Psikologi Pendidikan

  • Uploaded by: Zamzam
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Psikologi Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 5,341
  • Pages: 31
PSIKOLOGI PENDIDIKAN MODUL 1/3 1. Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru. Terangkan mengapa pentingnya seseorang guru mempelajari psikologi. Bincangkan implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah anda. Berikan contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan anda Psikologi adalah suatu ilmu yang sangat penting kepada guru. Pengetahuan psikologi pendidikan menjadi asas pemahaman kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa pengetahuan psikologi pendidikan maka guru-guru akan menghadapi masalah yang besar ketika memahami perlakuan pelajarpelajar mereka. Pada hari ini, psikologi pendidikan wujud dalam tiga bentuk: Pertama : ia merupakan suatu disiplin ilmu iaitu suatu bidang yang dipelajari di institusi pendidikan tinggi. Kedua : suatu kajian satifik bagi mengkaji dan memahami perlakuan. Ketiga : ia adalah suatu profesion atau kerjaya. Prinsip psikologi digunakan bagi memahami kenapa sesuatu itu berlaku. Secara umumnya dalam konsep psikologi pendidikan, terdapat empat konsep asas yang penting diketahui oleh guru. Konsep asas tersebut ialah: 1.Naluri Setiap orang mempunyai naluri. Naluri merujuk kepada kuasa semula jadi yang menjadi pendorong kepada seseorang individu bertingkah laku dalam situasi yang tertentun. Antara naluri tersebut ialah rasa ingin tahu, naluri keibubapaan,naluri kejantinaan dana sebagainya. Contah. Bayi yang dilahirkan mempamerkan naluri keinginan memenuhi keperluan kendiri dengan menangis. 1. Motivasi Merupakan penggerak yang penting dalam kehidupan seseorang pelajar auat

individu.

Motivasi

merujuk

kepada

kecenderungan

seseorang

melakaukan sesuatu aktiviti apabila menerima rangsangan. Matlamat tertentu akan dibentuk dan si pelakau akan melakukan sesuatu tingkah laku atau gerak kerja demi mencapai matlamat itu. Pada kebiasannay, motivasi wujud apabila keperluan fisiologi dan keperluan psikologi mendesak dalam kehidupan. Tahap motivasi adalah berbeza antara individu. 2. Keperluan Manusia

mempunyai

keperluan

tertentu

supaya dipenuhi

sepanjang

kehidupan mereka. Keperluan tersebut perlu dipenuhi bagi menjamin seseorang itu dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Antara keperluan penting ialanh keperluan fisiologi dan psikologi. 4.Desakan Desakan adalah salah satu konsep yang penting dalam bidang pendidikan. Desakan akan timbul atau muncul apabila berlakunya kekurangan dalam keperluan fisiologi seperti keperluan makanan dan minuman.Kekurangan dalam keperluan fisiologi ini mendorong seseorang individu bertingkah laku bagi menampung kekurangan tersebut.

Atas faktor-faktor inilah

penting bagi guru untuk mengetahui psikologi.

Secara umumnya, guru dapat: 1. Memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada guru supaya mengamalkannya dalam bilik darjah 2. Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari segi mental, fizikal, minat demi membolehkannya mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka dengan menggunakan aktiviti kumpulan. 3. Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkah laku murid agar membolehkan guru mencegah disiplin yang tidak diigini dalam bilik darjah dengan berkesan. 4. Melengkapkan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya dapat membantu guru membentuk personality mereka yang sihat serta konsep kendiri yang positif dengan bimbingan yang wajar

5. Melengkapkan

guru

dengan

teori

dan

prinsip

psikologi

anak

membantunya meningkatkan kualiti pengajarannya dalam bilik darjah 6. Memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid akan membantu guru menggunakan teknik motivasi yang berkesan serta mewujudkan hubungan baik dia antara guru dan muridnya 7. Psikologi membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan. 8. memahami tingkah laku murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memalu pemerhatian oleh guru, boleh membuat jangkaan tingkah laku alternatif yang diperlukan untuk mengantikan tingkah laku yang tidak dikehendaki. 9. Menggambarkan, menerangkan, mengawal dan meramal sesuatu tingkah laku 10. Dapat meeperbaiki kualiti dan hasil dalam proses

pendidikan. Dapat

mengkaji tingkah laku yang pelbagai dan merancang pembelajaran yang lebih berkesan 11. memberi pengetahuan kepada guru mengenai teori dan prinsip psikologi yang digunapakai dalam bilik darjah. 12. Kesedaran kepad aguru mengenai perbezaan individu dari segi kognitif, afektif dan psikomotor, ini seterusnya dapat mernacang aktiviti yang sesuai berdasarkan potensi dan kemampuan murid 13. Pengetahuan kepada guru mengenai naluri dan keperluan murid. membolehkan guru menggunakan motivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran 14. Memberi pengetahuan untuk menangani pelbagai tingkahlaku murid dan dapat menyelesaikan beberapa masalah tingkah laku. Implikasi Psikologi Pendidikan dalam bilik darjah 1. Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran- apabila kita telah dapat mengesan pelbagai cirri-ciri yang ada pada murid-murid seperti perbezaan individu,sosial,kognitif,emosi dan sebagainya, kita dapat mengambil pendekatan yang sewajarnya dalam menangani masalah dalam bilik darjah. Antara langkah untuk menangani perbezaan

kognitif, kita boleh mengasingkan anatara murid- murid mengikut tahap kecerdasan dan kebolehannya. 2. Berfaedah kepada pendidik untuk membolehkan mereka memahami mengapa pelajar bertingkahlaku sedemikian, membantu pelajar memahami diri mereka sendiri. Membantu pendidik merancang objektif dan matalamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang ditetapkan. 3. Melalui kajian pertumbuhan dan perkembangan manusia. Pendidik dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar daripada segi fizikal, kognitif, social dan emosi. Dengan ini, pendidik dapat merancang pengajaran

