TAJUK KARANGAN: KEPENTINGAN PELANCONGAN DOMESTIK CONTOH PENDAHULUAN JENIS GABUNGAN Ayat Rangsangan
Ayat Huraian
Ayat Arahan
Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia, menekankan bahawa kerajaan Malaysia berprakarsa untuk mengembangkan dan memajukan sektor pelancongan domestik. Menurut beliau, ‘tak kenal maka tak cinta’ kerana negara kita memang kaya dengan flora dan fauna, warisan sejarah, pantai dan pulau yang indah, taman negara yang mempesonakan, pusat belibelah yang moden, dan sebagainya. Ironinya, warga Malaysia begitu ghairah untuk melancong ke Negara China, Thailand, Eropah, India, Australia, dan lain-lain. Pada pandangan saya, fenomena ini berpunca daripada terhakisnya semangat patriotik daripada lubuk sanubari Persoalan yang tidak lekang daripada bibir kita ialah apakah kepentingan sektor pelancongan domestik ini kepada negara, dan bagaimanakah sektor ini dapat dimajukan agar menjadi pilihan utama masyarakat tempatan?
CONTOH PERENGGAN ISI DEDUKTIF Ayat Topik
Ayat Huraian
Ayat Contoh/Bukt i: Ayat Penyimpul
Industri pelancongan Malaysia kini menjadi penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negara sekali gus menjadikan Malaysia destinasi pelanongan yang terunggul. Hal ini demikian kerana banyak pelancong, baik pelancong asing mahupun pelancong domestic, yang memilih destinasi-destinasi tempatan untuk bercuti. Secara tidak langsung, mereka menyumbangkan pendapatan kepada ekonomi negara, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, dan meningkatkan sosioekonomi rakyat. Hal ini ditegaskan oleh mantan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada sidang Dewan Rakyat. Menurut beliau, industri pelancongan mencatat pulangan kedua terbesar selepas sektor pembuatan pada tahun 2007 dengan Tegasnya, industri pelancongan domestik merupakan pemangkin kepada kemajuan ekonomi negara.
CONTOH PERENGGAN PENUTUP YANG MANTAP Ayat Kesimpulan Ayat Cadangan
Ayat Harapan Ayat Pendirian
Secara tuntas, sektor pelancongan domestik berpotensi untuk dimajukan jika langkah-langkah proaktif dan pragmatik diambil dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan bersungguh-sungguh, dan bukannya melepaskan batuk di tangga. Namun demikian, usaha kerajaan sahaja tidak akan membuahkan hasil, bak kata pepatah Malayu “tepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi”. Maka, rakyat Malaysia hendaklah membudayakan aktiviti pelancongan domestik secara terancang melalui pakej percutian yang Dengan adanya kerjasama semua pihak, saya berharap bahawa ekonomi negara kita bertambah maju dan setiap rakyat Malaysia mendapat manfaat dalam jangka masa panjang. Tegasnya, sektor pelancongan domestik mempunyai masa depan yang cerah. Di mana kemahuan, di situ ada jalan!