Ukur Aras Jitu

  • Uploaded by: azmir
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ukur Aras Jitu as PDF for free.

More details

  • Words: 1,494
  • Pages: 10
UKUR ARAS JITU (KUMP. 2)

Pengenalan Ukur aras jitu adalah satu pengukuran yang berkejituan tinggi yang digunakan untuk tujuan mendapatkan aras tinggi muktamad, ‘monitoring’ struktur kejuruteraan, penentuan perbezaan A.P.L diantara Stesen Tolok Air Pasang Surut (STAPS) dan penentuan datum pugak kebangsaan JUPEM. Pada dasarnya kaedah aras jitu ini adalah sama seperti ukur aras kejuruteraan cuma ianya melibatkan jarak yang lebih jauh, kejituan yang lebih tinggi dan alatan yang lebih sensitive. Prosedur cerapan tertentu digunakan untuk mengelakkan pengumpulan selisih. Pengukuran aras jitu adalah merupakan satu latihan amali yang telah diberi tugas oleh pensyarah kami bagi memenuhi syarat bagi penilaian berterusan yang akan kami jalankan bagi semester ini. Kami yang terdiri dari lapan orang ahli telah diberi tempoh selama 10 minggu iaitu dari minggu ke 2 hingga minggu ke 12. Ia melibatkan pengukuran bagi kawasan sekitar kampus Politeknik Ungku Omar. Dengan menjalankan pengukuran ini, apa yang kami harapkan pelajarpelajar bukan sahaja dapat memahami teori secara jelas mengenai pengukuran yang dijalankan tetapi dapat mempraktikkan segala yang dipelajari di padang. Tujuan dan objektif •

Menyediakan titik kawalan pugak atau Batu aras.



Menjalankan ukur aras jitu supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari proses: •

Mendirisiapkan dan mengaraskan alat aras jitu dan setaf

POLITEKNIK UNGKU OMAR

Page 1

UKUR ARAS JITU (KUMP. 2)



Membaca setaf dengan micrometer



Membukukan bacaan-bacaan setaf dalam borang



Membuat hitungan aras laras

Peralatan yang digunakan i.

Alat aras jitu dan kakitiga

ii.

Setaf invar dan tripod

iii.

Plat setaf

iv.

Pita Ukur

v.

Tukul

vi.

Parang

vii.

Cat (spray colour)

Perancangan Kerja 1.

Kerja-kerja peninjauan dijalankan dalam prosedur kerja kerana ia merupakan penentuan untuk memastikan kerja yang dilakukan tidak akan mengalami masalah. Peninjauan kawasan dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui lokasi kerja dan suasana lapangan yang akan dilakukan kerja.

2. Perancangan laluan ialah laluan yang akan digunakan ialah laluan yang boleh menghubungkan batu aras yang sedia ada. 3. Dari segi keselamatan mestilah jauh dari laluan yang sibuk.

POLITEKNIK UNGKU OMAR

Page 2

UKUR ARAS JITU (KUMP. 2)

4.

Cerapan laluan yang dilakukan ialah dua hala (loops) samaada laluan yang sama atau laluan alternatif. Kami memilih untuk menjalankan pengukuran melalui laluan alternatif.

5.

Batu aras yang telah wujud dapat dihubungkan dengan pengukuran aras jitu yang dijalankan.

Prosedur Umum Pengukuran Aras Jitu yang dijalankan 1. Kerja ukur aras bermula dan berakhir di stesen pada batu aras yang telah ditentukan 2. Semua garisan diukur secara bebas dengan menggunakan kaedah cerapan arah ke hadapan dan cerapan belakang iaitu dalam dua hala. 3. Batu aras yang sedia ada dihubungkan dengan pengukuran aras jitu yang dijalankan. Biasanya terdapat dua batu aras yang tetap iaitu batu aras asas dalam jarak 40-60 km yang terletak dikawasan stabil dan batu aras piawai dalam anggaran jarak lebih kurang 2 km. 4. Pelarasan alat aras jitu (selisih kolimatan) dibuat sebelum memulakan pengukuran setiap hari. Cara perlaksanaannya adalah dengan mendirisiapkan dua setaf aras dengan jarak lebih kurang 40m antara satu dengan lain dan alat aras didirisiapkan di antara dua setaf tersebut dengan jarak lebih kurang 7 m dari kedudukan setaf kedua. Bacaan pada bebenang tenang dan dua bebenang stadia dibukukan. Alat aras kemudiannya dialih dan didirisiapkan lebih kurang 7m dari kedudukan setaf kedua . Kemudian bacaan ketiga-tiga bebenang itu dibukukan. Selisih kolimatan C diberikan oleh formula berikut: C = ∑ bacaan hampir tengah - ∑ bacaan jauh benang tengah POLITEKNIK UNGKU OMAR