dan

pembelajaran

yangs

esuai

dengan

tahap

perkembangan pelajar. 4. Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu bidang pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah, ponteng sekolah, merokok dan sebagainya. Data dan maklumat yang dieroleh akan dapat membantu guru membantu pelajar menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. 5. Guru akan lebih prihatin kepad indiividu yang lambat pembelajarannya dan akan lebih sabar apabila membimbing kanak-kanak itu dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mereka menyedari aspek kecerdasan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Dengan

adanya

ilmu

psikologi,

para

guru

bukan

sahaja

dapat

menyampaikan ilmu tetapi dapat mehirkan manusia yang sempurna yang baik budi pekertinya dan bertanggungjawab kepada keluarga, bangsa dan agamanya

3. Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada tajuk-tajuk berikut.: Teori-teori perkembangan manusia Berdasarkan

teori-teori

perkembangan

manusia,guru

dapat

mengoptimumkan pertumbuhan dan perkembangan murid-murid berlandaskan pengajaran

kepada dan

peringkat

pembelajaran

perkembangan hendaklah

pelajar.Strategi sesuai

dengan

perkembangan jasmani, kognitif , emosi dan social pelajar.  Perkembangan jasmani -Menguruskan pendidikan ajsmani dan pemainan serta kerja praktik mengikut perkembangan fizikal pelajar. -Elakkan mengajar aktiviti jasmani dan permainan serta kerja praktik seperti aktiviti kemahiran hidup yang kompleks jika perkembangan pelajar belum cukup matang menguruskannya.  Perkembangan Kognitif -Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna. -Menyediakan

pelbagai

alat

Bantu

mengajar

untuk

membentuk konsep dengan tepat. -Isi pelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut pemeringkatan berikut : Mudah kepada kompleks Umum kepada khusus Konkrit kepada abstrak Pengetahuan atau pengalaman yangs edia ada kepada pengetahuan dan pengalaman yang baru Persekitaran

dekat

yang

pernah

persekitaran jauh yang belum di alami  Perkembangan emosi dan rohani

dialami

kepada

-Memupuk emosi dan rohani eplajar yang sihat mengikut peringkat perkembangannya. -Mengawal dan mencegah tingkah laku pelajar dan perkembangan rohani yang tidak diingini yang mungkin berlaku dalam peringkat-peringkat tertentu. -Bersifat penyayang dan membantu pelajar mengawal emosi dan rohani mereka dlaam situasi tertentu. -Memahami peringkat perkembangan emosi dan rohani pelajar serta membimbing mereka menghadapi serta menyelesaikan masalah emosi dan rohani dengan cara yang sesuai.  Perkembangan Sosial -Menggunakan

strategi

pengajaran

kumpulan

untuk

memupuk perkembangan social -Menggunakan aktiviti projek, perbincanagn dan permainan secara kumpulan berdasarkan peringkat perkembangan social pelajar. -Aturkan aktiviti kumpulan supaya pelajar-pelajar dapat bekerjasama menyelesaikan masalah pelajaran mereka bersama-sama Potensi manusia Potensi merupakan kebolehan manusia melakaukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada padanya. Potensi manusia boleh ditinjau dari aspek-aspek jasmani, mental, kerohanian dan emosi. Ahli psikologi berpendapat

bahawa potensi manusia

yang ditonjolkan

dalam aspek-aspek jasmani, mental, rohani dan emosi mempunyai tahap yang berbeza.Ini adalah kerana tidak ramai orang yang dapat peluang memoptimumkan potensi mereka dalam kehidupan. Setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza-beza dalam fitrahnya. Potensi boleh diukur melalui darjah kecerdasan. Terdapat tujuh

kecerdasan iaitu:linguistik, logical-matematikal, ruang, muzik, tubuh kinestatik, interpersonal (social) dan intrapersonal (kendiri) Sebagai seorang guru, potensi murid –murid dapat dioptimumkan melalui pelbagai cara iaitu: 1. Verbal/linguistik -

membaca kepada murid dan biarkan mereka membaca kepada guru

-

membincangkan pengarang buku bersama kanak-kanak

-

mengunjungi perpustakaan dan kedai buku bersama kanak-kanak

-

menggalakkan

kanak-kanak menyimpan jurnal fna peristiwa-

peristiwa penting -

menggalakkan kanak-kanak merumus dan bercerita semula yang telaj dibaca

2. Logika-matematika -

Bermain dengan kanak-kanak permainan logic

-

Sentiasa menunggu untuk situasi yang boleh merangsangkan kanak-kanak untuk berfikir dan membina pemahaman tentang nombor.

-

Membawa

kanak-kanak

ke

lawatan

lapangan

kemakmal

komputer,muzium sains dan pameran. c) Ruang (Spatial): Guru boleh -

Mempunyai pelbagai bahan kreatif untuk digunakan oleh kanakkanak

-

Membuatkan kanak-kanak menyelesaikan teka silangkata dan mencipta carta

-

Membawa kanak-kanak ke muzium seni dan muzium kanak-kanak jensi ‘hands on’

-

Berjalan

bersama

kanak-kanak.Apabila

kembali

nanti,Tanya

mereka untuk menggambarkan di mana mereka telah pergi dan kemudian melukiskan sebuah peta pengalaman mereka. d) Muzik : Guru boleh

-

Membekalkan kanak-kanak sebuah perakam kaset atau pemain rekod yang boleh digunakan mereka.

