PENGENALAN Perkataan kaunseling atau Caunseling berasal daripada kata Latin iaitu Cousilium bermaksud dengan bersama, ambil-menerima atau memahami. Maksud kaunseling ialah satu proses diantara dua individu. Seorang yang bermasalah(klien) dan seorang yang terlatih (kaunselor), berpengalaman dan menolong klien untuk memahami dan menyelesaikan masalah melalui perbincangan, alternatif serta perancangan agar klien dapat menganalisa serta menilai sesuatu masalah dari perspektif yang rasional dan berupaya baginya memebuat tindakan yang wajar serta bertanggungjawab atas keputusan yang diambil. Manusia sejak dari bayi lagi telah mempunyai desakan-desakan psikologi dan biologi melalui deria-deria sentuhan, cahaya, rasa dan sebagainya kerana manusia adalah satu organisma yang hidup. Manusia berkembang daripada kanak-kanak sehingga dewasa menerusi kematangan dan proses pembelajaran daripada kanak-kanak sehingga dewasa menerusi kematangan dan proses pembelajaran dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Bagi tiap-tiap peringkat individu mestilah menyesuaikan diri dengan orang lain dan persekitaran menerusi proses penyesuaian. Penyesuaian ini tidak tidak dapat dielakkan kerana sejak dari kanak-kanak lagi manusia terpaksa belajar berjalan, bercakap dan sebagainya juga belajar supaya supaya dapat membezakan antara yang baik dan buruk segala yang dipelajari mana-mana yang disukai diterima dan mana yang tidak dibuang atau tidak diperbaharui mengikut keupayaan dan kesanggupan diri sendiri. Maka satu proses perkembangan telah berkau mengikut penyesuaian yang lebih baik dengan mengorientasikan ke arah matlamat iaitu keputusan rasa hati melalui perasaan dan perbuatan dengan rasa penuh dengan kesempurnaan atau idea.
1
KAUNSELING UNTUK REMAJA Remaja dalam bahasa Inggeris ‘adolescence’ atau bahasa Latin ‘adolescere’ yang bermaksud membesar atau membesar menjadi matang. (Rogers,1981). Ini bermakna zaman remaja itu suatu proses dan bukannya suatu jangkamasa. Proses yang dimaksudkan ini ialah proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Ia boleh juga didefinisikan sebagai satu pergerakan. Remaja juga didefinisikan sebagai satu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap hidup. Secara tipikalnya, zaman remaja dilihat sebagai satu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan satu zaman peralihan atau transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman remaja. Persoalan yang sering ditanya oleh remaja ialah ‘siapakah saya?’-iaitu satu persoalan yang berkait dengan percarian identiti. Identiti bermaksud apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain. Antara persoalan-persoalan lain yang perlu dijawab oleh remaja ialah ‘Bagaimanakah harus saya jalani hidup saya?’, ‘Apakah bidang kerja yang sesuai dengan saya?’, Bagaimanakah cara yang terbaik untuk membuat keputusan?’ dan ‘ Kepercayaan dan nilai yang mana satu harus saya ikuti?’. Bagi menjawab segala persoalan tersebut bukanlah mudah, kadang-kadang dalam proses tersebut remaja dihantui oleh lingkaran-lingkaran tekanan dan konflik emosi. Bukan sahaja di pihak remaja, ibu bapa juga sering pening kepala dengan karenah remaja mereka.
2
TEORI-TEORI REMAJA Kita sudah sedia maklum bahawa zaman remaja, perubahan-perubahan biologi berlaku dengan amat pesat. Walaubagaimanapun, kita tidak pasti tentang setahap mana pentingnya atau sekuat mana pengaruh biologi terhadap perkembangan aspek-aspek lain bagi remaja. Ahli-ahli psikologi yang berpegang kepada teori ini percaya bahawa faktor yang berperanan dalam mempengaruhi perkembangan ramaja. Stenley Hall (1904) berpendapat perkembangan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan tenaga genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan bahawa zaman remaja adalah zaman “ storm and stress”. Haru biru yang wujud di zaman ini katanya adalah hasil daripada perubahan-perubahan hormon fizikal oleh remaja yang kemudiannya menghasilkan tekanan-tekanan emosi yang dan konflik psikologi. Dengan kata-kata lain “ storm and stress” remaja ini bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang tidak dapat dielakkan. Mencapai akli baligh merupakan masa apabila emosi menjadi tidak stabil dan tergugat. Hall percaya hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan-perubahan tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral. Apa yang harus kita buat ialah berusaha mengendalikan keberantakan hormon remaja tadi. Walau bagaimanapun pendapat Hall kurang diterima kerana kita dapati ramai juga remaja mengelak daripada mengalami “strom and stress”. Pendapat Margaret Mead. Mead (1968) berpendapat zaman remaja ialah satu transisi zaman kanak-kanak ke zaman dewasa yang perlahan dan tenang. Remaja tidak akan mengalami sebarang konflik sekiranya masyarakat sekeliling membenarkan remaja tersebut melihat bagaimana bayi dilahirkan, menganggap kematian sebagai satu keadaan semula jadi, dibenarkan membuat kerja-kerja yang penting, menunjukkan tingkah laku yang asertif dan dominan dan tahu apa yang dijangkakan oleh seorang dewasa. Mead membuat kenyataan ini berdasarkan pemerhatiannya ke atas masyarakat Samoa. Oleh kerana inilah juga beliau dikritik kerana sebenarnya remaja Samoa juga mengalami tekanan emosi. Namun pendapat Mead diterima luas.
