Wawasan Dan Pendidikan Di Malaysia

  • Uploaded by: erlina
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wawasan Dan Pendidikan Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 4,279
  • Pages: 16
10

Pengenalan

Pembangunan di Malaysia telah berkembang dengan begitu pesat ke seluruh negara. Aspek pembangunan ini meliputi semua bidang termasuklah juga bidang pendidikan yang turut tidak terkecuali menerima arus perubahan semasa. Tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan yang berlaku pada masa ini bergerak seiringan antara satu sama lain. Menjelang abad ke-21, Malaysia berharap ingin dikenali sebagai sebuah negara membangun secara menyeluruh. Dalam era globalisasi ini, kita semakin cenderung untuk berhadapan dengan pelbagai bentuk halangan dan cabaran dalam usaha untuk mencapai kemajuan. Secara tidak langsung kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk meneruskan langkah pembangunan yang telah bertapak sejak awal kemerdekaan lagi. Realitinya, proses pemodenan, urbanisasi dan perindustrian alaf baru menuntut kita melakukan pembaharuan atau perubahan dalam setiap aspek yang penting dalam kehidupan kita. Dalam usaha menempuhi cabaran abad ke-21 ini, kita perlu berfikir secara kreatif untuk memastikan kita berjaya mencapai tahap kemajuan yang diingini. Lantaran itu, pemimpin terdahulu telah merencanakan pelbagai langkah dan usaha untuk merealisasikan impian tersebut. Semakin hari semakin banyak langkah pemodenan yang diperkenalkan oleh kerajaan agar rakyat dapat lebih merasakan lebih banyak nikmat kemerdekaan. Adakalanya kita terlepas pandang akan peri pentingnya pelaksanaan sesuatu usaha dari kerajaan itu sehinggalah kita dapat merasakan perkara itu dalam diri kita sendiri. Bertitik tolak dari perkara tersebut, kita perlu lebih peka dan sentiasa mengambil perhatian dalam setiap projek pembangunan yang dicadangkan oleh kerajaan agar kita tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat Malaysia umumnya. Pendidikan dan pembangunan negara mempunyai perkaitan yang begitu ketara kerana ia saling bergantung sesama sendiri. Peranan pendidikan dalam menentukan hala tuju pembangunan negara kita sememangnya amat penting. Tanpa pendidikan, pembangunan akan bergerak dengan kadar yang amat perlahan

sehingga

adakalanya

mencapai

tahap

yang

membimbangkan.

Sementara itu, tanpa pembangunan yang terancang pula, pendidikan tidak akan dapat terus berkembang bagi memenuhi keperluan semasa. Tetapi adakah kita sudah cukup bersedia untuk berhadapan dengan semua cabaran dan halangan yang bakal muncul?

Rajah 1.1 Peta Konsep Pembangunan dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan 20

Wawasan 2020

Pada 28 Februari 1991, Tun Dr Mahathir yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia telah mengemukakan Wawasan 2020 dalam Sidang Majlis Perdagangan Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur (Soon Sang, M., 2006, p.155). Melalui Wawasan 2020 ini, kerajaan telah meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam semua aspek dan meliputi bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan juga kebudayaan. Secara jelasnya, kerajaan telah menetapkan satu titik kemuncak atau tempoh masa untuk negara kita Malaysia akan mampu berdiri sama gah dengan negara maju yang lain tetapi dengan acuan kita sendiri dan masih lagi mengekalkan norma-norma ketimuran. Maksudnya di sini, kita menginginkan sebuah negara yang bukan sahaja menitikberatkan kemajuan fizikal semata-mata tetapi juga kemajuan bersepadu (Ramlah, Shakila, Abdul Hakim & Muslimin, 2008, p.219). Wawasan 2020 telah diwujudkan dengan sembilan cabaran yang meliputi semua aspek secara menyeluruh bagi menghasilkan sebuah negara yang hampir sempurna. Bagi memudahkan kita untuk melihat kerelevanan Wawasan 2020 dalam pembangunan pendidikan negara, kita akan cuba menyelusuri semua cabaran tersebut secara ringkas.