-

Memberi kanak-kanak peluang untuk bermain dengan alat-alat Muzik

-

Membawa kanak-kanak ke konsert

-

Menggalakkan kanak-kanak untuk mencipta lagu mereka

e) Tubuh/Kinestatik: Guru boleh -

Membekalkan kanak-kanak peluang untuk aktiviti fizikal dan menggalakkan mereka untuk menyertainya.

-

Menyediakan tempat kanak-kanak boleh bermain di dalam dan di luar.Jika perkara ini tidak mungkin,bawa mereka ke taman permainan

-

Membawa kanak-kanak ke acara-acara sukan dan ballet

-

Menggalakkan kanak-kanak menyertai aktiviti tarian d) Interpersonal

-

Menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan

-

Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran komunikasi

-

Menyediakan permainan kumpulan untuk kanak-kanak bermain

-

Menggalakkan kanak-kanak emnyertai persatuan

Intrapersonal : Guru boleh -

Menggalakkan kanak-kanak mempunyai hobi dan kegemaran

-

Mendengar perasaan kanak-kanak dan memberikan mereka maklum balas yang bersensitif

-

Menggalkkan kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka

-

Membuat kanak-kanak menyimpan jurnal atau buku skrap tentang idea dan pengalaman mereka

h) Naturalis : Guru boleh -

Membawa kanak-kanak ke muzium sains semulajadi

-

Mewujudkan pusat pembelajaran semulajadi di bilik darjah

-

Melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti luar yang semualajadi seperti emmbawa mereka ke jalan semualjadi ( nature walk) atau mengangkat sebatang pokok.

Motivasi Cara-cara mengoptimumkan motivasi murid-murid - Suasana pengajaran dan pembelajaran : Guru –guru harus menyediakan suasana yang kaya dan kondusif bagi murid-murid untuk pembelajaran mereka.Harus terdapat pelbagai jenis sumber supaya mereka dimotivasikan untuk belajar. -

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif : Murid-murid yang bekerjasama akkan menigkatkan tahap motivasi kerana keperluan social, emosi murid serta keperluan akademik mereka di ambil kira.Strategi ini akan membantu murid berkembang sebagai suatu kumpulan.

-

Pengukuhan semula: Pengukuhan positif atau negatif boleh digunakan untuk memotivasikan murid untuk belajar.Misalnya tugasan-tugasan baik murid boleh dipamerkan di dalam bilik darjah untuk menggalakkan murid lain melakukan tugasan yang baik

-

Perbezaan individu Perbezaan individu memberi impak yang besar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Guru-guru harus menyedari peranan mereka di dalam kelas bagi mengurangkan masalah perbezaan individu.Antara usaha yang boleh dilakukan adalah :  Pemulihan Aktiviti pemulihan ditumpukan terhadap pelajar-pelajar yang tertinggal daripada segi penguasaan sesuatu isi kandunagn mata

pelajaran

tertentu.Aktiviti

ini

adalah

untuk

mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh para

pelajar

yang

bermasalah.Melalui

aktiviti

yang

dijalankan akan memberi kesan yang mendalam terhadap keyakinan diri pelajar.

 Penggayaan Bertujuan mengembangkan pengalaman dan pengetahuan serta kemahiran murid dalam suatu bidang ilmu.Diberikan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menguasai atau mencapai matlamat yang ditetapkan dalam suatu sesi pengajaran

dan

pembelajaran.Guru-guru

harus

mempelbagaikan aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang lebih

mencabar

kepada

pelajar-pelajar

terutamanya

dikalangan pelajar-pelajar yang cerdas.Aktiviti ini akan mengembangkan bakat semualjadi pelajar dan membentuk sifat keyakinan diri dan melahirkan sifat kepimpianna yang tinggi.Guru harus merancang aktiviti yang kreatif dan memupuk semangat berdikari dalam aktiviti pembelajaran.  Teknik Projek Sesuai diberikan kepada kumpulan yang mempunyai persamaan

daripada

segi

prestasi

pencapaian

atau

kemajuan dalam sesuatu isi kandungan pelajaran.Teknik projek boleh membentuk sikap yang posiitf dalam diri pelajar dan juga akan mengurangkan masa senggang pelajar dirumah.  Kaedah Dalton Satu kaedah yang boleh diaplikasikan bagi mengurangkan masalah perbezaan inidividu.Prinsip ini menekankan prinsip kebebasan berinteraksi dlaam kumpulan atau indvidu.Aktiviti perbincangan antara guru dan pelajar merupakan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan prinsip diatas.Pelajar digalakkan memilih tugasan sendiri yang berkaitan dengan minat mereka.Guru membimbing supaya

mencapai

pembelajaran

objektif

suatu

pengajaran

dan

 Kaedah Kumpulan Pelajar-pelajar

yang

dibahagikan

dalam

berdasarkan

prinsip

terdapat

dalam

beberapa

sebuah

kumpulan

pencapaian

atau

kelas tertentu

kebolehan

akademik.Kumpulan pelajar yang berpencapaian tinggi diberkan aktiviti penggayaan.Pada masa yang sama guru boleh menumpukan perhatian pada kumpulan pelajar yang lemah.  Bimbingan guru kaunseling Setiap pelajar mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.Kesedaran

dan

penerimaan

kekuatan

dan

kelemahan amat penting bagi deorang pelajar.Mereka boleh mendapatkan

pandanagn

guru

kaunseling

bagaimana

mengesan kekuatan dan kelemahan mereka terutama bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Setiap kekuatan yang ada

pada

diri

pelajar

perlu

dikekalkan

dan

dikukuhkan.Kelemahan yang ada pada diri pelajar perlu diatasi.

