Full Assignment Fonetik Dan Fonologi.docx

  • Uploaded by: Ian Fadzil
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Full Assignment Fonetik Dan Fonologi.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 5,081
  • Pages: 29
1.0

PENDAHULUAN Sejarah perkataan linguistik adalah berasal daripada perkataan Latin, iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Perkataan linguistik dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu linguistics yang dipinjam daripada bahasa Perancis, iaitu linguistique. Menurut Kamus Dewan, linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. Manakala Crystal (1997), mendefinisikan linguistik sebagai kajian saintifik terhadap bahasa. Ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik untuk mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu, misalnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh berdasarkan agakagakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil kajian itu pula boleh diuji kebenarannya kelak. Terdapat

beberapa

cabang

dalam

ilmu

linguistik.

Fonetik

dan

fonologi bahasa Melayu berada di bawah cabang dan bidang Linguistik Deskriptif. Linguistik Deskriptif menghuraikan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dituturkan dan bagaimana sistem bahasa itu digunakan dalam bidang fonologi, morfologi, sintaksis dan segala aspek yang terdapat dalam bahasa Melayu. Ia hanya membuat huraian tentang satu-satu bahasa dan tidak membuat perbandingan dengan bahasa-bahasa lain atau mengkaji daripada sudut sejarah bahasa itu. Misalnya Linguistik Deskriptif akan menghuraikan bunyi-bunyi vokal, konsonan, diftong, sistem sukukata, perkataan, frasa dan ayat bahasa Melayu, tetapi tidak membuat perbandingan antara sistem ini dengan sistem bahasa lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Cina dan pelbagai lagi jenis bahasa.

1

2.0

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Fonetik dan fonologi bahasa Melayu ialah bidang pengajian yang melibatkan pengkajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Fonetik dan fonologi adalah dua perkara yang berbeza namun mempunyai perkaitan antara satu sama lain. 2.1

Pendefinisian Fonetik dan Fonologi Fonologi secara umumnya membawa maksud suatu bidang yang mengkaji

sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan (Parker, 1974). Harimurti Kridalaksana (1983) dalam kamus linguistik menerangkan fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Mengikut Parker (1974), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Secara ringkasnya, fonologi merupakan bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Bunyi-bunyi yang bermakna adalah merujuk kepada sebarang bentuk pertuturan yang diungkapkan oleh manusia yang membawa maksud tertentu yang boleh difahami oleh orang sekeliling tanpa berlakunya salah tafsir. Siti Hajar Abdul Aziz (2008), menyatakan bahawa asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebaga phone yang bermaksud bunyi atau suara, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan penumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Manakala Abdullah Hassan (1980), mendefinisikan fonetik sebagai kajian yang mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya. Secara amnya, ia adalah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi. Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007), mentakrifkan fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyibunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Maka, dapat dirumuskan di sini bahawa fonetik adalah bidang yang mengkaji bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia sejagat dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya.

2

Dalam bidang fonetik, terdapat tiga aspek kajian yang dilakukan iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. 2.1.1

Fonetik Artikulasi Bidang ini mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan

oleh alat-alat artikulasi. Dalam erti kata yang lain, fonetik artikulasi merujuk kepada kajian yang mendeskripsikan cara-cara sesuatu bunyi dilafazkan melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi dalam melafazkan bunyi-bunyi dalam bahasa. 2.1.2

Fonetik Akustik Fonetik akustik merupakan satu kajian mengenai transmisi signal

bunyi dari penutur kepada pendengar secara komunikasi langsung. Umumnya, bidang ini mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gabungan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara, lidah dan bibir. Antara sifat yang diberi penekanan dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud. Gelombang bunyi yang dihasilkan dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. 2.1.3

Fonetik Auditori Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007) menjelaskan bahawa

bidang merujuk kepada kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambing-lambang yang tepat. Maksudnya, kajian fonetik auditori mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan oleh otak. Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod, yang melibatkan pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung.

3

2.2

Perbezaan antara Fonetik dan Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang

diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut:

FONETIK

FONOLOGI

Fenomena

bunyi

atau

pertuturan

Mengkaji

sistem

bunyi-bunyi

tertentu

manusia seluruhnya.

dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.

Asas kepada kajian fonologi.

Input kepada kajian linguistik tinggi, iaitu morfologi dan sintaksis.