Rajah 1.2 Sembilan Cabaran dalam Wawasan 2020 Dimulakan dengan cabaran yang pertama iaitu untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Negara bangsa yang dimaksudkan adalah sebuah negara yang mempunyai kelompok masyarakat dari pelbagai kaum atau etnik yang bersatu dalam menjalani kehidupan dengan menikmati hak yang sama rata bagi membentuk sebuah “Bangsa Malaysia”. Rakyat Malaysia pada tahun 2020 seharusnya menjadi sekumpulan masyarakat yang sedar akan tanggungjawab mereka untuk menumpahkan taat setia mereka pada negara tercinta tanpa ada rasa berbelah bahagi. Sementara itu, cabaran kedua pula mengkhusus kepada usaha untuk membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan. Melalui cabaran ini, rakyat Malaysia perlu menanamkan keyakinan yang tinggi serta rasa bangga diri yang positif dalam diri mereka bagi mencapai kecemerlangan. Selain itu, kita juga perlu bersedia menghadapi semua rintangan pada masa akan datang. Tambahan pula dalam usaha mencapai kemajuan, bukan sedikit halangan yang akan hadir. Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang berwawasan, kita mesti sentiasa berusaha untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain. Cabaran ketiga dalam Wawasan 2020 ini adalah untuk memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Malaysia merupakan sebuah negara

yang

mengamalkan

sistem

Demokrasi

Berparlimen

dan

Raja

Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 (Ramlah, et al, 2008, p. 161). Dengan pengaplikasian sistem pemerintahan demokrasi dalam negara, rakyat atau masyarakat mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan itu. Atas kesedaran ini, kerajaan ingin mewujudkan

masyarakat

yang

matang

dan

mampu

memahami

sistem

demokrasi negara yang lebih menjurus kepada pemuafakatan dan musyawarah serta

menjadi

contoh

ikutan

negara-negara

yang

lain.

Rakyat

Malaysia

diharapkan dapat menggunakan hak-hak demokrasi dengan sewajarnya tanpa dipengaruhi oleh sebarang anasir-anasir buruk sama ada dari dalam ataupun luar negara. Seterusnya, cabaran keempat yang diutarakan adalah mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika. Kemajuan dari segi akhlak merupakan satu aspek pembangunan yang selalu dilupakan sama ada secara sengaja ataupun

tidak. Negara maju pada masa ini sering mengalami masalah sosial yang teruk lantaran pengabaian dalam pembangunan akhlak dalam kalangan rakyatnya. Seperti yang dinyatakan tadi, matlamat Wawasan 2020 adalah mewujudkan sebuah negara yang maju secara menyeluruh. Kenyataan ini membawa maksud, sekiranya cabaran ini dapat dicapai, negara kita akan memiliki warga yang patuh pada agama, mengamalkan cara hidup dan budaya yang sesuai dengan ciri-ciri negara maju dalam acuan kita sendiri. Cabaran yang kelima pula menetapkan matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi. Bagi negara kita Malaysia, kepelbagaian kaum dan agama dalam sesuatu masyarakat sudah menjadi perkara yang biasa. Kepelbagaian ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya mampu hidup bersama dengan harmoni dan aman damai. Sebagai usaha untuk memastikan keberlangsungan keamanan dalam negara kita ini, masyarakat perlu bersikap lebih matang, berfikiran terbuka dan bertolak ansur dalam menjalani aktiviti seharian. Kerajaan juga telah memulakan langkah untuk mengatasi cabaran ini dengan mewujudkan beberapa dasar dan mengamalkan sistem demokrasi. Jika kita teliti cabaran yang keenam, kita akan dapat melihat usaha kerajaan untuk membina masyarakat yang maju dan saintifik. Di sini, kita akan menyaksikan betapa pentingnya peranan pendidikan dalam pembangunan negara dan juga peranan pendidikan dalam merealisasikan cabaran Wawasan 2020. Tetapi isu ini akan dibincangkan dalam subtopik yang berikutnya. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sebuah negara yang maju atau masyarakat yang maju perlu mencapai kemajuan dalam bidang sains. Penggunaan atau aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan kita merupakan penentu kepada tahap kemajuan sesuatu bangsa atau negara. Sekiranya kita ingin menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, kita perlu mempelajari lebih banyak ilmu berasaskan sains dan teknologi. Cabaran yang ketujuh menekankan usaha untuk mewujudkan masyarakat berbudaya

penyayang.

