DEFINISI PENDIDIKAN konsep tradisional :
Proses penitisan ilmu daripada seorang guru kepada seorang murid atau beberapa orang murid. Perhubungan diantara guru dan murid ialah perhubungan sehala di mana guru menyampai, murid mendengar atau menerima(Abdul Rahim M.Ali, 2001). Konsep moden:
Kini tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi guru berperanan sebagai pembimbing dan pengurus, iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal bilik darjah. Murid pula sentiasa mencari ilmu dan bersifat aktif(Choong Lean Keow, 2008)
Menurut Huitt, 1994: Istilah guru berkesan (effective teacher) pula bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar .
KREATIF
CIRI-CIRI GURU YANG BERKESAN
BERPENGETAHUAN
PROFESIONAL
BERPENGETAHUAN menyedia dan mengikuti Rancangan Mengajar
Harian sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran mereka. - persediaan mengajar guru akan melibatkan masa yang berbeza mengikut pencapaian murid, kelas, bahan, dan pengetahuan guru menentukan terlebih dahulu objektif pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan pencapaian murid. guru juga berpengetahuan tinggi dan berperanan sebagai pembimbing dan perantara.
KREATIF Keupayaan untuk mempelbagaikan metod
pengajaran dan pembelajaran seperti; a) Bercerita b) Lawatan c) Peta minda . Bersikap terbuka dan fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran seperti; a) Sedia menerima idea-idea pelajar b) Menggalakkan pelajar menyoal
TAHAP PROFESIONALISME GURU melengkapkan diri mereka dengan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran Penguasaan ilmu disiplin psikologi sosial . - dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku pelajar dengan baik. Berperanan sebagai pembimbing bagi menangani masalah pembelajaran dan sosioemosi di kalangan pelajar. - pelajar yang mengalami masalah sosioemosi seperti rasa takut, kecewa dan bosan guru berperanan membimbing pelajar ini supaya dapat membina sifat keyakinan diri semula dan melibatkan aktiviti pembelajaran secara aktif dengan pelajar lain.
mempunyai kelebihan dalam menangani
pelbagai tingkah laku dikalangan pelajar dan ia juga telah membantu pelajar dalam meningkatkan tahap pembelajaran mereka. - Guru juga sentiasa berusaha mengesan dan menilai kecenderungan dan tahap kebolehan pelajarnya
Menurut Yaxley.B.G.(1991), pengajaran adalah merupakan satu tindakan bertujuan untuk membawa perubahan daripada segi kepercayaan, nilai dan makna. Beliau juga berpendapat bahawa pengajaran itu merupakan satu intelek yang mana ia melibatkan pemikiran, perasaan, penilaian dan interaksi antara guru dengan pelajar-pelajar serta pelajar dengan pelajar.
PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN BERKESAN
KOMUNIKASI
BAHAN BANTU MENGAJAR
PERSEKITARAN Guru perlu sentiasa peka dengan tingkah laku
pelajar serta sentiasa bersedia dengan pelbagai tindakan alternatif kearah penyesuaian pengajaran dan pembelajaran. - pelajar yang mempunyai tahap kefahaman yang rendah, teknik pengajarannya haruslah dirancang mengikut tahap pemikiran mereka. Semasa meyediakan sumber pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru perlu memikirkan cara-cara penggunaan iaitu sama ada perlu digantung, dilekatkan, disandarkan atau diedarkan
Guru juga perlu mewujudkan suasana yang
bebas dan menyenangkan tanpa sekatan dan mendorong pelajar bergerak ke arah merealisasikan diri. - pembelajaran dipengaruhi oleh cara pelajar menerima dirinya, mata pelajaran yng dipelajarinya, proses persekolahan dan yang penting guru yang mengajar mereka
KOMUNIKASI Interaksi yang baik amat penting bagi
menunjukan sikap motivasi pelajar. - Kemahiran disiplin psikologi guru dapat membantu mempertingkatkan lagi keberkesanan komunikasi pelajar sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilk darjah. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham
Guru juga perlu bijak menyusun strategi agar
suasana berinteraksi antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantumembantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan.
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) Bahan mestilah berkaitan dengan
matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Bahan haruslah mengandungi unsurunsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan. Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar.
Adanya guru yang berkesan akan menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.