Program Motivasi Garudapi

  • Uploaded by: Hilter Yew
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Program Motivasi Garudapi as PDF for free.

More details

  • Words: 22,440
  • Pages: 53
Kaset Program Garuda Api

Bab pertama Psikologi pencapaian unggul Mengapa ada orang lebih berjaya dari orang lain, mempunyai pendapatan yang lebih lumayan mempunyai kerja yang lebih baik , perhubungan manusia yang harmoni, kesihatan badan yang terjamin, sentiasa riang gembira; rupanya, mereka mempunyai hidup yang lebih berkualiti. Saya dapati kejayaan adalah suatu yang boleh diramalkan. Hari ini, anda boleh merancang hidup yang lebih berjaya untuk diri anda. Asalkan anda dapat lakukan dua perkara berikut. Pertama , buat keputusan untuk berjaya, berusaha kuat untuk mencapai matlamat hidup. Kedua, belajar cara paling berkesan untuk mencapai tahap kejayaan yang diidamkan. Apakah dia kejayaan ? Kita dapati haiwan mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mencari makan demi kelangsungan hidup. Sebaliknya, manusia mempunyai kecenderungan untuk mengejar kejayaan. Dalam lubuk sanubari setiap insan , tersiratnya kuasa mendorong diri sendiri untuk berjaya. Terdapat tujuh syarat yang menjadi ramuan kejayaan seseorang . Pertama , jiwa raga yang tenang. Jiwa yang tenang bermaksud anda mempunyai hati yang selesa, lapang dan penuh kepuasan. Anda bebaskan diri dari ketakutan. Bebaskan diri dari ketegangan emosi. Bebaskan diri dari rasa bersalah dan berdosa. Syarat kedua untuk berjaya ialah kesihatan dan kecergasan badan. Kecergasan adalah daya hidup yang dicetuskan oleh kesihatan badan. Kesihatan pula bermaksud anda tidak perlu khuatir tentang penyakit. Anda bebaskan diri dari masalah kesihatan. Syarat ketiga untuk berjaya ialah perhubungan manusia yang penuh kasih sayang. Ini bermaksud anda mempunyai keupayaan untuk menyayangi orang lain; juga boleh disayangi oleh orang lain. Kami dapat bergaul dengan semua orang di sekitar kita dengan mengekalkan persahabatan yang abadi daan penuh keprihatinan. Syarat keempat kejayaan ialah kebebasan kewangan. Ia bermaksud anda mempunyai wang mencukupi dan tidak lagi perlu khuatir tentang wang. Disebabkan wang amat penting kepada kita, maka kita perlu belajar cara bagaimana berkorban sesuatu untuk memperolehinya. Syarat kelima kejayaan ialah mempunyai matlamat hidup yang berharga dan impian. Matlamat hidup memberi makna dan tujuan kepada hidup kita. Matlamat hidup dan impian anda hendaklah sejajar dengan nilai hidup anda. Syarat keenam kejayaan ialah memahami diri secara mendalam. Anda perlu mengenal siapakah diri anda. Tahu mengapa ana terus lakukan apa yang anda

TOP (HRD) Training Consultant

1

Kaset Program Garuda Api

lakukan sekarang. Mengetahui niat dan hajat diri anda dan apakah sebab yang mendorong anda bertindak sedemikian. Syarat ketujuh kejayaan ialah keupayaan anda merealisasikan diri yang sebenar. Anda boleh mencapai matlamat hidup yang anda hendakkan kerana anda mempunyai matlamat hidup yang bernilai tinggi serta impian yang positif. Anda mempunyai kasih sayang yang sejati dengan semua orang. Anda mengenal diri secara mendalam. Ini semuamenyumbang kepada badan yang sihat dan cergas. Akhirnya, anda akan memiliki ketenangan fikiran. Tugas pertama untuk berjaya ialah mempunyai kefahaman tinggi. Apakah cara paling berkesan untuk menyiapkan sesuatu perkara. Seterusnya, anda perlu mencurahkan usaha yang gigih. Korbankan masa dan tenaga anda untuk melaksanakannya. Hanya jika anda mencurahkan usaha yang berterusan buat suatu tempoh masa tertentu, anda akan dapati semua kefahaman dan ilmu yang telah dibelajari dapat membuahkan hasil kejayaan yang diidamkan. Adalkan anda meneruskan langkah kejayaan yang disarankan oleh kami, anda pasti mempunyai kejayaan yang cerah dan menarik. Bab kedua Tujuh Rukun Minda Kami semua adalah makhluk yang berorientasikan minda. Minda menjadikan diri kita seorang yang istimewa . Alam sejajat beredar mengikut rukun semulajadi. Minda kita pula beroperasi mengikut rukun minda. Jika tabiat hidup anda sejajar dengan rukun minda, pasti anda akan berjaya. Sebaliknya, hidup anda akan penuh dengan konflik dan masalah. Bab ini akan memperkenalkan beberapa rukun minda. Semua rukun ini perlu anda faham dan kenali. Rukun pertama dikenali sebagai Rukun Kawalan. Rukun ini memberitahu jika kita merasa baik dan berhadapan dengan diri sendiri secara positif , anda akan mula merasa keupayaan diri untuk mengawal diri sendiri. Sebaliknya, jika anda rasakan diriaa tidak baik, bersikap negatif dengan diri sendiri ; anda akan mula kehilangan kuasa untuk mengawal diri sendiri. Kawalan diri terbahagi kepada kawalan dalaman dan luaran. Kawalan dalaman bermaksud anda boleh bertanggungjawab terhadap hidup sendiri. Kawalan luar pula bermaksud anda izinkan persekitaran mengawal hidup anda. Kawalan diri bermula dari pemikiran. Pemikiran anda mengawal perasaan anda . Perasaan anda mengawal tindakan anda dan tindakan anda mengawal samada anda akan berjaya. Kedua , rukun hajat. Rukun ini memberitahu kita jika seseorang gagal merancang, beliau juga merancang untuk gagal. Seseorang tidak gembira , sakit dan resah, tidak dapat mengecapi hidup yang dihendakki kerana diri nya hidup berasaskan rukun hajat.

TOP (HRD) Training Consultant

2

Kaset Program Garuda Api

Ketiga, rukun tindakan dan tindakbalas . Rukun ini menyatakan setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup mesti mempunyai sebab yang tertentu. Setiap perkara dalam alam sejagat mempunyai sebab yang tertentu. Tidak ada suatu hal yang berlaku secara semulajadi. Dalam hidup kita, minda kita adalah punca dan persekitaran adalah akibat. Untuk mengubah corak persekitaran, kita hendaklah mengubah corak pemikiran tentang persekitaran tersebut. Hanya satu perkara yang boleh anda kawal, iaitu pemikiran anda. Jika anda pandukan apa yang anda hajatkan dan hadapinya dengan positif, persekitaran anda akan terpengaruh. Setiap akibat yang anda hendakkan akan berbuah mengikut rukun tindakan dan tindakbalas. Rukun keempat ialah rukun keyakinan. Rukun ini menyatakan apa sahaja yang anda rasa dan percaya apa sahaja akan akhirnya menjadi kenyataan. Anda perlu masukkan perasaan dalam peristiwa yang anda percayai, hal ini akan semakin menjadi benar. Keyakinan dan kepercayaan membina dunia kita. Jiwa raga kita terus berhajat untuk berharmoni dan kita selalunya melihat persekitaran dan menjelaskan setiap kejadian megikut corak minda dalaman sendiri. Kita membina pusat buta sendiri. Kita tidak nampak peluang dan kita anggap kononnya peluang tidak wujud. Hanya kalau kita mengubah keyakinan kita, apa yang anda hadapi akan berubah. Tambahan lagi, setiap kita mempunyai naluri had diri. Kita rasa diri mempunyai beberapa arena hidup yang terhalang dan tersekat. Diri merasa keupayaan terhad. Sebenarnya , had-had ini hanya wujud dalam pemikiran kita. Maka, untuk membolehkan diri anda berjaya , anda perlu membuka had diri sendiri. Rukun keempat ialah Rukun Jangkaan. Apa yang anda fikir dan percaya, ia akan menjadi. Apa yang anda hendakkan bukan semestinya apa yang anda mahu , tapi adalah apa yang anda jangkaan. Selagi anda memberi jangkaan yang positif dan percaya semua akan beralan dengan baik dan lancar, anda pasti akan berjaya melakukannya tanpa sebarang masalah dan penghalang. Sebaliknya, jika anda jangkakan penghalang dan masalah, semua masalah pasti akan berlaku. Semua individu yang berjaya mempunyai sikap yang penuh keyakinan, mereka yakin perkara yang baik pasti akan berlaku. Sikap jangkaan diri yang positif ini juga dikenali sebagai tabiat juara. Sebelum sesuatu berlangsung, dirinya sudah percaya belau akan menang dan terus kekalkan persepsi ini dalam minda. Selagi anda jangkakan secara positif , anda tetap akan perolehinya biarpun maklumat yang anda miliki adalah salah. Dalam hidup kita , ibu bapa mempunyai jangkaan terhadap kita, majikan mempunyai jangkaan terhadap kita, kita juga mempunyai jangkaan terhadap orang lain , terhadap jodoh hidup, rakan sepejuangan dan diri sendiri. Kesemua ini mempunyai pengauh terhadap kegembiraan hidup. Jika anda mempunyai persepsi diri yang positif dan tinggi, maka cakapkan dengan diri sendiri “saya percaya hari ini sesuatu yang baik akan berlaku dalam hidup saya.”. Ulangi pesanan ini berkalikali setiap pagi. Latihan ini akan mempengaruhi keseluruhan sikap diri agar hidup seharian anda penuh dengan keyakinan dan jangkaan positif.

