Refleksi 1k.docx

  • Uploaded by: Alvey
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Refleksi 1k.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,491
  • Pages: 8
Refleksi PBS Mengenai Pelaksanaan Pendidikan Muzik (KSSR) Di Sekolah Rendah

Sebelum Bermula pada 19 Mac 2018 saya telah menjalankan PBS di Sk Pekan Telipok. Sebelum melaksanakan aktiviti PBS bagi subjek pendidikan Muzik saya telah menetapkan beberapa objektif utama. Antara ialah melihat sejauhmana aktiviti muzikal yang dilaksanakan oleh guru Muzik di sekolah tersebut memberi kesan kepada diri saya dan murid-murid di sekolah itu. Selain itu, saya turut berfokus kepada kaedah dan pendekatan yang digunakan guru dalam menjadikan aktiviti muzik lebih menyeronokkan. Tujuan pelaksanaan aktiviti PBS pendidikan Muzik adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada diri saya mengenai proses pengajaran dan pembelajaran muzik yang sebenarnya berlaku di dalam bilik darjah selain daripada mempelajari teori-teori muzik. Diharapkan pengalaman yang diperoleh melalui aktiviti ini dapat membantu mempersiapkan diri saya sebelum menjalankan praktikum fasa satu semester depan. Pada 20 Mac 2018 saya telah mendapatkan kebenaran daripada seorang guru muzik tahun lima iaitu cikgu Izza untuk saya melihat bagaimanakah pelaksanaan pendidikan muzik dilaksanakannya di dalam bilik darjah. Sehubungan itu, soalan temubual bersama cikgu Izza mengenai kurikulum serta pencapaian muzik di sekolah tersebut turut saya sediakan (Lampiran 1) bagi melihat sejauhmanakah perkembangan pendidikan muzik di sekolah tersebut.

Semasa Selepas mendapatkan kebenaran daripada cikggu Izza untuk saya telah menjalankan pemerhatian mengenai melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) muzik murid tahun 5. Tajuk yang ingin diajarkan adalah mengenai meter lagu. Sebelum memulakan pengajaran Cikgu Izza membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk memainkan permainan ‘tepuk tangan’ sebagai set induksi pengajarannya. Beliau telah menggunakan kaedah berkumpulan bagi meransang minat murid untuk bekerjasama dan seterusnya melatih murid kemahiran mendengar murid. Sepanjang melaksanakan pengajaran beliau turut menggunakan strategi yang berpusatkan murid dengan berbantukan Bahan Bantu Mengajar (BBM) iaitu bahan maujud bagi membantu murid mengenal maksud meter lagu. BBM yang digunakan termasuklah kad gambar dan kotak irama yang mengandungi gambar corak irama di dalamnya. Sepanjang 30 minit pelaksanaan pendidikan muzik ini, saya mendapati murid 1 | MUZK3242

– murid merasa seronok dan terhibur. Semua murid dapat melibatkan diri secara aktif serta memperolehi pengalaman pembelajaran muzikal yang lebih bermakna. Sepanjang menjalankan pemerhatian terhadap cara pelaksanaan pendidikan muzik di Sk Pekan Telipok saya turut mengedarkan borang soal selidik kepada beberapa orang murid bagi menilai sejauhmanakah kurikulum pendidikan muzik memberi kesan kepada murid di sekolah tersebut. Hasil daripada soal selidik (lampiran 1) saya mendapati 60% daripada bilangan murid dalam kelas menyukai subjek pendidikan muzik. Namun terdapat juga segelintir murid yang mengatakan bahawa subjek muzik agak membosankan. Dalam pada itu, cikgu Izza turut menekankan mengenai aktiviti PdP pendidikan muzik. Semua murid dapat dilibatkan secara aktif sekiranya aktiviti yang dirancang berupaya menarik minat murid. Selain itu, menurut cikgu Izza ramai murid yang berbakat dalam nyayian dan bercadang untuk membentuk kumpulan koir yang baru bagi memperkembangkan potensi para pelajarnya.

