Punca Konflik Agama

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Punca Konflik Agama as PDF for free.

More details

  • Words: 2,596
  • Pages: 14
PUNCA-PUNCA

Dalam konteks sekarang, sebagaimana kata mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjadi Perdana Menteri dalam ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Ketiga Dunia Islam dan Barat, bahawa konflik yang timbul antara dunia Islam dengan negara barat ( kristian ) bukan berpunca daripada kepercayaan agama yang berbeza tetapi kerana manipulasi terhadap agama oleh pihak yang berfikiran sempit atau secular. Mereka menganjurkan ‘kekerasan’ atas nama agama. Kekerasan yang dianjurkan ini pada umumnya didorong oleh keyakinan keagamaan yang mana mereka merasakan tindakan mereka adalah sejajar dengan perintah Tuhan yang telah terdapat dalam teks-teks kitab suci mereka.

Tambahan lagi, timbulnya konflik peradaban pada abad ini disebabkan oleh kejahilan yang disertai dengan rasa kesangsian dan permusuhan terhadap satu sama lain yang telah menghalang mereka daripada menjalinkan hubungan yang berkekalan dan berkembang maju. Contohnya, ketegangan antara Islam-Kristian berakar umbi daripada interaksi yang berasaskan sikap bahawa pihak masing-masinglah yang benar. Masingmasing menganggap merekalah pengikut agama yang unggul. Mereka bersaing untuk menyebarkan dakwah. Saingan ini kadang-kadang membawa ketegangan dan menyukarkan kewujudan situasi yang saling memahami dan menghormati sesama Islam dan Kristian.

Punca-punca lain yang menyebabkan berlakunya konflik agama ialah kerana didorong oleh kepentingan politik mahupun teologi dalam menentukan keputusan politik. Faktor keputusan politik ini dapat menimbulkan konflik agama kerana terdapat satu kumpulan politik yang bertindak hanya menyebelahi satu pihak sahaja. Tindakan ini menyebabkan rasa ketidakpuashatian kepada pihak yang lain dan seterusnya menyebabkan berlakunya konflik sesama mereka. Bahkan tindakan ini amat tidak adil kepada semua masyarakat. Keputusan politik sering menjadi penentu dalam mewujudkan

kehidupan yang lebih kompleks. Pemimpin-pemimpin politik seolah-olah mempunyai kuasa besar dalam menentukan cara hidup masyarakat dengan menentukan aliran agama yang sepatutnya mereka anuti.

Percanggahan pendapat antara pemimpin juga menyebabkan konflik agama terjadi kerana masing-masing akan mempertahankan nilai yang dipegang. Kewujudan golongan yang berkedudukan tinggi dalam sosio-masyarakat hanya menambahkan juarang perbezaan antara masyarakat. Kadang kala ada di antara golongan politik ini memainkan peranan sebagai orang perantaraan dalam masalah konflik agama yang timbul. Bagi golongan yang mempunyai motif atau agenda yang tersendiri, mereka akan berusaha mencari jalan demi mencapai matlamat yang diingini. Keadaan ini menyebabkan mereka sanggup mempergunakan pengikut mereka sendiri. Bagi mereka yang fanatik terhadap sesuatu kumpulan, mereka sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh ketua mereka. Malah, ada antaranya sanggup menjalankan rusuhan, membuat demostrasi, dan menimbulkan kekecohan tanpa menghiraukan keselamatan orang awam.

Selain itu, faktor kemiskinan juga menyebabkan konflik agama berlaku. Hal ini kerana, faktor kemiskinan merupakan salah satu medium yang sangat mudah untuk mempengaruhi pemikiran dan pandangan masyarakat. Dalam keadaan kemiskinan, amat susah dan sukar untuk dibicara mengenai agama kerana semua orang akan berfikiran kritis terhadap apa jua yang diperkatakan. Faktor kemiskinan ini juga menjadikan jurang perbezaan taraf antara masyarakat semakin meningkat. Keadaan ini juga menyebabkan ada negara yang berkuasa besar cubamenindas negara yang lemah. Malah di Amerika, pemerintahnya mula meletakkan tekanan dalam beragama. Golongan ini mula menerapkan aturan-aturan dalam menindas dan mengeksplotasi golongan agama minoriti.