TOP (HRD) Training Consultant

3

Kaset Program Garuda Api

Rukun keenam ialah rukun penarikan. Ia menjelaskan bahawa setiap orang diibaratkan sebagai sebagai seketul magnet. Ia akan menarik semua peristiwa dan orang kepada hidup anda . Selagi anda menumpukan pemikiran pengesahan diri sesuatu yang anda hendakkan, juhi dari peristiwa yang anda tidak hendakkan. Rukun ketujuh iaah tindakan keirasa. Rukun ini menjelaskan dunia anda , prestasi anda sebenarnya adalah gambaran dunia dalaman anda. Apa yang ada dalam diri anda akan ditonjolkan oleh dunia luar. Untuk mengubah dunia luar, anda perlulah terlebih dahulu mengubah dunia dalaman. Untuk membolehkan dunia luar anda berjaya , anda mestilah mengejar kejayaan dari dalaman. Ramai orang yang tidak berjaya terus berusaha kuat untuk megubah prestasi luar , sebaliknya dunia dalam penuh kkonflik danbercelaru. Bila anda mengubah fikiran anda , semua persekitaran akan berubah. Anda akan menarik orang, peristiwa , peluang dan persekitaran kepada hidup anda . Tukar pemikiran anda , dan anda akan mengubah corak hidup anda. Bab 3 Kunci Potensi Diri Kajian menunjukkan orang yang berbeza pendapatan sebanyak sepuluh kali hanya mempunyai perbezaan kecerdasan akal sebanyak dua kali setengah sahaja. Ini kerana potensi manusia adalah berkaitan bakat semulajadi seperti kepintaran, keupayaan dan keperibadian. Ditambah dengan pendidikan dan asuhan selepas lahir seperti pengalaman, ilmu dan kemahiran. Kedua-dua faktor tadi bila didarap dengan sikap diri akan menentukan tahap potensi seseorang. Bakat semulajadi biasanya ditetapkan waktu dilahirkan. Kualiti asuhan memerlukan masa. Bila kita mengubah sikap diri, potensi kita juga akan digandaakan. Sikap kita adalah hasil dari jangkaan kita terhadap akibat yang bakl dikecapi. Setiap jangkaan akan menentukan sikap kita. Jangkaan seseorang berasal dari keyakinan dirinya. Sikap kita adalah corak pemikiran dalaman yang ditonjolkan ke arah luar. Setiap orang mempunyai corak minda yang terkumpul dalam konsep diri masing-masing. Jika konsep diri seseorang positif dan penuh kepastian, potensi seseorang akan ditonjolkan dengan sepenuhnya. Sebaliknya, prestasi dan produktiviti kerja akan terjejas. Konsep diri adalah berasaskan keyakinan diri terhadap tahap corak pemikiran yang difikirkan benar tentang diri sendiri. Apa sahaja yang ada percaya akan akhirnya menjadi kenyataan. Zon konsep diri ini juga dikenali sebagai zon keselesaan. Konsep diri dibentuk oleh tiga faktor utama. Pertama , impian diri. Apa yang anda hendak menjadi. Model yang bakal anda kecapi kelak. Kedua, imej diri. Imej diri ialah suatu cermin dalaman. Ia adalah cara anda memandang pada diri sendiri setiap hari. Apakah tahap prestasi yang anda yakin. Ketiga , nilai diri. Nilai diri ialaah tahap anda suka pengesahan diri diri sendiri. Ia menentukan prestasi dan keberkesanan kerja. Konsep diri ialah corak minda yang paling fleksibel. Anda boleh membentuk nilai diri dengan terus berulangkali menyatakan “Saya suka diri sendiri” . Seseorang tidak akan dapat menyuai orang lain lebih dari menyukai dirinya sendiri. Tahap nilai diri anda adalah

TOP (HRD) Training Consultant

4

Kaset Program Garuda Api

bergantung kepada kualiti perhubungan manusia dengan orang lain. Sebenarnya, anda tidak akan dapat jangkakan penghormataan dan sayang dari orang lain lebih dari tahap diri anda suka dan hormat diri sendiri. Tahap anda menghormati diri sendiri akan menentukan cara orang lain melayan pada anda. Saat seseorang dilahirkan diibaratkan sekeping kertas. Anda mempunyai potensi yang sepenuhnya. Ia tidak dihadkan oleh konsep diri. Hari ini, perasaan , sikap dan nilai diri adalah hasil dari pembelajaran sejak kecil. Jika ibu bapa memberi kasih sayang yang sejati dan berlebihan kepada seorang anak sebelum usia mereka mencapai lima tahun, anaknya akan mebina nilai diri yang kukuh. Sebaliknya, mereka akan mempunyai masalah keperibadian akhibat dari konsep diri yang lemah. Pada peringkat usia kecil, anak tidak mempunyai sebarang rasa takut. Mereka sentiasa tonjolkan sikap “Saya boleh”. Selain itu, mereka mempunyai daya initiatif yang tinggi. Mereka akan cakap , buat dan tonjolkan perasaan sebagaimana yang mereka hendakkan. Mereka tidak dipengaruhi atau dikongkong oleh apa faktor sekalipun. Mereka tunjukkan niat yang tinggi untuk bertindak. Pada peringkat kanak-kanak, ibu bapa sering berikan kritikan yang melukakan. Anak akan membentuk dua bentuk model pemikiran yang negatif. Pertama , pemikiran yang bersifat kongkongan. Bila anak terus diberitahu, “jangan”, “Lari dulu”, “budak jangan kacau”, model pemikiran ini akan terbentuk. Mereka akan bebelajar perasaan “saya tidak boleh”. Dalam zaman kedewasaan, mereka akan membentuk perasaan takut kepada kegagalan. Corak pemikiran kedua dipanggil model pemikiran paksaan. Bila kita beritahu anak, “Bagus kamu ikut cara ini, kalau tidak , dan susuli dengan sebab dan akibat yang negatif.” “Jika anda tidak diam, jaga kau”. Kasih sayang ibu bapa menjadi suatu yang bersyarat. Ini menjadikan anak takut kepada bantahan dan tolakan atau dipulaukan. Ini menjadikan anak hanya kisah dengan perasaan orang lain dan gagal memahami apa yang dirinya mahu. Kedua-dua bentuk perasaan diatas adalah hasil dari kritikan yang melukakan. Ia juga pembunuh keperibadian yang terbesar dalam hidup seseorang. Disebabkan kedua-dua bentuk corak pemikiran ini terbentuksejak kita kecil, kita juga boleh belajar cara utuk mengubahnya. Kami boleh mengatasi rasa ketakutan yang menyebabkan diri kita mengundur dan mengalah. Kami juga boleh atasi perasaan takut bantahan yang hanya hendak memuaskan keperluan orang lain dan melalaikan keperluan emosi dan kemahuan sendiri. Bila kita berjaya mengubah kedua-dua model pemikiran negatif tersebut, kita akan membentuk nilai diri yang baru. Disebabkan anda sayang dengan diri sendiri, tahap ketakutan kepada bantahan dan tolakan orang lain akan menurun. Jika anda terus ebrkata, “Saya sayang diri sendiri , saya sayang diri sendiri , saya sayang diri sendiri.” , tahap nilai diri akan meningkat dan tahap ketakutan akan menurun. Jadi,bagaimana kita meguruskan kritikan yang negatif? Pertama , sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang positif dan membina dan jangan sekali-kali melakukan perkara yang negatif atau membinasakan. Bila anda berkomunikasi dengan orang lain, sentiasa bermula dengan pujian. Kedua , usaha sedaya upaya melindung nilai diri orang lain. ketiga, uruskan hal dan jangan sekali-kali menyalahkan sesiapa. Bincangkan sikap dan akibat darinya , tidak membincangkan kualiti seseorang. Keempat, tumpukan pada matlamat

