Kepentingan Pembakuan Bahasa.pptx

  • Uploaded by: Ian Fadzil
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kepentingan Pembakuan Bahasa.pptx as PDF for free.

More details

  • Words: 461
  • Pages: 6
DASAR SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU • Dasar sebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Maksudnya di sini ialah kata-kata dieja berdasarkan pengucapan dan pengucapan berdasaran apa yang dieja. • Timbul sedikit kekeliruan dan masalah dari segi sebutan iaitu bahasa Melayu yang disebut secara baku dikatakan mirip dengan bahasa Indonesia. • Justeru bagi menjawab isu ini dan mewujudkan keseragaman bahasa, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga telah mengambil keputusan berikut.

• Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga telah juga mengambil keputusan tentang ejaan bahawa: (a) Ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disamakan atau disatukan; (b) Peraturan ejaan hendaklah mudah, dan untuk ini maka sistem fonemik diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik, dan satu fonem hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja; (c) pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam; (d) Kata-kata daripada bahasa asing hendaklah disesuaikan dengan sistem fonologi Melayu. (Asraf, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-IV 1984)

KEBAIKAN PEMBAKUAN BAHASA MELAYU • Memudahkan guru mengajar dan murid belajar mengucapkan bahasa Melayu dengan tidak lagi dibingungkan oleh kecualian-kecualian yang berbagaibagai, misalnya ada kata-kata yang disebut menurut bunyi fonetik Riau-Johor, ada yang disebut menurut bunyi fonetik Inggeris seperti *indastri, *jenerasi dan *yunit untuk industri, generasi dan unit dan ada yang menurut sebagaimana yang dieja secara fonemik. • Dapat dianggap sebagai sebutan estetik yang sesuai untuk lagu-lagu Melayu, deklamasi sajak berpidato, ceramah, syarahan dan apa saja ucapan yang bersifat formal seperti pembacaan warta berita, pengumuman rasmi kenegaraan dan sebagainya. • Memperlihatkan kelebihan bahasa Melayu jika dibandingkan dcngan bahasa Inggeris yang kacau ejaannya sehingga sebutannya tidak selaras dengan ejaannya itu. Bahasa Melayu tidak akan menjadi lebih maju dengan meniru kekacauan ejaan dan ucapan bahasa Inggeris

• Menyeragamkan bahasa Melayu dari pelbagai aspek seperti tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan dan laras bahasa terutamanya dalam situasi formal. • Menyeragamkan proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah dan institusi pengajian. Para guru dan murid dari seluruh negara menggunakan satu kaedah bahasa yang sama. • Menyeragamkan dan menstandardkan sebutan bahasa Melayu yang terpecah kepada dialek dan loghat yang pelbagai. Dialek dan loghat ini memberi konotasi yang pelbagai berdasarkan sosio budaya penuturnya. Keseragaman ini akan menwujudkan sistem berbahasa yang satu.

• Menyeragamkan cara penulisan terutamanya bagi kata yang diambil daripada bahasa asing. Pembakuan sebutan kata pinjaman akan mempengaruhi cara penulisannya. Dengan ini kata pinjaman dapat diseragamkan melalui proses pembakukan. • Menjadikan bahasa Melayu sebagai satu bahawa yang berwibawa dan bersifat ilmiah. Melalui penggunaan bahasa baku yang telah diseragamkan, penutur bahasa Melayu akan mengungkap dengan bahasa yang sama. • Memudahkan penutur bahasa asing untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua atau bahasa tambahan. Pelajar yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu akan mudah mempelajari bahasa Melayu yang telah diseragamkan tanpa terkeliru dengan dialek atau loghat daerah dan suku kaum tertentu.

Related Documents


More Documents from ""