid yang berada pada aras yang berbeza pencapaian dalam subjek Sejarah.
Tindakan yang Dijalankan Pengkaji telah menggunakan Model Kemmis dan Mc Taggart (1998) sebagai model penyelidikan untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Menurut Kemmis dan McTaggart (1998), kajian tindakan adalah sebagai salah satu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui pembaharuan dan penambahbaikan dengan menggalakkan guru-guru melakukan refleksi kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri, iaitu pada diri pengkaji. Umumnya, terdapat empat fasa dalam setiap lingkaran iaitu refleksi, merancang, tindakan dan pemerhatian.
Langkah 1: Refleksi PdPc Selepas pengkaji membuat refleksi P&P dan kendiri. Pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid dalam kelas Tahun 5 tidak dapat menguasai objektif pembelajaran berkenaan topik Bendera Kebangsaan. Hal ini dapat dilihat ketika proses aktiviti lembaran kerja dilakukan. Didapati terdapat empat orang murid mendapat markah yang rendah dalam lembaran kerja yang diberi. Apabila pengkaji mengajukan soalan terbuka kepada murid berkenaan, didapati keempatempat murid tersebut tidak dapat menjawab kesemua soalan. Hal ini jelas menunjukkan dimana murid-murid berkenaan tidak dapat menguasai isi pelajaran yang telah diajar dalam proses PdPc berkenaan. Rentetan daripada itu, pengkaji mencuba untuk melakukan penambahbaikan bagi mengatasi masalah berkenaan.
3
Langkah 2: Merancang Setelah meneliti masalah utama yang timbul, pengkaji telah membuat perancangan untuk mengubah amalan pengajaran dengan menerapkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi membantu murid menguasai fakta menegani Bendera Kebangsaan seterusnya berasa minat unruk mempelajari subjek Sejarah. Oleh itu, Touch & Trex dicipta berkonsepkan prinsip pembelajaran flipped classroom, penggunaan TMK. Frasa Touch didefinisikan sebagai menekan butang pada tetikus. Perkataan Trex adalah singkatan kepada travel dan explore. Dimana murid bertanggungjawab secara sepenuhnya terhadap proses PdPc mereka untuk meneroka sendiri fakta-fakta berkenaan Bendera Kebangsaan dengan menggunakan telefon pintar. Proses ini dapat dilaksanakan dalam kumpulan kecil ataupun secara individu. Hal ini juga selanjutnya dapat digunakan untuk menarik minat murid untuk mempelajari subjek Sejarah. Langkah 3: Tindakan Setelah membuat refleksi dan perancangan bagi mengubah amalan pengkaji, pengkaji kemudiannya bertindak seperti prosedur pelaksanaan tindakan dengan menggunakan instrumen di bawah:
Ujian Sebelum
Temu bual
Instrumen
Ujian Selepas
4
Intervensi
Prosedur 1: Ujian Sebelum Pengkaji telah memberikan ujian sebelum terlebih dahulu kepada kumpulan sasaran untuk mengetahui tahap pengetahuan sedia ada mereka sebelum menjalankan bimbingan menggunakan Touch & Trex. Ujian sebelum ialah satu jenis ujian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pengetahuan murid yang sedia ada supaya guru dapat merancang aktiviti PdPc dengan lebih berkesan. Soalan yang diberi meliputi topik Bendera Kebangsaan yang merangkumi 5 soalan objektif yang besar. Manakala, masa selama 20 minit telah diberikan untuk menjawab semua soalan. Ujian sebelum ini dilaksanakan di dalam bilik makmal komputer sekolah.