Tidak dapat memerikan seluruh bunyi

Dapat merumuskan, menghuraikan dan

yang dihasilkan oleh manusia, tidak

menjelaskan segala bentuk bunyi dalam

dapat menghalusi segala variasi bunyi

sesuatu

tersebut dan tidak dapat menghuraikan

terperinci

sistem

menentukan peraturan dan bentuk bunyi

bunyi

dituturkan

semua

oleh

bahasa

manusia

yang

dengan

bahasa

secara

dengan

secara spesifik.

sempurna.

Jadual 1: Perbezaan antara Fonetik dan Fonologi

4

teliti

tujuan

dan untuk

3.0

ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR Artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat ini mempunyai tugas yang tersendiri iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus nafas. Oleh hal yang demikian, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi. Perbincangan seterusnya akan merujuk kepada gambar rajah di bawah.

Keterangan rajah: 1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit Keras 7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Hujung lidah 10. Hadapan lidah 11.Tengah lidah 12. Belakang lidah 13. Akar lidah 14. Epiglotis 15. Pita suara 16. Rongga tekak 17. Rongga hidung 18. Rongga mulut 19. Rahang 20. Tenggorok

Gambar 1: Organ Artikulasi 5

3.1

Alat-alat Artikulasi Alat-alat artikulasi adalah merujuk kepada alat-alat atau organ-organ yang

berfungsi di dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat yang berkaitan dengan penghasilan bunyi ini boleh dipecahkan kepada tiga cabang iaitu alat bahagian dalam tubuh, alat artikulasi dan daerah artikulasi (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006). Dalam alat artikulasi terdapat dua lagi bahagian iaitu alat artikulator dan daerah artikulasi. Artikulator merujuk kepada bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut.

Daerah artikulasi termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan

lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

4.0

Penghasilan Bunyi Bahasa Melayu Secara amnya, bunyi yang dimaksudkan adalah gelombang-gelombang yang keluar daripada kedua belah paru-paru, kemudian melalui pita suara, seterusnya ke rongga tekak dan akhirnya keluar terus melalui rongga mulut atau rongga hidung. Bunyi boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa. Bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang dipersetujui oleh masyarakat penuturnya sebagai sesuatu yang bermakna. Dalam erti kata lai, bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Manakala bunyi bukan bahasa pula merujuk kepada bunyi seperti batu, berdehem dan siulan. Bunyi-bunyi ini tidak mempunyai sebarang lambang bagi mewakilinya dan tidak mempunyai maksud yang spesifik. Bunyi-bunyi bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada tiga golongan iaitu vokal, diftong dan konsonan. Dalam penulisan ini, hanya bunyi vokal dan konsosnan sahaja yang dibincangkan.

6

4.1

Bunyi Vokal Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara. Bunyi vokal juga adalah bunyi bersuara. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan dalam erti kata lain bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Vokal-vokal di dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Vokal-vokal itu ialah [i], [e], [a], [ә], [u] dan [o] yang di dalam tulisan dilambangkan oleh huruf-huruf i, e, a, u dan o.

Gambar 2: Kedudukan Vokal dalam Bahasa Melayu 4.1.1

Vokal Hadapan Vokal depan ialah bunyi [i], [e], [] dan [a]. Alat artikulasi yang terlibat

ₔdalam menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan saiz rongga mulut dan bentuk bibir. Manakala daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras. Vokal hadapan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu vokal hadapan sempit [i], vokal hadapan separuh sempit [e], vokal hadapan luas [a] dan vokal hadapan separuh []. Contoh: Vokal Hadapan Sempit [i] Cara membunyikannya: 1. Bibir dihamparkan. 2. Depan lidah dinaikkan tinggi ke arah gusi. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak terkeluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 7

5. Bunyi dihasilkan ialah vokal hadapan sempit [i]. 6. Contoh vokal hadapan sempit di dalam perkataan: Awal

Tengah

Akhir

Ikan, itik, ibu

Bilang, ciku, cicak

Ceri, beli, guli

Gambar 3: Penghasilan Bunyi Vokal Depan Sempit [i]