4. (a) Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat introvert. Jelaskan, dengan contoh-contoh yang sesuai,bagaimana anda dapat meningkatkan cirri-ciri positif kedua-dua personality ini. Cara untuk meningkatkan personality Introvert -

Guru perlu berusaha lebih keras lagi bagi menaikkan “morale” mereka supaya mereka lebih banyak bergaul dengan rakan-rakan.

-

Perlu libatkan mereka dalam pelbagai aktiviti yang mudah supaya mereka akan menikmati kejayaan.

-

Pastikan ada aktiviti yang setimpal dengan kebolehan mereka supaya keyakinan murid-murid ini dapat dipupuk dan dikukuhkan

-

Menyediakan aktiviti kumpulan yang sesuai bagi memastikan mereka berinteraksi dengan rakan-rakan dan sedikit demi sedikit dapat menyingkirkan sifat malu dan takut dalam diri masingmasing. Contohnya, lantik ketua kumpulan dari golongan introvert sebagai peluang utntuk mereka berinteraksi.

-

Elakkankan melabel golongan ini dengan gelaran-gelaran negatif seperti lembab, bodoh dan lain-lain.

-

Pastikan mereka mengambil bahagian secara aktif dalam semua aktiviti bilik darjah. Dengan cara begini mereka rasa dilibatkan

-

Merancang kaedah, aktiviti serta bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan potensi murid. Ini dapat menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Dengan ini murid akan bermotivasi serta mencapai kepuasan belajar.

-

Adakan sesi kaunseling, kenalpasti punca masalahnya dan cuba bentuk ke arah mencapai sahsiah yang positif.

-

Dedahkan murid dengan aktiviti luar.Contoh: kem motivasi dan sukan

-

Memberi peneguhan positif dan pujian

Cara meningkatkan ciri-ciri positif Ekstrovert: -

Guru merancang aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar supaya banyak tenaga dapat disalurkan dalam usaha mencari penyelesaian. Dengan cara ini masa mereka akan terisis dengan berfaedah dan elakkan mereka menjadi nakal dan berpeluang mengacau rakan apabila dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang singkat. Contoh: baerikan banyak latihan supaya mereka tidak menganggu rakan lain.

-

Menggalakan murid ciri ekstrovert mengemukakan soalan

-

Melantikk mereka membimbing murid sedarjah yang mempunyai cirri introvert dalam aktiviti kumpulan

-

Memeberi mereka aktiviti pengayaan

-

Menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3 (b) Berdasarkan pemerhatian bilik darjah, bincangkan pelbagai mekanisme helah bela diri yang digunakan oleh murid-murid anda yang mempunyai -

konsep kendiri positif

-

konsep kendiri negatif

Berikan sebab-sebab bagi tindakan mereka. Mekanisme helah bela diri merujuk kepada cara atau taktik seseorang dalam memberi alas an tentang sesuatu tindakannya sedangkan alas an yang diberikan itu bukan sebab yang sebenarnya. Ia merupakan perlindungan atau pembelaan diri terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukannya.

Antara mekanisme helah bela diri yang digunakan oleh murid-murid yang mempunyai konsep kendiri positif ialah: 1. Sublimasi- seseorang menyalurkan kekecewaan dan kekurangan atau kekosongan yang dialami kepad aaktiviti lain yang sihat 2. Rasionalisasi-

Memberikan

penjelasan

terhadap

apa

yang

dilakukannya dnegan tujuan untuk memyembunyikan tujuan yang sebenar demi menjaga ego atau harga dirinya. 3. Pemindahan-

memindahklan

perasaan

yang

kurang

manis

daripada sesuatu objek kepada objek yang boleh menerimanya 4. Projeksi- Membalikkan konflik atau kelemahan dalam dirinya kepada orang lain 5. Introjeksi- Menyerapkan ke dalam dirinya dengan menyamakan cirri orang lain yang disukai atau disanjungi 6. Pembentukan reaksi- Menafikan sesuatu keinginan yang telah disembunyikan dengan melakukan sesuatu yang bertentangan. 7. Kompensasi- melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama dengan tujuan mengantikan sesuatu aktiviti yang tidak berupaya melakukannya. 8. Fantasi-

membentuk

khayalan

atau

angan-angan

dengan

mengurangkan perasaan yang pahit atau tidak diingini.

Antara mekanisme helas bela diri yang digunakan oleh murid konsep kendiri negatif ialah: 1. Represi- Mengalihkan kesedaran sesuatu ancaman dalam minda dengan cara melupaknnya 2. Penafian- menyakinkan diri bahawa sesuatu ancaman tidak akan berlaku dan tidak ada 3. Agresi- Tindakan mencederakan atau merosakkan punca kekecewaan atau ancaman 4. Regresi- Pengunduran diri dengan mengulangi tingkah laku yang kurang matang seperti menangis.

Antara sebab-sebab bagi tindakan mereka ialah: 1. Untuk memujuk hati 2. untuk megurangkan tekanan 3. untuk melindungi diri 4. untuk lari daripada masalah 4 (a). “ Pemimpin yang baik adalah pengurus yang baik” Huraikan penyataan ini mengikut konteks bilik darjah. Adakah anda melihat anda dari perspektif pengurus yang baik: Fokuskan perbincangan anda kepada aspek-aspek berikut: -

rutin bilik darjah

-

disiplin bilik darjah

Guru sebagai pengurus yang baik dalam bilik darjah sekiranya mampu mentadbir dan menguruskan bilik darhaj dan murid-muridnya dengan berkesan. Di dalam bilik darjah, selain memberikan pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah: -

Mengurus rutin bilik darjah

-

Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas

mereka

mengiikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja kerusi. -

Mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah

-

Mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan

-

Mengurus aktiviti kumpulan suapaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.