CARA MENGATASI

Adalah menjadi perkara biasa terdapatnya perbezaan pendapat di antara anggota organisasi, malah ia dianggap sebagai satu ‘rahmat’ dari Allah SWT yang bertujuan untuk membuka pintu-pintu kemudahan dan juga penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi demi kepentingan manusia sejagat. Tetapi yang membimbangkan ialah perbezaan pendapat ini akan bertukar menjadi satu konflik yang tegar yang seterusnya membawa implikasi yang negatif. Umat Islam perlu sentiasa di ingatkan bahawa perbezaan yang wujud dari segi kelainan warna kulit, bahasa, bangsa dan sebagainya adalah bertujuan untuk memperkayakan umat manusia dari segi pengetahuan mereka jua.Ia juga adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada manusia untuk mengamalkan konsep saling hormat menghormati dan bekerjasama walaupun berbeza dari segi bangsa dan sebagainya. Antara langkah yang boleh diambil bagi mengawal konflik agama ialah melalui mesyawarah atau syura antara kedua-dua belah pihak. Apa yang dimaksudkan dengan konsep ini ialah ia meliputi proses perbincangan dan perundingan dan melalui kaedah ini ia adalah merupakan satu institusi dan budaya pengurusan cara Islam yang berhemah lagi bijaksana. Syura adalah satu proses perbincangan bertujuan mencari kebenaran dan pembentukan consensus dalam perkara yang tertentu yang menyentuh kepentingan seseorang individu dan juga masyarakat di mana syariah tidak juga memberikan peruntukan yang jelas berkaitan dengannya. Dalam menyelesaikan konflik agama ini, agama Islam juga turut menjalankan penyelesaian konflik dengan mengenakan tindakan yang tegas yang sebenarnya masih lagi berlandaskan kepada kebenaran hakiki kepada pihak yang dianggap bersalah tersebut. Sebagai contohnya ialah peperangan sama ada dalam jalan Allah atau bagi membela pihak yang ditindas atau dizalimi. Selain itu, Kepimpinan yang adil juga penting dalam penyelesaian konflik dalam Islam. Jikalau seseorang pemimpin itu tidak mempunyai kewibawaan, adalah amat sukar untuk menangani masalah percanggahan pendapat yang timbul dalam sesebuah organisasi bahkan ia akan mengeruhkan lagi konflik yang sedia ada. Prinsip ini adalah penting dan memerlukan juga tindakbalas dalam kalangan orang Mukmin yang menyarankan mereka agar mentaati ketua mereka yang telah dipilih dengan sebulat suara dalam kalangan

mereka juga. Segala perintah yang disuruh oleh ketua hendaklah diikuti selagi ia tidak melanggar perintah dan nilai Islam. Disamping itu, bagi mengelak berlaku konflik ini, umat Islam dilarang keras mengamalkan amalan fitnah kerana berita berunsurkan fitnah yang disampaikan boleh memporak-perandakan umat Islam. Disebabkan itu adalah amat penting penentuan kebenaran setiap berita yang disampaikan juga penapisan maklumat atau berita yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti orang munafik yang sentiasa ingin memecahbelahkan umat Islam. Konflik dalam Islam juga boleh diatasi melalui peranan orang tengah yang adil dan berwibawa dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan konflik agama ini. Seterusnya, penyelesaian konflik agama juga boleh dibuat dalam bentuk ‘nasihat’ ‘irsyad’ dan ‘tawsiyah’. Nasihat ini adalah membawa erti melaluinya seseorang individu akan lebih berasa tenang dalam melalui krisis tersebut juga dapat mengelak berlaku perkara yang tidak sepatutnya. Irsyad pula bermaksud mendapat tunjuk ajar dari individu atau dari negara yang berpengalaman luas dalam aspek kenegaraan dan juga bagi menyelesaikan konflik antara agama ini.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya kita sebagai masyarakat yang hidup dalam dunia globalisasi ini perlu bijak dalam menilai sesuatu keadaan supaya kita tidak mudah membuat keputusan secara membabi-buta tanpa menerokai perkara sebenarnya yang terjadi. Hal ini dapat ditunjukkan dengan masalah konflik Islam dengan barat. Kita tidak boleh sesuka hati menuding jari kepada sesiapa tanpa mengkaji dahulu siapa sebenarnya yang melakukan kesalahan tersebut. Apabila hal ini terjadi maka satu perbalahan akan terjadi antara dua pihak. Kesannya masyarakat akan hidup menderita.