TOP (HRD) Training Consultant

5

Kaset Program Garuda Api

dan perkembangan yang dihendakki. Apa yang akan berlaku kelak dan tidak membincang apa yang telah berlalu. Tidak ada sesiapa yang boleh mengawal peristiwa lalu. Kritikan anda rungutan tentang peristiwa lalu hanya membawa tekanan yang besar. Ini bermaksud, syarat mengejar kejayaan adalah pada sikap mentaliti yang positif. Minda positif adalah berasas pada jangkaan kejayaan diri sendiri. Jangkaan positif adalah berasaskan keyakinan dan konsep diri anda. Konsep diri akan mengesahkan nilai diri. Maka , untuk meningkatkan diri anda sebagai seorang yang bernilai tinggi, terus pesanan diri “Saya sayang diri saya, saya sayang diri saya, saya sayang diri saya.” Bab 4 Kuasa Minda Separa Sedar Minda Sedar dan Minda Separa Sedar mempunyai peranan yang berbeza. Minda Sedar mempunyai tiga kualiti asas. Ia memberikan persepsi yang asasi. Ia adalah hasil dari model pemikiran yang bersifat penilaian. I auga mempunyai kuasa pengesan yang tinggi. Minda Sedar mempunyai empat peranan utama. Pertama, Minda Sedar mengesahkan maklumat yang diterima oleh sistem deria badan. Kedua , Minda Sedar membandingkan maklumat yang diterima. Ketiga , Minda Sedar menganaslisis keadaan semasa dan akhir seklai, Minda Sedar membuat keputusan. Minda Sedar hanya boleh beroperasi pada satu keadaan pemikiran setiap ketika. Ia hanya boleh mempunyai satu bentuk perasaan. Minda Separa Sedar ialah suatu bank data yang besar. Tugasnya ialah untuk mengumpul dan mencari maklumat . Minda Sedar ialah pusat memberi arahan dan Minda Separa Sedar ialahpusat menerima arahan. Minda Separa Sedar tidak mempunyai kuasa pemikiran, ia hanya mempunyai kuasa mengingat. Maka, semua data ingtan seseorang disimpan oleh Minda Separa Sedar. Begitu juga, Minda Sedar tidak mempunyai daya ingatan. Minda Sedar hanya boleh berdikir. Minda Sedar hanya boleh mempunyai satu bentuk pemikiran pada setiap ketika. Minda Separa Sedar boleh menyimpan mengumpul berjuta-juta maklumat. Minda Sedar bagaikan seorang pekebun bunga. Beliau menanam benih di taman Minda Separa Sedar . Biarpun apa benih yang disemai, Minda Separa Sedar tetap mencambahkannya. Konsep diri merupaakn suatu reaksi semulajadi Minda Separa Sedar. Konsep diri meliputi semua pengalaman dan cara anda mereaksi terhadap setiap peristiwa lalu. Bila suatu peristiwa baru wujud, Minda Separa Sedar akan mengesan corak peristiwa lalu yang seiras dan membuatkan anda bertindak mengikut cara anda yang lalu. Jika anda tidak mempunyai pengalaman yang sejajar, diri anda tidak akan mempunyai idea yang hakiki untuk melaksanakannya. Rukun operasi Minda Separa Sedar menyatakan apa sahaja bentuk benih yang anda semaikan , ia akan berbuah dengan cepat dan menjadi kenyataan dalam hidup seharian anda. Rukun penumpuan menyatakan apa sahaja yang anda fokuskan dalam pemikiran anda, kuasa pemikiran tersebut akan bertambah. Jika anda izinkan Minda Sedar menjelma dalam bentuk Minda Separa Sedar, tindakan anda akan

TOP (HRD) Training Consultant

6

Kaset Program Garuda Api

tercetus pada suatu haluan yang nyata. Hidup anda akan menarik semua peristiwa, individu dan persekitaran yang sejajar dengan pemikiran anda. Rukun penggantian berasaskan hakikat bahawa minda kita hanya beroperasi mengikut satu ragam pemikiran setiap masa. Jika anda hendak hapuskan suatu bentuk pemikiran, maka anda hendaklah menggantkannya dengan suatu pemikiran yang anda hajatkan. Tumpukan pada harapan anda dan ketakutan anda akan hilang. Anda akan peruntukkan masa yang minima untuk memikirkan peristiwa yang anda tidak suka. Individu yang berjaya sentiasa memikirkan gambaran berjaya, individu yang gagal pula sentiasa memikirkan kesempitan, takut dan kegagalan. Jika anda boleh gunakan semua rukun minda ini untuk mencorakkan gambaran positif , ia akan memastikan kejayaan anda. Bab 5

Program Garuda Api Mengolah nasib hidup anda Kunci terpenting dalam usaha mengejar kecemerlangan diri ialah memupuk nilai diri dan mengukuhkan tanggungjawab diri. Tanggungjawab juga membawa maksud anda sebagai jurutera hidup sendiri. Anda perlu bertanggungjawab atas segala-gala yg berlaku dalam hidup. Jika anda rasa tidak puas hati dengan sesuatu yang berlaku dalam hidup , adalah menjadi tanggungjawab untuk mengubahkannya. Dalam perjalanan hidup kita, tanggungjawab menjadi semakin besar mengikut usia anda. Pada waktu seseorang mencapai usia kedewasaan, dirinya hendaklah mengatur dan mengurus hidup sendiri. Tidak ada sesiapa yang boleh mengelakkan diri darinya. Maka, anda hendaklah sering mengingatkan diri, “kalau hal jadi sedemikian, itu adalah tanggungjawab saya.” Jika anda tidak rela melakukan sesuatu untuk membetulkan sesuatu hal, janganlah anda merungut. Terima sahajalah semua apa yang telah terjadi. Waktu kita masih seorang bayi, kita bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk kelangsungan hidup. Itu

TOP (HRD) Training Consultant

7

Kaset Program Garuda Api

bermaksud , kita hidup menurut model balasan bersyarat. Tetapi, bila seseorang mencapai usia kedewasaan, kami mungkin masih meneruskan sikap menolak setiap perkara dengan sesuatu alasan dan mengharapkan orang lain sahaja. Bila seseorang sudah kerja, kita masih berharap orang lain akan menjaga dan membantu kita. Kami masih berpendapat orang lain patut bertanggungjawab terhadap apa sahaja yang terjadi dalam hidup. Kerajaan patut bertanggungjawab terhadap kemajuan diri anda. Juga jodoh hidup perlu menjaga anda. Majikan perlu menjaga diri kita. Kita bermaksud seseorang cuba mencari alasan untuk terus melarikan diri dari tanggungjawab. Terus mencari jalan untuk menjadikan orang lain atau persekitaran yang mengakibatkan sesuatu kejadian. Sebenarnya, tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk memilih samada dirinya hendak bertanggungjawab terhadap sesuatu kejadian yang melanda hidupnya. Khususnya, bila anda telah menjangkaui usia lapan bela tahun, anda tidak mempunyai kuasa untuk memilih tanggungjawab hidup mengikut kesukaan diri. Jika anda berhajat hendak menggunakan sepenuhnya potensi diri, hendak menjadi orang yang anda idamkan; anda hendaklah bertanggungjawab sepenuh. Berjanji dan memikul tanggungjawab sepenuhnya. Dalam bahasa Inggeris, perkataan tanggungjawab terdiri dari dua perkataan berasingan iaitu “Reaksi” dan “Keupayaan”. Jika seseorang boleh berhadapan dan reaksi dengan berkesan atas setiap cabaran hidup, ia juga menandakan tahap perkembangan diri yang pantas. Dalam arena politik, jika kita mahu kerajaan menaruh bakti untuk kita dan menjaga kita, ini juga bermaksud kita melepaskan kawalan diri kepada kerajaan. Dalam semua kes kehakiman, suatu petanda lumrah pada semua pesalah ialah mereka tidak rela bertanggungjawab terhadap kesalahan diri sendiri. Begitu juga dalam arena perubatan, kebanyakan penyakit fizikal adalah berpunca dari masalah mental. Tapi, kita mengharapkan doktor bertanggungjawab untuk mengubati dan menyembuhkan penyakit kita. Jadi, untuk membolehkan anda mengecapi sesuatu perubahan, anda hendaklah menerima setiap tanggungjawab yang menimpa hidup anda.Jika hal menjadi begini, ia adalah tanggungjawab saya. Jika hal menjadi sedemikian, ia adalah tanggungjawab anda. Bab 6 Menghapuskan perasaan negatif Setiap perasaan negatif akan menjatuhkan seseorang dan menghalang kematangan hidup. Jika diri anda tidak dapat menikmati keriangan dan kepuasan hidup, ini kerana perasaan negatif sedang mengganggu anda. Langkah pertama menghapuskan perasaan negatif ialah dengan mendirikan rasa tanggungjawab yang sepenuhnya. Semakin anda bertanggungjawab terhadap setiap keputusan , semakin anda dapat mengolah hidup sendiri. Anda menjadi semakin dinamik, semakin gembira dan memiliki kebebasan sebenar. Ini bermaksud, tanggungjawab diri, kawalan hidup dan kebebasan diri mempunyai kaitan yang rapat sekali. Tidak bertanggungjawab akan mengakibatkan rasa kehilangan kawalan dalam hidup. Ia juga akan meruntuhkan hidup seseorang akibat dari kehilangan

