Puasa

  • Uploaded by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Puasa as PDF for free.

More details

  • Words: 1,194
  • Pages: 6
Pelajaran 16 : Puasa Menjana Keperibadian Manusia PMR TAHUN LEPAS No. Soalan (Unit 1) No. Soalan (Unit 2)

2005

2006 4 (c) ii, iii

2007

Struktur Topik

Unit 1 : IBADAT PUASA

Unit 2 : GOLONGAN HARUS BERBUKA PUASA

Maksud Puasa

Perkara Sunat Puasa

Hikmah diharuskan Berbuka

Rukun Puasa

Perkara Makruh Puasa

Wajib Qada’ Puasa

Syarat Wajib Puasa

Jenis-jenis Puasa

Wajib Bayar Fidyah

Syarat Sah Puasa

Hikmah Puasa

Wajib Qada’ dan Fidyah

Perkara Batal Puasa

Akibat Tidak Puasa

Wajib Qada’ dan Kaffarah

Nota Padat 1. Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat. 2. Antara perkara sunat puasa adalah menyegerakan berbuka setelah yakin masuk waktu maghrib, bersahur dan melewatkannya, berbuka dengan buah kurma atau sesuatu yang manis dan memperbanyakkan sedekah, membaca al-Quran serta beriktikaf. 3. Antara perkara makruh puasa adalah berbekam, berkumur secara berlebihan, tidur sepanjang hari, mengosok gigi selepas gelincir matahari serta melewatkan berbuka setelah masuk waktunya. 4. Antara perkara yang membatalkan puasa adalah keluar haid atau nifas, melahirkan anak, bersetubuh pada siang hari, mengeluarkan mani dengan sengaja atau muntah dengan sengaja. 5. Golongan yang diharuskan berbuka ialah orang sakit yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa, orang sakit tenat yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang bermusafir melebihi dua marhalah, perempuan mengandung serta perempuan yang menyusukan anak. 6. Mereka yang tidak berpuasa dikehendaki qada’ puasa sahaja; atau membayar fidyah sahaja; atau qada dan membayar fidyah; atau qada dan membayar kaffarah.

Unit 1 : Ibadat Puasa Soalan 1 :

Apakah maksud puasa? Jawapan : Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat. Soalan 2 : Sebutkan dua syarat wajib puasa. Jawapan : - Islam - Baligh - Berakal waras - Mampu berpuasa Soalan 3 : Nyatakan dua syarat sah seseorang itu berpuasa. Jawapan : - Islam - Berakal dan mumayyiz - Suci daripad haid dan nifas - Berniat waktu malam - Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa - Berpuasa pada hari-hari yang diharuskan Soalan 4 : Senaraikan rukun puasa. Jawapan : - Niat - Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa Soalan 5 : Jelaskah dua amalan sunat yang digalakkan ketika berpuasa. Jawapan : - Segera berbuka puasa setelah yakin masuk waktu - Melewatkan makan sahur - Berbuka dengan benda-benda manis - Membanyakkan membaca al-Quran dan berzikir - Mandi junub (hadas besar) sebelum terbit fajar - Solat sunat Tarawih Soalan 6 : Senaraikan dua perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa. Jawapan : - Mengosok gigi selepas gelincir matahari - Terlalu kerap atau lama mandi

-

Merasa makanan dengan lidah Mengambil darah atau berbekam Berkumur-kumur berlebih-lebihan

Soalan 7 : Jelaskan dua perkara yang boleh membatalkan puasa. Jawapan : - Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja - Melahirkan anak - Pengsan sepanjang hari - Bersetubuh di siang hari - Muntah dengan sengaja - Gila - Keluar darah haid dan nifas - Mengeluarkan air mani dengan sengaja - Murtad Soalan 8 : Sebutkan empat hari yang disunatkan berpuasa dalam Islam. Jawapan : - Hari Isnin dan Khamis - Puasa 6 hari dalam bulan Syawal - Puasa hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah - Nisfu Syaaban iaitu 15 Syaaban - 27 Rejab iaitu hari peristiwa Isra’ dan Mikraj - Puasa pada setiap 13, 14 dan 15 haribulan Hijriah (Hari putih) - Puasa pada setiap 28, 29 dan 30 haribulan Hijriah (Hari hitam) - Puasa 9 dan 10 Muharram Soalan 9 : Apakah hari yang diharamkan berpuasa. Jawapan : - 1 Syawal iaitu Hari Raya Puasa (Idul Fitri) - Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah - Hari Syak 30 Sya’ban Soalan 10 : Jelaskan dua kelebihan bagi orang yang berpuasa. Jawapan : - Melatih diri bersifat jujur dan ikhlas - Membentuk insan yang bertakwa yang taat perintah Allah - Melahirkan keinsafan di atas penderitaan fakir miskin - Mendidik jiwa mengawal nafsu Soalan 11 : Terangkan dua akibat jika seorang muslim tidak menunaikan kewajipan berpuasa.