Masyarakat

penyayang

sering

dicirikan

dengan

kehidupan masyarakat yang bermuafakat, saling memahami dan menghormati, bekerjasama dan saling membantu (Ramlah, et al, 2008, p. 222). Bagi mengatasi cabaran ini, institusi kekeluargaan menjadi titik tolak kepada pembangunan masyarakat. Sebuah institusi keluarga yang kukuh dan mantap akan melahirkan

masyarakat yang penyayang, tidak mementingkan diri sendiri serta sentiasa berusaha untuk menerapkan nilai murni dalam setiap aspek kehidupan. “Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya” merupakan cabaran kelapan yang perlu diatasi bagi mencapai kejayaan dalam Wawasan 2020. Sesebuah negara yang mampu membahagikan ekonominya dalam kadar sama rata bagi semua rakyat akan dapat bangkit sebagai sebuah negara maju. Pengagihan kekayaan yang tidak sama akan menghadirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka sekaligus mencetuskan pelbagai masalah dalaman dalam negara. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menghalang perkara ini daripada berulang kembali dengan cara melaksanakan pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru supaya keadilan ekonomi terjamin dan dalam masa yang sama boleh membantu rakyat untuk memperbaiki taraf hidup masing-masing. Cabaran terakhir dalam Wawasan 2020 adalah untuk memupuk dan membina masyarakat makmur. Kestabilan ekonomi dan kemewahan hidup boleh dikatakan sebagai ciri masyarakat yang makmur. Hal ini kerana dengan taraf hidup yang tinggi, sesebuah masyarakat itu tidak lagi mengalami kemiskinan dan dalam masa yang sama menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia menjelang tahun 2020 adalah sebuah masyarakat yang mampu bersaing, dinamis dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Sekiranya kita meneliti semua cabaran tersebut dengan mendalam, kita akan dapat melihat bahawa bidang pendidikan memainkan peranan penting sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam usaha untuk mengatasi cabaran Wawasan 2020. Realitinya, generasi masa ini yang akan menggalas tanggungjawab pemimpin lepas untuk mempertingkat pembangunan negara pada masa hadapan. Namun begitu, ia tidak semudah yang disangka. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu mempersiapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan agar kejayaan dapat diperoleh. 2.1

Wawasan Pendidikan

Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd. Noordin, Ketua Pendidikan Malaysia, mengemukakan tujuh bidang jurusan pendidikan dalam kertas kerjanya yang bertema Pengisian Wawasan Pendidikan di Persidangan Pendidikan Nasional pada 8 hingga 11 April 1993 (Soon Sang, M., 2005, p. 44). Antara intisari yang terkandung dalam Wawasan Pendidikan ini ialah:



Perpaduan di antara pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa.



Pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti dan memiliki sifat untuk mencuba dan memikul risiko.



Perkhidmatan penyayang yang mengutamakan penghargaan nilai-nilai kemurnian.



Empowerment,

iaitu berkongsi kuasa dengan anggota-anggota sekolah

untuk melaksanakan program sekolah melalui kaedah reflektif, inovatif, kreatif dan asertif.



Budaya ilmu yang boleh melahirkan pelajar agar mencintai ilmu melalui budaya

membaca,

belajar,

berfikir,

berwacana,

menulis

dan

juga

berkarya.



Sekolah Penyayang yang mengiktiraf harga diri manusia supaya pelajar mencintai guru, sekolah dan pembelajaran mereka sehingga masalah disiplin dikurangkan ke tahap zero defect dan sekolah pun menjadi tempat sebagai ‘sekolahku, rumahku’.



