Rancangan Mengajar-kawad Kaki Lanjutan (kapa 5.2/10)

  • Uploaded by: abadie
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rancangan Mengajar-kawad Kaki Lanjutan (kapa 5.2/10) as PDF for free.

More details

  • Words: 949
  • Pages: 7
RANCANGAN MENGAJAR Tajuk Pelajaran : Jumlah Ahli Dalam Kelas : Bahan-bahan rujukan : Alat-alat Bantuan Mengajar: Tempat Latihan : Masa Latihan :

Kawad Persendirian Dan Mengawadkan Skuad 31 Orang Termasuk 1 Ketua Platun Buku Panduan Kawad Kaki Tongkat Penyukat (Pegawai Waran sahaja) Padang Perhimpunan Sekolah 2 Jam 30 Minit PERMULAAN

Masa

Isi Pengenalan 1. Pendahuluan

15 minit

 Memberi tahu bahawa platun kadet telah melepasi asas kawad tahap 1 hingga 3.  Menilai prestasi anggota kadet dalam pengetahuan asas dan kemahiran Pertahanan Awam.  Latihan seterusnya adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam kawad kaki secara individu.  Kawad kaki peringkat lanjutan terbahagi kepada tahap 1 dan 2.  Latihan tahap 1 adalah kawad persendirian dan tahap 2 mengawadkan skuad.  Kelayakan seseorang kadet untuk menjadi ketua platun atau untuk dinaikkan tahap dan pangkat yang lebih tinggi. 2. Ulangkaji  Mengulangkaji pelajaran asas tahap 1 hingga 3.  Memperbetul kembali kesalahankesalahan yang dilakukan semasa mengulangkaji asas yang telah dipelajari.  Tumpukan pada bahasa hukuman kawad.

Catatan

3. Tujuan  Melatih anggota kadet kawad kaki peringkat lanjutan.  Meningkatkan kemahiran berkawad seseorang anggota kadet ke tahap yang lebih tinggi.  Meningkatkan lagi disiplin seseorang anggota kadet untuk menjadi seorang anggota yang cekap, menepati masa dan patuh arahan dan dijadikan satu teladan kepada anggota-anggota di bawahnya. Latihan Kawad Kaki Peringkat Lanjutan Tahap 1: (Kawad Persendirian)  Jurulatih mestilah melatih seseorang anggota kadet caracara memberi bahasa hukuman yang betul dari segi suara dan hukuman yang betul.  Seseorang anggota kadet hendaklah menunjukkan semua bahasa hukuman kawad beserta pergerakan yang betul.  Bahasa hukuman mestilah beserta perbuatan oleh anggota kadet tersebut.  Keluarkan seorang demi seorang anggota kadet untuk mendapat tunjuk ajar dari jurulatih Peringatan  Sebagai seorang jurulatih yang baik hendaklah sentiasa memberi tunjuk ajar dan teguran-teguran yang membina serta memperbaiki kesalahan serta merta.

 Sabar dan sentiasa menaikkan semangat anggota platun.  Tegur kesalahan untuk keseluruhan dan kemudian tegur kesalahan individu di dalam skuad jika perlu. 1 jam

 Ujian Penilaian Kawad Kaki Lanjutan Tahap 1 Latihan Kawad Kaki Peringkat Lanjutan Tahap 2: (Mengawadkan skuad)  Hukuman panggilan skuad  Bariskan platun kadet dalam 3 barisan.  Seseorang anggota kadet perlu menerangkan kepada skuad,penanda kanan, penanda kiri, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang.  Termasuk peraturan semasa berkawad.  Seseorang anggota kadet mestilah menghafal hukuman  Tunjukkan semua bahasa hukuman dimana perbuatan adalah dari anggota platun termasuk keluar baris.  Keluarkan seorang dari seorang untuk mengawadkan skuad. Peringatan

1 Jam

 Sebagai seorang jurulatih yang baik hendaklah sentiasa memberi tunjuk ajar dan teguran-teguran yang membina serta memperbaiki kesalahan serta merta.  Ujian Penilaian Kawad Kaki Lanjutan Tahap 2