Seiring dengan perkembangan pendidikan maka rutin pengurusan bilik darjah semakin penting dan lebih kompleks. Kini tugas guru tidak hanya sekadar menyampaikan ilmu sahaja malah perlu mengurus kerja-kerja pentadbiran

dan pejabat. Dalam pengurusan

rutin bilik darjah, tugas-tugas guru

hendaklah meliputi 3 bidang utama iaitu: 1. penyediaan, pentafsiran dan penyimpanan rekod 2. Penyediaan dan pelaksanaan rutin bilk darjah 3. Pelaksanaan tugas-tugas lain seperti pengurusan Skim Pinjaman Buku teks , Skim Amalan makanan dan pemakanan, skim Susu dan sebagainya. Tugas pengurusan dalam bilik darjah sangat penting

bagi menjamin

segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan melalui pengurusan masa yang cekap. Pengurusan bagi penyediaan, penafsiran dan penyimpanan rekod seperti rekod-rekod pendaftaran murid, jadual kedatangan, rekod prestasi, rekod profil, buku kemajuan Murid , kad Himpunan 001 dan 002 dan rekod kutipan yuran. Rekod- rekod tersebut mempunyai maklumat yang lengkap tentang kemajuan

murid

dari

pelbagai

aspek

perkembangan

potensi,

intelek,rohani, jasmani dan social. Penafsiran rekod adalah tugas penting bagi guru kerana akan dapat membantu guru memahami murid-muridnya dengan lebih tepat. Dengan adanya maklumat ini, guru dapat memahami murid-muridnya dan

dapat merancang dengan lebih berkesan serta

membimbing mereka mengembangakan potensinya secara menyeluruh. Selain itu, maklumat ini penting bagai tujuan rujukan ibu bapa mereka untuk mengetahui kemajuan dan kebolehan anak mereka dan murid itu sendiri untuk mengetahui potensi masing-masing Sehubungan ini adalah penting seorang guru dalam mengurus dan menyediakan rekod2 ini dengan lengkap dan kemas, dan menyimpannya dengan system yang sesuai serta mudah dikesan apabila ia diperlukan. Penyediaan dan Pelaksanaan Rutin Bilik Darjah

Tugas guru dalam pengurusan rutin bilik darjah meliputi aktivit-aktiviti manandakan jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, susun

atur

kerusi

meja,

mengutip

yuran,

memungut

buku

latihan,

menguruskan jadual bertugas dan memastikan peraturan-peraturan bilik darjah yang ditentukan dapat dipatuhi oleh semua murid dalam bilik darjah. Pelaksanaan tugas –tugas lain Tugas Guru mengurus skim pinjaman buku teks, bagi muris-murisnya. Di setengah-setengah sekolah guru juga berperanan menguruskan biasiswa, skim amalan makanan dan pemakanan serta projek susu sekolah. Pengurusan persekitaran pengajaran dan pembelajaran -

Menyediakan ruang-ruang bagi aktiviti pembelajaran yang lain. Iaitu ruang untuk aktiviti kumpulan, ruang untuk aktiviti kumpulan adalah dijalankan termasuklah sudut matematik, pendidikan seni, bacaan dan sebagainya. Aktiviti yang dijalnkan biasanya aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan,aktiviti bacaan tambahan, perbincangan, bercerita dan aktiviti jual-beli. Selain itu ruang-ruang digunakan untuk mempamerkan bahan- bahan pembelajaran dan hasil kerja murid dalam kelas.

-

Dalam pengurasan sudut dan ruang ini, guru harus memastikan bahawa sudut

dan ruang itu adalah dengan baik, kemas dan

teratur , kemas dan teratur serta sesuai untuk digunakan oleh murid-murid bagi tujuan pembelajaran. Pengurusan rutin pergerakan murid Guru perlu menguruskan rutin pergerakan murid dalam bilik darjah, Antara rutin pergerakan rutin bilik darjah ialah: -

Menggerakkan murid menjawab soalan guru

-

Menggerakkan murid mendengar, membaca, mengiria dan menulis

-

Menggerakkan murid membentuk kumpulan masing-masing

-

Menggerakkan murid menguruskan tugas harian bilik darjah

-

Menggerakkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran

-

Menggerakkan murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya

Disiplin Bilik Darjah Guru yang dianggap sebagai pengurus yang baik dalam bilik darjah apabila dia dapat mengawal disiplin pelajar dalam bilik darjah.Segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna sekiranya kelas yang terlibat mempunyai disiplin yang baik. Dalam hubungan ini, guru

berperanan menentukan peraturan, mengawal

pelajar supaya mematuhi dan menghukum mereka yang melanggar disiplin. Guru perlulah mendidik murid-murid bagi memastikan mereka bertingkah laku yang sesuai. Guru hendaklah memastikan

keadaan fizikal bilik darjah yang selesa,

penggunaan pendekatan dan strategi mengajar yang sesuai, mengadakan perhubungan yang baik mesra dengan murid-murid, mempunyai sahsiah yang menyakinkan, tegas dah dihormati.Menetapkan bilangan murid yang sewajarnya dalam sesebuah kelas agar wujud Suasana yang selesa di kalangan murid.Dalam menangani masalah disiplin guru haruslah mengenal pasti masalah disiplin, mencari puncanya dan mengambil tindakan yang wajar supaya masalah dispilin itu tidak akan berulang lagi dikalangan muird-murid. Umumnya guru sebagai pengurus yang baik dalam mengawal disilpin bilik darjah dengan 1.

Kanak-kanak harus belajar mendisiplinkan diri mereka sendiri.Mereka harus belajar bagaimana hendak menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab,patuh dan taat kepada undang-undang,bertimbang rasa,menghormati orang lain dan memiliki maruah yang tinggi dan sebagainya.