TOP (HRD) Training Consultant

8

Kaset Program Garuda Api

kawalan. Ia menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri untuk memulihkan hidup yang normal dan bebas. Pakar psikologi berpendapat, tahap penyakit mental berkait rapat dengan tahap seseorang melarikan diri dari tanggungjawab. Sepohon pokok perasaan negatif menghasilkan berbagai buah negatif seperti keraguan, hasad dengki, cemburu, kemarahan dan rasa bersalah. Ini merupakan perasaan negatif yang penting dan mengganggu hidup seseorang. Kesemua perasaan negatif ini akan menjadikan seseorang marah. Jika perasaan negatif ini diluahkan dalam bentuk dalaman, ia akan menyebabkan seseorang jatuh sakit; sebaliknya, jika perasaan negatif ini diluahkan secara luaran, ia akan menjadikan orang lain marah. Pokok perasaan negatif mempunyai dua sistem akar. Akar ini terus menyerap kesuburan tanah dan membesarkan pokok ini sehingga ia berbunga dan berbuah. Sistem akar pertama ialah membuat andaian dan menyalahkan orang lain. Ini bermaksud , apa yang saya sebutkan mesti betul. Sistem akar kedua ialah serangan diri. Ini bermaksud setiap apa yang berlaku di luar adalah untuk menjatuhkan dan merosakkan diri anda. Bila kita terus menjadikan persepsi diri sebagai sebab persekitaran sedang menyerangan diri, kita akan terus terkongkong oleh perasaan negatif ini dan gagal melihat hakikat sebenar kejadian tersebut. Sebenarnya, seseorang tidak akan terus mengabadikan perasaan negatif ini dalam hidup kecuali kalau dirinya masih terus mengesahkan kewujudan serangan ini dan terus menjelaskan kepada orang lain tentang perasaan anda. Untuk menghapuskan perasaan negatif , anda hendaklah terlebih dahulu tidak menyalahkan orang lain. Jangan mengizinkan diri dikongkong oleh perasaan mengandaikan orang lain bersalah. Jangan mengiktirafkan kesalahan seseorang. Seterusnya, amalkan sikap anti serangan diri. Kita hendaklah merdeka dari semua kejadian dan persekitaran. Kita hendaklah berkata, biarpun masalahini terjadi, tapi saya bukan masalah. Biarpun ada kesusahan, tapi kesusahan ini bukan pada diri saya. Perasaan negatif adalah berpunca pada dalaman seseorang dari persekitaran luar . Perasaan negatif terbentuk akibat reaksi seseorang terhadap kejadian luaran. Anda sentiasa mempunyai hak untuk memilih kualiti hidup anda. Andalah yang memilih untuk marah , resah atau mengkritik. Anda boleh menebang pokok perasaan negatif dengan menghentikan rungutan. Gunakan Rukun penggantian untuk menghapuskan perasaan negatif dengan berkata , “sayalah yang bertanggungjawab” Seseorang yang sering merungut hanya menoleh pada kejadian lalu byg tidak dapat diubah. Seseorang yang bertanggungjawab sentiasa melihat ke depan untuk menjangka sesuatu yang akan berlaku. Bila seseorang yang berjiwa tanggungjawab berhadapan dengan masalah, dirinya akan bertanya, “Apa yang patut kita buat sekarang?” Sebaliknya, seseorang yang suka merungut akan berkata, “Siapakah yang melakukannya?” Ini bermaksud, rungutan tidak membawa sebarang manfaat untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa dirinya. Sebenarnya, seseorang bayi yang baru dilahirkan tidak mempunyai perasaan negatif. Perasaan ini terbentuk dan menambahn beransur-ansur dalam proses perkembangan hidupnya dengan memerhatikan orang lain dan setiap kejadian

TOP (HRD) Training Consultant

9

Kaset Program Garuda Api

yang menimpa dirinya. Kita mempertikaikan nasib hidup yang malang waktu kecil, kita mempertikaikan sikap majikan dan ahli keluarga yang kurang prihatin terhadap diri sendiri. Kita terus menggunakan perasaan negatif ini untuk mendirikan corak perhubungan manusia. Tetapi, jika anda enggan mempertikaikannya. Perasaan negatif akan dihapuskan. Sebenarnya, setiap orang mempunyai pengalaman pahit yang tersendiri. Mereka terus mencintai dan mengekalkan pengalaman ini dalam memori. Mereka telah banyak berkorban untuk pengalaman pahit ini untuk suatu tempoh masa yang panjang. Mereka tidak rela melepaskan perasaan pengalaman ini. Jika anda hendak menolong orang sedemikian, apakah yang patut anda katakan? Anda hendaklah berkata, “Ya, saya faham maksud anda. Saya sedia berbincang dengan anda. Tapi, anda hendaklah bertanggungjawab terhadap hidup sendiri. Jika anda sedia bertanggungjawab sepenuhmya, apakah yang patut anda lakukan?” Kemungkinan rakan anda akan berubah akibat percakapan anda. Sebenarnya, rakan bermasalah hendak mencari anda ialah untuk meluahkan semua kesusahannya pada diri anda. Sebenarnya, dirinya akan menggunakan masa perbincangan anda berdua untuk mengatur strategi dan pendirian dirinya. Ini juga bermaksud dia akan mengatur penyelesaian maslah dirinya sendiri. Mereka tidak perlukan apa-apa cadangan dari anda. Faktor terakhir adalah suatu yang penting sekali. Setiap orang mempunyai sesuatu perasaan yang sukar dilupakan. Perasaan negatif ini telah banyak menyakitkan kita dan terus kita milikinya. Perasaan negatif ialah menyalah dan menuduh orang lain. Kita masih menyalahkan seseorang atau sesuatu perkara yang telah melukakan diri kita sebelum ini. Jangan salahkan diri dengan perasaan sedemikian, kerana setiap orang mempunyai kecenderungan merindui kesakitan lalu. Kami suka menutup diri dengan guni yang mengisi perasaan negatif. Kita berpendapat kononnya perasaan negatif ini adalah suatu petanda keprihatinan dan simpati diri terhadap sesuatu yang telah berlaku. Tapi, kunci mengejar kejayaan ialah Rukun Penggantian, halau semua perasaan negatif dari jiwa anda. Setiap kali anda berhapdapan dengan perkara yang memberi tekanan dan masalah dalam hidup, anda perlu berkata , “Saya seorang yang bertanggungjawab, saya perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Saya suka diri sendiri. Saya seorang yang bertanggungjawab. Selain dari diri saya, tidak ada sebarang hal lain yang boleh mengganggu perasaan jiwa raga saya. Saya boleh bertanggungjawab.” Ya, saya oercaya – anda boleh memikul tanggungjawab sepenuhnya. Bab 7 Kuasa Melegakan Diri Jika anda tidak menguruskan perasaan negatif , maka kegembiraan, kesihatan , rasa kemesraan dan potensi diri tidak akan terbongkar. Minda separa sedar manusia tidak mempunyai sebarang ruang untuk menyimpan perasaan negatif, ini bermaksud perasaan negatif boleh dihapuskan dari diri anda. Akibat dari kritikan yang melukakan sejak waktu kecil, seseorang telah membentuk model pemikiran yang bersifat tertekan dan bersifat paksaan. Kritikan yang melukakan