3
TEORI ORGANISMIK Ahli-ahli psikologi yang berpegang kepada teori ini juga menekankan soal perubahan-perubahan biologi yang berlaku semasa remaja. Walaubagaimanapun, ahli-ahli teori ini turut mengakui kepentingan faktor-faktor persekitaran yang sama-sama berinteraksi dengan faktor-faktor biologi. Pendapat Anna Freud Anna Freud menekankan soal libido yang cuba mengancam dan menggugat keseimbangan yang telah dicapai antara ego dan id. Ini menyebabkan ego membentuk mekanisma pertahanan diri yang terdiri daripada intelektualisasi dan asetisima. Intelektualisasi bermaksud menterjemahkan impuls-impuls seksual kepada pemikiran-pemikiran abstrak. Keadaan ini dapat dilihat pada remaja apabila mereka suka berdebat tentang agama, politik, hak-hak seseorang individu dan tentang makna kehidupan. Asetisisma pula bermaksud penafian-kendiri. Oleh kerana remaja bimbang tidak dapat mengawal impuls-impuls itu kepada tingkah laku mencapai keseronokan yang lebih ringan seperti banyak makan, berpakaian yang aneh-aneh dan sebagainya. Anna Freud mengatakan bahawa zaman remaja adalah satu tempoh masa ketidakseimbangan psikik, penuh dengan konflik emosi dan tingkah laku tidak menentu. Kadang-kadang remaja bersifat egoistik dan pusat-kendiri dan mereka percaya semua orang memerhatikan mereka. Kadang-kadang pula mereka lupa pada kehendak diri dan terlalu prihatin dengan orang lain. Mereka kadang-kadang ingin bersama dengan orang lain tetapi pada masa yang lain pula ingin bersendirian. Mereka bukan sahaja materialistik tetapi juga pentingkan diri sendiri. Walaubagaimanapun kadang-kadang mereka jadi idealistik. Pendek kata, Anna Freud berpendapat remaja mengalami keadaan tidak menentu, ada turun naik, sekejap begitu yakin pada diri, tetapi pada masa lain amat ragu-ragu dengan tingkah laku mereka.