Maka sebagai umat Islam mahupun pengganut agama Kristian kita haruslah saling menjaga hubungan sesama kita agar semua orang dapat hidup dengan aman. Konflik antara dua agama ini terlalu serius sehingga menyebabkan peperangan berlaku. Hal ini

memberi kesan negatif kepada masyarakat dunia. Masa depan hubungan Islam-Barat (kristian) adalah bergantung kepada pengganut agama itu masing-masing. Semuanya bergantung kepada mereka samada untuk memperbaiki kecacatan tersebut pada masa lalu dan memandang ke hadapan untuk kebaikan masyarakat juga.

Oleh itu, kedua-dua komuniti ini hendaklah mempunyai kesungguhan untuk membangunkan sebuah komuniti yang memiliki kesedaran untuk menjaga keamanan sejagat. Malah bukan sahaja kedua-dua komuniti tersebut tetapi agama-agama yang lain juga perlu memainkan peranan dalam menjaga keharmonian dan keamanan dunia tanpa ada lagi perbalahan antara agama yang boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat. Satu kesefahaman perlu dicapai antara semua agama agar dunia ini menjadi aman. Tiada lagi perbalahan, permusuhan mahupun peperangan yang ada hanya keamanan.

Kesimpulannya, semua pengganut agama di dunia ini perlu memainkan peranan dalam menjaga hubungan antara agama. Saling menghormati dan bertolak ansur antara agama itu penting untuk menjaga hubungan sesama pengganut agama. Sebagai masyarakat yang hidup dalam dunia yang mempunyai pelbagai agama perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi mengenai agama sendiri dan juga agama yang lain. Hal ini adalah kerana demi menjaga keharmonian sesama masyarakat yang mempunyai pelbagai pengganut agama.

CONTOH – CONTOH KONFLIK AGAMA BERBEZA AGAMA Sebagai contoh, terdapat sebuah sekolah di Texas, Amerika Syarikat, yang menerapkan aturan yang mendiskriminasikan murid beragama Islam. Pada waktu istirahat murid yang beragama lain dibenarkan membaca novel atau membuat aktiviti lain, akan tetapi, murid beragama Islam dilarang menunaikan ibadah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa aturan yang digunakan itu tidak memberikan hak, tetapi hanya menjejaskan hak yang sepatutnya diberikan kepada semua masyarakat. Sedangkan semua orang bebas melakukan ibadah anutan mereka. Namun, faktor kemiskinan dan perbezaan taraf menjadi punca berlakunya konflik agama.

Contoh-contoh konflik agama yang berlaku ialah seperti konflik agama antara Katolik dan protestan di Ireland Utara yang berlaku lebih kurang 70 tahun. Konflik ini bermula apabila

berlakunya penaklukan dan penguasaan tanah oleh british yang

merampas tanah daripada penduduk Irish ataupun Katolik dan kemudiannya diserahkan kepada Protestan. Irish bangkit menentang penaklukan tersebut dan berlakunya pembunuhan beramai-ramai. Askar-askar British merampas tanah dan membunuh pengamal agama Katolik dan mengagihkannya kepada bangsa lain. Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati bagi pengamal Katolik. Penekanan berterusan sehingga ke generasi seterusnya menyebabkan pengamal Katolik tidak dibenarkan menjadi tentera atau perkhidmatan awam atau profesion perundangan ataupun parlimen serta dinafikan hak untuk mengundi.