TOP (HRD) Training Consultant

10

Kaset Program Garuda Api

akan menjatuhkan keyakinan diri. Ia menyebabkan seseorang gagal memikul tanggungjawab diri. Ia juga merosakkan harga dan maruah diri. Jika ibu bapa anda pernah berkata , “Anda tidak pernah dapat melakukan sesuatu dengan baik.” Bila anda besar, amat sukar untuk meminta diri anda melakukan sesuatu dengan baik. Faktor kedua yang menyebabkan kita terjerumus dalam kancah perasaan negatif ialah kekurangan kasih sayang dan perhatian sejati. Kekurangan kasih sayang dan gagal menikmati kasih sayang merupakan sebab mengapa seseorang tidak gembira pada waktu kedewasaannya, ketiadaan kasih sayang juga akan melumpuhkan jiwa raga seseorang. Untuk membolehkan anak merasai kasih sayang yang sejati, ibu bapa hendaklah mempunyai nilai kendiri yang sempurna. Selalunya, seseorang ibu bapa yang menjadi mangsa ibu bapanya akan menurunkan model asuhan kepada generasi berikut. Kita hendaklah menghentikan urutan perasaan negatif sedemikian. Untuk membolehkan anak mempunyai perasaan dirinya disayangi, ada tiga syarat yang perlu diamalkan. Pertama : Ibu bapa hendaklah sayangi diri sendiri. Jika anda tidak menyayangi diri sendiri , anda tidak akan mempunyai kasih sayang yang berlebihan untuk orang lain. Kedua, ibu bapa hendaklah sayang satu sama lain. Bila salah seorang berpisah atau bercerai, anak akan merasa kononnya ibu bapa berbuat demikian kerana dirinya bersalah. Ketiga, anak hendaklah merasa dirinya disayangi. Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah menyayangi anaknya. Satu-satunya cara untuk menunjukkan kasih sayang anda ialah dengan memperuntukkan masa yang banyak untuk berkomunikasi dengan anak. Jika proses perkembangan hidup anda tidak mempunyai ketiga-tiga perkara tersebut, maka ini bermaksud anda dibesarkan dalam situasi yang bersifat kritikan negatif. Ia juga bermakna anda hidup dalam suasana yang membawa perasaan bersalah. Rasa bersalah membawa maksud dirinya tidak lagi mempunyai apa-apa nilai. Bila diri seseorang terus dikritik oleh orang yang penting dalam hidupnya, ini juga bermaksud dirinya tidak lagi mempunyai kasih sayang yang sejati, perasaan ini akan terbentuk. Kami rasa nilai diri amat rendah atau sama sekali tidak bernilai. Ini merupakan punca masalah perhubungan manusia. Ia juga merupakan faktor penyakit mental. Perasaan bersalah akan menimbulkan rasa dan pendapat kononnya “saya tidak sempurna, saya mempunyai banyak kelemahan, saya tidak baik.” Sebaliknya, nilai diri bermaksud, “saya suka diri saya, saya suka diri saya” Bila seseorang dibesarkan dalam suasana kritikan negatif dan ketiadaan kasih sayang , mereka bukan sahaja tidak suka dengan diri sendiri , mereka tidak akan merasa sebarang nilai, yang penting sekali, hati mereka tidak terus penuh dengan hasad dengki. Perasaan bersalah berpunca dari tiga bentuk perasaan negatif, Ibu bapa yang negatif , pengaruh yang negatif dan agama yang negatif. Perasaan bersalah sering digunakan oleh orang ramai untuk sesuatu tujuan kerana setiap individu mempunyai sisa-sisa perasaan ini dalam jiwa masing-masing. Cara

TOP (HRD) Training Consultant

11

Kaset Program Garuda Api

menggunakan perasaan bersalah amat senang sekali. Hanya dengan memandang dengan mata dan berkata beberapa patah perkataan, seseorang akan dengan mudahnya mencapai tujuan dan hasratnya. Bagaimana anda tahu adanya perasaan bersalah dalam hidup anda ? Pertama: Adakah anda rasa diri tidak sebaik orang lain. Anda rasa diri tidak padan dengan sesuatu layanan dan ganjaran yang lumayan. Kedua : Kritikan diri yang negatif. Terus menolak diri sendiri, membantah diri dan gagal menerima diri sendiri. Ketiga: perasaan bersalah amat mudah disokong orang lain. Sebenarnya, dunia ini mempunyai dua jenis insan, iaitu insan yang melepaskan perasaan bersalah dan insan yang menerima perasaan bersalah. Kedua-dua kelompok manusia ini terus menyerang satu sama lain. Keempat : Anda sering menggunakan perasaan bersalah untuk menegur orang lain. Kelima : Corak komunikasi mangsa yang bersifat “saya tidak boleh”. Setiap kali anda hendak melakukan sesuatu, minda separa sedar akan memberitahu anda “anda tidak boleh”. Terdapat dua jenis corak percakapan mangsa perasaan bersalah , iaitu “saya akan cuba”. Makna percakapan ini membawa makna dirinya berkemungkinan gagal . Ia juga bermaksud, dirinya menyediakan landasan melarikan drii dari tanggungjawab terhadap kesalahan yang bakal terjadi. Percakapan ini juga bermaksud, jika benarnya diri gagal, jangan pula anda menuduh saya. Jika seseorang menggunakan ayat “saya akan mencuba”, beliau sudah memberi alasan untuk gagal sebelum pun dirinya memulakan sesuatu tindakan. Satu lagi corak percakapan mangsa perasaan bersalah ialah , “saya berharap”. Harap Menggambarkan suatu impian atau matlamat. Tetapi sekadar mengharap tidak membawa daya untuk bertindak dan mencapainya. Setiap kali kita berkata, “Saya berharap”, dirinya juga menanam rasa tidak yakin dalam minda separa sedar untuk menyiapkan tugasan tersebut. Berhati-hatilah dengan corak percakapan mangsa yang sedemikian. Setiap individu yang membesar dalam suasana yang membawa perasaan bersalah akan membentuk lima ciri berikut: Pertama : Bila diri mereka rasa tidak sebaik orang lain , mereka juga rasa tidak berhak untuk menikmati dan menerima peluang dan pengalaman kejayaan. Kedua : Perasaan bersalah akan terus mengheret diri seseorang ke bawah dan terus mengkritik diri sendiri dengan cara yang negatif. Ketiga : Mereka bukan sahaja marah dan merungut diri sendiri , mereka juga menggunakan cara yang sama untuk melayan orang lain. Keempat: Mereka mudah menjadi mangsa perasaan bersalah Kelima: mereka akan menggunakan corak percakapan mangsa perasaan bersalah. Jadi , Bagaimana kita boleh melepaskan perasaan bersalah ini? Pertama : Hapuskan semua corak percakapan yang mengkutuk dan mengkritik diri secara negatif Kedua : Jangan izinkan perasaan bersalah mendokong dan mempengaruhi hidup anda

TOP (HRD) Training Consultant

12

Kaset Program Garuda Api

Ketiga : Jangan sekali gunakan perasaan bersalah untuk menegur dan marah orang lain Keempat : Mesti ada keberanian untuk memaafkan orang lain dan tidak lagi mempertikaikan kecelakaan diri. Kelima : Seterusnya, anda perlu keberanian untuk memaafkan empat kategori manusia lain, iaitu maafkan ibu bapa anda, maafkan sesiapa yang pernah melukakan anda dengan apa cara sekalipun, maafkan diri sendiri . dan minta maafkan dari sesiapa yang pernah anda lukakan. Kami hendaklah memupuk kualiti diri untuk memaafkan setiap orang yang anda kenali. Bab 8 Menangkis kekhuatiran Pakar psikologi memberitahu kita, pemikiran yang negatif adalah suatu yang dibentuk oleh minda diri sendiri. Ia memberi berbagai tekanan dan ketakutan dalam hidup. Bila seseorang terus menumpukan pemikirannya pada semua perasaan negatif ini, ia akan menjadi suatu yang benar dan menjadi suatu kenyataan dalam hidup seharian. Tambahan lagi, kekhuatiran adalah suatu bentuk ketakutan yang diakibatkan dari jiwa yang penuh keraguan. Dalam kajian yang dilakukan, hampir 45% dari kekhuatiran seseorang adalah berkaitan dengan sesuatu hal yang tidak pernah berlaku, 30% adalah khuatir tentang sesuatu hal yang telah berlalu dan tidak boleh diubah lagi. 12% dari kekhuatiran adalah berkaitan dengan kesihatan diri. 10% adalah khuatir tentang hal yang remeh temeh. Hanya 8% adalah hal yang penting dan perlu diberi perhatian serius. Dari 8% hal yang penting ini, separuh darinya adalah siluar dari kawalan diri seseorang, kerana ia perlu ditangani dan diuruskan oleh orang lain. Secara keseluruhannya, didapati 96% dari kekhuatiran adalah suatu yang kurang penting dan tidak pernah berlaku. Amatlah tidak wajar untuk kita membuang masa dan tenaga untuk hal-hal sedemikian. Jadi, bagaimana kita boleh menangkis rasa kekhuatiran ? Pertama : Memikul satu hari setiap ketika. Jangan kisah apa yang akan berlaku paa hari esok. Berikan penumpuan pada apa yang dilakukan sekarang dan buat dengan sehabis baik. Kedua : Fahami asal-usul dan gambaran sebenar sesuatu kejadian. Bila anda mengenal keadaan sebenar sesuatu kejadian, rasa khuatir akan hilang. Ketiga : Kita kenalinya sebagai pengkis keresahan. Ia meliputi empat langkah. Pertama : Jika fikiran anda masih mempunyai sebarang hal yang merisaukan, tuliskan dengan jelas pada sehelai kertas. Kedua , anda hendaklah memahami keadaan paling teruk. Tanya diri anda, “Apakah keadaan yang paling teruk dalam hal ini.” Bila kita mengenal keadaan yang paling teruk, kita dapati kesemua kerisauan dan keresahan akan hilang. Ketiga : Jika keadaan paling teruk berlaku, sedia menyahutnya dan belajar menyesuaikan diri dengannya. Keempat : Segera bertindak untuk memperbaiki keadaan yang paling teruk agar dapat menurunkan risiko ke tahap terendah. Akhir sekali, ubat penawar kerisauan ialah dengan melakukan tindakan yang bermakna. Bila anda melakukan sesuatu tindakan bermakna, ia akan