4.1.2

Vokal Belakang Vokal bahagian belakang terdiri daripada [u], [o] dan [ƹ]Daerah

artikulasi yang terlibat adalah bahagian lelangit keras. Manakala alat artikulasi yang terlibat semasa menghasilkan bunyi vokal ini adalah lidah dan lelangit lembut. Kadar bukaan luas ditentukan oleh rongga mulut dan saiz bukaan mulut. Vokal belakang dikategorikan kepada vokal belakang luas [ƹ] vokal belakang separuh luas [ɔ], vokal belakang sempit [u] dan vokal belakang separuh sempit [o]. Contohnya: Vokal Belakang separuh sempit [o] Cara membunyikannya: 1. Bibir dibundarkan. 2. Belakang lidah dinaikkan tinggi ke arah langit lembut. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalaui rongga hidung. 8

4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 5. Bunyi dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. 6. Contoh vokal hbelakang separuh sempit di dalam perkataan: Awal

Tengah

Akhir

Oren, oleh, orang

Tolong, botol, roti

Solo, polo

Gambar 4: Penghasilan Bunyi Vokal Belakang Separuh Sempit [o] 4.1.3

Vokal Tengah Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah pada lantai rongga

mulut. Bibir terbuka, tetapi tidak luas. Udara melalui rongga mulut menghasilkan bunyi vokal [ә]. Contohnya: Vokal Tengah Pendek [ә] Cara membunyikannya: 1. Bibir dalam keadaan hampar. 2. Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalaui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 5. Bunyi dihasilkan ialah bunyi vokal tengah pendek [ә]. 6. Contoh vokal tengah pendek di dalam perkataan: 9

Awal

Tengah

Akhir

Enam, empat, emas

Kejam, benang, kemas Sosialisme

Gambar 5: Penghasilan Bunyi Vokal Tengah [ә]

4.2

Bunyi Konsonan Bunyi konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal yang bersuara atau tidak bersuara. Bunyi ini dihasilkan apabila udara daripada peparu menerima sekatan atau geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak ataupun hidung. Konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Ia bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak. Arus udara yang keluar dari peparu akan menerima sekatan atau geseran. Apabila udara keluar dari peparu, glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan maka terhasillah bunyi konsonan bersuara. Tetapi apabila glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, maka akan terhasillah konsonan tidak bersuara.

10

4.2.1

Konsonan Letupan Konsonan letupan dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat. Konsonan jenis ini terbahagi kepada sembilan jenis, salah satu daripadanya ialah konsonan [p] dan [b]. Contoh: Konsonan [p] dan [b] 

Penghasilan konsonan [p] adalah dari letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar. Konsonan [b] pula adalah letupan dua bibir bersuara kerana pita suara bergetar. Kedua-dua konsonan ini terhasil apabila lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan. Udara pula tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Penerangan adalah seperti rajah dibawah:

Gambar 6: Penghasilan Bunyi Konsonan Letupan

Contoh perkataan adalah seperti berikut: Awal

Tengah

Akhir

payung, bila

Kepala, labu

Gelap, kelab

11

4.2.2

Konsonan Geseran Contoh: Konsonan [s] 

Dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan ke gusi bagi membuat sempitan pada arus udara. Ketika ini lelangit lembut dan juga anak tekak dinaikkan kebahagian belakang rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung dan pita suara direnggangkan. Bunyi geseran gusi tidak bersuara [s] apabila udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. . Sila lihat rajah dibawah :

Gambar 7: Penghasilan Bunyi Konsonan Geseran

Contoh perkataan adalah seperti berikut: Awal

Tengah

Akhir

Sambal

Gesel, gesa

Putus, baris

12

4.2.3

Konsonan Sisian Contoh: Konsonan [l] 

Bunyi [l] dihasilkan apabila lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara pula bergetar. Sila lihat rajah dibawah:

Gambar 8: Penghasilan Bunyi Konsonan Sisian

Contoh perkataan adalah seperti berikut: Awal

Tengah

Akhir

Lantai, lambai

Kelas, balas

Pintal, bantal

13

4.2.4

Konsonan Getaran Contoh: Konsonan [r] 

Bunyi [r] terhasil apabila hujung lidah diletakkan di gusi sehingga udara dapat melalui antara lidah dan juga gusi. Lidah pula akan bergetar manakal lelangit lembut pada waktu iti dinaikkan. Bunyi [r] dinamakan sebagai bunyi getaran gusi bersuara. . Sila lihat rajah dibawah

Gambar 9: Penghasilan Bunyi Konsonan Getaran Contoh perkataan adalah seperti berikut: Awal