4
Pendapat Erikson Erikson (1950, 1959) berpendapat tugas utama remaja ialah menyelesaikan konflik antara identiti dan keliru identit. Remaja hendaklah menjadi orang dewasa yang unik dan menjadi individu matang yang mempunyai peranan yang tertentu. Demi pembentukan identiti, ego remaja hendaklah boleh menyusun kemahiran dan keperluan dan kehendak serta menyesuaikan segala-galanya dengan kehendak masyarakat. Identiti mempunyai banyak komponen dan antara komponen-komponen itu ialah ciri-ciri seksual, sosial, fizikal, psikologikal, moral, ideologikal dan kerjaya yang kesemuanya apabila disatukan akan menjadi diri yang total (Grotevant dan Thorbecke, 1982; Waterman, 1982). Oleh itu, seseorang remaja akan dikenal pasti melalui ciri-ciri fizikalnya, rupa parasnya, binaan tubuh badannya, peranannya, kemahiran berinteraksi, pencapaian, keahlian dalam kumpulan, pilihan kerjaya, fahaman politik, pegangan agama, nilai, moral, kepercayaan, falsafah hidup dan identiti etnik, personaliti, penyesuaian dan kesihatan mentalnya ( Phinney dan Alipura, 1990; Adams, 1977), remaja yang menerima diri dan mempunyai identiti diri yang positif akan lebih cenderung mempunyai kesihatan mental yang lebih baik (Goldman, Rosenzweig dan Lugger, 1980). Pencarian identiti adalah satu proses yang memakan masa sejak dari kecil hinggalah ke zaman tau tetapi pencarian ini paling menonjol di zaman remaja. Salah satu aspek yang paling penting dalam pencarian identiti ialah pemilihan kerjaya. Jika semasa kanak-kanak seseorang individu itu memperolehi beberapa kemahiran yang diperlukan tetapi semasa remaja tugasnya ialah mencari cara-cara yang terbaik untuk menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut. Erikson berpendapat pada masa inilah remaja mengalami keliru identiti atau peranan dan mula memikirkan tentang apakah peranannya di dalam masyarakat. Erikson memperkenalkan satu istilah yang dikenali sebagai moraltorium sosial yang bermaksud satu tempoh masa antara zaman kanak-kanak dan dewasa kerana seseorang individu bebas menguji sesuatu keadaan dan berusaha mencari identiti dan peranan yang diterima masyarakat. Seseorang individu itu akan menganalisa dan menguji pelbagai peranan demi memperoleh identiti dan peranan kendiri. Erikson berpendapat jangka masa dan darjah seseorang remaja mengalami moratorium adalah berbeza antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, kata Erikson keliru identiti pasti dialami oleh remaja walaupun sedikit dan ini adalah sesuatu yang normal.
5
Salah satu bentuk penahanan diri berdasarkan keliru identiti ialah gemar berkelompok (clique) dan sifat tidak boleh bertolak-ansur dengan orang lain. Sebab itulah remaja sering bertelagah dengan orang-orang yang berautoriti. Remaja juga kadangkadang menunjukkan keadaan kelirunya tadi dengan cara tingkah laku yang tidak boleh diterima.pada masa yang sama juga ada remaja yang cuba mencari sesuatu yang boleh ia ceburi, misalnya ada di kalangan mereka yang suka berkelempok, terlalu ikut-ikutkan fesyen, amalan-amalan tertentu dan sebagainya. Setakat mana remaja tersebut boleh setia dengan amalannya itu akan menentukan keupayannya untuk menyelesaikan krisis identitinya. Kegagalan untuk mencapai identiti akan juga menyebabkan seseorang remaja itu ragu-ragu dengan kebolehan diri, keliru peranan dan ini semua akan membawa akibat psikologi yang lebih teruk pada masa hadapan. Jika seseorang remaja berjaya menyelesaikan krisis identiti tadi, ia akan menjadi orang yang setia dan taat dan ia juga akan mempunyai rasa kepunyaan terhadap rakanrakannya, terhadap nilai-nilai, idelogi, agama atau bangsa tertentu. Identifikasi-kendiri terbina apabila remaja telah dapat memilih sendiri nilai-nilai dan orang-orang yang ia akan setia dan taat dan bukannya pemilihan itu datang daripada ibu bapanya atau orangorang lain. Kasih sayang merupakan salah satu lagi cara untuk mencapai identiti. Dengan cara membina hubungan yang rapat, berkongsi minat, fikiran dan perasaan dengan orang lain, remaja akan dapat melihat identitinya yang tergambar pada orang disayanginya tadi. Pendapat Havinghurst (1972) Teori psikososial - perkembangan remaja berasas tuntutan masyarakat ke atas individu tugas perkembangan:- pengetahuan, sikap, fungsi dan kemahiran yang perlu diperolehi melalui kematangan fizikal atas daya usaha sendiri dan jangkaan sosial. Jika individu berjaya ia dapat membuat penyesuai yang baik, lebih kuat hadapi masa depan dan lebih matang. Jika gagal akan terjadi kebimbangan, tiada persetujuan dalam masyarakat dan tidak boleh berfungsi sebagai individu yang matang.
6
Terdapat lapan tugas perkembangan yang perlu diselesaikan semasa remaja: •
Menerima keadaan fizikal diri dan menggunakan dengan cara yang berkesan.
•
Mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa dan orang dewasa yang lain.
•
Memperoleh peranan yang betul.
•
Dapat membentuk hubungan yang lebih matang dengan rakan sebaya daripada kedua-dua jantina.
•
Menerima dan menjadi individu yang bertanggung jawab.
•
Memperoleh satu set nilai dan sistem etika yang boleh digunakan sebagai panduan tingkahlaku.