TOP (HRD) Training Consultant

13

Kaset Program Garuda Api

menghapuskan kekhuatiran anda. Gunakan Rukun Penggantian, jalankan tindakan yang bermakna. Gunakan Rukun Penumpuan, jangan izinkan diri anda terus tertumpu pada hal yang merisaukan. Gunakan Rukun Jangkaan dan Rukun Tarikan, jadikan semua hal yang anda jangkakan masuk ke dalam hidup anda. Lepaskan semua pemikiran yang tidak benar, terima hakikat paling teruk, ambil tindakan yang paling praktikal dan berpatutan, gunakan sikap yang membina untuk mengganti perasaan khuatir – inilah semua kunci menghapuskan kekhuatiran. Bab 9 Menanam kualiti kejayaan dalam minda anda Pakar psikologi William James berkata, anda hanya perlu mengubah sikap mental dalaman , anda akan dapat mengubah corak kehidupan di luar secara hakiki. Ini bermakna , jika anda terus kekalkan minda pada tahap tertentu, anda akan membentuk suatu kuasa pemikiran yang dinamik. Ia akan menarik individu , perkara dan persekitaran yang sesuai ke dalam hidup anda. Jika anda menjadikan setiap kejadian di sekitar anda sebagai suatu kebenaran dan menerimanya tanpa sebarang persoalan, kesemua perkara ini akan menjadi konsep diri anda. Ini juga bermaksud, konsep diri akan menentukan jenis perkara yang akan berlaku dalam hidup anda; maka demi mencetuskan beberapa perubahan hidup, anda perlulah terdahulu mengubah konsep diri anda. Konsep psikologi perubahan menyatakan setiap individu sentiasa dalam perubahan dan perkembangan yang berterusan. Konsep diri dan kepercayaan anda juga sentiasa berubah. Setiap fasa perkembangan hidup, kita terus mengubah konsep diri, kepercayaan diri dan imej diri. Jika anda hendak mencapai perkembangan hidup yang pesat, anda perlulah mempunyai suatu matlamat yang nyata dan jelas serta mempunyai kemahuan yang berkobar-kobar untuk mencapainya. Setiap kali anda melakukan perubahan mental, anda sering berhadapan dengan dua penghalang. Pertama , penyakit seragam. Ini bermaksud, seseorang akan terus melihat sesuatu dari perspektif yang sama. Dirinya sukakan perkara yang membiasakan dan menyebabkan kurang fleksibiliti mental. Kedua, penyakit mental kaku. Ini bermaksud pemikiran seseorang bersifat kaku dan degil. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan seseorang terus kekal dalam zon keselesaan peribadi. Maka, amatlah penting untuk kita melarikan diri dari kongkongan zon keselesaan. Ini kerana Ia akan menjadikan kerja anda bersifat kaku, tidak bermatlamat hidup danm enggan melakukan sebarang perubahan dalam hidup. Dua kuasa utama wujud dalam hidup anda, ia mengawal setiap perkara yang berlaku dalam hidup anda. Pertama , kuasa kasih sayang. Kuasa ini menggerakkan setiap individu untuk memerolehi kasih sayang atau tuntutan emosi kerana ketiadaan kasih sayang. Kedua, kuasa bayangan. Kuasa ini merujuk kepada setiap gerak-geri minda sedar, sesuatu yang anda dengar, nampak, rasai, terhidu atau sesuatu peristiwa yang anda terserempak dalam hidup. Semua pengalaman ini akan membentuk suatu pengaruh dalam hidup anda dan membentuk sikap diri anda. Ini juga bermaksud setiap perkara mempunyai pengaruhnya yang tersendiri.

TOP (HRD) Training Consultant

14

Kaset Program Garuda Api

Rukun tabiat pula memberitahu kita, corak mental anda akan terus berkekalan pada suatu corak yang terdahulu. Hanya kalau diri anda membuat keputusan untuk mengubah sesuatu perkara dalam hidup, tabiat lama akan mula tercabar. Untuk menemuui kejayaan, anda perlukan tabiat kejayaan. Selagi anda memiliki semua kejayaan ini, anda akan berjaya. Kedua , Rukun emosi. Setiap keputusan dalam hidup mempunyai kaitan dengan emosi anda pada ketika itu. Jika emosi dominan anda pada waktu itu adalah ketakutan, maka ketakutan akan mendokong tindakan anda. Jika emosi anda adalah suatu kemahuan yang berkobar-kobar, maka ia juga akan mendokong tindakan anda. Jika anda terus mengekalkan diri dalam corak mental yang berkemahuan tinggi, ketakutan anda akan beransur hilang. Ketiga, Rukun Penonjolan. Setiap perkara yang meninggalkan memori dominan dalam minda akan terus berlaku dalam hidup anda. Jika anda cuba mencoretkan sesuatu memori yang bersifat dominan biar dengan apa cara sekalipun akan akhirnyamenjadi kenyataan dalam hidup seharian. Anda gunakan konsep diri sendiri untuk melayan setiap perkara. Anda tidak semestinya percaya apa yang anda lihat, tapi anda pasti akan lihat apa yang anda percaya sebagai benar. Jika anda percaya peluang wujud dalam hidup , anda pasti akan terjumpa peluang tersebut. Keempat , Rukun Penukuran. Ini bermaksud jika anda telah mencapai tahap kejayaan tertentu, anda pasti akan membentuk suatu perasaan dominan. Dengan erti kata lain, suasana yang bersifat hakiki akan membentuk perasaan dominan. Jika anda berjaya mencorakkan corak mental dominan, perasaan ini akan menggerakkan Rukun Penarikan dan Rukun Keirasan. Ini seterusnya akan membawa orang,peristiwa atau peluang ke dalam hidup untuk membentuk suasana yang hakiki. Kelima , Rukun amalan atau Rukun Ulangan. Ia bermaksud, jika anda terus ulangi sesuatu perkara, ia kaan menjadi tabiat. Biar apa yang anda hendakkan dalam hidup, anda boleh gunakan bayangan berulangan untuk menjadikan ia suatu kenyataan. Ulangi perbuatan ini untuk 21 hari, ia akan akhirnya menjadi suatu tabiat bari hidup anda. Rancangan puasa PMA menghendakkan diri anda menumpukan pemikiran pada sesuatu perkara yang anda hendakkan , jauhi dari perkara yang anda tidak mahu. Ini menumpukan mental anda pada sikap positif yang anda corakkan sendiri. Anda akan akhirnya menjadi seorang yang positif. Anda akan dapati setiap perkara mula berubah dalam hidup. Perhubungan manusia anda , kerjaya anda , kesihatan anda dan setiap perkara lain akan turut berubah. Seterusnya, anda perlu melakukan empat perkara . Pertama , anda perlu mempunyai hajat yang berkobar-kobar. Hanya jika anda hajatkan sesuatu dengan kemahuan yang berkobar-kobar, baru anda dapat memperolehinya. Kedua, membuat keputusan. Anda perlulah membuat keputusan untuk melaksanakan setiap tindakan yang perlu anda lakukan untuk mencapai hasrat anda. Ketiga , kecekalan yang tidak berbelah bahagi untuk meneruskan rancangan anda biarpun apa yang orang lain katakan. Akhir sekali, disiplin diri. Anda perlulah rela melakukan setiap perkara yang perlu anda lakukan.

TOP (HRD) Training Consultant

15

Kaset Program Garuda Api

Setiap perkara dalam hidup mempunyai dua kesan, samada ia mendekati atau menjauhi anda dari matlamat hidup anda. Ini kerana setiap perkara mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Selagi anda mengamalkan rancangan puasa PMA selama 21 hari, anda pasti akan menemui perubahan yang dinamik dalam hidup, ia menjangkaui perubahan yang anda fikirkan. Bab 10 Cara mengubah Konsep Diri Kami pernah belajar, perubahan konsep diri merupakan pendekatan Pertama dalam usaha mengubah corak hidup anda. Terdapat tiga komponen yang membentuk konsep diri , iaitu impian diri, imej diri dan nilai diri. Impian diri merujuk pada orang yang anda hasratkan hendak menjadi, ia merupakan dasar keperibadian diri anda. Ia menentukan corak pemikiran, sikap dan percakapan seharian. Imej diri pula merujuk pada cara anda melayan dan melihat diri sendiri. Jika anda mengaitkan imej diri dengan impian hidup , anda pasti mempunyai nilai diri yang lebih tinggi. Sebaliknya, jika anda rasa diri anda tidak boleh mencapai imej diri yang dihasratkan, nilai diri anda menjadi amat rendah. Maka, amatlah penting untuk anda membuat penetapan apakah corak imej diri yang anda hendakkan. Untuk mencapai imej diri sebagaimana yang anda impiankan, anda perlukan konsep diri yang bersesuaian. Anda perlu tahu apa yang anda hendakkan secara berkobar-kobar dan seterusnya anda akan mengubah corak pemikiran anda. Ini seterusnya akan membaharui diri anda. Kedua, mula bayangkan diri anda sebagai orang yang anda impiankan. Bayangkan diri anda sebagai seorang yang peramah dan mempunyai kesabaran. Ukirkan diri anda yang sempurna. Rukun penonjolan bermaksud setiap corak pemikiran yang dominan akan akhirnya menonjol sebagai suatu kenyataan hidup. Jika anda terus amalkan pemikiran sedemikian, anda akan dapati diri menjadi seorang yang dinamik dan baru. Ketiga, amalkan imaginasi. Jadikan semua pemikiran dalam hati sebagai suatu gambaran berturut. Anda boleh mengubahsuai dan mencorakkan minda separa sedar sendiri. Setiap kali anda menggambarkan turutan pemikiran anda dalam bentuk imaginasi, anda menumpukan minda pada sesuatu yang anda hasratkan. Bila anda menutup mata dan bayangkan sesuatu yang hasrta hendak menjadi, minda separa sedar tidak akan menolak atau menilai gambaran mana yang sebenar berlaku dalam hidup dan gambaran mana hanya suatu hajat hati. Imaginasi membantu anda membentuk gambaran minda yang bersiri untuk membantu perubahan mentaliti. Keempat , pengesahan diri. Gunakan kata-kata dinamik dan berkuasa untuk mencorakkan minda separa sedar. Pengesahan diri perlu gunakan ayat yang bersifat peribadi , bersifat sekarang dan bersifat positif untuk mengaitkan diri anda dan kepercayaan anda. Pertama , Sifat peribadi. Ini bermaksud setiap kata-kata pengesahan hendaklah menggunakan perkataan “saya”. Bila anda katakan “saya suka diri saya”, ayat ini akan terus masuk ke dalam minda separa sedar anda. Seterusnya, kata-kata pengesahan perlu bersifat positif. Ini kerana minda separa sedar akan menapis ayat-ayat yang negatif dan hanya menyalurkan ayat yang positif. Bila anda katakan, saya bertanggungjawab, anda