Pengamal Katolik tidak dibenarkan memiliki tanah, namun hanya diberi pajakan selama tidak melibihi 31 tahun. Selain itu, perkahwinan antara Katolik dan protestan adalah dilarang sama sekali. Kesemua kekangan ini, berlangsung selama seratus tahun.

Negara Southern Ireland ataupun dikenali sebagai The Republic of Ireland, yang mejoritinya mempunyai pengamal Katolik mencapai kemerdekaan pada tahun1921. Northen Ireland pula kekal dikuasai oleh pihak British yag mejoritinya merupakan penganut Protestan. Protestan berkuasa dalam menguasai tanah, kilang dan politik di Northen Ireland, manakala pengamal Katolik hanya berpeluang untuk terlibat dalam pendidikan dan jawatan yang bergaji tinggi. Pada tahun1960, Civil Rights movement yang dibawa oleh Katolik mewujudkan peluang pendidikan dan penghapusan diskriminasi. Walaubagaimanapun, tindakan ini disalahertikan oleh Protestan sebagai gerakan menyatukan Northern Ireland dengan Ireland. Berlaku peperangan antara Protestan dan Katolik pada tahun1970 di mana tentera British telah kembali ke Northern Ireland. SESAMA AGAMA Contoh kedua yang dapat dilihat ialah konflik antara Ahlussunnah Waljamaah dengan Syiah. Banyak orang yang menyangka bahawa perbezaan antara Ahlussunnah Waljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) dianggap sekadar dalam masalah khilafiyah Furu’iyah, seperti perbezaan antara NU dengan Muhammadiyah, antara Madzhab Safi’i dengan Madzhab Maliki. Hal ini kerana dengan adanya masalah Sunni dengan Syiah, mereka berpendapat agar perbezaan pendapat tersebut tidak perlu dibesar-besarkan. Selebihnya mereka berharap supaya antara NU dengan Muhammadiyah sekarang boleh diadakan pendekatan-pendekatan demi Ukhuwah Islamiyah, lalu mengapa antara Syiah dan Sunni tidak dilakukan ?. Hal ini kerana, ketika Muslimin bangun melawan serangan Syiah, mereka menjadi penonton dan tidak ikut berjuang.

Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kurangnya pengetahuan mengenai akidah Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah). Sehingga apa yang mereka sampaikan hanya terbatas pada apa yang mereka ketahui. Semua itu adalah kerana kurangnya maklumat kepada mereka, akan hakikat sebenar ajaran Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah). Sedangkan apa yang mereka tahu, hanyalah bersumberkan dari

tokoh-tokoh Syiah yang sering berkata bahawa perbezaan Sunni dengan Syiah seperti perbezaan antara Mazhab Maliki dengan Mazhab Syafi’i. Padahal perbezaan antara Mazhab Maliki dengan Mazhab Syafi’i, hanya dalam masalah Furu’iyah saja. Sedangkan perbezaan antara Ahlussunnah Waljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah), adalah berbeza di dalam Furuu’ dan juga dalam Ushuul.