2.

Guru hendaklah menggunakan kumpulan sebaya untuk menolongnya mengawal

tingkah

laku

sesetengah

murid.Kumpulan

sebaya

memainkan peranan yang penting dalam sosialisasi kanak-kanak. 3.

Merancang aktiviti pengajaran dengan cara yang menarik dan dapat memikat minat dan perhatian murid.

4.

Guru perlu menguasai diri murid melalui psikologi dan di lakukan secara diplomasi

5.

Guru mestilah memberi contoh dan teladan yang baik

6.

Memberi tunjukajar dan nasihat yang konsisten

7.

Guru hendaklah berunding dengan murid-murid untuk memahami masalah yang akan ditimbulkan daripada tingkah laku mereka.

8.

Guru haruslah memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang baik dari semasa ke semasa.

9.

Guru hendaklah memberi amaran yang jelas jika seseorang murid itu melanggar disiplin sekolah.

4.Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung

kepada

kualiti

pengurusan

bilik

darjah.Bincangkan

pernyataan ini berasaskan pengalaman mengajar anda,dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dan muridmuridnya.Sehubungan ini,bilik darjah merupakan satu sistem social yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran. Mengikut kajian,keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid,murid dengan murid,dan murid dengan bahan pembelajaran.

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori:  Faktor fizikal bilik darjah -Penyusunan meja dan kerusi mengikut kumpulan seperti kelas KBSR akan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid,dan guru dengan murid. -Suasana dibilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta,gambar dan alat bantu mengajar dapat menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran -Saiz bilik darjah yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan atau aktiviti permainan. -Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara beredar dalam bilik darjah.Keadaan ini dapat membangkitkan semangat belajar dan membawa keselesaan kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. -Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran  Faktor kemanusiaan -

Suasana social – adanya perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid khasnya dalam bilik darjah, pelbagai latar belakang murid dari segi social

mewujudkan interaksi yang

pelbagai dalam bilik darjah. Keberkesanan P& P dapat

dilihat

melalui kerjasama antara murid dengan murid dalam proses pembelajaran mereka.

-

Hasilnya guru boleh menempatkan kumpulan murid dalam aktiviti kumpulan yang sesuai dari segi corak social mereka.

-

Suasana Emosi- keberkesanan P&P dapat dilihat melalui sifat guru dan gaya mengajarnya.

Misalnya, seorang guru yang bersifat

agresif akan menimbulkan suasana emosi kegelisahan di kalangan murid.Sebaliknya guru yang bersifat peramah dan demokratik akan menimbulkan suasana emosi kegembiraan dalam bilik darjah. -

Suasana kondusif yang ditunjukkan oleh guru yang mmepunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta

menjalankan

tugas

dengan

adil,

bertanggungjawab,

mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Sifat-sifat ini murid akan lebih mesra dengan guru, suka bertanya, menerima ajaran dan nasihat dalam suasana riang gembira.

 Faktor teknikal -

Merujuk

kepada

teknik-teknik

yang

digunakan

untuk

merangsangkan semangat dan kesediaan belajar. -

Guru yang mempunyai kemahiran mengajar serta kebolehan menggunakan pelbagai alat Bantu mengajar dengan pengurusan masa yang berpatutan.

-

Aktiviti-aktiviti

seperti

projek

dan

pertandingan

dapat

meransangkan semangat belajar murid -

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran juga bergantung kepada 1) Bagaimana

sekolah

mengorganisasikan

kemudahan-

kemudahan yang terdapat di bilik darjah dan kawalan emosi murid-murid

2) Sifat

dan

gaya

guru

mengajar

serta

kecekapan

dan

kemahirannya dengan penggunaan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

Jawapan No.5 (a)Banding beza lima teori Pembelajaran

Teori

Fokus Utama

Pembelajaran Behavarious

Ciri-ciri

Teori Implikasi Untuk Guru

Berkaitan

Pembelajaran dengan -Berlandaskan

perubahan

tingkah pelaziman

laku.

-perhubungan

-Menekankan

terbentuk

hubungan

• baru kerana

stimuli pelaziman balas bermula

organisme -Dikenali teori

guna

motivasi

yang

sesuai

untuk

tingkatkan

tahap

kesediaan murid

(rangsangan) dengan -pembelajaran tindak

Guru

bila

• ada

Perbanyakkan aktiviti

tindak balas terhadap

pengukuhan,latih

sebagai rangsangan

Rangsangan-

Gerak balas.

an,aplikasi

dan

ulangkaji

dan

mewujudkan suasana

yang

menyeronokkan •

Beri ganjaran/peneguh an untuk respon yang betul/baik



Beri

peluang

murid

untuk

menikmati kejayaan

dalam

pembelajaran Neobehavioris Sosial

tingkahlaku

: • dan

kognitif -Permodelan



Pembelajaran

mereka • Guru sebagai

social interaksi.I x

model

P x T.

peniruan

Pembelajaran



Gunakan

/peniruan

Self-

melalui

kaedah

regulation

Self-

pemerhatian dan

demonstrasi

peniruan.

dengan

Proses

contoh-contoh

pembelajaran

yang sesuai

efficacy •

melalui



Menyediakan

Perhatian

situasi

mengingat

pembelajaran

reproduksi

tanpa

peneguhan/motiv

gangguan •

asi •

Menarik

Tingkah

perhatian

laku

murid dengan

peniruan

motivasi yang

adalah

sesuai.

peneguhan



Mengekalkan ingatan murid dengan mendemonstr asikan langkahlangkah secara sistematik



