Proses Permohonan Felda Jengka 14

  • Uploaded by: azmir
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Proses Permohonan Felda Jengka 14 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,359
  • Pages: 18
FELDA JENGKA 14

PENGENALAN Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FELDA adalah sebuah agensi pembangunan tanah yang utama di Malaysia. FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Akta Kemajuan Tanah 1956 hasil daripada syor Jawatankuasa Kerja Kerajaan. Tujuan FELDA ditubuhkan pada masa itu adalah untuk membantu pihak kerajaan melaksanakan rancangan pembangunan kawasan pedalaman dan membantu meningkatkan status ekonomi serta taraf hidup masyarakat di kawasan luar bandar. Pada asalnya, FELDA berfungsi sebagai sebuah lembaga yang menguruskan dan menyalurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan rancangan pembangunan tanah di negeri masingmasing, selain daripada menyelaraskan pembangunan tanah di negeri berkenaan termasuk perpindahan penduduk antara negeri. Kemudian fungsi FELDA telah diperluaskan oleh kerajaan dan mulai tahun 1961, FELDA telah diamanahkan oleh kerajaan untuk melaksanakan sendiri rancangan-rancangan pembangunan tanah dan pembangunan penempatan di seluruh negara. Sehingga kini, FELDA telah membuka dan membangunkan lebih kurang 480 buah kawasan baru berjumlah seluas 853,313 hektar yang dijadikan sebagai kawasan pertanian, perladangan dan penempatan. Seramai 112,635 jumlah orang telah dipilih sebagai peneroka daripada kalangan masyarakat pedalaman dan luar bandar yang miskin dan tidak bertanah. Mereka dan keluarga mereka masing-masing semuanya telah ditempatkan semula di penempatan-penempatan baru.

1

FELDA JENGKA 14

Pembangunan tanah dan pembangunan penempatan di kawasan pedalaman, yang mana merupakan sebahagian besar daripada kawasan di Malaysia

pada

masa

itu,

telah

membawa

kepada

perkembangan

pembangunan ekonomi dan sosial serta membawa kepada kestabilan politik negara pada masa kini. Melalui rancangan-rancangan pembangunan tanah dan penempatan yang dilaksanakan, FELDA telah dapat membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar serta dapat merapatkan jurang perbezaan kualiti hidup antara penduduk bandar dan luar bandar.

2

FELDA JENGKA 14

OBJEKTIF FELDA FELDA ditubuhkan dengan matlamat untuk: •

Memajukan kawasan pertanian secara produktif dan sempurna melalui amalan pengurusan pertanian yang

berkesan dari segi kebersihan

ladang, pengeluaran hasil yang maksimum dan bermutu baik, serta pengeluaran yang kosnya terkawal ke paras minimum. •

Menggerakkan

masyarakat peneroka supaya maju, produktif

dan

berdisiplin, meningkatkan taraf hidup yang lebih sempurna. •

Mewujud

jentera

pengurusan

yang

cemerlang

dan

bersifat

profesionalisme dengan beroreintasikan pembagunan sosial.

3

FELDA JENGKA 14

VISI FELDA Sebagai peneraju industri sawit dunia dan warga peneroka menjadi kelas pertengahan menjelang 2010.

MISI FELDA •

Pengurusan FELDA bertahap ‘world class’ dan menjadi pelaku global.



Pengeluaran hasil sawit dan getah setanding pengeluar terbaik di dunia.



Peneroka memperolehi pendapatan yang stabil.



Keluarga peneroka mempunyai tahap pendidikan yang sesuai.



Menikmati kemudahan infrastruktur yang moden.