Rukun Iman mereka berbeza dengan rukun Iman kita,begitu juga dengan rukun Islamnya juga berbeza. Selain itu, kitab-kitab serta hadisnya juga berbeza, bahkan terdapat juga sumber mengatakan sebahagian besar ulama-ulama Syiah menyatakan, bahawa Al-Qur'an mereka juga berbeza dengan Al-Qur'an kita (Ahlussunnah). Terdapat juga dari ulama mereka yang pura-pura (taqiyah) mengatakan bahawa Al-Qur'annya sama, maka dalam menafsirkan ayat-ayat tersebut sangat berbeza dan berlainan. Amat tepatlah apabila ulama-ulama Ahlussunnah Waljamaah mengatakan bahawa Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) adalah satu agama tersendiri ’’. Melihat betapa pentingnya persoalan tersebut, maka di bawah ini kami jelaskan sebahagian daripada perbezaan antara akidah Ahlussunnah Waljamaah dengan aqidah Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah).

PERBEZAAN DARI SEGI RUKUN ISLAM 1.

Ahlussunnah

a)

Syahadah

: Rukun Islam kita ada 5 (lima)

b)

Solat 5 waktu

c)

Puasa

d)

Zakat

e)

Menunaikan Haji Syiah

a)

Solat

b)

Puasa

c)

Zakat

d)

Menunaikan Haji

e)

Al wilayah

: Rukun Islam Syiah juga ada 5 (lima) tapi berbeza:

PERBEZAAN DARI SEGI RUKUN IMAN 2.

Ahlussunnah

a)

Iman kepada Allah

b)

Iman kepada Malaikat-malaikat Nya

c)

Iman kepada Kitab-kitab Nya

d)

Iman kepada Rasul Nya

e)

Iman kepada Yaumil Akhir / hari kiamat

f)

Iman kepada Qadar, baik-buruknya dari Allah. Syiah

a)

At-Tauhid

b)

An Nubuwwah

c)

Al Imamah

d)

Al Adlu

e)

Al Ma’ad

: Rukun Iman ada 6 (enam) :

: Rukun Iman Syiah ada 5 (lima)*

PERBEZAAN SYAHADAH 3.

Ahlussunnah

: Dua kalimat syahadat

Syiah

: Tiga kalimat syahadat, disamping Asyhadu an Laailaha

illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah, masih ditambah dengan menyebut dua belas imam-imam mereka. PERBEZAAN TERHADAP KEPERCAYAAN KEPADA IMAM 4.

Ahlussunnah

: Percaya kepada imam-imam tidak termasuk rukun iman.

Walaupun jumlah imam-imam Ahlussunnah tidak terbatas dan akan muncul juga imam-imam, sampai hari kiamat. Dengan membatasi imam-imam hanya kepada dua belas (12) atau jumlah tertentu, tidak dibenarkan. Syiah

: Percaya kepada dua belas imam-imam mereka adalah

termasukdalam rukun iman. Bagi orang-orang yang tidak beriman kepada dua belas imam-imam mereka (seperti orang-orang Sunni), maka menurut ajaran Syiah dianggap kafir dan akan masuk neraka. PANDANGAN TERHADAP KHULAFA AR-RASYIDDIN 5.

Ahlussunnah

Syiah

: Khulafa Ar-Rasyidin yang diakui (sah) adalah :

a)

Abu Bakar

b)

Umar

c)

Utsman

d)

Ali Radhiallahu anhum : Ketiga Khalifah (Abu Bakar, Umar, Utsman) tidak diakui oleh

Syiah. Hal ini kerana mereka dianggap telah merampas kekhalifahan Ali bin Abi Thalib (padahal Imam Ali sendiri membai'at dan mengakui kekhalifahan mereka). PERBEZAAN TERHADAP KELEBIHAN IMAM 6. sifat

Ahlussunnah

: Khalifah (Imam) adalah manusia biasa, yang tidak mempunyai

maksum. Ini bermakna mereka adalah manusia biasa yang tetap akan melakukan kesilapan, dosa dan lupa. Hal ini kerana sifat maksum hanya dimiliki oleh nabi. Syiah

: Para imam yang jumlahnya dua belas tersebut mempunyai

sifat Maksum seperti nabi.

AGAMA DAN MASYARAKAT

KONFLIK AGAMA

PERBEZAAN TERHADAP SAHABAT RASULULLAH SAW 7.