Tengah

Akhir

Rakit, rambu

Keras, beras

Getar, atar

14

4.2.5

Konsonan Sengauan 

Konsonan [ɳ]dihasilkan apabila belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut dan bunyi yang dihasilakn itu dinamakan sengauan lelangit lembut bersuara [ɳ]. . Sila lihat rajah dibawah :

Gambar 10: Penghasilan Bunyi Konsonan Sengauan

Contoh perkataan adalah seperti berikut: Awal

Tengah

Akhir

Nganga

Manga

Pisang

15

4.2.6

Separuh Vokal Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap tetapi bergerak membuat luncuran. Contoh: Konsonan [w] 

Bunyi konsonan [w] dihasilkan apabila pada peringkat awal lidah seperti hendak membunyikan konsonan [u], Tetapi bergerak kepada vokal yang lain. Bunyi yang dihasilkan dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara. . Sila lihat rajah dibawah :

Gambar 11: Penghasilan Bunyi Konsonan Separuh Vokal Contoh perkataan adalah seperti berikut: Awal

Tengah

Akhir

Warna

Tawar

Takraw

16

4.2.7

Konsonan Pinjaman Di antara konsonan pinjaman ialah [dz] menjadi [z], [th] menjadi [s], [gh] menjadi [g], [dh] menjadi [d]. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi-bunyi geseran. Manakala bunyi [f] dan [v] pula dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah dan atas sehingga berlaku geseran apabila udara melaluinya. Ketika menghasilkan bunyi [f] pita suara tidak bergetar dan bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara. Manakala ketika membunyikan huruf [v] pita suara akan bergetar dan menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara.

5.0 SUPRASEGMENTAL Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada tekanan, nada, jeda, intonasi dan panjang pendek. Suprasegmental atau dikenali juga suprapenggalan adalah ciri atau sifat bunyi yang menindih atau menumpangi sesuatu fonem. Ianya bermaksud ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental Kelima-lima unsur yang terdapat dalam suprasegmental ini akan menentukan maksud sesuatu ayat atau membolehkan sesuatu ayat itu dilafazkan oleh seseorang itu seiring dengan perasaannya ketika itu. Contohnya perasaan sayang, marah atau gembira.

5.1 Tekanan

Tekanan merupakan ucapan yang ditekankan pada satu-satu suku kata itu sehingga bahagian tersebut akan nampak lebih keras atau menonjol apabila seseorang itu menyebutkannya. Ianya juga merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu sukukata. Ketika mengucapkan satu-satu perkataan yang didalamnya terdapat maksud yang penting, biasanya kita akan menekan suku kata atau perkataan tersebut agar pendengar dapat memahaminya dengan tepat.

Kebiasanya penutur akan memperlihatkan ekspresi atau memek muka yang sesuai mengikut tekanan suku kata yang disebutkan. Ianya dapat menambahkan lagi keberkesanan atau menghidupkan situasi komunikasi 17

antara penutur dengan pendengar. Kesimpulannya, ia dapat membezakan tekanan bunyi antara satu suku kata dengan suku kata yang lain.

Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah / ' /. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada bunyi vokal. Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Biasanya tekanan dalam perkataan bahasa Melayu berlaku pada suku kata yang kedua. Contohnya dalam perkataan ma ta , ta li , ba tu dan sebagainya. Suku kata bagi perkataan ma dan ta boleh dipanjangkan. Begitu jugalah bagi perkataanperkataan lain yang mempunyai bunyi vokal.

Tekanan dalam Bahasa Melayu tidak akan merubah maksud sesuatu perkataan itu. Berbeza dengan bahasa lain. Contohnya dalam Bahasa Inggeris. Perkataan pro gres bermaksud " memajukan " ( kata kerja ) manakala prog res bermaskud " kemajuan " ( kata nama ). 5.2 Nada Nada juga merupakan salah satu unsur yang terdapat dalam suprasegmental. Nada dalam pengucapan seseorang boleh

kita ketahui

melalui tinggi atau rendahnya suara yang dilontarkan oleh penutur kepada pendengarnya. Tinggi rendahnya suara yang diucapkan oleh seseorang itu adalah disebabkan frekuensi getaran yang berbeza antara segmen dengan segmen yang lain. Bila seseorang berada dalam kesedihan misalnya,

ia

akan berbicara dengan nada yang rendah. Sebaliknya bila berada dalam keadaan gembira atau marah, nada tinggilah yang biasanya digunakan. Nada yang mendayu-dayu pula biasanya digunakan dalam situasi memujuk atau apabila seseorang itu memerlukan simpati.

