Proposal Kajian Tindakan (kerja Kumpulan)

  • Uploaded by: Ayu Naim
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Proposal Kajian Tindakan (kerja Kumpulan) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,410
  • Pages: 10
Nama dan Alamat Sekolah Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Nama Pengkaji 1. Mohd Faizal bin Mahmod 2. Norhidayu binti Mohd Naim 3. Noor Azima binti Zohari 4. Noor Mazira binti Ab Malek 5. Noorul Huda binti Saiepuddin

Tajuk Kajian KAJIAN MENGENAI CARA SEBUTAN DALAM PERTUTURAN PELAJAR TAHUN 2 GEMILANG DALAM MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Sewaktu sesi pembelajaran Bahasa Inggeris, didapati bahawa pelajar lemah untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Apabila mereka diminta bertutur, mereka berasa amat takut dan tidak yakin dengan apa yang mereka tuturkan. Berdasarkan keputusan Ujian lisan Bahasa Inggeris yang telah dilakukan, kami dapati hanya 10% daripada jumlah pelajar kelas ini berjaya memperolehigred yang memuaskan manakala 90% adalah sebaliknya. Apabila kami bertanya kepada para pelajar tentang keadaan ini, jawapan yang diberikan oleh mereka mudah sahaja iaitu “teacher doesn’t teach us how to pronounce those word correctly”. Selain itu, gaya pertuturan guru yang tidak

1

betul juga didapati mempengaruhi pertuturan para pelajar. Para pelajar cenderung untuk melihat pergerakan mulut guru menuturkan bait-bait perkataan. Kami telah berusaha mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun masih ramai pelajar yang mempunyai kebolehan bertutur yang amat lemah. Kami berpendapat lemahnya kebolehan bertutur di kalangan mereka ialah disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan terhadap pentingnya aspek pertuturan yang ditekankan sama ada semasa proses P&P atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada pengabaian guru terhadap kepentingan penguasaan pertuturan Bahasa Inggeris. Sekiranya kami tidak membetulkan keadaan ini, sudah tentu pelajar kelas ini tidak dapat bertutur dengan baik dan mendapat gred pencapaian Ujian Lisan yang tidak membanggakan yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan nilai Gred Pencapaian sekolah kami. 2. Fokus Kajian Walaupun kami mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar kami, kami hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan sebutan perkataan Bahasa Inggeris. Pelajar kami mempunyai kemahiran bertutur yang amat lemah. Mereka hanya mampu menuturkan perkataan yang biasa mereka dengar dan gunakan semasa di sekolah rendah. Mereka melakukan banyak kesilapan dari segi sebutan bait-bait perkataan yang dituturkan. Tujuan kajian ialah bagi menjadikan sebutan yang betul dalam pertuturan menarik perhatian murid untuk dipelajari, menguasai sebutan dalam pertuturan dengan baik, memperkembangkan minat murid untuk mendengar, serta memahami dan menyebut perkataan dengan betul semasa menjalankan aktiviti di dalam kelas. Dengan membantu pelajar menguasai kemahiran bertutur, kami yakin pelajar boleh bertutur secara tepat dan jelas. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Lisan Bahasa Inggeris. Keadaan ini juga pasti akan meningkatkan nilai Gred Pencapaian sekolah kami. 3. Objektif Kajian 2

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut: i.

Objektif Umum Memantapkan tahap sebutan perkataan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tahun 2 bagi meningkatkan Gred Pencapaian sekolah.

ii.

Objektif Khusus



Meningkatkan keupayaan menyebut perkataan baru.



Menjadikan pelajar lebih yakin untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.



Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami oleh para pelajar.



Memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.



Membantu pelajar mengusai sebutan perkataan dalam Bahasa Inggeris dengan betul dengan aktiviti yang dijalankan.

4. Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tahun 2 Gemilang yang terdiri daripada 20 orang pelajar Melayu, 2 orang pelajar India dan 8 orang pelajar Cina.

3

5. Tindakan yang dicadangkan 5.1

Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang telah dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut: •

Ujian Pra bagi mengesan murid yang tidak tahu menyebut perkataan yang diberikan.



Temu bual di kalangan murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah kerana tidak tahu atau tidak berminat langsung atau tidak memahami apa yang diajar oleh guru.



Pemerhatian yang dilakukan oleh guru terhadap murid-murid yang tidak dapat menyebut perkataan yang diberi kerana terlalu asing

bagi

mereka.

Contohnya,

‘cucumber’,

‘cabbage’,

‘groundnuts’ dan ‘vegetables’. 5.2

Latih tubi menggunakan kaedah ‘Smart Reader’

Cara Pelaksanaan: i.

Guru membekalkan buku Smart Reader kepada murid-murid.

ii.

Guru menyebut perkataan mengikut vokal yang betul dan muridmurid

mengulang

semula

mengetahui maknanya. 5.3

Kaedah nyanyian 4

sebanyak

3

kali

di

samping

i.

Guru menyediakan lirik lagu dan mengajar cara sebutan setiap perkataan dengan betul.

ii.

Guru memainkan video lagu ‘Baa Baa Black Sheep’ dan ‘Old Mc Donald had a farm’.

iii.