Ahlussunnah Syiah

: Dilarang mencaci-maki para sahabat. : dibolehkan mencaci para sahabat bahkan Syiah berkeyakinan,

bahawa para sahabat setelah Rasulullah SAW wafat, mereka menjadi murtad dan tinggal beberapa orang saja. Alasannya kerana para sahabat membai'at Sayyidina Abu Bakar sebagai Khalifah. 8.

Ahlussunnah

: Siti Aisyah isteri Rasulullah sangat dihormati dan dicintai.

Beliau adalah Ummul mukminin Syiah

: Siti Aisyah dicaci-maki, difitnah, bahkan dikafirkan.

PERBEZAAN DARI SEGI KITAB DAN HADIS 9.

Ahlussunnah

adalah Kutubussittah :

: Kitab-kitab hadits yang dipakai sebagai rujukan Ahlussunnah

a)

Bukhari

b)

Muslim

c)

Abu Daud

d)

Tarmidzi

e)

Ibnu Majah

f)

An Nasa’i

(kitab-kitab tersebut beredar dimana-mana dan dibaca oleh kaum Muslimin sedunia). Syiah

: Kitab-kitab Syiah ada empat :

a)

Al Kaafi

b)

Al Istibshor

c)

Man Laa Yah Dhuruhu Al Faqih

d)

Att Tahdziib

(Kitab-kitab tersebut tidak disebarkan kerana khuatir kebohongannya akan diketahui). PERBEZAAN TERHADAP AL-QURAN 10. Ahlussunnah Syiah

: Al-Qur'an adalah yang sebenar-benarnya : Al-Qur'an yang ada sekarang ini menurut pengakuan ulama

Syiah bukan yang asalkerana sudah diubah oleh para sahabat (dikurangkan dan ditambah )

KEPERCAYAAN PADA HARI PEMBALASAN 11. Ahlussunnah

: Syurga diperuntukkan bagi orang-orang yang taat kepada Allah

dan RasulNya manakala Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang tidak taat kepada Allah dan Rasul Nya. Syiah Ali,

: Syurga diperuntukkan bagi orang-orang yang cinta kepada Imam

walaupun orang tersebut tidak taat kepada Rasulullah manakala Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang memusuhi Imam Ali, walaupun orang tersebut taat kepada Rasulullah.

PERBEZAAN TERHADAP HARI KEBANGKITAN SEMULA 12. Ahlussunnah

: Aqidah Raj’Ah tidak ada dalam ajaran Ahlussunnah. Raj’ah

adalah diakhir zaman nanti sebelum kiamat, manusia akan hidup kembali. Dimana saat itu Ahlul Bait akan membalas dendam kepada musuh-musuhnya.

Syiah

: Raj’ah adalah salah satu aqidah Syiah. Dimana diceritakan :

bahawa

diakhir zaman nanti, Imam Mahdi akan keluar dari persembunyiannya. Kemudian dia pergi ke Madinah untuk membangunkan Rasulullah, AGAMA DAN MASYARAKAT KONFLIK AGAMA

Imam Ali, Siti Fatimah serta Ahlul Bait yang lain.Setelah mereka

semuanya bai'at kepadanya, kemudiannya beliau akan membangunkan Abu Bakar, Umar, Aisyah. Kemudian ketiga orang tersebut diseksa dan disalib sampai mati. Perbuatan tersebut akan diulang ribuan kali sebagai balasan atas perbuatan jahat mereka kepada Ahlul Bait. Keterangan

: Orang Syiah mempunyai Imam Mahdi sendiri. Berlainan dengan

Imam Mahdi Ahlussunnah, yang akan membawa keadilan dan kedamaian.

Related Documents

Punca Konflik Agama
June 2020 3
Konflik
June 2020 35
Konflik
November 2019 38
Konflik
November 2019 35
Konflik
May 2020 28
Konflik
June 2020 28