•
Membuat persediaan untuk mempunyai kerjaya.
•
Membuat persiapan untuk berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
7
KELUARGA BERFUNGSI DAN TIDAK BERFUNGSI, KONFLIK IBUBAPA REMAJA, HUBUNGAN KONFLIK REMAJA-IBUBAPA DENGAN MASALAH SOSIAL, CARA MENGATASI KONFLIK. Remaja dapat membesar dan dibesarkan dalam beberapa situasi. Antara situasi adalah seperti berikut: a) Remaja yang mempunyai kedua-dua ibubapa b) Remaja yang mempunyai ibu atau bapa sahaja c) Remaja yang mmembesar tanpa ibu atau bapa atau penjaga •
Ahli keluarga yang berada di dalam sebuah rumah akan berinteraksi dan berfungsi sebagai satu unit keluarga dengan cara tersendiri.
•
Keluarga yang berfungsi adalah keluarga yang seseorang remaja itu dapat membesar dalam suasana kekeluargaan.
•
Fungsi kekeluargaan yang normal akan membentuk mereka menjadi remaja lazim (conventional) atau remaja biasa yang lain dalam masyarakat.
•
Keluarga yang tidak berfungsi adalah keluarga yang menghadapi masalah dari segi perlajanan fungsi kekeluargaan ini yang termasuk juga masalaah dari segi keibu bapaan.
•
Keadaan, suasana, sifat dan sebagainya yang terbentuk itu tidak subur, tidak sihat, tidak selesa dan tidak berjaya untuk mencorakkan dan membentuk remaja itu kearah yang boleh menjadikan mereka remaja lazim yang tidak bermasalah.
8
Sifat dan fungsi yang penting dalam perjalanan sesebuah remaja. Kawalan. Kawalan adalah suatu fungsi keluarga yang bermula sejak kanak-kanak lagi. Kawalan merupakan suatu keperluan yang menandakan bahawa ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak-anak dan dapat menjaga keselamatan mereka. Pihak remaja adalah pihak yang menerima kesan daripada tugas atau perbuatan mengawal ini. Beberapa kawalan yang dikenalpasti dan dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak remaja ialah: a) Autokratik Ibu bapa membuat segala keputusan dan memberi arahan kepada remaja dan remaja itu menerima arahan tersebut. Mereka tidak diberi peluang untuk bersuara atau berunding. Interaksi dan komunikasi adalah satu arah dan tindakan yang diambil tegas dan keras. Tujuannya adalah supaya perkembangan remaja akan mengikut arah yang dihayati atau yang diinginkan oleh ibu bapa. b) Permisif dan liberal (cara bebas dan sesuka hati) Cara permisif dan liberal merupakan cara kawalan yang bebas dan longgar dan remaja diberi kebebasan. Ibu bapa tidak mengarah dan mengawal atau mengongkong. Remaja diharapkan dapat memahami sendiri kesusahan dan kesan yang dirasai. c) Autokratik tetapi demokratik (cara menegakkan kuasa tetapi demokratik) Cara ini apabila ibu bapa menunjukkan ketegasan dalam kawalan terutama terhadap hal yang dinilai akan memberi kesan yang tidak baik tetapi dilakukan dengan cara musyawarah, berunding dan berkomporomi. Dengan cara ini, ibu bapa juga berharap mereka akan dihormati dan suasana kekeluargaan akan lebih selesa kerana fungsi keluarga dditerima dengan senang hati dan semua ahli gembira dan megah dengan keluarga mereka.
9
d) Tidak menentu Cara kawalan yang tidak menentu adalah apabila kawalan yang dijalankan oleh ibubapa tidak kekal.Kadang-kadang ibubapa mengawal dengan cara autokratik dan menindas, kadang-kadang dengan cara bertegas dan berlembut,kadangkadang menggunakan cara demokrasi dan kebebasan.Cara ini sebenarnya menunjukkan berbagi masalah dalam keluarga itu sendiri.Akibatnya keluarga itu menjadi keliru,tidak mahu ikut arah keluarga dan cenderung tidak mahu berorentasikan keluarga mereka sendiri. e) Keeratan Keeratan difahamkan sebagai darjah ikatan atau hubungan yang ada pada keluarga itu.Pada keluarga yang berfunsi baik, ahlinya mempunyai ikatan yang rapat, perhubungan yang dekat dan perasaan bersatu yang ketat dan tidak mahu dipisahkan. Jika ibu bapa bertegas, remaja biasanya beranggapan bahawa ibu bapa tidak rapat dan tidak memberi perhatian. f) Afek (perasaan kekeluargaan) Afek yang bermaksud emosi atau perasaan yang wujud di kalangan ahli keluarga terdapat dua bentuk afek, iaitu: I. Afek yang positif Afek yang positif dikatakan wujud dalam keluarga jika perhubungan kekeluargaan itu mempunyai ciri-ciri yang ada kasih sayang, kemesraan emosi dan peduli-mempeduli, keserasian, memahami antara satu sama lain dan mempunyai kepekaan. Disamping itu, ahli keluarga juga perlu responsive terhadap perasaan dan keperluan ahli keluarga yang lain.
