Sejarah Felda Jengka

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Felda Jengka as PDF for free.

More details

  • Words: 608
  • Pages: 2
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar Gugusan Jengka merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Gugusan Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran. Dengan adanya tanah rancangan-tanah rancangan FELDA ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Jengka.Bandar jengka adalah satu inspirasi bekas perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.Tapi kini Bandar Jengka tidak lagi dimonopoli oleh orang melayu sahaja,kerana di kawasan Jengka 15 terdapat satu deret kedai telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu. Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang terdapat di sini iaitu sungai Jengka. Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah. Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25. Di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga. Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenalpasti kawasan yang lebih awal dibuka. Oleh itu satu-satu Jengka itu dinamakan sebagai Jengka 1 (Anggerik), Jengka 2, Jengka 3 (Dahlia), Jengka 4, Jengka 5, Jengka 6, Jengka 7, Jengka 8 (Kesidang), Jengka 9 (Kesumba), Jengka 10 (Mawar), Jengka 11 (Melati), Jengka 12, Jengka 13 (Putri Malu), Jengka 14, Jengka 15, Jengka 16, Jengka 17, Jengka 18, Jengka 19, Jengka 20, Jengka 21, Jengka 22, Jengka 23, Jengka 24, dan Jengka 25. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25.dalam kawasan jengka juga terdapat tanah rancangan felda yang tidak menggunakan nama jengka,kerana ia di tubuhkan lebih dahulu dari jengka itu sendiri.antaranya felda kampong awah 1963.felda ulu jempol 1965,felda sungai nerek 1967. Setiap kawasan pertempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga. Sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai 'peneroka' dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.

[sunting] Penduduk Sebagaimana di tanah rancangan Felda lain, penduduk jengka digelar peneroka felda manakala isteri mereka digelar penerokawati. Para peneroka datang daripada seluruh Malaysia yang terdiri daripada rakyat termiskin (di bawah paras kemiskinan). Ramai kalangan peneroka Jengka berasal daripada negeri-negeri utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dan juga negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Selain itu terdapat juga peneroka yang berasal dari negeri lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, selain daripada penduduk asal Pahang. Justeru dapat dilihat adat dan budaya yang bercampur-campur diamalkan di Jengka memandangkan para pendatang ini mengekalkan adat dan budaya kampung asal masing-masing. Terdapat juga peneroka dari kalangan kaum Cina dan kaum India namun

majoriti peneroka adalah kalangan kaum Melayu. Hal ini kerana majoriti rakyat termiskin adalah kaum Melayu. Manakala kaum India pula hanya mewakili beberapa peratus sahaja dari penduduk Malaysia. Pada awal kedatangan penduduk jengka, kawasan ini adalah hutan rimba yang dienuhi dengan binatang buas. Pernah suatu ketika, dibelakang rumah saya ada gajah melintas. bayangkan saudara bagaimana agaknya keaddan masyarakat jengka pada waktu itu. Jengka dibuka sekitar tahun 70'an, dan menurut ibu saya, jengka ini kesemua masyarakatnya berasal dari elbagai negeri.Kami sekeluarga berasal dari selangor dan jiran-jiran berasal dari pelabagai negeri seperti kedah, kelantan, perak dan lain-lain kecuali sabah dan sarawak.

[sunting] Pelancongan Terdapat beberapa destinasi menarik berhampiran kawasan jengka, antaranya Pusat Latihan Pertanian Tun Abdur Razak (Tekam Plantation Resort) yang menawarkan pelancongan bertemakan pertanian, kompleks gua Kota Gelanggi, dan rangkaian gua-gua di Gunung Senyum.berhampiran dengan Felda Ulu Jempol terdapat satu kawasan pelancungan berasaskan air terjun,kawasan ini diberi nama lubuk U.Kedinginan airnya dan kehijauan hutannya telah menarik ratusan pengunjung pada hujung minggu.kedudukannya hanya 15km dari Bandar Jengka.

Related Documents

Sejarah Felda Jengka
June 2020 23
Felda Scholar
May 2020 41
Pamplete Felda
December 2019 36
Map Dewan Perdana Felda
December 2019 57