Page 3

UKUR ARAS JITU (KUMP. 2)

∑ perbezaan stadia jauh - ∑ perbezaan stadia hamper

A

B 7m 40m Rajah 1

5. Bagi alat yang sempurna pelarasannya C adalah sifar. Bacaan setaf yang dibuat, yakni perbezaan stadia atas dan bawah di darab dengan angkatab stadia yang akan memberikan jarak garis cerapan. Lazimnya angkatab ini ialah 100 atau 200.

A

B 7m 40m Rajah 2

Prosedur Cerapan Aras Jitu POLITEKNIK UNGKU OMAR

Page 4

UKUR ARAS JITU (KUMP. 2)

Prosedur cerapan dibuat meliputi perkara-perkara berikut: 1.

Jarak maksima garis cerapan ialah 30 m.

2.

Semasa cerapan, semakan perbezaan jarak antara alat aras dengan setaf hadapan dan alat aras dengan setaf belakang hendaklah tidak melebihi 1m yang ditentukan dengan pita ukur dan disemak dengan bacaan stadia.

3.

Garis cerapan jangan terlalu hampir dengan permukaan bumi iaitu tidak kurang ¾ m.

4. Alat aras perlu dilindungi dari sinaran matahari semasa cerapan atau ketika alat dipindahkan. 5. Kestabilan setaf perlu diawasi dengan menggunakan pelit setaf. 6. Alat didirisiapkan dengan kukuh dan jauh dari kawasan tak stabil. 7.

Jika pengukuran terpaksa diberhentikan sebelum sampai pada batu aras tetap, cerapan mestilah buat pada sekurang-kurangnya dua batu aras sementara yang stabil. Bila menyambung semula kerja, batu aras sementara ini perlulah disemak.

8. Untuk mengelakkan selisih bacaan setaf yang sama perlu digunakan, manakala untuk elak selisih sifar pula setaf yang sama hendaklah digunakan apabila cerapan dibuat pada setiap batu aras yang tetap. 9. Langkah kerja cerapan dan catatan serta maklumat perlulah sistematik. Prosedur Kerjaluar Aras Jitu 1. Bacaan dibuat alat aras dalam keadaan aras iaitu gelembung U dalam keadaan sepatutnya.

POLITEKNIK UNGKU OMAR

Page 5

UKUR ARAS JITU (KUMP. 2)

2. Jangkamasa antara bacaan-bacaan stadia tengah antara setaf dikedudukan ganjil dan genap bagi skil kiri hendaklah seberapa singkat yang dapat bagi skil kanan. 3. Skru kaki digunakan untuk melaras alat pada permulaan dirisiap sahaja. Bilamana proses pencerapan telah dimulakan, penggunaan skru kaki dilarang sama sekali dan untuk melaraskan kali kedua jika berlaku ketidak arasan, skru gradimeter digunakan untuk melaraskan gelembong U 5. Setaf yang sama digunakan pada setiap kali bacaan ke batu aras. Bacaan hendaklah kepada 0.0001 meter dengan membuat anggaran pada micrometer. Pembacaan semula dibuat jika: a) Jumlah bacaan stadia berbeza dengan jumlah dua bacaan aras pada setaf yang melebihi 0.005 meter. b) Beza ketinggian di antara setaf hadapan dan belakang yang didapati dari skil kiri dan kanan melebihi 0.0006 meter. c) Kedudukan setaf dan alat mestilah ditentukan dengan baik supaya bacaan aras mestilah lebih 0.3 meter dari permukaan tanah. d)

Jarak pandangan biasa adalah dalam lingkungan 40-50 meter, walaubagaimanapun bergantung kepada keadaan topografi bumi.

e) Titik pindah dimana setaf hendak didirikan mestilah disediakan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum cerapan dilakukan. f) Kerja pengukuran hendaklah ditutup pada Batu Arsa atau tandatanda yang kekal dan stabil untuk disambung pada hari berikutnya. g) Setiap bahagian hendaklah diukur melalui dua hala pergi balik yang berbeza waktunya iaitu pagi pergi dan petang balik. h) Sela waktu antara cerapan pandangan hadapan dan belakang hendaklah diminimakan untuk elakkan selisih biasan. POLITEKNIK UNGKU OMAR

Page 6

UKUR ARAS JITU (KUMP. 2)

i)

Setelah sampai pada batu aras tetap, jumlah jarak pandangan hadapan hendaklah disemak dengan jumlah jarak pandangan belakang (disemak bila jaringan diikat pada batu aras). Perbezaan terkumpul hendaklah tidak melebihi 1.5m. Perbezaan terkumpul ini boleh dikawal melalui hitungan yang dibuat oleh pencatat disetiap stesen dirisiap alat.

