Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan
Pengajaran bermaksud satu lakuan (act) yang direka bentuk untuk menghasilkan pembelajaran.
Pembelajaran bermaksud suatu gerakbalas kepada rangsanganrangsangan yang membawa kepada satu perubahan tingkah laku.
Strategi pengajaran ialah rancangan atau kaedah yang disediakan dengan baik terlebih dahulu untuk menggalakkan pembelajaran di kalangan pelajar. Pengajaran merupakan aktiviti yang memerlukan penguasaan beberapa teknik kemahiran untuk mengajar secara berkesan dan bermakna. Untuk itu, guru perlu
memahami
kemahiran
yang
digunakan
untuk
menyampaikan
ilmu
pengetahuan kepada pelajar mereka.
Guru perlu melengkapkan diri dengan berbagai-bagai teknik pengajaran. Mereka perlu mengetahui teknik kemahiran membuat perancangan pengajaran dan menentukan objektif kerana mereka perlu memastikan hala tuju pelajar pada hujung tiap-tiap pelajaran.
Sebelum memperkenalkan pengajaran, guru hendaklah mengenali latar belakang anak didik mereka terlebih dahulu. Untuk itu, guru patut mengetahui teknik yang tertentu dalam soal ini. Guru juga perlu dapat mengaitkan pengajaran yang lalu dengan yang hendak disampaikan itu. Mereka sewajarnya dapat menggunakan,
1
menilai dan membincangkan
penggunaan kemahiran itu di kalangan mereka.
Lagipun, untuk menjadi guru yang baik mereka harus dapat bertutur dengan petah di samping boleh menggunakan bahasa dengan berkesan.
Dalam mempersembahkan pengajaran, guru hendaklah dapat mengawal gerak geri mereka. Selain itu, guru perlu dapat mengolah isi pelajaran dan berhujah, memberi penerangan yang jelas dan contoh yang sesuai dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar mereka. Guru hendaklah menguasai teknik kemahiran menyoal, membuat peneguhan, analisis dan penilaian, mendapat maklum balas, mengawal kelas dan menggunakan bahan bantu mengajar dengan betul untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mereka . Mereka perlu mewujudkan suasana yang sesuai dalam kegiatan pembelajaran. Dalam soal ini, mereka boleh menggunakan teknik kemahiran bercerita disulami dengan jenaka dan membuat saranan.
Pelajar juga harus diberi persediaan untuk menghadapi pengajaran guru. Minat pelajar perlu diwujudkan dan dipertingkatkan dengan mengubah strategi dan menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran. Guru perlu membuat rumusan dan penilaian terhadap pengajaran mereka. Oleh itu, guru hendaklah dapat menguasai kemahiran asas dan membina tapak yang kukuh dalam pengajarannya. Mereka
hendaklah
dapat
memeriksa
kemahiran-kemahiran
itu
dengan
memisahkannya antara satu sama lain. Dengan itu, mereka akan dapat mengkaji secara berasingan tiap-tiap kemahiran itu dengan lebih jelas lagi
2
Dalam menyajikan pelajaran, guru hendaklah mempunyai keyakinan diri. Mereka hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran itu untuk membina keyakinan diri. Dengan peningkatan tahap keyakinan diri, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan akan wujud dalam diri mereka. Langkah ini akan menjadikan guru bersiap sedia menghadapi segala masalah yang berlaku dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru juga akan dapat menyaksikan kekurangan yang ada pada diri sendiri untuk ditangani dan mereka akan dapat menghadapi segala cabaran sebagai seorang
pendidik.
Oleh
itu
mereka
akan
mengkaji,
memperbaiki
dan
mempertingkatkan lagi kamahiran-kemahiran mereka.
KAK RAM GC
3