Prosedur 2: Intervensi Berdasarkan keputusan ujian sebelum yang diperolehi, murid dilihat masih belum menguasai topik berkenaan Bendera Kebangsaan secara sepenuhnya. Ringkas kata, murid- murid masih belum memahami dan mengingati isi pelajaran dalam topik berkenaan. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah mengambil keputusan untuk merangka satu alat inovasi yang mampu mengatasi masalah yang timbul. Bimbingan yang dilakukan oleh pengkaji adalah dengan menggunakan Touch & Trex iaitu gabungan Interactive Powerpoint dan aplikasi Augmented Reality (AURASMA). Alat inovasi ini adalah berpusatkan guru dan murid yang mana murid meneroka sendiri dan guru menjadi fasilitator. Dimana murid boleh menggunakan Touch & Trex secara bersendirian ataupun dalam kumpulan kecil. Ini dapat dilaksanakan dengan cara murid perlu membaca nota-nota yang terkandung dalam powerpoint tersebut dan dalamnya mengandungi video-video yang juga merupakan nota-nota untuk dipelajari. Namun, video tersebut perlu diimbas menggunakan aplikasi AURASMA dengan menggunakan telefon pintar. Terdapat dua video yang disediakan, murid perlu mengimbas kedua-dua video yang berisi nota yang dimuatnaik pada laman sesawang YouTube. Dalam langkah ini guru lebih berperanan sebagai pemudah cara dalam mengawasi dan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh murid. Pada akhir pembelajaran dan pengajaran menerusi alat inovasi, murid diminta untuk menjawab soalan kuiz yang disediakan oleh guru dalam alat itu juga yang berbentuk permainan. Dalam pada itu, ketika peserta kajian menggunakan alat inovasi Touch & Trex, pengkaji membuat pemerhatian terhadap tindak balas peserta kajian. Pemerhatian dilaksanakan bagi melihat sejauhmanakah Touch & Trex dapat menarik 5
minat murid. Dalam pemerhatian ini, pegkaji telah menggunakan senarai semak sebagai instrumen. Prosedur 3: Ujian Selepas Ujian ini dilaksanakan selepas pengkaji menjalankan bimbingan bagi mengenalpasti adakah penggunaan Touch & Trex dapat membantu meningkatkan kefahaman dan ingatan murid dalam topik Bendera Kebangsaan. Alat pentaksiran yang sama iaitu lembaran seperti soalan ujian sebelum telah digunakan dalam ujian selepas ini tetapi berbeza dari segi susunan soalan ujian. Hal ini bagi memudahkan proses perbandingan data sebelum dan selepas tindakan bimbingan dilaksanakan. Masa selama 20 minit diberikan untuk menjawab semua soalan.
Prosedur 4: Instrumen Temu bual Temubual dilaksanakan selepas peringkat bimbingan dijalankan. Menerusi temubual, peserta kajian menjawab pertanyaan soalan dan pendapat mereka mengenai Touch & Trex.
Langkah 4: Pemerhatian Setelah selesai menjalankan bimbingan, pengkaji kemudiannya telah membuat pemerhatian terhadap tahap penguasaan murid. Oleh itu, pengkaji telah menganalisis kesemua data yang diperoleh daripada ujian sebelum dan ujian selepas serta temubual yang telah dilaksanakan semasa bimbingan dijalankan. Keputusan ujian sebelum dan selepas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan terhadap tahap kefahaman dan ingatan murid dalam topik Kerajaan- kerajaan Melayu Awal. Selain itu, penggunaan Touch & Trex juga telah menarik minat murid untuk mempelajari topik berkenaan Kerajaan-kerajaan Melayu Awal. Oleh hal yang demikian, pengkaji menyimpulkan bahawa persoalan-persoalan kajian yang ditetapkan oleh pengkaji sudah dapat dicapai dengan jayanya. Maka lingkaran (gelungan) kedua tidak perlu dilakukan oleh pengkaji kerana tiada lagi isu-isu yang timbul.
6
Dapatan Kajian Soalan Kajian 1: Sejauhmanakah penggunaan Touch & Trex dapat membantu meningatkan tahap kefahaman murid berkenaan Bendera Kebangsaan dalam kalangan murid Tahun 5? Bagi menjawab persoalan ini, keputusan analisis daripada ujian sebeblum dan selepas boleh digunakan. Keputusan analisis tersebut dapat dilihat secara lebih terperinci melalui perbandingan markah ujian sbeelum dan ujia selepas dalam Jadual 1. Manakalagraf dalam rajah 1 menunjukkan peningkatan pencapaian peserta kajian dalam ujian sebelum dan ujian selepas.