Murid-murid diminta menyanyi bersama-sama mengikut lirik lagu.

5.4

Program ‘Peer-teaching’

Cara Pelaksanaan: i. Murid yang cerdas akan dijadikan pengganti guru. Mereka yang mahir dalam sebutan dilantik menjadi ketua. Mereka akan membantu rakan-rakan mereka dengan menunjukkan gambar serta

menyebut

perkataan

dan

rakan-rakan

yang

lain

mengulangi beberapa kali. ii. Murid-murid akan dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 orang satu kumpulan.

Gambarajah 1: Model aktiviti ‘Peer-Teaching’ 5.5

Permainan ‘Chain Drills’ 5

Cara Pelaksanaan: i. Ketua kumpulan menyebut satu perkataan dan murid yang berikutnya akan menyebut perkataan itu sebanyak 3 kali, menepuk tangan 3 kali dan kembali menyebut perkataan sebanyak 2 kali lagi. ii. Contoh: ‘Blackboard’

blackbord

blackbord

clap

blackbord clap

blackbord

blackbord

LAMPIRAN Lirik lagu untuk Kaedah Smart Reader 1. Baa Baa Black Sheep

Baa, baa, black sheep, Have you any wool? Yes sir, yes sir, Three bags full. One for my master, One for my dame, And one for the little boy Who lives down the lane. Baa, baa, black sheep, Have you any wool? Yes sir, yes sir, Three bags full. One for my master, One for my dame, 6

clap

And one for the little boy Who lives down the lane.

2. Old MacDonald had a Farm Old MacDonald had a farm, Ee i ee i oh! And on that farm he had some chickens, Ee i ee i oh! With a cluck-cluck here, And a cluck-cluck there Here a cluck, there a cluck, Everywhere a cluck-cluck Old MacDonald had a farm Ee i ee i oh! Old MacDonald had a farm, Ee i ee i oh! And on that farm he had some dogs, Ee i ee i oh! With a woof-woof here, And a woof-woof-woof there Here a woof, there a woof, Everywhere a woof-woof 7

Old MacDonald had a farm Ee i ee i oh! Old MacDonald had a farm, Ee i ee i oh! And on that farm he had some turkeys, Ee i ee i oh! With a gobble-gobble gobble-gobble here, And a gobble-gobble gobble-gobble there Here a gobble-gobble, there a gobble-gobble, Everywhere a gobble-gobble-gobble Old MacDonald had a farm Ee i ee i oh! Old MacDonald had a farm, Ee i ee i oh! And on that farm he had some cows, Ee i ee i oh! With a moo-moo here, And a moo-moo there Here a moo, there a moo, Everywhere a moo-ooo Old MacDonald had a farm, Ee i ee i oh!

8

6. Jadual Pelaksanaan Kajian Bil 1

Aktiviti Mengenal pasti masalah dan pengumpulan

Tarikh Pelaksanaan 25 Mei 2009

2 3 4

data awal Menulis proposal Kajian Merancang Tindakan - (individu / panitia) Melaksanakan tindakan - aktiviti 1

5

(Kaedah Smart Reader) Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar –

29 Jun 2009

6

aktiviti 1 Membincangkan masalah yang timbul dalam

2 Julai 2009

7

tindakan 1 (Panitia) Melaksanakan tindakan - aktiviti 2

8

(Kaedah Nyanyian) Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar –

27 Julai 2009

9

aktiviti 2 Membincangkan masalah yang timbul dalam

30 Julai 2009

27 Mei 2009 1 Jun 2009 8 – 26 Jun 2009

6 – 24 Julai 2009

10

tindakan 2 (Panitia) Melaksanakan tindakan - aktiviti 3

11

(Kaedah Peer-Teaching) Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar –

24 Ogos 2009

12

aktiviti 3 Membincangkan masalah yang timbul dalam

27 Ogos 2009

13

tindakan 3 (Panitia) Melaksanakan tindakan - aktiviti 4

3 – 21 Ogos 2009

31 – 18 September 2009

(Kaedah Chain-Drills) 9

14

Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar –

21 September 2009

15

aktiviti 4 Membincangkan masalah yang timbul dalam

24 September 2009

16

tindakan 4 (Panitia) Ujian lisan (Aktiviti 1-4) untuk mengesan

1 Oktober 2009

17 18 19

pencapaian murid secara menyeluruh Refleksi kajian Menulis laporan Kajian Pembentangan dapatan kajian

12 Oktober 2009 14 Oktober 2009 19 Oktober 2009

7. Kos Kajian Bil

Jenis Bahan

1 2 3 4 5

Kertas A4 Printer Cartridges Buku Smart Reader Buku Ladybird Photostat Bahan & Laporan

6

kajian Buku catatan guru TOTAL

Kuantiti x Harga 5 1 1 6

x x x x

RM RM RM RM

Seunit 8.00 120.00 150.00 10.00

1 x RM 3.00

10

Jumlah Kos RM 40.00 RM 120.00 RM 150.00 RM 60.00 RM 50.00 RM 3.00 RM 450.00

Related Documents


More Documents from ""