Soalan 1
“Jelaskan mengapa kecerdasan emosi penting kepada guru”
Berikan 5 situasi yang berbeza dimana kecerdasan emosi berguna pada guru.
Kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang lain. Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ. Terdapat 5 situasi yang berbeza dimana kecerdasan emosi amat berguna kepada guru. 1.Sebagai seorang guru yang kreatif dalam rancangan pengajarannya, pengelolaan banyak aktiviti kumpulan dalam strategi dan teknik pengajarannya dapat memberikan murid banyak peluang untuk berinteraksi kepada rakan – rakan mereka. Situasi sedemikian rupa dapat mendedahkan mereka kepada banyak projek dan program yang harus di selesaikan dalam kumpulan seterusnya dapat membantu mereka berfikir dan berkomunikasi secara terbuka diantara satu dengan yang lain. 2.Dalam sesuatu sesi pengajaran did lam dan luar kelas,guru sentias amenggunakan teknik menyoal murid – muridnya dalam sesuatu topic perbincangan.Ini bagi membantu mewujudkan komunikasi dua hala diantara guru dan murid dan seterusnya dapat membantu guru dalam mengenalpasti tahap kecerdasn emosi seseorang pelajar melalui respon mereka terhadap persoalan yang diberikan oleh guru.Teknik ini juga dapat membantu guru dalam melibatkan murid secara aktif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
3.Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang tidak terhad juga dapat membantu guru dalam sesi P & P dijalankan.Penggunaan ABM yang menarik akan dapat menarik minat murid dalam pembelajarannya.Hal ini secara tidak langsung dapat membantu guru dalam melibatkan murid secar aktif semas sesi P&P dijalankan.Alat bantu mengajar yang sesuai juga dapat mewujudkan komunikasi yang sihat secara dua hala diantara guru dan murid. 4.Kedudukan bentuk fizikal di dalam kelas juga dapat membantu guru dalam proses P&P.Keadaan bilik darjah yang kondusif dpat meningkatkan minat dan citarasa murid untuk belajar secara aman dan selesa.sesorang guru harus memikirkan bentuk susun atur meja dan kerusi di dalam kelas agar minat dan keinginan untuk belajar lahir dalam diri murid. 5.Sebagai seorang guru yang baik,sikap demokratik dalam P&P amat berkesan dalam mewujudkan perhubungan dua hala yang baik diantara guru dengan murid.Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan tegang diantara murid dengan guru dan seterusnya mewujudkan sikap keberanian kepada murid untuk mengajukan pertanyaan.Ini dapat membantu guru dan murid dalam proses meningkatkan kecerdasan emosi murid.
Soalan 2 Sejauh manakah pengaruh baka dan persekitaran membentuk personaliti anda? Jelaskan.
Mengikut kajian ahli – ahli psikologi,proses pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang individu,sama ada dia menyerap cirri introvert,ekstrovert atau ambivert,adalah dipengaruhi oleh dua faktoryang utama,iaitu faktor baka dan faktor persekitaran: Faktor baka Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa dan diwarisi oleh anak-anak. Ciri-ciri tersebut merangkumi warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anakanak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Ia juga menetapkan had keupayaan, kemampuan fizikal dan mental, sama ada pandai atau sebaliknya. Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam teori perkembangan manusia, setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Tetapi kadar perkembangan setiap individu tersebut, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Secara amnya,pewarisan gen atau baka daripada ibubapa kita akan mempengaruhi dalam proses pembentukan personaliti kita,contohnya,sesorang individu yang mewarisi gen bentuk fizikal yang tinggi daripada ibubapanya akan mempunyai bentuk fizikal yang tinggi,manakala individu yang mewarisi gen bentuk fizikal yang rendah daripada kedua ibubapanya akan mempunyai bentuk fizikal yang rendah juga. Hasil kajian daripada kalangan ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara seorang individu dengan individu yang lain.
Faktor persekitaran Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek emosi, personaliti dan mental. Sebagai contoh, perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu. Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku di kalangan manusia. Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, berbudi pekerti, tolong menolong, rajin berusaha, tidak mudah putus asa, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna. Sebaliknya, masyarakat yang menitikberatkan aspek kebendaan dan duniawi semata-mata akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri, bersikap materialistik, lupa diri, serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan. Selain daripada itu, pendedahan kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupan juga merupakan salah sat daripada factor yang mempengaruhi. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahanbahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, penyebarab iklan yang meluas, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita sedia maklum, pendedahan kanakkanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanakkanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, lucah, atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini. Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.
Soalan 3 Berikan 5 kepentingan psikologi pendidikan kepada guru.
1. Melalui kajian tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia, guru dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar-pelajar dari segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi.
Oleh itu, guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran
sesuai dengan tahap perkembangan pelajar-pelajarnya. 2. Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku begini atau begitu, membantu pelajar lebih memahami diri mereka sendiri, membantu guru merangcang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang ditetapkan.
3. Guru juga dapat mereka cipta alat ujian yang mudah dalam mengenal pasti tahap perkembangan pelajar-pelajarnya terutama pelajar yang bermasalah. Setelah guru mengetahui aras perkembangan pelajar, dapatlah dia menyediakan program atau aktiviti yang sesuai untuk pelajar tersebut dalam meningkatkan prestasi pembelajarannya.
4. Guru juga dapat meramalkan tingkah laku pelajar, apa yang digemari pelajar dan
apa yang tidak disenanginya pada peringkat umur tertentu. Oleh itu, pengetahuan ini dapat membantu guru merancang peneguran yang sesuai untuk pelajarnya dalam usaha mengawal tingkah laku pelajar dan dalam memotivasi pelajar supaya rajin belajar.
5. Psikologi pendidikan akan dapat membantu guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar. Dengan ini, guru akan dapat membantu pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang positif.
6. Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu dalam bidang pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah, masalah ponteng sekolah, masalah merokok dan sebagainya. Data dan maklumat yang diperoleh akan dapat membantu guru membantu pelajar menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
ILMU PENDIDIKAN (KOMPONEN PSIKOLOGI PENDIDIKAN)
DISEDIAKAN OLEH: WADI BIN RINANTAI (850629-12-5611) (KPLI PENDIDIKAN JASMANI) AMBILAN JUN 2009
DISEDIAKAN UNTUK: TOMMY HJ.NOLLIE