Memiliki persekitaran yang harmoni dan sejahtera

4

FELDA JENGKA 14

LATAR BELAKANG FELDA JENGKA 14 ATAU FELDA RAYA JENGKA 14 Kumpulan kami telah memilih FELDA JENGKA 14 atau yang juga dikenali sebagai FELDA RAYA JENGKA 14 untuk projek akedemik kami. Kami telah memilih seorang peneroka Felda ini iaitu En. Hashim bin Hussin. Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang terdapat di sini iaitu sungai Jengka. Gugusan Jengka merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Gugusan

Jengka

juga

dikenali

sebagai

Segitiga

Jengka

kerana

kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran. Dengan adanya tanah rancangan-tanah rancangan FELDA ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Jengka.Bandar jengka adalah satu inspirasi bekas perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengwujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu. Tapi kini Bandar Jengka tidak lagi dimonopoli oleh orang melayu sahaja, kerana di kawasan Jengka 15 terdapat satu deret kedai telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu. Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah. Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25. Di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga. Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenalpasti kawasan yang lebih awal dibuka. Oleh itu satu-satu Jengka itu dinamakan sebagai Jengka 1 (Anggerik), Jengka 2, Jengka 3 (Dahlia), Jengka 4, Jengka 5, Jengka 6, Jengka 7, Jengka 8 (Kesidang), Jengka 9 (Kesumba), Jengka 10 (Mawar), Jengka 11 (Melati), Jengka 12,

5

FELDA JENGKA 14 Jengka 13 (Putri Malu), Jengka 14, Jengka 15, Jengka 16, Jengka 17, Jengka 18, Jengka 19, Jengka 20, Jengka 21, Jengka 22, Jengka 23, Jengka 24, dan Jengka 25. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25. Dalam kawasan Jengka juga terdapat tanah rancangan felda yang tidak menggunakan nama Jengka, kerana ianya telah di tubuhkan terlebih dahulu. Antaranya adalah felda Kampong Awah pada 1963, Felda Ulu Jempol pada 1965 dan Felda Sungai Nerek pada 1967. Setiap kawasan pertempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga. Sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai 'peneroka' dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.

6

FELDA JENGKA 14

PENDUDUK Sebagaimana di tanah rancangan Felda lain, penduduk Jengka digelar peneroka felda manakala isteri mereka digelar penerokawati. Para peneroka datang daripada seluruh Malaysia yang terdiri daripada rakyat termiskin (di bawah paras kemiskinan). Ramai di kalangan peneroka Jengka berasal daripada negeri-negeri utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dan juga dari negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Selain itu terdapat juga peneroka yang berasal dari negeri lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, selain daripada penduduk asal Pahang. Justeru itu dapat dilihat adat dan budaya yang bercampur-campur diamalkan di Jengka memandangkan para peneroka ini mengekalkan adat dan budaya dari kampung asal masing-masing.

7

FELDA JENGKA 14

PROSES PERMOHONAN MENDUDUKI FELDA SEHINGGA MENDAPAT HAKMILIK DI FELDA JENGKA 14 En. Hashim telah mendapat tahu tentang kewujudan Felda Jengka 14 permohonan menduduki Felda dari saudara yang terdekat. Maka En. Hashim telah membuat permohonan di rumah wakil rakyat Puan Sariah Kamisun pada tahun 1974. . Selepas 2 bulan kemudian, para peserta yang memohon berjaya telah dipanggil untuk temuduga di Dewan Rakyat Daerah Temerloh. Para peserta yang berjaya dalam temuduga , maka ia akan di panggil 3 bulan kemudian untuk diminta berpindah ke Jengka 14, Pahang pada 25/2/1975. Kos perpindahan kemudiannya boleh dituntut daripada pihak Felda. Minoriti peserta adalah berasal dari negeri-negeri di semenanjung Malaysia tetapi Majoritinya adalah anak jati Pahang sendiri. Kemasukan peserta dilakukan secara berperingkat iaitu 3 peringkat. Pada peringkat pertama seramai 140 orang peserta. Diikuti oleh 200 peserta pada peringkat kedua. Akhir sekali iaitu pada peringkat ketiga adalah seramai 140 orang peserta. Keseluruhannya adalah seramai 480 peserta yang telah berjaya memohon untuk menduduki penempatan berkelompok di Jengka 14, Pahang. Di

Felda

Jengka

14,

Pahang,

sistem

blok

digunakan

bagi

membahagikan tanah kepada kawasan yang lebih kecil. Pada peringkat permulaan, peneroka perlu bergotong-royong secara beramai-ramai di mana terdapat 20 blok tanah yang perlu diusahakan. Setiap blok mempunyai keluasan sebanyak 240 ekar. Setelah 2 hingga 3 tahun kemudian, setiap peneroka telah diberi ladang masing-masing untuk diusahakan sendiri. 1 blok menempatkan 24 keluarga dengan setiap keluarga diberi tanah ladang yang berkeluasan 10 ekar dan ¼ ekar untuk tapak rumah.