10
II. Afek yang negatif Afek yang negatif terdapat dalam keluarga itu jika ahli keluarga mempunyai perasaan dingin, sikap seteru, penolakan dan kebencian sesama mereka, antaranya:
Remaja adalah anak yang tidak diingini.
Ibu bapa yang tidak ekspresif.
Ibu bapa yang terlalu kecewa dan marah dengan anak remaja mereka.
Ibu bapa yang tidak upaya empati dengan anak-anak mereka.
Cara mengatasi konflik Peranan ibu bapa. •
Ibu bapa seharusnya memahami dan mengetahui alam psikologi remaja yang sedang membesar.
•
Remaja ternyata menghadapi kehidupan kritikal pada peringkat umur 1221 tahun. Pada masa itu juga konflik dalaman berlaku demi menentukan arah hidup mereka.
•
Ibu bapa seharusnya lebih banyak meluangkan masa berbincang secara bersemuka dengan anak-anak mereka dan jangan memperkecilkan kemampuan dan menolak pemdapat remaja. Remaja sentiasa mahu dihargai dan dihormati.
•
Ibu bapa mesti beruasaha merapatkan jurang pergaulan dan perhubungan antara satu sama lain.
Peranan remaja. •
Remaja juga harus melakukan sesuatu untuk mengelakkan berlakunya konflik dengan ibu bapa.
•
Setiap masalah yang timbul boleh dibincangkan bersama kerana masalah yang kecil boleh menjadi masalah yang besar jika tidak diselesaikan secara rasional.
11
•
Remaja harus berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan apabila berselisih faham dengan ibu bapa.
•
Remaja harus berhati-hati apabila mengambil satu keputusan dan tindakan.
•
Mereka harus mendapatkan nasihat daripada guru atau rakan-rakan yang berpesonaliti positif.
12
MASALAH-MASALAH PSIKOSOSIAL, KATEGORI MASALAH TINGKAHLAKU, SINDROM TINGKAHLAKU BERMASALAH, TEKANAN DAN DAYA TINDAK DALAM REMAJA Kebanyakan remaja dapat melepasi zaman dengan berjaya, ada juga sebilangan yang mengalami masalah psikologi dan tingkahlaku yang mengugat bukan sahaja hidup remaja tetapi juga kehidupan orang-orang di sekeliling. Kita perlu memehami prinsip-prinsip umum masalah psikososial remaja terlebih dahulu. 1. Kita mesti membezakan antara percubaan biasa dengan corak tingkah laku yang berbahaya atau masalah yang berkekalan. 2. Kita perlu membezakan antara masalah yang dialami oleh remaja dengan masalah-masalah yang sudah pun bermula sejak zaman kanak-kanak. 3. Kita harus ingat bahawa sesetengah masalah yang dialami oleh remaja secara relatifnya bersifat sementara dan mungkin akan hilang apabila memasuki zaman dewasa. Ketegori masalah tingkahlaku. Achenbach dan Edelbrock (1987) mengatakan bahawa kebanyakan ahli psikologi klinikal dan juga ahli psikologi yang membahagikan dua jenis masalah yang dialami oleh remaja. 1. Kecelaruan dalaman iaitu masalah-masalah remaja bersifat dalaman dan di manifestasikan dalam bentuk gejala emosi dan kognitif seperti kemurungan, kebimbangan atau bentuk gangguan-gangguan psikomatik. 2. Kecelaruan luaran itu masalah-masalah remaja bersifat luaran dan di manifestasikan dalam bentuk masalah-masalah tingkahlaku. Kesemua masalah tersebut merupakan pelbagai manifestasi kurangnya kawalan impuls. Sesetengah remaja mengalami masalah dalam kedua-dua kategori dalaman dan luaran.