Memberi peneguhan yang

positif

selepas Kemanusiaan,sempu Humanis

rna



individu •

Setiap

reproduksi Mengutamakan

kendiri,motivasi

berhasrat

strategi

instrinsik,individualiti,

mencapai

murid

perkembangan

kesempurnaan

individu

emosi,keperluan

kendiri,membentu

afektif,self

k konsep kendiri

darjah yang kondusif

actualisation,kendiri

yang

dan tanpa ancaman

positif,bebas,demokr

tersendiri melalui • nilai dan system

Memastikan

kepercayaan diri.

telah dipenuhi

asi •

unik



dan

Keberkesanan



dan

kaedah

Membentuk iklim bilik

keperluan asas murid Bersifat

penyayang

pembelajaran

dan memupuk nilai

bergantung

kendiri

kepada:

dikalangan pelajar

-Motivasi intrinsik -Bahan



pelajaran

-Seiras

Mengamalkan prinsip dan

demokrasi

dengan

objektif pelajar -Penyertaan

positif

kebebasan

yang bermakna •

Kesempurnaan kendiri

hanya

boleh

dicapai

Mengutamakan pembelajaran

diri

secara aktif •

berpusatan

diri

sendiri. •

Mengamalkan konsep

pendidikan

terbuka

selepas keperluan -Tumpuan Kognitif

asas

telah dipenuhi Teori - persepsi perkaitan -Guru bertindak sebagai

pembelajaran(teori

unsur-unsur

fasilitator

memimpin

Gestalt)

dipersekitaran:

-Penyelesaian

akal

masalah, celik akal, -celik penemuan,

celik perkembangan pelajar

akal

yang -Guru

-Menekankan proses sedia ada

perubahan laku.

membantu

dengan

dalam -

menyediakan

Piaget: soalan-soalan

pembelajaran tingkah mengikut

solan-

kepada soalan perangsang

pembelajaran,resepsi pengalaman

menghasilkan

dengan

berlaku mengemukakan

kategori bergantung

kognitif

mental

yang

berbentuk open-ended.

peringkat -

kognitif kanak.

Isi

pelajaran

dkembangkan:

-

1.

mengikut

Gagne:membahagika

peringkat

n ikut fasa prose s

perkembangan

pembelajaran

kognitif

-Bruner:

kanak

Perkembangan kohnitif

2. ialah

perubahan

bentuk

perwakilan

:aksi

konkrit

kanakkepada

absstrak 3.

pengalaman sedia

gambaran simbol

kepada

pengalaman baru -

memupuk

intrinsic menggalakkan

motivasi dan pelajar

melibatkan diri secara aktif

dalam

pembelajaran,

demi

menggerakkan

proses

asimilasi

dan

akomodasi. -membimbing

pelajar

menggunakan

prinsip,

hukum dan teorem untuk

menyelesaikan masalah -

membimbing

menyusun

pelajar konsep-

konsep yang berkaitan hirarki. - membangkitkan naluri ingin

tahu

pelajar

dengan kaedah inkuiri – penemuan. - menyusun isi pelajaran secara sistematikmengikut tahap

perkembang

kognitif pelajar. -memberi

peneguhan

selepas aktiviti penilaian -

membimbing

pelajar

memikir masalah secara

Konstruktivism e

-proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna melalui pengajaran guru . Ini bererti bahawa" guru tidak boleh belajar bagi pihak murid " dan murid sendiri perlu melibatkan diri secara aktif untuk merangsang pengaliran pengetahuan secara

kreatif dan kritis -Pengetahuan • Guru sebagai dikembangkan penolong, secara aktif oleh pelajar itu pemudahcara dan sendiridan tidak perancang manakala diterima secara pasif dari pelajar memainkan persekitarannya. peranan utama Ini beerti pembelajaran dalam aktiviti merupakandaripa pembelajaran da usaha pelajar itu sendiri dan • Model P&P yang bukan sesuai digunakan dipindahkan daripada guru ialah pembelajaran kepada pelajar . secara koperatif dan -Pelajar membina pengetahuan kolaboratif.Kaedah mengikut dan teknik mengajar pengalaman masing-masing tradisi,seperti

berterusan. Suasana bilik darjah di mana amalan konstruktivisme dijalankan adalah berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Di samping itu guru akan menggunakan penyoalan bukan untuk menguji kefahaman murid tetapi adalah untuk menguji kemahiran murid dalam membina konsep.

dan pengetahuan sedia ada pelajar . ØSetiap pelajar mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Pelajar diberi • peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahuan dan menghubungkait kan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa • depan .

syarahan,menghafal dan mengingat,adalah tidak

sesuai

digunakan

untuk

membentuk ilmu. Pengalaman

dan

kesediaan

pelajar

adlah factor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu Penilaian tradisi tidak sesuai

lagi

digunakan. dan

alat

Bentuk penilaian

terhadap pembentukan

ilmu

hendaklah dibentukkan guru

dan

oleh murid

bersama-sama •

Murid

digalakkan

membuat refleksi •

Penyediaan pelbagai bahan pembelajaran -Memudahkan

murid

membina pengetahuan Menitikberatkan pemikiran kritis

kreatif

dan

PERANAN MURID 1. Murid tidak menganggap guru sebagai pembekal maklumat tetapi sebagai suatu daripada sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat dan menggalakkan mereka berfikir serta berkomunikasi. 2.Murid bertanggungjawab terhadap segala usaha untuk mencari pelbagai cara untuk memproses maklumat dan menyelesaikan masalah 3.Murid berdisiplin dalam membuat keputusan sendiri untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.