Selepas Selepas menjalankan pemerhatian terhadap cara pelaksanaan pendidikan muzik di sekolah saya mendapati strategi berpusatkan bahan ataupun murid adalah sangat sesuai untuk pendidikan muzik sekolah rendah dibandingkan dengan strategi yang berpusatkan guru. Sekiranya guru menggunakan strategi berpusatkan guru dalam melaksanakan aktiviti muzik dalam bilik darjah pastinya objektif yang diinginkan guru sukar dicapai oleh murid. Hal ini kerana, murid memerlukan pengalaman muzikal yang pelbagai dalam membuat perkaitan mengenai konsep-konsep muzik. Seterusnya, saya mendapati hasil pembelajaran yang disenaraikan oleh cikgu Izza berjaya dicapai melalui aktiviti pengajaran yang dilakukan. Semasa pengajaran dilaksanakan, cikgu Izza turut menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan mudah difahami murid. Hasil daripada pemerhatian, cikgu Izza berjaya memilih strategi, kaedah dan teknik mengajar yang berkesan dibantu dengan penggunaan bahan sumber yang pelbagai. Melalui aktiviti PBS ini, saya dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan berkaitan dengan perkembangan pendidikan muzik dii sekolah ini. Dari aspek kekuatan sekolah, sekolah Sk Pekan Telipok memiliki kumpulan koir. Ahli koir terdiri daripada murid tahap 2 yang kebanyakkannya berbakat dalam nyayian. Selain itu, sekolah juga mempunyai bilik muzik dan beberapa jenis peralatan muzik seperti kibod, rekorder, gitar, kastanet kayu, kerincing, marakas, tamborin dan banyak lagi. Kemudahan

2 | MUZK3242

pembelajaran muzik yang dimliki sekolah adalah satu kekuatan yang boleh digunakan dalam memperkembangkan lagi pendidikan muzik di sekolah ini. Sehubungan itu, kekuatan lain turut dilihat dalam pelaksanaan pendidikan muzik di dalam bilik darjah. Cikgu Izza sering menggunakan teknik pembelajaran melalui pengalaman untuk mempelajari konsep-konsep muzik dibantu dengan penggunaan BBM seperti audio-visual, penggunaan bahan bercetak, penggunaan komputer dan banyak lagi. Dalam hal ini, sememangnya murid-murid dapat mempelajari muzik dengan lebih bermakna melalui pengalaman yang disediakan guru dan bukannya bergantung sepenuhnya dengan penggunaan buku teks. Sepanjang melaksanakan PBS ini, saya turut menemubual guru muzik yang lain sekiranya terdapat kekangan dalam pelaksanaan pendidikan muzikdi sekolah ini. Menurut cikgu Siti, sekolah menghadapi kekurangan guru yang mempunyai pengkhususan khas dalam subjek pendidikan muzik. Oleh itu, guru daripada bidang lain terpaksa mengambil ahli subjek pendidikan muzik bagi kelas-kelas tertentu. Selain itu, saya mendapati sekolah jarang menyertai apa-apa aktiviti luar yang berkaitan dengan pendidikan muzik seperti pertandingan Koir sekolah rendah, pertandingan nasyid, pertandingan paluan kompang dan sebagainya. Dalam pada itu, terdapat juga kelemahan dalam pelaksanaan pendidikan muzik di dalam bilik darjah. Sesetengah guru yang bukan dari pengkhususan muzik menghadapi kesukaran dalam memahami kurikulum pendidikan muzik dan menurut cikgu Izza guru tersebut sukar menyesuaikan aktiviti PdP dengan objektif pembelajaran yang diinginkan. Misalnya, dalam tajuk mencipta corak irama aktiviti yang dilaksanakan guru kurang memberi penekanan terhadap penciptaan corak irama.

Cadangan tindakan susulan/ Penambahbaikan Sebagai penambahbaikan, guru yang bukan daripada pengkhususan pendidikan muzik boleh memilih tajuk dan aktiviti muzik yang mudah dijalankan tanpa memerlukan kemahiran pedagogi muzik yang tinggi. Misalnya, dalam tajuk nyanyian aktiviti nyanyian boleh dilaksanakan dengan hanya memainkan audio dan murid akan mengajuknya kembali. Selain itu, guru boleh menggunakan kemudahan muzik yang ada disediakan di sekolah seperti kibod, gitar mahupun rekorder untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran nyanyian lebih menyeronokkan. Sehubungan itu, bagi topik pengajaran yang agak sukar guru yang tidak mempunyai pengkhususan muzik perlu mendalami Modul Pengajaran Muzik untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai aktiviti muzik yang sesuai mengikut tahap pengetahuan murid. Modul Pengajaran Muzik membantu guru melaksanakan proses PdP 3 | MUZK3242

muzik dengan lebih teratur dan sistematik dalam mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Seterusnya, Sk Pekan Telipok kurang menyertai aktiviti muzikal yang sering diadakan diperingkat sekolah. Oleh itu, guru muzik berperanan dalam memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti muzik seperti nyanyian solo, duet, koir dan aktiviti bermain alat perkusi berpic dan tidak berpic yang boleh dianjurkan melalui kelab Kebudayaan dan Kesenian. Aktiviti sebegini berupaya mencungkil bakal para pelajar serta mempertingkatkan pencapaian murid dalam bidang muzik di sekolah tersebut.

