KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
PENDAWAIAN DOMESTIK
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2003.
1
Sukatan Pelajaran Pendawaian Domestik KBSM
PENDAHULUAN Pendawaian Domestik ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Murid yang mengikuti mata pelajaran ini menguasai kemahiran asas memasang pendawaian rumah dengan aplikasi teori asas yang berkaitan. Pendawaian Domestik adalah lanjutan dan peluasan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah persediaan murid sebagai tenaga kerja yang berketrampilan dalam menempuh alam pekerjaan di industri pembinaan. Dalam mata pelajaran ini, murid menguasai kemahiran menggunakan alat tangan dan peralatan ujian serta cara melakukan pemeriksaan dan pengujian pendawaian domestik. Penekanan diberi kepada amali murid dalam pendawaian permukaan, pembuluh dan selongsong. Murid dilatih kemahiran membaca dan mentafsir cetakan biru serta membuat lukisan skematik pelan rumah. Dengan mengaplikasikan prinsip asas pemasangan litar elektrik, mereka melakukan kerja amali menyambung, memasang dan menyenggara pendawaian serta membaik pulih pelbagai kerosakan litar. Amalan keselamatan diutamakan dalam segala kerja pendawaian dengan mengikut peraturan antarabangsa Institute of Electrical Engineers (IEE) dan peraturan Akta Bekalan Elektrik 1990 (ABE). Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai kecenderungan dan minat menceburkan diri dalam bidang pendawaian elektrik. Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperoleh, murid boleh bekerja dalam industri pembinaan sebagai juruelektrik atau memajukan diri di peringkat kemahiran yang lebih tinggi sebagai pendawai fasa tunggal PW1 (qualified single phase wireman) dan pendawai fasa tiga PW3 (qualified 3 phase wireman). MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Pendawaian Domestik adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran memasang, menyenggara dan membaik pulih pendawaian elektrik rumah dengan mengamalkan langkah keselamatan dan budaya kerja yang baik serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja dalam bidang pendawaian elektrik. OBJEKTIF Kurikulum Pendawaian Domestik adalah untuk membolehkan murid : 1.
Mengenal pasti sistem pendawaian di Malaysia
2.
Mendawai pendawaian domestik fasa tunggal
3.
Memasang alat perlindungan pendawaian
4.
Memasang alat lengkap pendawaian
5.
Melakukan kerja pemeriksaan dan pengujian pemasangan
6.
Memeriksa, mengesan dan membaiki kerosakan pendawaian
7.
Mentafsir dan melukis lukisan elektrik
8.
Membezakan jenis dan saiz kabel pendawaian
9.
Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas serta budaya kerja yang baik
10.
Menyediakan rancangan perniagaan mudah dan berkomunikasi dengan berkesan.
1
Sukatan Pelajaran Pendawaian Domestik KBSM
ORGANISASI KANDUNGAN Mata pelajaran Pendawaian Domestik diolah dalam empat bidang pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dibahagikan kepada unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan senarai unit pembelajaran dalam empat bidang pembelajaran ini adalah seperti berikut : 1.
Asas Pendawaian Domestik Dalam bidang pembelajaran ini murid mempelajari sistem pendawaian domestik dan pendawaian industri yang terdapat di Malaysia, jenis kabel dan alat lengkap serta peranti perlindungan pendawaian. Seterusnya mereka mempraktikkan pelbagai kerja pendawaian. Penjagaan keselamatan sentiasa diamalkan dengan rujukan peraturan IEE dan STM. 1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
Pengenalan a.
Perkembangan pendawaian domestik
b.
Prospek kerjaya
c.
Peranan Institute of Electrical Engineers (IEE) dan Akta Bekalan Elektrik 1990 (ABE)
Amalan keselamatan a.
Kepentingan amalan keselamatan
b.
Punca dan kesan kemalangan
c.
Peraturan keselamatan bengkel
d.
Kod keselamatan
e.
Pertolongan cemas
f.
Alat pemadam api
Amalan budaya kerja a.
Pengurusan yang baik
b.
Etika dan budaya kerja
c.
Peraturan dan undang-undang kerja
d.
Pemeliharaan alam sekitar dalam bidang elektrik di industri pembinaan
Sistem pendawaian di Malaysia a.
Pendawaian domestik
b.
Pendawaian industri
c.
Peraturan IEE dan ABE
Jenis dan saiz kabel pendawaian domestik a.
Pengalir
b.
Penebat
c.
Saiz dan kadaran kabel
d.
Peraturan IEE dan ABE
2
Sukatan Pelajaran Pendawaian Domestik KBSM
1.6
1.7
2.
Alat lengkap pendawaian domestik a.
Papan agihan utama (main distribution board)
b.
Litar akhir (final circuit)
c.
Peraturan IEE dan ABE
Alat perlindungan pendawaian a.
Perlindung arus lebih (over current protector)
b.
Perlindung arus bocor ke bumi
c.
Peraturan IEE dan ABE
Kemahiran Pendawaian Domestik Kemahiran pendawaian domestik ditumpukan dalam bidang ini. Murid mempelajari tentang pendawaian permukaan, pembuluh PVC dan selongsong PVC. Mereka menguasai kemahiran kerja pendawaian litar elektrik untuk fasa tunggal. 2.1
2.2
2.3
3.
Pendawaian permukaan (surface wiring) a.
Litar lampu dan kipas
b.
Litar lampu dan kuasa
c.
Papan agihan utama
d.
Peraturan IEE dan ABE
Pendawaian pembuluh PVC (PVC conduit) a.
Litar lampu dan kipas
b.
Litar lampu dan kuasa
c.
Papan agihan utama
d.
Peraturan IEE dan ABE
Pendawaian selongsong PVC (PVC casing) a.
Litar lampu dan kuasa
b.
Papan agihan utama
c.
Peraturan IEE dan ABE
Kemahiran Lanjutan Pendawaian Domestik Kemahiran pendawaian domestik dilanjutkan dalam bidang ini. Murid melakukan kerja pemeriksaan dan pengujian pemasangan, mengesan kerosakan dan seterusnya membaik pulih serta menyenggara pendawaian domestik. Mereka juga menguasai kemahiran mentafsir cetak biru dan menyediakan lukisan pelan rumah secara susun atur dan skematik. 3.1
Pemeriksaan dan pengujian a.
Pemeriksaan penglihatan (visual)
b.
Turutan pengujian
3
Sukatan Pelajaran Pendawaian Domestik KBSM c. 3.2
3.3
4.
Peraturan IEE dan ABE
Mengesan kerosakan dan baik pulih a.
Kerosakan litar pintas
b.
Kerosakan litar bocor ke bumi
c.
Kerosakan litar buka
Cetak biru (blue print) a.
Lukisan elektrik
b.
Simbol
c.
Menyurih
d.
Lukisan susun atur dan skematik
Keusahawanan Dalam bidang pembelajaran ini, murid didedahkan dengan cara berkomunikasi yang berkesan dan membuat keputusan. Mereka mempelajari cara menyediakan rancangan perniagaan, membuat anggaran kos, bantuan perniagaan, pemasaran serta cara mendapat pensijilan dan pendaftaran sebagai pendawai elektrik berkompeten. 4.1
Kemahiran berkomunikasi
4.2
Kemahiran membuat keputusan
4.3
Membuat anggaran kos projek pendawaian
4.4
Rancangan perniagaan
4.5
Agensi yang membantu usahawan
4.6
Pemasaran
4.7
Pensijilan dan pendaftaran pendawai elektrik berkompeten
4