Perbezaan nada dapat kita ketahui melalui lambang-lambang seperti di bawah ini;

Nada

Lambang

Rendah

1

Biasa

2

Tinggi

3

Sangat tinggi

4

18

2 i)

3

Saya hendak balik. Dalam Bahasa Melayu, nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti

penghasilan sesuatu fonem. Perbezaan nada dalam Bahasa Melayu juga tidak akan merubah maksud sesuatu perkataan itu.

Secara amnya, kebanyakan bahasa di dunia ini memerlukan unsur ini bagi membezakan makna dalam pertuturan. Contohnya dalam Bahasa Mandarin, Thailand, Vietnam dan sebagainya. Profesor Dr. Abdullah Hassan melalui bukunya bertajuk Linguistik Am menyatakan "ma" dalam Bahasa Mandarin ada empat makna, iaitu bergantung pada nada sama ada mendatar, meninggi, turun naik, dan menurun. Jika disebut dengan nada rendah, ia akan membawa maksud kuda. Jika disebut dengan nada biasa akan membawa maksud emak. Jika disebut dengan nada tinggi menjadi maksud jerami. Jika ia disebut dengan nada paling tinggi pula akan membawa maksud marah. 5.3 Jeda Unsur yang seterusnya dalam suprasegmental ialah jeda. Jeda yang juga disebut persendian ialah ciri atau unsur hentian( senyap ) dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata.

Penentuan jeda dalam pengucapan akan menentukan maksud yang akan disampaikan oleh seseorang penutur itu. Dengan jeda yang tepat, pendengar dapat memahami dan bertindakbalas terhadap apa juga perkara yang diungkapkan oleh penutur dengan tepat. Penggunaan jeda yang tidak tepat akan membuatkan satu-satu pengucapan itu bukan sahaja janggal didengar malah tidak dapat difahami.

Dalam bahasa lisan, jeda ditandai dengan kesenyapan. Pada bahasa tulisan pula, jeda ditandai dengan lambang garis miring [/], tanda koma [,], tanda koma bertitik [;], tanda nota bertindih [:], tanda sempang [-], atau tanda pisah [--]. Kesimpulannya, perubahan jeda akan merubah maksud sesuatu pengucapan itu.

19

Contoh Ayat Menurut pemeriksaan doktor Abu Samah memang menghidap demam denggi

Contoh ayat di atas akan membawa maksud yang berbeza sekiranya jedanya berubah. Perubahan maksud yang dinyatakan adalah seperti berikut; i)

Menurut pemeriksaan / doktor Abu Samah / memang menghidap demam denggi

Maksudnya : Melalui pemeriksaan oleh seseorang yang tidak dinyatakan, doktor Abu Samah memang sedang menghidap demam denggi.

ii)

Menurut pemeriksaan doktor / Abu Samah / memang menghidap demam denggi

Maksudnya : Melalui pemeriksaan oleh seseorang doktor yang tidak dinyatakan, Abu Samah memang sedang menghidap demam denggi.

iii)

Menurut pemeriksaan doktor Abu / Samah / memang menghidap demam denggi

Maksudnya : Melalui pemeriksaan oleh doktor yang bernama Abu, Samah memang sedang menghidap demam denggi. 5.4 Intonasi Intonasi juga merupakan salah satu unsur yang terdapat dalam suprasegmental. Intonasi adalah turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau frasa. Intonasi juga disebut lagu bahasa.

Terdapat pelbagai intonasi atau lagu yang tedapat pada ayat dalam bahasa Melayu. Contohnya , ayat berita mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat. Manakala bagi ayat tanya pula mempunyai intonasi yang tinggi pada akhir ayat. Apabila kita 20

mengujarkan dialog

kita akan menggunakan ayat-ayat

yang

diucapkan secara bersambung-sambung. Ayat-ayat yang dituturkan itu menggunakan intonasi atau lagu yang berbeza-beza. Semua jenis ciri

suprasegmental

atau

suprapenggalan,

iaitu

tekanan,

kepanjangan, jeda dan nada secara kombinasi turut membentuk intonasi ayat dan digunakan dalam pertuturan.