TOP (HRD) Training Consultant

16

Kaset Program Garuda Api

pasti akan merasa kesan ayat ini dalam minda separa sedar. Anda juga akan merasa kesan perasaan dari sebutan tadi. Ketiga , bersifat sekarang. Luahkan kata-kata pengesahan yang bersifat sekarang kerana minda separa sedar hanya sedia menerima ayat yang bersifat sekarang. Anda boleh gunakan kad kecil untuk mencatatkan semua kata-kata pengesahan dan baca berulang-kali setiap hari. Akhirnya, waktu anda praktiskan kata-kata pengesahan , pastikan tindakan dan percakapan anda sejajar dengan kata-kata pengesahan tersebut. Apa yang anda lakukan hendaklah seiras dengan apa yang anda sebutkan secara peribadi. Kelima , pendekatan suara. Gunakan suara yang kuat untuk menyebut kata-kata pengesahan. Anda boleh sebutkan dengan nada biasa. Tetapi , jika anda boleh sebutkanb dengan suara yang kuat dan penuh semangat, pasti kuasa pengesahan diri akan meningkat pada tahap 80%. Anda boleh praktiskan ini di depan cermin dan anda boleh nampak imej diri sendiri. Gabungan gambaran wajah diri depan cermin, suara dan semangat pasti akan memaksa pengesahan diri masuk dalam minda separa sedar. Keenam, pendekatan andaian. Andaikan sesuatu perasaan dan emosi yang dihendakkan. Semua perasaan dan emosi yang bersifat palsu akan mendorong anda menghidupkan sebagai kenyataan melalui tindakan seharian anda. Sebelum anda bertindak, andakan anda sudah memiliki perasaan yang tersebut. Tindakan ini pasti akan membawa emosi yang berkobar-kobar dan menghasilkan perasaan yang sebenar. Anda boleh jadikan tindakan anda sebagai pencetus perasaan anda. Kita sebutkan keadaan ini sebagai suatu yang berpura-pura. Perbuatan palsukan diri sebagai seorang yang mulia, yang berani, mempunyai keyakinan – terus berpura-pura sehingga anda memilikinya. Keempat pendekatan ini , iaitu imaginasi, pengesahan diri , pendekatan suara dan pendekatan andaian merupakan syarat asas mengubah keperibadian diri. Imaginasi menghendakkan anda menayangkan gambaran imej diri yang dihasratkan terus tercoret pada layar minda anda sehingga minda separa sedar menerimanya berdasarkan pengalaman sebenar. Pengesahan diri pula menghendakkan anda menggunakan ayat yang dinamik dan positif untuk bercakap dengan diri sendiri. Jangan sekali anda katakan, saya ragui, saya takut, saya sedih. Anda perlu berkata, saya boleh buat, saya percaya dapat melakukannya. Ini pasti akan meningkatkan kepercayaan diri dan nilai diri. Pendekatan suara, sebutkan dengan suara yang kuat. Pasti apa yang anda sebut mempunyai kaitan dengan tindakan seharian. Pendekatan andaian. Berpura-pura anda sudah berjaya mencapai apa yang dihasratkan. Berpura-pura anda menjadi orang berjaya yang anda hasrtakan. Terus berpura-pura sehingga anda memilikinya. Ingat , ini adalah suatu rukun yang hakiki dan tidak akan berubah; diibaratkan matahari yang terbit dan mucul setiap hari. Bab 12 Perisian lembut minda

TOP (HRD) Training Consultant

17

Kaset Program Garuda Api

Kita telah difahamkan aset terpenting dalam hidup ialah masa. Kita juga telah difahamkan jika seseorang dapat mengubah dunia dalamannya, dia juga boleh mengubah dunia luarannya. Dalam bab ini, kita akan belajar empat pendekatan merangka sistem hidup sebagai cara untuk mengubah corak minda secara abadi dan berkekalan. Pendekatan-pendekatan ini dikenal sebagai perisian lembut minda. Pendekatan pertama ialah strategi rancangan fizikal. Ia berdasarkan semua pengalaman deria, baik didengar, dilihat atau dirasai. Kesemua deria ini mengumpul maklumat dalam minda separa sedar. Jika seseorang menyepadukan strategi dan rukun minda sebagaimana yang telah dibincangkan dalam bab-bab sebelum ini, maklumat-maklumat yang diterima oleh deria badan akan masuk ke minda separa sedar dengan lebih cepat dan bertahan untuk masa yang panjang. Pendekatan rancangan fizikal menghendakkan anda menulis matlamat utama anda setiap pagi dengan ayat yang positif. Seterusnya, pejamkan mata dan bayangkan matlamat anda. Bayangkan suasana dan perasaan anda bila anda mencapai matlamat tersebut. Seterusnya, rasakan kegembiraan dan kepuasan yang bakal dikecapi. Bayangkan seolah-olahaa telah memiliki semua apa yang anda hajatkan. Fikirkan perasaan yang menyeronokkan bahawa ia telah berlaku. Matlamat ini telah bersedia untuk akan menjadi milik anda kelak. Akhirnya, gunakan rukun kelegaan. Legakan diri dan jangan menaruh sebarang niat atau hajat. Semua fikiran tadi akan mudah diserap oleh minda separa sedar anda. Pendekatan kedua ialah rancangan perancangan pantas. Teknik ini digunakan untuk aktiviti yang bersifat sekali sahaja dalam hidup dan aktiviti sedemikian tidak akan berulang lagi dalam hidup. Strategi ini akan merangka dan mencorakkan konsep diri dan minda separa sedar dalam amsa yang singkat. Ia akan memotivasikan anda secara mental dan fizikal. Ia akan mengingatkan anda tentang ttg tindakan dan percakapan yang sesuai pada setiap ketika. Corakkan imej turutan aktiviti dan akibat yang dihasratkan dalam minda. Contohnya, anda hendak mengendalikan suatu seminar. Anda perlu salurkan gambaran waktu seminar tamat, peserta berdiri dan memberi tepukan yang gemuruh untuk anda. Seterusnya, gunakan pengesahan diri untuk menguatkan keyakinan tentang gambarn tersebut. Gunakan kata-kata pengesahan yang singkat dan berkuasa. Kata-kata ini akan mempengaruhi perasaan anda. Ini bermaksud , anda akan merasai emosi waktu anda menyiapkan aktiviti tersebut. Selepas itu, legakan diri dan tidak memberi sebarang perhatian kepada perkara tersebut seolah-olah ia telah siap dilangsungkan sebagaimana yang telah anda rancangkan. Waktu anda melegakan diri, minda separa sedar anda mula beroperasi. Teknik ini adalah ramalan minda sebagaimana yang telah kita bincangkan sebelum ini. Teknik ini menghendakkan anda mengimbas semua pengalaman kejayaan lalu sebelum anda berhadapan dengan sesuatu perkara atau tugasan yang penting. Tumpukan pemikiran pada aspek kecemerlangan diri dengan merenung semua kejayaan lalu bersama dengan perasaan kepuasan dan gembira. Gabungkan semua pengalaman lalu pada peristiwa yang bakal datang. Cara mencorakkan minda separa sedar sebegini dengan kembali pada pengalaman lalu yang membawa tindakan, percakapan dan prestasi yang seiras. Cara ini akan