8

FELDA JENGKA 14 Pada tahun 1975 dan 1976, setiap keluarga diberi wang sara hidup sebanyak RM100. Sebanyak RM70 talah diperuntukan untuk perbelanjaan barang dapur dan RM30 sebagai wang belanja (duit poket). Tahun 1977, wang sara hidup telah dinaikkan kepada RM150 untuk setiap keluarga. Di atas tanah yang telah diperuntukan, para peneroka mengusahakan tanaman getah dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Pentadbir Tanah. Pokok-pokok getah yang telah ditanam kemudiannya dapat ditoreh selepas 6 tahun kemudian iaitu pada tahun 1980 dan berterusan sehingga tahun 2002. Setiap kali hasil getah dikeluarkan, pihak Felda akan mengambil 30% dari keuntungan hasil getah tersebut sebagai bayaran kembali dan baki 70% akan menjadi milik peneroka. Bagaimanapun pada tahun 2002, pokok-pokok getah tersebut telah ditebang dan para peneroka telah diberi RM13,000 hasil dari penebangan pokok-pokok getah tersebut. Setelah itu, para peneroka diberi pilihan sama ada ingin menanam kelapa sawit pula atau masih mahu menanam pokok getah yang baru. Pada 28/4/2007 para peneroka talah mendapat hakmilik (geran) bagi tanah yang selama ini telah diusahakan oleh mereka.

9

FELDA JENGKA 14

SURAT PERJANJIAN PENEROKA

Tujuan utama surat perjanjian ini adalah untuk memudahkan pihak Felda menjalankan

tugas yang diamanahkan berdasarkan

kepada syarat dan peraturan yang telah

dipersetujui bersama

antara Felda dan peneroka mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai peneroka. Surat perjanjian akan dijadikan sebagai rujukan kepada pihak Felda

dan peneroka sekiran ya timbul rasa

tidak puas hati mengenai perlaksanaan peraturan.

Dengan ini

hubungan yang bersefahaman antara Felda dan peneroka akan sentiasa

terjalin.

Terdapat empat jenis Surat Perjanjian yang perlu ditandatangani oleh peneroka. Surat

perjanjian tersebut ialah:

1. Surat Perjanjian Mula Masuk Ke Rancangan 2. Surat Perjanjian Berkuat kuasa Selepas Hak milik 3. Surat Perjanjian Tanam Semula 4. Surat Perjanjian Pindaan

10

FELDA JENGKA 14

KANDUNGAN SURAT PERJANJIAN PENEROKA Surat-surat Perjanjian yang perlu ditandatangani oleh peneroka mengandungi perkara-perkara berikut: a) Surat Perjanjian Mula Masuk Ke Rancangan •

Bahagian Pertama Mengandungi peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dari tempoh mula peneroka masuk ke rancangan hingga sampai mengeluarkan hasil seperti peneroka perlu bermastautin di rancangan, bayaran sara hidup, tatatertib serta keperluan menandatangani Surat Perjanjian Tambahan bila kawasan rancangan telah mengeluarkan hasil.



Bahagian Kedua Mengandungi peraturan-peraturan tambahan selepas kawasan peneroka mengeluarkan hasil di mana peneroka akan didaftarkan dalam Buku Daftar Pegangan sehingga peneroka selesai menjelaskan hutangnya dan memerikan surat hak milik, seperti Bayaran Kembali, penjualan hasil, mengerjakan ladang, tatatertib, pewarisan dan pengeluaran hak milik.

b. Surat Perjanjian Berkuat kuasa Selepas Hak milik Mengandungi persetujuan peneroka untuk membenarkan dan membolehkan Felda mentadbirkan kawasan rancangan serta memberikan perkhidmatan kepada peneroka sementara menunggu

11

FELDA JENGKA 14 hak milik diserahkan oleh Kerajaan Negeri.