13
SINDROM TINGKAH LAKU BERMASALAH Para ahli psikologi telah berusaha untuk memahami pelbagai jenis masalah luaran yang dialami oleh remaja. Satu pendekatan yang paling popular telah dikemukakan oleh Jessor dan rakan-rakan. Mereka berpendapat sebab utama kecelaruan luaran remaja ialah sifat tidak konvensional dalam tingkah laku dalam persekitaran sosial remaja. Satu lagi penadakatan yang dapat digunakan dalam menerangkan punca sindrom tingkahlaku bermasalah ialah teori kawalan sosial (Gottredson dan Hirschi, 1990) yang berpendapat bahawa seseorang individu yang tidak mempunyai ikatan yang kuat dengan institusi masyarakat akan cenderung menjadi devian dan bertigkah laku tidak konvensional dalam pelbagai cara. Ini bermakna masalah tingkahlaku mungkain berpunca daripada lemahnya perapatan individu tersebut dengan masyarakat. Tekanan dan daya tindak. Gans (1990)melapoprkan hampir separuh remaja melapor menghadapi kesukaran untuk berdaya tindak dengan situasi-situasi di sekolah dan di rumah. Contoh penekanan seperti ibu bapa bercerai, tukar sekolah dan seseorang yang disayangi meninggal. Bagi sesetengah remaja, penekan-penekan tersebut akan membawa kecelaruan dalaman seperti kebimbangan, kemurungan, sakit kepala dan sakit perut. Bagi sesetengan yang lain pula akan membawa sesetengan remaja yang mengalami tekanan-tekanan hidup tetapi tidak pula menunjukkan sebarang kecelaruan. Ahli-ahli psikologi yang mengkaji perihal daya telah membahagikan daya tindak kepada jenis berfokuskan emosi (Compas etal. 1988, Lazarus dan Folkman, 1984) Daya tindak yang berfokuskan masalah, melibatkan usaha-usaha untuk mengubah sumber-sumber atau perkara-perkara yang menerbitkan tekanan. Manakala daya tindak yang berfokuskan emosi melibatkan usaha-usaha menangani untuk mengubah gerak balas emosi seseorang terhadap tekanan. Daya tindak berfokuskan emosi melibatkan pengelakan pasif satu kebimbangan.
14
Dalam masa tertentu, pengunaan daya tindak berfokuskan emosi menjadi lebih berkesan. Ini termasuklah apabila satu situasi tertekan tidak boleh dikawal. Ternyata remaja yang menggantikan strategi daya tindak berfokuskan masalah lebih berjaya membuat penyesuaian, kurang murung dan kurang mempunyai masalah tingkahlaku.
15
KESIMPULAN Terdapat beberapa perkara yang perlu ditinjau tentang usaha untuk mengubah remaja. Kita harus menerima kenyataan bahawa remaja itu tidak akan berubah dalam sekelip mata. Proses perubahan berlaku dalam beberapa tahap. Pendekatan kaunseling Tindakan ibu bapa yang paling baik adalah berbincang dan mendapatkan persetujuan terutama dari remaja yang bermasalah itu sendiri tentang bantuan luar yang diperlukan kerana mereka mempunyai masalah dan tidak berupaya untuk mengendalikannya. Ada juga ibu bapa yang hanya merujuk anak mereka kepada kaunseling setelah dinasihatkan sebelum dirujuk kepada kaunseling. Mereka juga perlu tahu apa itu kaunseling. Sesi kaunseling berjalan dengan cara bercakap dan berbincang, bukan dengan cara memberi ubat dan sebagainya. Dalam proses kaunseling dan terapi remaja bermasalah, kita akan berhadapan dengan remaja sama ada yang ada wawasan atau yang tidak berwawasan. Dalam kaunseling, menjalin hubungan sewaktu berinteraksi adalah suatu kemahiran atau keterampilan yang penting. Antara sifat seseorang kaunselor yang dikenal pasti dapat menolong seseorang remaja yang bermasalah ialah: a. Sifat dapat membuktikan atau menunjukkan empati yang tepat. b. Sifat dapat menerima apa yang dipersembahkan oleh orang yang bermasalah itu bermakna, jujur dan berkecuali. c. Sifat keterbukaan dan prihatin yang tulen.
16
BIBILIOGRAFI •
Achenbach, T. & Edelbrock, C., 1987. The Manual for the Youth Self-Report and Profile. Bunington, Vt: University of Vermont.
•
Zuckerman, D. M., & Zuckerman, B.S.,1985. Television’s impact on children. Pediatrics, 75,
•
Internet
17