Teori pembelajaran yang biasa saya amalkan dalam bilik darjah  Teori Behavarious Sebab-sebab saya mengamalkan teori pembelajaran behavarious kerana

 Pelaziman klasik boleh digunakan untuk mendapatkan tumpuan pelajar  Model ini boleh digunakan dalam bidang tingkah laku pembelajaran murid disekolah  Model pembelajaran pelaziman klasik boeh digunakan untuk belajar symbol-simbol (matematik) dan juga konsep-konsepnya.  Untuk

mengajar

pengalaman

secara

positif

berkesan,guru

(Ransangan

harus

mengaitkan

Terlazim)dengan

tugasan

pembelajaran (Ransangan Tidak Terlazim)  Murid boleh dibimbing untuk membuat kemahiran generelisasi dan diskriminasi dengan tepat dengan memberi pelbagai contoh yang berkaitan.  Murid perlu diberi latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim  Membantu murid untuk memulih ingatan dengan memberi masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran boleh dihilangkan  Pelbagai rangsangan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan  Dapat memberi ganjaran atau peneguhan untuk respon yang betul  Dapat menilai aspek kesediaan pelajar dari segi psikomotor,afektif dan kognitif  Adanya peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini  Menumpukan kepada latihan gerak balas yang berulang-ulang.  Peneguhan posiitf yang diberikan sebagai satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Jawapan soalan 5(b). Pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran adalah penting sebelum proses pembelajaran. Berdasarkan pengalaman mengajar anda, bincang penyataan ini.

Pengetahuan teori-teori pembelajaran sememangnya penting sebelum proses pengajaran. Menurut Cohen R, ahli teori sosiologi, bahawa teori ialah satu set pernyataan sejagat yang ada pertalian anatara satu sama lain. Ia mengandungi definisi dan pernyataan yang menggambarkan pertalian antara dua perkara yang dianggapkan benar.Ia juga mengandungi ayat-ayat yang menggambarkan

peraturan

bagi

membentuk

pernyataan

yang

baru.

Ringkasnya teori ialah idea yang tercetus daripada beberapa oernyataan yang berhubungkait antara satu sama lain. Teori berubah-ubah mengikut masa dan dapatan. Secara umunya teori ialah: 1. Haruslah mengandungi pernyataan-pernyataan yang berhubungkait diantara satu sama lain 2. Teori haruslah mengandungi definisi-definisi dan pernyataan-pernyataan yang mengambarkan andaian berasaskan kajiselidik atau eksperimen yang telah dijalankan. Kepentingan teori pembelajaran ialah daripada andaian-andaian mengenai apa

yang

dimaksudkan

dengan

pembelajaran,

membentuk

andaian

bagaimana pembelajaran berlaku dan juga apakan faktor –faktor penting yanmg sentiasa mempengaruhi pembelajaran serta kesan-kesan faktor terhadap pelajar. Teori pembelajaran ialah” pendapat atau idea –idea ahli psikologi pendidikan yang cuba menghuraikan apakah yang dimaksudkan denga pembelaajran, bagaimana pemebelajaran berlaku dan apakah faktorfaktor yang mempengaruhi proses pembelajaran. Teori pembelajaran penting kepada guru sebagai pendekatan kepada satu bidang pengetahuan, aiatu satu cara menganalisisi dan menghuraikan pemebelajaran

serta

satu

cara

menjalankan

pengkajian

mengenai

pembelajaran. Melalui pengetahuan tentang teori pembelajaran kita dapat menonjolkan

pendapat-pendata

ahli

kajiselidik

mengenai

apakah

pemebelajarna yang ahrus dikaji, apakaha pembolehubah bebas yang perllu dikendalikan, apakah pembolehubah bergantung yang perlu dikaji, apakah teknik kaji selidik yang perlu digunakan untuk menghuraikan kajiselidik. Umumnya, ia dapat mendorong ke arah menjalankan kajiselidi dan kearah

pemikiran saintifik.Melalui teori pembelajaran jelas pada yang harus diselidik dan bagaimana kita harus mentafsirkan hasil penyelidikan itu. Pentingnya teori kepada kita adalah untuk menghuraikan pengetahuan yang luas mengenai hukum-hukum pemebelajaran dengan cara yang mudah dan ringkas. Teori memainkan peranan

untuk cuba menghuraikan perkara-

perkara yang berkaitan dnegan hukum-hukum pembelajaran dengan seberapa mudah dan ringkas. Selain itu juga penting untuk menghuraikan apakah yang dikatakan pembelajaran, mengapa dan bagaimana pembelajarna berlaku dan apakah faktof-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran itu. Teori Disiplin Mental salah satu teori yang membantu guru dalam pembelajarannya. Falsafah disiplin ini ialah: 1. Mengadakan jadual waktu untuk mendisiplinkan pelajar terhadap pembelajaran mengikut masa tertentu. 2. Mengadakan latihtubi dalam berbagai mata pelajaran 3. memberikan kerja-kerja rumah yang wajib diselesaikan dalam tempoh masa tertentu yang ditetapkan oleh guru Contoh aplikasi teori Disiplin mental dalam pembelajaran ialah: 1. melatih

kanak-kanak

mengenal

perkataan-perkataan

yang

disenaraikan 2. guru menggunakan kad imbasan bagi melatih kanak-kanak mengenal bentuk perkataan dengan cekap. 3. mengadakan latihtubi (dari segi melihat, menyebut dan mengeja) 4. kerap menguji kecekapan kanak-kanak mengenal, menebut dan mengeja perkataan. 5. mengadakan latihan menghafal menyebut dan mengeja perkataan. 6.Mengadakan latihan membaca secara bergilir-gilir.

Related Documents

Psikologi Pendidikan
May 2020 17
Psikologi Pendidikan
December 2019 26
Psikologi Pendidikan
October 2019 29
Pendidikan Psikologi
June 2020 18
Psikologi Pendidikan
April 2020 26
Psikologi Pendidikan
May 2020 25

More Documents from "Zamzam"