TUGASAN REFLEKSI PEMBELAJARAN KULIAH 1 ( 21 JANUARI 2009 ) : YXGA 6112 KEBERKESANAN & PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH : TEORI & PENYELIDIKAN Disediakan Oleh ; MOHD. KHURAINI BIN KHUZAIMAH – YGA 080021 / 690629 - 11 – 5181
Konsep sekolah berkesan dan penambahbaikan merupakan konsep yang sungguh popular kini sekurang-kurangnya dalam kalangan warga pendidikan. Pelbagai program dilaksanakan oleh pelbagai pihak institusi pendidikan di pelbagai peringkat untuk meningkatkan pemahaman dan kemudiannya merancang dan melaksanakan segala usaha ke arah merealisasikan kewujudan sekolah berkesan dan penambahbaikan secara berterusan. sebagai satu proses anjakan paradigma yang menarik.
Penulis melihat perkembangan ini
Namun penulis melihat keghairahan
kepemimpinan sekolah untuk mencapai keberkesanan sekolah kadang-kadang mengundang salah faham terhadap konsep sekolah berkesan itu sendiri. Penulis melihat masih terdapat sesetengah kepemimpinan sekolah kurang memahami ciriciri sebenar sekolah berkesan sehingga memberikan tekanan kerja yang berlebihan kepada guruguru semata-mata untuk mencapai kelulusan penuh, 100 peratus. Malah dalam mengejar cita-cita yang kadang-kadang lebih bersifat peribadi menghasilkan persaingan yang kurang sihat, dan sekali lagi mengorbankan para pelajar yang dikategorikan lemah sehingga sanggup ‘menasihatkan’ kumpulan pelajar ini berpindah ke sekolah lain atau berhenti sekolah. Situasi sebegini sebenarnya telah gagal menepati
konsep sebagai institusi pembelajaran dan jauh sekali untuk memenuhi
konsep sebenar dan ciri-ciri sekolah berkesan sepertimana yang kita bincangkan dalam slot kuliah hari ini dan sebelumnya. Keberkesanan sekolah hanya dapat dicapai apabila kepemimpinannya
berjaya
mengimbangi tekanan pihak atasan dengan keperluan dan kebajikan warga pimpinannya. Pengetua yang berkesan semestinya menghayati Falsafah Pendidikan Negara yang tidak hanya mementingkan egonya sahaja. Pemahaman tentang perbezaan kecerdasan emosi dan keperluan individu
serta keperluan perkembangan pelajar yang menyeluruh dan seimbang mampu
mewujudkan iklim sekolah yang harmoni dan meningkatkan moral ahli-ahli di dalamnya. Pengurusan konflik di dalam organisasi seharusnyalah ditangani secara bijaksana untuk mewujudkan ‘ win-win situation’ dan meningkatkan ‘morale’ guru-guru. Faktor kritikal pembentukan sekolah berkesan ialah kapasiti kepemimpinannya. Kepemimpinan yang berkesan mampu menerajui warga sekolah untuk merancang secara kolaboratif dan kolektif segala sumber yang ada dalam sistem organisasinya secara optimum dan menggerakkannya agar berfungsi secara berkesan. Keberkesanan hanya akan tercapai dengan terhasilnya penambahbaikan kepada ‘outcomes’ program-program sekolah khususnya prestasi ‘core bussiness’ iaitu pengajaran dan pembelajaran dan klien utamanya iaitu murid-murid. Para penyelidik mengutarakan corak kepemimpinan pengajaran dan transformasional
sebagai corak
kepemimpinan yang paling sesuai untuk mencorakkan keberkesanan sekolah, di mana pengetua perlu bersifat refelktif, kreatif, berinovasi dan bertindak secara profesional. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kepemimpinan yang berkesan mampu membentuk pembangunan sosial dan budaya yang produktif di sekolah. Penguasaan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti kemahiran mendengar, mengenalpasti kepelbagai kekuatan dan kelemahan warga sekolah, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran interpersonal penting aset untuk membentuk iklim sekolah yang konduksif untuk seluruh warganya. Sekolah berkesan biasanya mempunyai barisan kepemimpinan yang mempunyai kuasa rujukan dan kuasa pakar yang sentiasa bersedia berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman mereka dengan staf, guru-guru mahupun para pelajarnya. Fungsinya sebagai kepemimpinan pengajaran perlu diutamakan sesuai dengan pembangunan sekolah sebagai komuniti pembelajaran.
Kepemimpinan pengajaran mampu
memberikan input, sokongan dan dorongan kepada guru-guru untuk meningkatkan profesionalisme dan selari dengan matlamat
penambahbaikan berterusan sekolah.
Pengetua yang berkesan
biasanya seorang bersifat humanistik, melaksanakan proses pengupayaan tetapi jelas halatujunya. Proses penambahbaikan perlulah menyeluruh ke atas semua input yang ada pada sekolah sebagai sebuah organisasi sistem sosial.
Kepemimpinan sekolah yang berkesan perlu mengenalpasti
semua elemen secara kolaboratif dengan keupayaan untuk menarik minat pelbagai pihak dalam dalam komuniti, ‘stakeholders’ dan warga sekolah berkongsi sama melaksanakan segala usaha untuk mencapai matlamat sekolah. Penulis mempunyai keyakinan yang tinggi sekiranya kepemimpinan sekolah berjaya mengembeling seluruh tenaga dalam sistem organisasi sekolahnya menjadikan sekolah sebagai komuniti pembelajaran, matlamat untuk merealisasikan sekolahnya sebagai sekolah berkesan akan mudah dan cepat tercapai. Namun, pengetua yang berkesan juga tidak mudah untuk berada dalam situasi yang ‘ selesa ’ dan mudah berpuashati. Proses penambahbaikan perlu sentiasa diteruskan kerana sekolah berkesan akan hanya terus berkesan apabila sentiasa berlaku peningkatan, pembangunan dan perkembangan ke atas seluruh elemen di dalamnya. Rumusannya penulis percaya sekiranya konsep dan ciri-ciri sekolah berkesan dihayati sepenuhnyan oleh seluruh warga pendidik dan diseimbangkan dengan pemahaman yang sama serta sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pelbagai peringkat, matlamat melonjakkan institusi-institusi pendidikan ke arah keberkesanan akan dapat dicapai. Oleh itu, penulis berharap proses penambahbaikan kepada segala elemen di dalam sistem pendidikan kebangsaan dapat direalisasikan secara kolektif. Salah satunya daripadanya ialah penambahbaikan ke atas proses perlantikan kepemimpinan sekolah yang sebenarnya telah sekian lama diperdebatkan dan dibincangkan oleh pakar-pakar bidang pendidikan.