Jadual 1 Perbandingan markah ujian sbeelum dan ujian selepas. Peserta kajian
Ujian Sebelum
Ujian Selepas
Peratus Perubahan Markah
(%)
(%)
Ujian Sebelum dan Selepas (%)
PK1
60
90
33.33
PK2
57
90
36.67
PK3
70
90
22.22
PK4
60
87
31.03
Min
62
89.3
30.81
Berdasarkan Jadual 1 di atas, jika ditinjau kesemua peserta kajian telah menunjukkan perubahan yang positif. Purata markah pada ujian sbebelum adalah sebanyak 62 peratus. Manakala purata bagi ujian selepas menunjukkan peningkatan sebanyak 89.3 peratus. Manakala purata peratus perubahan markah sebanyak 30.81 peratus. Ini jelas menunjukkan terdapat peningkatan dalam tahap kefahaman murid berkenaan topik Bendera Kebangsaan.
7
Rajah 1 Graf perbandingan antara markah ujian sebelum dan ujian selepas diantara peserta kajian
100 90 80 70
Markah
60 50
Ujian Sebelum
40
Ujian Selepas
30
20 10 0 PK1
PK2
PK3
PK4
Peserta Kajian
Berdasarkan Rajah 1, keempat-empat peserta kajian mempunyai tahap kefahaman yang sangat rendah pada peringkat awal sewaktu ujian sebelum bimbingan dijalankan. Hal ini demikian, keempat-empat peserta kajian memperoleh markah rendah iaitu di bawah 50 peratus. Sebelum bimbingan dijalankan, Peserta Kajian PK1, PK2, PK3 dan PK4 masingmasing memperoleh markah sebanyak 60%, 57%, 60% dan 70%. Manakala, setelah bimbingan dilaksanakan dengan menggunakan Touch & Trex, dapat dilihat berlaku peningkatan yang drastik terhadap pencapaian murid. Dimana peserta kajian PK1, PK2, PK3 dan PK4 masing-masing memperoleh markah sebanyak 90%, 90%, 90% dan 87%. Penigkatan dalam markag ujian ini jelas menunjukkan tahap kefahaman murid meningkat setelah bimbingan dilaksanakan menggunakan Touch & Trex.
8
Soalan Kajian 2: Sejauhmanakah penggunaan Touch & Trex dapat menarik minat murid untuk mempelajarai topik Bendera Kebangsaan dalam kalangan murid Tahun 5?
Hasil kajian mengenai persoalan ini telah diperoleh daripada pemerhatian dan tembual yang dilakukan ke atas peserta kajian bagi mengetahui minat murid terhadap proses pembelajaran yang telah dilaksankaan menggunaka Touch & Trex. Instrumen pemerhatian menggunakan senarai semak telah dilakukan smeasa bimbingan dilaksanakan. Manakala tembual dilaksanaka ke atas peserta kajian selepas bimbingan diberi.
Jadual 2 Senarai Semak Pemerhatian Semasa Bimbingan Peserta Kajian No. 1.
Perkara Murid berasa gembira
Jumlah PK1
PK2
PK3
PK4
/
/
/
/
4
/
/
/
/
4
/
/
/
/
4
/
/
/
/
4
dan teruja menggunakan Touch & Trex 2.
Murid menggunakan Touch & Trex dengan penuh fokus dan tekun
3.
Murid duduk diam ketika proses bimbingan dijalankan
4.
Murid menunjukkan sikap ingin tahu yang tinggi
Jadual 2 menunjukkan dapatan data semasa bimbingan dilaksanakan ke atas peserta kajian. Secara ringkasnya, Peserta Kajian menunjukkan tingkah laku positif ketika menggunakan Touch & Trex. Ini jelas menggambarkan bahawa Touch & Trex dapat menarik minat murid untuk mempelajari subjek Sejarah terutama dalam topik Bendera kbenagsaan.