Dalam pertuturan biasa, nada suara sentiasa berubah-ubah. Apabila nada suara menaik, wujudlah intonasi menaik. Apabila nada suara menurun, wujudlah intonasi menurun. Apabila nada suara berada pada sesuatu kelangsingan agak lama, wujudlah intonasi mendatar.

Lambang-lambang yang digunakan untuk menunjukkan perbezaan intonasi adalah seperti berikut; lambang

Maksud

l!

Intonasi

menurun

secara

beransur-ansur l

Intonasi menaik ( bukan pada akhir ayat )

//

Intonasi menaik secara beransuransur

=

Intonasi tinggi tetapi mendatar

Ʊ

Intonasi menurun dan menaik

5.5 Panjang Pendek Panjang-pendek

atau

disebut

kepanjangan

bunyi

merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasabahasa tertentu. Ciri kepanjangan atau panjang-pendek ini boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris, dan bahasa Arab tetapi tidak membezakan makna dalam bahasa Melayu.

21

Selain itu, suprasegmental juga membantu murid mempelajari cara menyebut sesuatu perkataan mengikut panjang-pendek bunyi diucapkan. Panjang-pendek sesuatu suku kata atau perkataan diucapkan bergantung pada situasi dan keadaan. Guru perlu memberi perhatian semasa meujarkan sesuatu perkataan atau ayat.

Lambang bagi ciri panjang-pendek ini ialah [ . ] yang dinamakan mora. Jika tanda mora ini satu titik [ . ] kepanjangan bunyinya setengah mora, dua titik [ : ] kepanjangan bunyinya satu mora, dan jika empat titik [ :: ] kepanjangannya ialah dua mora.

Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna ini terjadi jika ciri panjang pendek ini digunakan. Contohnya perkataan sit bermakna “ duduk “, dan si : t bermakna “ tempat duduk “.

Dalam bahasa Arab pula, unsur panjang pendek pula berkait rapat dengan hukum tajwid iaitu hukum mad. Dalam bacaan al-Quran sememangnya hukum panjang pendek ini bukan sahaja memberi makna yang berbeza malah boleh memberikan kesan yang besar jika berlaku kesalahan. Contohnya, perkataan “amin” jika sebutan “a” dipanjangkan sehingga enam harakat

(hukum mad lazim),

maknanya ialah selamat (rujuk surah al-Maidah: 2). Tetapi bagi ucapan “amin” selepas surah al-Fatihah, “a” dibaca dua harakat (hukum mad badal) dan “min” boleh dibaca dua, empat atau enam harakat (berdasarkan hukum mad arid lissukun) yang bermaksud terimalah. Walau bagaimanapun, apabila kita berbahasa Arab, hukum tajwid termasuk hukum mad (hukum panjang pendek) ini tidak berlaku; begitu juga dengan hukum ghunnah (dengung).

6.0 DIFTONG Diftong wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi. Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu ai, au, oi. 22

Secara lebih terperinci, Diftong ialah: 

Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas.



Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain.



Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain.

Contoh perkataan adalah seperti berikut Diftong

Contoh perkataan

ai:

aiskrim cair ghaib sains

oi:

koir heroin eksploit eksploitasi

ia:

biara piagam sia-sia pianggang

io:

ion biola antibiotik Zionis

iu:

cium kiub siuman piutang

ua:

buai buapak dualisme kuarantin

ui:

juita puisi tuil suis

ea:

bea gear teater reaktor

eo:

neon video geometri ideologi

eu:

neurologi neutral neutron reumatik

au:

taun maung kedaung pepauh

23

7.0

PENUTUP Kajian fonetik dan fonologi adalah melibatkan organ pertuturan ataupun alat artikulasi manusia secara langsung. Bahasa mempunyai satu sifat yang dikatakan sebagai simbol bunyi. Terdapat banyak bahagian tubuh manusia yang berperanan sebagai alat artikulasi seperti bibir, gusi, gigi lidah, tulang rahang dan anak tekak. Dengan menggunakan alat artikulasi tersebut kita dapat berbahasa dengan menggunakan pelbagai bunyi. Penggunaannya juga manusia dapat bertutur dengan sempurna dan membezakan sebutan huruf-huruf vokal dan konsonan. Penguasaan ilmu fonetik dan fonologi ini dapat memudahkan pelajar untuk mempelajari cara menghasilkan bunyi dengan sebutan yang betul. Alat-alat artikulasi sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Bunyi bahasa yang dikeluarkan bergantung kepada daerah artikulasi dan alat artikulasi yang digunakan. Secara keseluruhannya, pendedahan tentang alat-lat pertuturan atau artikulasi adalah penting bagi meningkatkan kefahaman pelajar mahupun seseorang individu itu tentang alat-alat artikulasi dan organ-organ yang berperanan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Ini kerana bahasa amat penting kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian terutamanya untuk berkomunikasi dengan individu yang lain.