Budaya cemerlang dalam budaya kerja, budaya ilmu, akhlak dan sahsiah peribadi. (Sumber: Soon Sang, M., 2005, p. 44) Berdasarkan Wawasan Pendidikan yang dikemukakan ini, kerajaan begitu

berharap

agar

sekolah

dapat

menyahut

cabaran

Wawasan

2020

untuk

melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan dalaman yang tinggi untuk berhadapan dengan sebarang halangan dan dugaan. Tidak dinafikan bahawa perancangan sesuatu program itu boleh dikatakan hampir sempurna dan boleh mengatasi permasalahan yang dikemukakan. Tetapi, masalah sering timbul dari segi pelaksanaan program tersebut. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan agar wawasan ini berjaya mencapai matlamatnya. Di samping itu, Wawasan Pendidikan juga telah disokong oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan dan juga Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam usaha untuk mewujudkan dan melahirkan generasi berpendidikan yang memiliki keperibadian yang lebih baik berbanding sekarang.

3.0

Dasar Pendidikan Negara

Dasar pendidikan di negara ini telah bermula seawal zaman pemerintahan penjajah lagi. Semasa pemerintahan British, dasar pendidikan lebih menjurus kepada pendidikan yang lebih menekankan kepentingan bangsa penjajah semata-mata. Sebarang usaha untuk memajukan sistem pendidikan pada masa itu hanyalah untuk menjaga kepentingan mereka (penjajah) sahaja. Sebagai contoh, masyarakat Melayu diberi pendidikan setakat boleh membaca dan menulis sahaja. Tujuannya adalah untuk menyediakan tenaga kerja seperti kerani dan pemandu untuk pegawai-pegawai British. Selain itu, pemerintah British juga tidak mahu kebangkitan yang berlaku di India akibat perkembangan pendidikan berulang kembali di Tanah Melayu. Dalam pada itu, pihak penjajah juga ingin mengekalkan status quo dalam memberikan pendidikan. Menurut dasar ini, keutamaan diberikan kepada kepada golongan yang mampu untuk mendapatkan pendidikan. Maksudnya, golongan masyarakat bawahan akan terus menjadi golongan buruh kerana kerana tidak mampu mendapatkan pendidikan sementara masyarakat golongan atasan akan terus kekal dengan taraf elit mereka (Sufean Hussin, 2008, p.85). Era

kemerdekaan

perubahan

yang

sehingga

ketara

dalam

tahun dasar

1990-an

telah

pendidikan

mula

negara.

menunjukkan Jika

sebelum

kemerdekaan pemikiran peribumi dikongkong oleh dasar diskriminasi dan sekatan daripada pihak penjajah, selepas kemerdekaan mereka lebih sedar akan kepentingan pendidikan. Bermula dari tahun 1957 sehingga kini, kita dapat menyaksikan betapa pesatnya pembangunan di Malaysia terutamanya dalam bidang pendidikan. 3.1

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Seperti yang telah dinyatakan dalam topik Dasar Pendidikan Negara, kita telah pun mengetahui bahawa Dasar Pendidikan di negara kita telah bermula sejak pemerintahan British lagi. Akan tetapi, dasar pendidikan telah berubah sejak negara

mencapai

kemerdekaan.

Matlamat

pendidikan

turut

mengalami

perubahan iaitu daripada lebih mementingkan keperluan bangsa penjajah kepada penumpuan terhadap kepentingan kepada masyarakat pribumi Malaysia khususnya. Dari segi bahasa dasar boleh didefinisikan sebagai asas, iaitu ketetapan yang menjadi pegangan atau tunggak tindakan dan urusan. Perkataan Inggeris yang seerti dengan dasar ialah policy (Sufean, 2008, p. 74). Di sini kita merujuk

kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan yang digubal sebagai lanjutan daripada Akta Pendidikan 1996. Kerajaan Malaysia telah menghasilkan dokumen yang mengandungi dasar dan strategi pelaksanaan agar dapat dijadikan rujukan atau panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan (Lean Keow, C., 2008, p. 49). 3.2

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia

Selaras

dengan

dasar

pendidikan

yang

telah

direncanakan,

Kementerian

Pendidikan Malaysia yang memikul tanggungjawab sebagai tunggak kepada pembangunan pendidikan di Malaysia mempunyai misi tersendiri yang perlu dilaksanakan.