9
Jadual 3 Transkripsi Temubual Peserta Kajian PK1
Soalan Cikgu
nak
tanya
Jawapan
awak,
selepas Touch & Trex dapat menarik
menggunakan Touch & Trex ini, awak minat
saya
untuk
belajar
rasa ia dapat menarik minat awak tak kerana saya berasa sangat untuk
belajar
topik
Bendera seronok dan tertarik untuk
Kebangsaan?
PK2
belajar.
Pada pendapat kamu, Touch & Trex ni Pada pendapat saya, Touch dapat menarik minat awak tak untuk Trex ini dapat menarik minat belajar topik Bendera Kebangsaan?
saya untuk ianya
belajar kerana
menyeronokkan
dan
adanya nyanyian. PK3
Selepas kamu menggunakan Touch Saya sangat berminat untuk Trex ini, kamu rasa ini dapat menarik belajar dengan adanya Touch minat awak tak untuk belajar topik Trex. Kalau boleh saya nak Bendera Kebangsaan?
belajar topik yang lain pun macam ni juga.
PK4
Cikgu ada satu soalan. Awak rasa Bagi saya Touch Trex ini dapat Touch Trex ni dapat menarik minat menarik
minat
saya
untuk
awak tak untuk belajar topik Bendera belajar kerana dengan adanya Kebangsaan?
nota berbentuk video.
Berdasarkan transkripsi temubual bersama peserta kajian dalam Jadual 3, dapat dirumuskan bahawa keempat-empat peserta kajian bersetuju bahawa dengan adanya alat bimbingan Touch & Trex, ianya dapat menarik minat murid untuk mempelajari subjek Sejarah terutama bagi topik Bendera Kebangsaan.
10
Carta Gantt Pelaksanaan Projek Inovasi Jadual 4
Bil.
Perkara
JAN
1
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data
2
Menulis kertas cadangan projek inovasi
3
Merancang tindakan
4
Melaksanakan tindakan
5
Mengumpul maklumat
6
Menganalisis maklumat data
7
Membuat refleksi dan laporan projek inovasi
8
Dokumentasi
FEB
MAC
APR
Kos Perbelanjaan Projek Kos bagi menghasilkan projek ini adalah seperti berikut: BIL
PERKARA
BILANGAN
KOS
1
Laptop
1
Sedia Ada
2
Smartphone
1
Sedia Ada
3
Perisian Aplikasi
Sumber Terbuka
Jumlah
RM0.00
11
Refleksi Selepas menjalankan kajian tindakan dan segala data telah dikumpul oleh pengkaji dan diinterpretasi dalam bentuk graf dan jadual. Data dikelurkan untuk mendapatkan banding beza terhadap ujian sebelum dan ujian selepas melaksanakan kajian. Secara keseluruhannya, objektif kajian ini tercapai di mana peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dalam tahap kefahaman mengenai topik Bendera Kebangsaan. Dalam pada itu, melalui kajian ini juga dapat menunjukkan bahawa penggunaan Touch & Trex mampu menarik minat murid untuk mempelajari topik Bendera Kebangsaan secara amnya. Pengkaji berpuas hati dengan akhir ujian ini yang dapat menjawab persoalan kajian.
Cadangan Tindakan Susulan Kajian ini membantu dalam meningkatkan kefahaman dan menarik minat peserta kajian dalam subjek Sejarah berkenaan topik Bendera Kebangsaan. Kajian ini membuktikan bahawa dengab menggunakan Touch & Trex, ianya dapat meningkatkan kefahaman seterusnya menarik minat peserta kajian untuk mempelajari topik ini. Ini adalah berdasarkan peningkatan markah peserta kajian dalam ujian sbeelum dan selepas. Bagi kajian seterusnya, pengkaji mencadangkan Touch & Trex ini diperluas untuk kesemua topik dalam subjek Sejarah sekolah rendah. Hal ini dmeikian, nota berbentuk animasi dan video sangat membantu dalam meningkatkan kefahaman murid. Sleain itu, Touch & Trex ini boleh dirangkumkan dalam satu website seperti blogspot atau padlet untuk memudahkan guru-guru dan murid-murid lain mengakses bahan tersebut.
12
TUGASAN 3 PEMBENTANGAN PROPOSAL
13