Penilaian kendiri terhadap keberkesanan aktiviti PBS Setelah melihat sendiri cara pelaksanaan pendidikan muzik, saya mendapati kurikulum pendidikan muzik sangat mengambilkira tiga domain utama iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Berdasarkan domain tersebut saya perlu memahami kandungan kurikulum dan memastikan tiada domain yang terabai dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di masa akan datang. Kurikulum Pendidikan Muzik juga bukan saja memberikan suatu mengalaman muzikal kepada saya tetapi juga membantu saya dalam penghasilan muzik, apresiasi muzik serta membaca dan menulis notasi muzik. Sehubungan itu, sebagai seorang bakal guru penting untuk saya menyedari bahawa proses pengajaran dan pembelajaran muzik perlu dilaksanakan secara integrasi. Misalnya, pengetahuan mengenai notasi muzik boleh diperkukuhkan semasa aktiviti bermain rekorder, memainkan perkusi dan penghasilan muzik manakala pengukuhan kepada elemen muzik seperti melodi, mud dan tempo diaplikasikan menerusi aktiviti muzik dan pergerakan. Melalui pelaksanaan aktiviti PBS ini saya dapati pendidikan muzik merupakan mata pelajaran yang berkaitan dengan bunyi serta memerlukan kemahiran mendengar yang baik. Dengan itu, saya menyedari adalah penting untuk memberikan peluang kepada murid untuk meluahkan idea muzik mereka menerusi aktiviti permainan alat muzik dan pergerakan bagi melatih kemahiran mendengar dan seterusnya mengambil kira pelbagai kaedah mengajar serta menerapan kemahiran abad ke 21 dan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) untuk memastikan pembelajaran murid pada tahap yang optimum.

4 | MUZK3242

Soalan Sesi Temu Bual

1. Adakah murid di sekolah ini berminat dengan mata pelajaran Muzik? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

2. Bagaimanakah pencapaian murid bagi mata pelajaran Muzik? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

3. Bagaimana dengan kemudahan bilik muzik dan peralatan muzik di sekolah ini? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

4. Apakah strategi/ pendekatan/ kaedah PdP yang sering digunakan guru dalam melaksanakan pengajaran muzik di dalam bilik darjah? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

5. Pernahkah sekolah terlibat dalam aktiviti muzik seperti nyanyian koir, persembahan muzikal, persembahan okestra ataupun apajua aktiviti yang berkait dengan Muzik? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

6. Pada pendapat cikgu, adakah kandungan kurikulum pendidikan Muzik yang dibina sesuai dengan tahap perkembangan murid? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

5 | MUZK3242

Borang Soal Selidik

Nama: Kelas:

BACA KENYATAAN DI BAWAH DAN TANDAKAN (/) PADA PILIHAN JAWAPAN ANDA. SILA TANDAKAN DENGAN JUJUR.

BIL

ITEM

1

Mata pelajaran muzik menyeronokkan bagi saya

2

Saya menyukai mata pelajaran pendidikan muzik

3

Aktiviti muzik di dalam kelas menarik minat saya untuk mempelajari muzik

4

Saya boleh bermain salah satu daripada alat muzik (kibod, Gitar, Rekorder)

5

Di sekolah, saya pernah menyertai salah satu daripada aktiviti di bawah;

YA

TIDAK

- Koir - Nyanyian solo - Persembahan paluan Kompang - Persembahan Muzikal

6 | MUZK3242

Gambar 1: Temubual bersama Cikgu Izza

Gambar 2: Murid menjawab borang soal selidik

7 | MUZK3242

Gambar 3: Guru mengajar tajuk meter lagu

Gambar 4: BBM yang digunakan guru

8 | MUZK3242

Related Documents

Refleksi
June 2020 35
Refleksi
June 2020 30
Refleksi Cetakan.docx
October 2019 44
Refleksi...sup
April 2020 47
Andalas Refleksi
August 2019 29

More Documents from ""