Terdapat

dua

misi

utama

yang

menjadi

tumpuan

pihak

kementerian. Dua misi tersebut ialah: i)

Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya.

ii)

Memenuhi aspirasi negara kita. (Sumber: Lean Keow, C., 2008, p. 49) Misi pendidikan yang diutarakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

sebenarnya mempunyai perkaitan secara langsung dengan pembangunan negara pada masa akan datang selaras dengan usaha untuk menyahut cabaran dalam Wawasan 2020. Kerajaan telah merangka satu dasar yang melibatkan semua pihak untuk berganding bahu bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dalam pada itu, semua aspek yang berkaitan dengan usaha ini tidak terkecuali mengalami perubahan termasuklah perguruan dan juga bidang penyelidikan dalam pendidikan. Dalam perjuangan untuk mencapai kemajuan, sudah pasti ada matlamat yang perlu dicapai. Begitu juga halnya dengan Dasar Pendidikan Negara yang telah menggariskan empat matlamat sebagai ukuran pencapaian dalam bidang pendidikan. Matlamat yang dimaksudkan adalah seperti berikut: i)

Melahirkan bangsa Malaysia yang bersifat taat setia dan bersatu padu.

ii)

Melahirkan warga Malaysia yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera.

iii)

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan pembangunan negara.

iv)

Menyediakan peluang-peluang pendidikan yang sama bagi semua rakyat Malaysia. (Sumber: Lean Keow, C., 2008, p. 50)

3.3

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia. 2000. Sukatan Pelajaran KBSM Sekolah Menengah: Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) Idea untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah wujud pada tahun 1979 ekoran daripada penerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah ini digubal daripada usaha kita berfikir dengan akal logik iaitu berfikir secara rasional dan kritis berlandaskan kepada fahaman negara sesuai dengan prinsip Rukun Negara dan Dasar Pendidikan. Dengan berpegang kepada falsafah ini, segala usaha yang dirancangkan berkaitan dengan pendidikan akan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memberi panduan kepada sebarang rancangan untuk mempertingkat sistem pendidikan di negara kita. Dalam masa yang sama, falsafah ini juga menjadi sumber rujukan dan bimbingan kepada pihak-pihak yang memerlukan bantuan seperti para pendidik untuk melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pencorak generasi masa hadapan. Selain mengawal penyelewengan yang mungkin berlaku dalam bidang pendidikan, falsafah ini juga memainkan peranan penting dengan menjadi batu asas

kepada

pembentukan

matlamat

pendidikan

dan

juga

bahan-bahan

pengajaran. Kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu sebagai pelengkap kepada kepada Dasar Pendidikan kebangsaan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan di atas, dapat dilihat dengan jelas hala tuju sistem pendidikan di negara kita

(Ramlah, et al, 2008, p.215). Tanpa wujudnya aras penunjuk dalam pendidikan, agak sukar bagi kita untuk membina kejayaan seperti yang dihasratkan oleh kerajaan lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan. Kita amat beruntung kerana pendidikan di negara ini mendapat perhatian khusus daripada pihak kerajaan. Sebagai bukti, kita boleh menyaksikan kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar dalam belanjawan setiap tahun. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya pendidikan dalam pembangunan sesebuah

negara.

Justeru,

kerajaan

telah

menetapkan

matlamat

dalam

menentukan hala tuju pendidikan negara ini. Matlamat Pendidikan Negara memfokuskan kepada usaha untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik (Soon Sang, M., 1993, p.8). Lazimnya, ideologi atau fahaman negara menjadi faktor penentu kepada Matlamat Pendidikan Negara. Di sinilah kita boleh sejauh mana Falsafah Pendidikan Negara menjadi haluan dan pedoman dalam mencapai matlamat pendidikan negara kita. 3.4