12

FELDA JENGKA 14

c. Surat Perjanjian Tanam Semula Mengandungi persetujuan peneroka supaya Felda mengendalikan kerja-kerja tanam semula bagi kawasan mereka termasuk kemudahan pinjaman sara hidup, bekalan benih dan penjualan hasil. d) Surat Perjanjian Pindaan Mengandungi persetujuan peneroka mengubah Sistem Hak milik Kumpulan kepada Sistem Hak milik Individu. Perjanjian ini ditujukan kepada rancangan sawit sistem blok yang pada asaln ya diberikan hak milik secara kumpulan. Mulai 1988 Hak milik telah digantikan dengan Hak milik Individu.

13

FELDA JENGKA 14

BAYARAN KEMBALI (BK) Bayaran Memiliki Harta (BMH) Ba yaran yang dikira sebagai Bayaran Memiliki Harta (BMH) adalah perbelanjaan pembangunan yang telah dibelanjakan untuk perkara-perkara berikut:a.

Pembangunan lading

b.

Pembangunan kawasan kampung

c.

Pinjaman persendirian

d. Faedah keatas (a), (b) dan (c) Peruntukan membia yai kos ini didapati daripada pinjaman yang diberikan oleh kerajaan.

Kerajaan mengenakan faedah ke

atas pinjaman ini. Oleh itu, kos pinjaman serta faedah

kenalah

dikutip semula daripada perkara-perkara yang telah dibelanjakan. Ba yaran (pinjaman peneroka) dikenakan faedah dari tarikh pengeluaran

(penggunaan

wang)

sehingga

selesai

bayaran

mengikut kadar faedah yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini berlaku kerana kerajaan mengenakan faedah ke atas pinjaman Felda bermula pada

tarikh Felda mengeluar/mengguna wang kerajaan

bagi tujuan pembangunan.

14

FELDA JENGKA 14

Penyata Bayaran Memiliki Harta Tetap Sesebuah peringkat yang telah memasuki Sistem Blok/menoreh akan disediakan Penyata

Bayaran Memiliki Harta Tetap apabila keperluan-

keperluan utamanya dipenuhi. Peringkat

tersebut mestilah mempunyai

penyata ukuran lot individu (getah) dan keluasan sistem blok (sawit) yang telah disahkan oleh peneroka dan Jabatan Ukur di samping beberapa maklumat lain. Bagi rancangan sawit, Penyata Bayaran Memiliki Harta Tetap disediakan dua tahun selepas Sistem Blok manakala rancangan getah memerlukan tempoh tiga tahun selepas menoreh. Bayaran Memiliki Harta Di

dalam

tempoh

Ba yaran

Memiliki

Harta

Sementara,

kesemua peneroka yang bersistem blok (sawit) dan menoreh (getah)

akan

Sementara

dikenkan yang

satu

kadar

sama

Ba yaran

bagi

Memiliki

semua

Harta

peneroka.

Apabila Penyata Ba yaran Memiliki Harta Tetap disediakan, di mana telah diketahui beberapa kos sebenarn ya bagi tiap-tiap individu, maka perbezaan kadar di antara peneroka boleh berlaku berpunca daripada perkara yang berikut:•

Keluaran lot ladang di antara peneroka berlainan.



Harga rumah peneroka (harga rumah satu bilik atau harga rumah dua bilik).



Jumlah ba yaran tunai yang diambil di dalam tempoh Sistem Cekrol yang berbeza.



Kutipan BMH sementara terkumpul peneroka sehingga ke tarikh kunci kira-kira berbeza

15

FELDA JENGKA 14

Perbezaan

yang

berlaku

di

antara

peneroka

lama

dengan

peneroka baru yang berada dalam peringkat yang sama antara lainnya berpunca daripada:A.