24

MENTANSKRIPSIKAN TEKS

Teks Asal

:

Bahasa merupakan suatu sistem lambang yang terdiri daripada deretan bunyi yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan. Melalui bahasa, kita dapat berinteraksi dan bertukar maklumat untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Transkripsi Fonetik : [# bahasa mәr̃ upakan suwatu sistәm lambaŋ jaŋ tәrdiri daripada deretan buɲi jaŋ diucapkan oleh alαt-alαt pәrtutɔran #]

[# mәl̃ aluwi bahasa, kita dapαt berintәraʔsi dan bәrtukar mãʔlumãt untɔʔ mәn ̃ әr̃ uskan kәlaŋsuŋan hidup #]

25

REFLEKSI Mohd Hafiz Bin Yatin Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya saya dan kawan saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini adalah membincangkan mengenai konsep fonetik dan fonologi bahasa Melayu serta mentranskripsikan teks berdasarkan petikan yang di beri. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi. Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu lagi. Kolaborasikolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik. Melalui kerja kursus ini banyak yang saya dapat pelajari daripada konsep fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi bermakna yang dipertuturkan oleh manusia iaitu fonologi yang terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan satu kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa dan pendengaran. Manakala fonemik pula berkaitan tentang kajian fungsi dan struktur bunyi bahasa. Di samping itu, saya juga mengkaji bagaimana vokal dan konsonan dihasilkan. Setelah mengkaji, vokal merupakan bunyi bersuara kerana tiada halangan semasa udara

26

keluar dari peparu. Lidah dan bibir pula memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi vokal manakala konsonanmempunyai bunyi yang bersuara dan tidak bersuara. Bunyi konsonan terhasil kerana ada gangguan atau halangan semasa udara keluar dari peparu dan dua bibir iaitu gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, dan rongga hidung yang memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi konsonan. Selain itu, saya juga telah mengkaji tentang alat-alat artikulasi dan dearah-daerah artikulasi. Alat-alat artikulasi melibatkan semua organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi manakala dearah artikulasi adalah bagi organ yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa berada pada tempatnya. Tambahan juga, saya mempelajari satu ilmu baru iaitu mengenai transkripsi fonetik. Melalui tugasan ini saya mempelajari bagaimana sesuatu perkataan itu ditranskripkan ke dalam bentuk fonetik untuk menunjukkan cara sebutan yang betul dan tepat. Dalam masa yang sama, saya juga dapat meningkatkan tahap kemahiran pertuturan saya. Hal ini kerana menerusi tugasan mentranskripsikan teks saya dapat mengetahui bagaimana sesuatu perkataan itu disebut berdasarkan cara dan kaedah sebutan yang betul. Dalam memegang gelaran seorang bakal guru, banyak lagi perkara yang belum saya terokai sepenuhnya. Tugasan ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada saya untuk menerokai dan menjelajahi ilmu baru dalam mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu tambahan demi mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Hal ini kerana sejajar dengan PPPM 2013-2025 dan pendidikan abad ke-21, seorang guru itu perlulah mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang luas untuk dikongsi bersama anak murid kelak. Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini. Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang 27

demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat. Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Namun satu perkara yang menjadi kepentingan dalam tugasan ini adalah pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

28

RUJUKAN Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah. (2007). Linguistik fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. Abdullah Hassan. (1980). Linguistik am untuk guru bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Crystal, D. (1997). A dictionary of linguistics and phonetics. Oxford: Backwell Publishers. Faridah Nazir & Maridah Alias. (2013). Fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Harimurti Kridalaksana. (1983). Kamus linguistik. Jakarta: Penerbit P.T. Gramedia Jakarta. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Nor Hasimah Jalaluddin. (2007). Asas fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Parker, F. (1974). Linguistik untuk bukan ahli linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kajian bahasa untuk pelatih maktab perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Siri pendidikan guru bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

29

Related Documents


More Documents from "kate"