Rukun Negara

Seterusnya,

sebelum

kita

membincangkan

peranan

pendidikan

dalam

pembangunan dengan lebih lanjut, kita akan memperincikan prinsip Rukun Negara. Hal ini kerana Rukun Negara merupakan salah satu daripada dasar sosial yang mempunyai perkaitan dengan pembangunan dalam pendidikan. Rukun Negara juga dikenali sebagai de facto Malaysian pledge of allegiance (Lean Keow, C,. 2008, p.117). Gagasan

pembentukan

Rukun

Negara

diasaskan

daripada

prinsip

Pancasila di Indonesia dan merupakan kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969. Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) telah diamanahkan untuk membentuk satu ideologi negara yang mampu menyatupadukan rakyat Malaysia agar peristiwa rusuhan kaum itu tidak berulang kembali. Atas perundingan yang terperinci, Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 dengan bermatlamatkan kepada usaha

untuk

mengukuhkan

perpaduan,

memelihara

corak

hidup

yang

demokratik, mencipta sebuah masyarakat yang adil, menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai dan membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi (Ramlah, et al, 2008, p.211). Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut: •

Kepercayaan kepada Tuhan



Kesetiaan kepada Raja dan Negara



Keluhuran Perlembagaan



Kedaulatan Undang-undang



Kesopanan dan Kesusilaan

Dalam prinsip pertama Rukun Negara, agama menjadi fokus penting kerana masyarakat yang mempunyai pegangan agama akan lebih mudah ditadbir dan dalam masa yang sama lebih bertanggungjawab. Walaupun agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi negara kita dalam Perlembagaan Malaysia tahun 1963, penganut agama lain bebas untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing. Dengan syarat, aktiviti yang mereka lakukan tidak akan menyentuh sensitiviti agama lain. Prinsip kedua pula lebih menekankan kepada aspek kesetiaan terhadap pemerintah terutamanya taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan juga pemimpin yang lain. Rakyat Malaysia bersatu di bawah payung kedaulatan Raja. Lantaran itu, Raja menjadi simbol perpaduan rakyat dan pada masa yang sama menjadi pelindung kepada hak-hak peribumi. Tidak cukup dengan berbakti kepada Yang di-Pertuan Agong, kita juga perlu memelihara keharmonian dalam negara yang kita diami ini. Keluhuran perlembagaan yang dimaksudkan dalam prinsip Rukun Negara yang ketiga adalah tuntutan dari kerajaan kepada rakyat agar mematuhi dan mempertahankan

Perlembagaan

Malaysia.

Hal

ini

kerana

perlembagaan

merupakan undang-undang yang tertinggi dalam sesebuah negara. Dengan mematuhi perlembagaan ini tanpa mempertikaikan isu-isu yang sensitif, kita mampu hidup bersama dalam satu komuniti yang harmoni. Seterusnya prinsip keempat menekankan kedaulatan undang-undang. Sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan, kita perlu patuh pada setiap undang-undang yang telah digariskan. Begitu juga halnya dengan undangundang yang telah digubal untuk negara ini. Keamanan dan kemakmuran negara hanya akan tercapai jika kita bekerjasama dengan cara tidak melakukan kesalahan yang akan memungkinkan kita untuk menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan kita. Kerjasama antara semua rakyat amat penting untuk memastikan undang-undang kita berada pada kedudukan yang tertinggi. Prinsip kelima yang akan kita teliti adalah gambaran umum tentang masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

sesuai

dengan

prinsip

untuk

melahirkan

individu

yang

bersopan

dan

bertatasusila. Kesopanan dan kesusilaan merupakan jaminan kepada sebuah kehidupan yang lebih harmoni dan aman damai sekiranya ia dipraktikkan dengan sewajarnya. Rukun Negara pernah menjadi dasar pendidikan selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum. Hal ini kerana Rukun Negara merupakan ideologi negara yang digubal khusus untuk mengatasi masalah yang berlaku ketika itu. Sesuai dengan kedudukannya sebagai fahaman negara kita, Rukun Negara menjadi sumber rujukan dan panduan dalam penggubalan kurikulum. Lantaran itu, kurikulum di negara kita menekankan perpaduan serta mata pelajaran Sains dan Matematik (Ah Meng, E., 1997, p.24). Dan sehingga kini ia lagi relevan dalam konteks kehidupan masyarakat termasuklah dalam bidang pendidikan. 40