Jawapan : - Dimurkai Allah - Kehidupan tidak tenang - Bersifat riak dan terburu-buru dalam tindakan - Cepat berputus asa dalam melakukan sesuatu - Disisih masyarakat dan dipandang hina - Mencemarkan maruah Islam

Unit 2 : Golongan yang Harus Berbuka Puasa Soalan 12 : Senaraikan dua golongan yang diharuskan berbuka puasa dalam bulan Ramadhan. Jawapan : - Orang musafir - Orang sakit yang boleh memudaratkan diri jika berpuasa - Perempuan yang mengandung - Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan dirinya - Bekerja berat sepanjang tahun - Orang tua yang tidak mampu berpuasa Soalan 13 : Terangkan tiga hikmah diharuskan berbuka puasa bagi golongan tersebut. Jawapan : - Sebagai bukti Islam bertoleransi kepada umatnya. - Memberikan kemudahan dan kesenangan kepada mereka yang tidak dapat / terdaya mengerjakan puasa - Menunjukkan bahawa ibadat puasa wajib ditunaikan walaupun pada waktu yang lain - Menjalankan kehidupan berlandaskan hukum-hukum syarak Soalan 14 : Apakah maksud qada’ puasa? Jawapan : Qada’ puasa adalah mengerjakan semula ibadah puasa Ramadhan yang ditinggalkan pada hari yang lain (selain bulan Ramadhan) Soalan 15 : Bezakan antara fidyah puasa dengan kaffarah puasa. Jawapan : - Fidyah puasa adalah menggantikan puasa yang ditinggalkan dengan membayar secupak makanan asasi bagi satu hari puasa yang ditinggalkan. - Kaffarah puasa adalah denda memerdekakan hamba, puasa dua bulan atau memberi 60 cupak makanan bagi suami yang melakukan persetubuhan pada siang Ramadhan.

Soalan 16 : Siapakah yang diwajibkan qada’ berserta membayar fidyah kerana tidak berpuasa. Jawapan : - Perempuan mengandung kerana bimbang kesihatan diri & anaknya - Perempuan menyusukan anak kerana bimbang kesihatan diri & anaknya - Perempuan mengandung atau menyusukan anak kerana bimbang kesihatan anaknya sahaja - Lewat menqada'kan (mengantikan) puasa hingga tiba Ramadan berikutnya Soalan 17 : Nyatakan dua golongan yang wajib qada’ sahaja kerana dibolehkan tidak berpuasa. Jawapan : - Musafir yang diharuskan syarak - Sakit yang memudaratkan jika berpuasa - Perempuan haid, Wiladah (melahirkan anak) dan nifas - Perempuan mengandung kerana bimbang kesihatan dirinya - Perempuan menyusukan anak kerana bimbang kesihatan dirinya Soalan 18 : Senaraikan dua golongan yang diharuskan berbuka puasa, tetapi dikehendaki membayar fidyah. Jawapan : - Sakit tenat yang tiada harapan sembuh - Orang tua yang tidak berdaya untuk berpuasa - Orang yang bekerja kuat dan berat sepanjang hari Soalan 19 : Siapakah yang mesti membayar kaffarah puasa? Jawapan : - Suami yang melakukan persetubuhan dengan sengaja pada siang hari di bulan Ramadan Soalan 20 : Penyelesaian Masalah Hukum : (a) Ramlah berbuka puasa kerana bimbangkan dirinya yang mengandung. - Qada’ puasa sahaja (b) Ramli tidak berpuasa kerana terlalu tua dan uzur. - Membayar fidyah sahaja (c) Puan Kamariah tidak puasa kerana bimbangkan kesihatan anak yang disusukannya. - Qada’ puasa dan membayar fidyah (d) Abu bersetubuh dengan isterinya pada siang hari di bulan Ramadhan.

-

Qada’ puasa dan membayar kaffarah

(e) Rosnah tidak berpuasa kerana baru melahirkan anak. - Qada’ puasa sahaja LATIHAN PENGUKUHAN 1. Nyatakan dalil keharusan berbuka puasa. 2. Jelaskan cara menentukan puasa Ramadhan. 3. Bagaimanakah cara untuk beristiqamah dalam mengerjakan ibadat puasa. 4. Bagaimanakah ibadah puasa dapat memberi kebaikan terhadap kesihatan seseorang? 5. Terangkan hikmah berpuasa pada bulan Ramadhan. 6. Apakah perbezaan pelaksanaan antara qada', fidyah dan kaffarah puasa?

Tahukah anda? Perbuatan mengorek lubang hidung, telinga atau memasukkan ubat ke mata atau telinga tidak membatalkan puasa.

Related Documents

Puasa
May 2020 39
Puasa
October 2019 61
Puasa
June 2020 45
Puasa
May 2020 36
Pengertian Puasa
December 2019 22

More Documents from ""

Bab4 -. Perubahan E
November 2019 37
Peranan Wang
April 2020 20
Bab 2.1 Permintaan-1
November 2019 38
Info Transfer2
November 2019 39
Muet Strategies
November 2019 38