Pinjaman persendirian yang berbeza.

B. Kemungkinan peneroka baru masih memba yar Bayaran C.

Memiliki Harta pada kadar sementara.

Pembayaran Memiliki Harta Secara Tunai Apabila peringkat tersebut dikunci kira-kira, setiap peneroka akan ditentukan jumlah Memiliki Harta yang patut dibayar. Bayaran BMH tersebut perlu dibuat dalam tempoh 15 tahun atau kurang. Bagi peneroka yang berkemampuan ia boleh membayar secara tunai di pejabat rancangan dan jumlah BMH patut dibayar akan dikurangkan. Tempoh kutipan Bayaran Memiliki Harta pula telah ditetapkan selama 15 tahun. Pemanjangan tempoh Bayaran Memiliki Harta Tempoh 15 tahun dikira berdasarkan tampoh ba yaran balik yang

telah

dipersetujuai

oleh

Felda

dengan

Kerajaan

Persekutuan bagi pnjaman yang digunakan untuk membia yai kos membangunkan rancangan. Kerajaan telah mengambil keputusan untuk melanjutka tempoh Bayaran Memiliki Harta tidak melebihi 20 tahun dan penetapan ini dilaksanakan

mengikut kesesuaian

sesebuah rancangan. Jika tempoh membayar balik pinjaman ini dipanjangkan kepada 20 tahun, faedah pinjaman akan meningkat.

16

Faedah

tambahan

ini

terpaksa

ditanggung

FELDA JENGKA 14 oleh peneroka.

Walaupun tempoh masa bayaran balik telah ditetapkan selama 15

tahun, terdapat juga BMH

selepas

peneroka yang hanya dapat menyelesaikan

tempoh

tersebut.

Tunggakan

BMH

peneroka

merupakan pemanjangan tempoh memba yar hutang Bayaran Kenaikan Harga Ba yaran Kenaikan Harga (BKH) ialah ba yaran tambahan yang dikenakan

kepada

peneroka

rancangan

getah

yang

mengamalkan Ba yaran Memiliki Harta (BMH) berasaskan kos pembangunan di bawah Sistem BMH 6,7,8. Di bawah Sistem Bmh 6,7,8 ini jumlah hutang

ladang ditentukan bukan berasaskan

kos pembangunan sebenar tetapi mengikut kadar yang ditetapkan seperti berikut •

Ba yaran Kenaikan Harga ini dikenakan bagi menampung kekurangan kutipan daripada hutang

dibawah

perbelanjaan •

Sistem

peneroka berasaskan jumlah 6,7,8

pembangunan

berbanding ladang

dengan sebenar.

Ba yaran Kenaikan Harga (BKH) dikenakan kepada peneroka apabila harga getah melebihi

paras $1.10/kilogram kering.

17

FELDA JENGKA 14

KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat kumpulan kami rumuskan ialah dengan adanya pengwujudan Akta Penempatan Berkelompok ia dapat memajukan kawasan luar bandar dalam menyumbangkan sumber pendapatan negara dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. Malah, ia juga dapat menyeimbangkan jurang kehidupan antara penduduk luar bandar dan bandar. Fungsi agensi-agensi kerajaan dalam Akta Penempatan Berkelompok juga merupakan penyumpang yang besar dalam memajukan tanah-tanah rancangan luar bandar. Dimana, bagi tanah-tanah GSA pihak agensi kerajaan seperti FELDA akan memajukan kawasan tersebut dan peneroka akan ditempatkan dikawasan tersebut. Dimana, daftar pegangan akan dikeluarkan pada peneroka sehingga selesai pembayaran tahunan iaitu bayaran C.A.C baru hakmilik akan dikeluarkan.

18

Related Documents

Sejarah Felda Jengka
June 2020 23
Felda Scholar
May 2020 41
Pamplete Felda
December 2019 36
Map Dewan Perdana Felda
December 2019 57

More Documents from ""