AKHIR Soalan

Masa

1. Berikan bahasa hukuman masuk baris dengan terang dan jelas ? Jawapan Bahasa Hukuman Masuk baris :

15 Minit

Skuad!..... Skuad!..... Skuad!..... Dengar sini semua sekali…. Apabila dapat hukuman, 3 barisan dihadapan saya gerak. Skuad hendaklah bersedia, belari, berbaris di hadapan, di tengah-tengah, dimana saya mengadap.. Faham itu Skuad.. 3 barisan dihadapan saya gerak….!!! 2. Berikan bahasa Doa Kawad dengan terang dan jelas ? Jawapan Doa kawad: Assalammualaikum Skuad, Pada pagi/petang ini saya akan mengawadkan skuad, Penanda disebelah kanan (nama ahli skuad di sebelah kanan), Penanda disebelah kiri (nama ahli skaud disebelah kiri). Itu adalah barisan hadapan, Barisan tengah, tengah juga. Barisan belakang, belakang juga. Hukuman salah jangan dibuat, Hukuman saya yang betul , skuad hendaklah buat dengan betul dan cergas, Faham itu skuad!..... Faham itu skuad!...... 3. Nyatakan perbezaan kawad persendirian dan mengawadkan skuad ? Jawapan Mengawadkan skuad di istilahkan sebagai individu yang memberi hukuman manakala perbuatan dilakukan oleh skuad. Berbeza dengan Kawad Persendirian iaitu yang diistilahkan sebagai

Hukuman dan perbuatan dilakukan oleh seorang individu sahaja. 4. Apakah tujuan mengawadkan skuad terhadap anggota kadet ? Jawapan  Membentuk anggota kadet supaya bermegah dengan tatatertib dan taat setia.  Mengulangkaji anggota kadet kawad kaki di peringkat asas.  Meningkatkan kemahiran berkawad seseorang anggota kadet ke tahap yang lebih tinggi.  Tumpukan adalah pada bahasa Bagi Ketua ketua skuad dan hendaklah dilatih untuk membina suara dan mengawalkan skuad. 5. Berapakah jarak maksima skuad semasa bergerak ? Jawapan Jarak pergerakan Skuad tidak boleh melebihi 28 langkah ke kanan dan 28 langkah ke kiri. 6. Nyatakan Pelajaran 1 hingga Pelajaran 11 dalam pelajaran kawad kaki secara ringkas? Jawapan           

Pelajaran 1 : Sedia Pelajaran 2 : Senang Diri Pelajaran 3 : Rehatkan Diri Pelajaran 4 : Berbaris dalam 3 Barisan Pelajaran 5 : Meluruskan Barisan Pelajaran 6 : Nombor dan Nyatakan Pelajaran 7 : Buka dan Tutup Barisan Pelajaran 8 : Masuk Baris Pelajaran 9 : Berpusing dan Berpusing Separuh Pelajaran 10 : Bersurai dan Keluar Baris Pelajaran 11: Paras

7. Nyatakan Pelajaran 12 hingga Pelajaran 23 dalam pelajaran kawad kaki secara ringkas? Jawapan            

Pelajaran 12 : Berjalan dan Berhenti Dalam Masa Cepat Pelajaran 13 : Berjalan dan Berhenti Dalam Masa Perlahan Pelajaran 14 : Langkah Pendek dan Langkah Panjang Pelajaran 15 : Langkah Ke Hadapan dan Ke Belakang Pelajaran 16 : Langkah Ke Sebelah Pelajaran 17 : Membelok Pelajaran 18 : Berpusing dan Berjalan menyerong Dalam Masa Pelahan Pelajaran 19 : Berpusing dan Berjalan menyerong Dalam Masa Cepat Pelajaran 20 : Hentak Kaki Berhenti Maju Dalam Masa Perlahan dan Cepat Pelajaran 21 : Tukar Langkah Masa Pelahan dan Cepat Pelajaran 22 : Berlari, Hentak Kaki dan Berhenti Pelajaran 23 : Tukar Langkah Perlahan Cepat dan Berlari

8. Berapakah jumlah anggota dalam setiap Platun ? Jawapan 31 orang termasuk ketua platun 9. Berapakah jumlah langkah per minit di dalam kawad masa cepat jalan ? Jawapan 116-120 langkah seminit 10. Berapakah jarak selangkah di dalam kawad masa Senang Diri ? Jawapan 12 inci

Related Documents


More Documents from "abadie"