Masalah Yang Dihadapi 1. Alat terlalu sensitif cuaca menyebabkan akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja luar. 2.

Kestabilan staf yang sentiasa perlu diawasi.

3. Tiup gelembung yang sensitif 4.

Peralatan alat aras yang tidak mencukupi menyebabkan kami terpaksa berkongsi alat menyebabkan kerja-kerja mengambil masa yang lama.

Kesimpulan Secara kesimpulannya pengukuran aras jitu yang kami jalankan ini dapat kami siapkan dengan jayanya walaupun terdapat sedikit masalah yang kami hadapi. Tetapi kerjasama kumpulan yang ditunjukkan membolehkan kami dapat mengatasinya. Objektif utama yang disasarkan iaitu supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari proses mendirisiapkan dan mengaraskan alat aras jitu dan setaf

POLITEKNIK UNGKU OMAR

Page 7

UKUR ARAS JITU (KUMP. 2)

dapat dicapai disebabkan kerana kerjasama kumpulan yang ditunjukkan amatlah baik. Setelah mempelajari secara teori dan pengukuran dipadang yang telah kami jalankan apa yang kami faham mengenai pengukuran aras jitu ialah pengukuran yang dijalankan bagi memindahkan nilai batu aras lama ke batu aras baru. Ukur aras jitu adalah satu pengukuran yang berkejituan tinggi. Jadi ia memerlukan penelitian dari segi penjagaan rapi alat. Alat adalah terlalu sensitif terutama terhadap cuaca. Daripada pengukuran aras jitu yang dijalankan, kami dapat mempelajari cara-cara dan teknik yang betul dalam menggunakan alat aras jitu dengan lebih mendalam.Kejituan yang diberikan sungguh tepat kerana alat aras jitu mengambil kira sehingga empat titik perpuluhan.Berbanding dengan alat aras biasa yang digunakan.,Alat aras jitu mempunyai sensitiviti yang tinggi.Hal ini kerana alat aras jitu tidak dapat mengambil kiraan yang tepat sekiranya terdapat gangguan atau gegaran pada permukaan bumi.Nilai selisih bagi pengukuran yang dilakukan adalah 0.00 dan ini menunjukkan, tujuan dan objektif ukur aras jitu

telah

dicapai

dengan

memberikan

kejituan

yang

tinggi.Secara

kesimpulannya, ukur aras jitu digunakan untuk mendapatkan aras tinggi muktamad bagi sesebuah titik (stesen), dan penentuan datum pugak dan Aras Purata Laut diantara Stesen Tolok Air Pasang Surut. Selain itu, ia digunakan dalam pengukuran deformasi dan kerja-kerja kejuruteraan.

Lampiran A

peralatan

POLITEKNIK UNGKU OMAR

Page 8

UKUR ARAS JITU (KUMP. 2)

Alat aras jitu

Spesifikasi alat: Telescope Image Magnification Resolving Power Field of View

Standard Deviation

PL1S Erect 42x 2” of arc 1° 10' (2.0 ft. @ 100 ft.) 1 ft. (0.1m) 1:100 n/a 001 in. 3.5' / 2mm

w/ micrometer Sensitivity

3.5' / 2mm

Minimum Focus Stadia Ratio Setting Accuracy Range

Lampiran B

POLITEKNIK UNGKU OMAR

Page 9

UKUR ARAS JITU (KUMP. 2)

Pita ukur tukul

tripod

Setaf invar & tripod

POLITEKNIK UNGKU OMAR

Page 10

Related Documents

Ukur Aras Jitu
May 2020 28
Ukur Aras
June 2020 32
Alat Aras Jitu
May 2020 29
Laporan Ukur Aras
November 2019 28
Adnan Aras
November 2019 27
Aras Ii.docx
May 2020 30

More Documents from "Alberto Martinez"