Peranan Pendidikan dalam Pembangunan Negara

Setiap individu mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai pendidikan. Mengikut pandangan umum, pendidikan ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu. Sekiranya kita merumuskan pandangan setiap individu berkenaan definisi pendidikan,kita akan mendapati bahawa : “Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya

dapat

memberi

kegembiraan,

faedah

dan

kemajuan

dalam

kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.” (Sumber: Soon Sang, M., 2006, p.15) Dalam bidang pendidikan, guru merupakan pemudah cara kepada muridmurid atau para pelajar untuk mendalami dan memahami sesuatu ilmu pengetahuan. Secara umumnya, guru merupakan agen perubahan yang mendidik dan melahirkan generasi yang akan datang, bertanggungjawab merealisasikan cita-cita dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dengan berlandaskan kepada Matlamat Pendidikan Kebangsaan (Soon Sang, M., 2006, p.157).

Cabaran keenam Wawasan 2020 “ ….. the challenge of establishing a scientific and progressive society, a society that is innovative and forward-looking, one that is not only a consumer of technology but also a contributor to the scientific and technological civilization of the future.” Berdasarkan kepada pernyataan di atas, ternyata sudah jelas bahawa pendidikan dalam era globalisasi ini menuntut perubahan dan pembaharuan yang berkaitan dengan perkembangan teknologi. Pendidikan menjadi alat pembangunan bagi merealisasikan impian cita-cita menjadikan Malaysia negara membangun sepenuhnya menjelang abad ke-21 (Abd. Rahim, 1999, p.5). Pembentukan negara bangsa memerlukan penekanan kepada aspek sains, teknologi dan era informasi maklumat. Dalam Rancangan Malaysia kelapan, kerajaan berharap agar semua maktab dilengkapi dengan sistem ICT

agar semua bakal guru dapat bersedia

menghadapi cabaran apabila mula bertugas kelak. Bagi mencapai cita-cita untuk membangunkan

negara

menjelang

abad

ke-21,

kerajaan

telah

memberi

tumpuan khusus terhadap bidang pendidikan ini. Kenapa? Persoalan ini akan terjawab

sebelum

kita

merumuskan

topik

ini.

(www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/MIEducation.pdf) Ledakan ilmu pengetahuan yang berlaku dalam era globalisasi kini banyak mempengaruhi penggubalan dasar kerajaan terutama sekali yang berkaitan dengan pendidikan. Kerajaan semakin giat melaksanakan dasar dan program inovasi dalam pendidikan bagi memastikan matlamat yang dirancang akan tercapai. Inovasi atau reformasi dalam pendidikan ini adalah bertujuan untuk menjadikan setiap projek yang direncanakan oleh kerajaan akan membuahkan hasil. Terdapat pelbagai projek yang telah dilaksanakan sejak awal tahun 1990an lagi. Dimulakan dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Melalui kurikulum ini, kerajaan berusaha mengatasi cabaran Wawasan 2020 yang keenam iaitu mewujudkan masyarakat sains yang berdaya cipta dengan menyerapkan unsurunsur sains dan teknologi dalam pendidikan. Dalam masa yang sama, subjeksubjek tertentu menjadi tumpuan utama terutamanya, Sains dan Matematik. Tumpuan khusus ini membawa kepada percubaan melaksanakan program

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Namun begitu, isu masih menjadi isu yang hangat diperdebatkan lantaran hasil yang diperolehi daripada program ini menimbulkan rasa kurang senang bagi pihak tertentu. Terdapat banyak program pendidikan lain yang dilaksanakan dengan tujuan untuk membawa pembangunan kepada negara pada masa hadapan. Antaranya ialah: 1. Sekolah Bestari •

Merupakan sekolah yang telah ditubuhkan dengan teknologi canggih dengan pengubahsuaian kurikulum agar sesuai dengan perkembangan pesat dalam era sains dan teknologi.

1. Sekolah Wawasan •

Ditubuhkan dengan tujuan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang menghapuskan jurang perkauman dan lebih bersifat cintakan negara. Pengelompokan tiga buah sekolah berlainan aliran dalam kawasan yang sama. Aliran tersebut ialah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

1. Sekolah Kluster •

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama. (Sumber:

http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/kluster)

1. Pendidikan PraSekolah •

Merupakan satu program bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaan kanak-kanak berumur 4-6 tahun dalam masa 1-2 tahun sebelum masuk Tahun 1 di sekolah rendah.

Bukan itu sahaja, dalam tahun 1990-an juga, pendidikan tinggi di Malaysia berkembang pesat dengan pertambahan institut pengajian tinggi yang baru. Sebagai contoh, jumlah politeknik di negara ini telah meningkat dari tujuh buah dalam tahun 1990 kepada 11 buah pada tahun 2004, dan dalam jangka masa yang sama jumlah universiti telah bertambah dari tujuh kepada 18 buah (Hock Guan, L., dalam Swee Hock, S. & Kesavapany, K., 2006, p.232). Pertambahan bilangan institusi ini selaras dengan dasar kerajaan dalam Rancangan Malaysia keenam (1991-1995) iaitu pembangunan sumber tenaga manusia merupakan teras utama matlamat pendidikan dan latihan. Dalam dasar

ini, kerajaan menggalakkan perkembangan bidang teknik dan vokasional sekaligus turut membawa kepada pembangunan pusat pengajian tinggi seperti politeknik dan universiti. Langkah ini adalah untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang berguna pada masa hadapan bagi memastikan matlamat pembangunan akan tercapai. Setiap projek yang dirancang oleh kerajaan ini sebenarnya mempunyai tujuan untuk jangka masa panjang. Kita boleh mengambil program Sekolah Bestari

sebagai

contoh.

Sekolah

ini

ditubuhkan

dengan

tujuan

untuk

mengaplikasikan sains dan teknologi dalam pendidikan. Dalam masa yang sama, untuk jangka masa panjang kerajaan sebenarnya sedang cuba untuk melahirkan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi. Perkara ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju pada masa akan datang. 40

Rumusan

Seharusnya kita tidak perlu lagi mempertikaikan usaha yang telah direncanakan oleh pihak kerajaan untuk pembangunan pendidikan dan negara. Sepatutnya kita lebih menumpukan kepada pelaksanaan projek yang telah dirancang itu. Hal ini kerana setiap perkara yang dirancangkan telah pun melalui proses perbincangan yang teliti dan telah disusun dengan rapi. Tetapi masalah akan tetap timbul dan menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat yang bijak untuk meminimumkan masalah tersebut. Wawasan 2020 merupakan antara rancangan kerajaan yang paling mendapat perhatian. Secara kasarnya dasar ini kelihatan seperti satu dasar yang khusus

kepada

pembangunan

ekonomi,

tetapi

jika

kita

meneliti

isi

kandungannya yang tersirat, kita akan mendapati bahawa ia merupakan satu dasar yang menyeluruh meliputi pembangunan pendidikan. Bertitik tolak dari dasar ini, perkembangan pendidikan di negara kita semakin berkembang pesat seiringan dengan pembangunan lain dalam negara. Perkaitan dan hubungan antara satu dasar dengan dasar yang lain tidak dapat dielakkan. Bagi mencapai kejayaan, satu usaha dari satu pihak sematamata tidak akan mencukupi dan berkemungkinan besar akan menyebabkan kegagalan. Atas sebab itu, dalam perbincangan yang telah dilakukan, kita menyedari bahawa dasar-dasar kerajaan saling bergantung dan juga merupakan pelengkap antara satu sama lain. Begitu juga dalam bidang pendidikan. Kita

telah melihat bahawa dasar yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara boleh membantu kerajaan mencapai hasat dan cita-cita mereka dalam Wawasan 2020. Justeru, sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang hidup dalam era perkembangan sains dan teknologi ini, kita perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya agar dapat mengatasi sebarang halangan dalam mencapai kejayaan yang diimpikan. Tanpa kita sedari, perubahan akan berlaku pada setiap detik. Dengan itu, perancangan dan pelaksanaan yang berkesan dalam pembangunan negara amat perlu bagi mengelakkan perubahan tersebut membawa kesan buruk terhadap kita.

Related Documents


More Documents from ""