TOP (HRD) Training Consultant

18

Kaset Program Garuda Api

membawa kesan kejayaan yang sama. Individu yang berjaya dan individu yang gagal hanya berbeza dalam corak pemikirannya. Bila berhadapan dengan sesuatu tugasan, individu yang gagal hanya memikirkan pengalaman lalu yang mendukacitakan. Individu yang berjaya pula mendorng diri untuk mengulangi pengalaman kejayaan lalu. Individu berjaya akan menggunakan rukun penggantian bagi menanam pemikiran yang berunsur kejayaan dan enggan menerima sebarang bentuk pemikiran negatif. Pendekatan ketiga ialah teknik perancangan piawaian. Iaitu menggunakan kad kecil untuk mengesahkan matlamat diri. Pertama, tuliskan sepuluh ke lima belas matlamat. Carikan masa bersendirian tanpa diganggu oleh sesiapa sekurangkurangnya sekali atau dua kali sehari untuk menulis matlamat anda dalam kad tersebut. Gunakan ayat yang dinamik dan positif waktu menulis. Tuliskan matlamat anda dengan tulisan yang besar. Izinkan minda separa sedar anda melihat semua matlamat ini dengan jelas. Kemudian, bacakan matlamat anda dengan suara yang lantang secara berulangan dengan mata menutup. Langkah seterusnya ialah menukar semua akibat yang dihasrtakan dalam bentuk gambaran minda. Lihat rezeki yang bakal datang hasil dari usaha gigih anda. Izinkan diri anda gunakan perasaan yang tenang untuk menumpukan perhatian pada suasana yang dihajatkan. Ini membolehkan anda menumpukan perasaan sepenuhnya pada akibat yang anda hajatkan. Minda separa sedar akan lebih cepat menjadikan matlamat tersebut sebagai suatu yang penting dan mendorong anda menyiapkannya. Pendekatan terakhir ialah strategi jaguh sukan. Pendekatan ini memberitahu kita cara untuk mengecapi kejayaan dalam bidang sukan ialah dengan mendapat tunjukajar dari pakar dan orang yang berpengalaman. Anda akan dapat maklumat bagaimana kejayaan jaguh sukan sebelum ini. Setiap malam sebelum anda tidur, duduk dalam keadaan selesa dan bernafas secara panjang sambil membayangkan diri anda melakukan turutan prestasi yang cemerlang dalam sesuatu pertandingan. Gunakan dua cara untuk melakukan bayangan tersebut. Pertama , jika anda bayangkan diri anda sedang meluncur ais, bayangkan diri anda terjun dari atas bukit dan mencecah tiang-tiang bendera. Anda dapat melihat betapa megah dan hebatnya diri sendiri. Kemudian , tukarkan sudut pemandangan kepada persekitaran dan suasana yang anda lihat sepanjang peluncuran tadi. Sebenarnya, semua jaguh sukan olimpik menggunakan strategi minda ini untuk terus melatih dirinya. Pakar psikologi mendapati setiap gambaran minda yang dicorakkan akan menggerakkan badan , baik tangan, kaki , otot dan saraf. Semua bahagian badan ini akan digunakan waktu kita menjalankan aktiviti meluncur yang sebenar. Apa sahaja bidang yang anda ceburi, baik dalam bidang sukan, berpidato atau bidang lain; anda boleh gunakan strategi pengesahan diri jaguh sukan untuk meningkatkan kesan pembelajaran anda. Rahsianya terlantas pada beberapa aspek berikut : iaitu berulang, bersifat gambaran, legakan diri dan matlamat yang jelas. Terus praktis sehingga minda separa sedar menerima sebagai suatu yang benar, ia akan menjadi kenyataan dalam hidup. Jika anda genggamnya dengan kukuh, ia akan memberi kesan pada hidup anda.

TOP (HRD) Training Consultant

19

Kaset Program Garuda Api

Bab 13 Teknik pembelajaran pantas Kita telah difahamkan kebanyakan manusia hanya menggunakan sepuluh peratus dari potensi sebenar dirinya. Ahli Sains mendapati Thomas Edison hanya menggunakan tidak sampai lima belas peratus dari potensi minda dalam hayatnya. Potensi minda yang tersembunyi adalah suatu turutan idea atau pemikiran. Ia adalah daya yang menggerakkan sel-sel otak. Bagaimana caranya untuk meningkatkan kusa otak besar dan meningkatkan kesan pembelajaran anda adalah dirangkupi dalam tajuk pembelajaran pantas. Pertama, kecerdasan bukan digambarkan oleh tahap kepintaran. Kecerdasan ialah hasil dari perbezaan pemikiran dan tindakan seseorang. Kecerdasan adalah hasil dari usaha yang bertubi-tubi. Kederdasan boleh ditingkatkan dengan cara latihan berbagai cara. Selain itu, kecerdasan juga dikaitkan dengan konsep diri. Anda mungkin fikirkan diri anda lebih pintar dari apa yang anda jangkakan. Sebenarnya, daya pembelajaran anda boleh dilatih dan ditingkatkan. Anda boleh belajar cara bagaimana anda belajar. Anda boleh belajar cara menguasai semua apa yang anda hendak belajar. Semakin banyak anda belajar, semakin tinggi daya pembelajaran anda. Ketiga, pembelajaran juga berkait rapat dengan usia hayat seseorang. Semakin panjang masa anda peruntukkan untuk tujuan pembelajaran, semakin ceria dan tenang hidup anda. Anda menjadi semakin cergas dan semakin sihat. Jadi, untuk meningkatkan daya pembelajaran, anda hendaklah belajar cara pembelajaran yang betul. Pakar psikologi Bulgaria, Welchou Rouf mengusulkan daya pembelajaran agung; juga disebut sebagai daya pembelajaran pantas. Ia memperkenalkan cara menerima kuantiti maklumat yang besar dalam masa yang singkat. Beliau mendapati otak besar manusia terdiri dari dua bahagian semi-sfera. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai peranan yang berbeza. Seseorang yang mempunyai daya pembelajaran besar dapat menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan berkesan. Kedua-dua bahagian ini diseimbangkan oleh unsur kelabu. Pada masa yang sama, kedua-dua hemi-sphera ini mempunyai peranan pemikiran yang berbeza. Otak kiri sangat pentingkan perkataan dan struktur ayat. Maka ia akan berfikir dengan turutan percakapan. Otak sebelah kanan pula pentingkan gambar dan seni. Maka, ia perlukan lukisan untuk mencetuskan daya pemikiran maksima. Otak kiri bersifat analisis dan otak kanan pula bersifat menyeluruh. Otak kiri sangat mementingkan realistik dan kenyataan, hasil pemikiran memberi kesan yang praktikal. Otak kanan pula mementingkan persepsi semasa. Persepsi adalah sidokong oleh emosi dan perasaan. Otak kiri hanya uruskan hal yang bersifat hakiki, suatu yang boleh dikira, dirasa dan dikesan. Otak kanan pula cenderung pada pemikiran yang abstrak , ia bertanggungjawab terhadapbidang seni, sains dan ideologi falsafah. Kedua-dua otak ini hendaklah diselaras dengan berkesn untuk meningkatkan kuasa minda seseorang . Bila seseorang mengoperasikan otaknya dalam frekunsi minda yang berbeza, kesan pembelajaran juga berbeza. Otak besar beroperasi dalam empat tahap

TOP (HRD) Training Consultant

20

Kaset Program Garuda Api

frekunsi. Tahap pertama dikenal sebagai beta, ia beroperasi pada kadar frekunsi 14 kitar sekolah sesaat. Ia adalah tahap minda seseorang pada waktu biasa. Bila emosi menjadi tegang dan cergas, kadar minda akan meningkatkan. Tahap ini merupakan pembelajaran yang paling lemah. Tahap minda kedua dipanggil alfa, ia beroperasi pada kadar 8 ke 13 kitar sesaat. Peringkat ini wujud pada saat anda melegakan diri. Seterusnya dipanggil Seta. Tahap minda seta beroperasi pada kadar lima ke tujuh kitar sesaat. Ia wujud pada saat kita hendak melelapkan mata untuk tidur. Tahap frekunsi minda yang terakhir dipanggil delta. Ia beroperasi pada kadar 0.5 ke 4 kitar sesaat. Tahap minda di bawah o.5 kitar sesaat tidak lagi menampung nyawa seseorang. Benna Rof berpendapat, peringkat minda antara alfa dan beta amatlah sesuai untuk pembelajaran. Beliau juga menggunakan musik untuk membantu seseorang masuk zon alfa dan seta. Musik juga membolehkan otak kiri dan otak kanan berfungsi serentak dan meningkatkan keberkesanan seseorang belajar. Cara pembelajaran ini telah diuji pada sekumpulan pelajar yang mengambil kursusnya. Beliau menggunakan teknik musik untuk membantu semua peserta kursus mengingat 98% dari kuliah pertamanya setelah 6 minggu berlalu. Malah setelah enam bulan, ujian menunjukkan mereka masih mengingati 69% dari isi kandungan kuliahnya. Kajian juga menunjukkan kadar pembelajaran otak besar adalah bersifat infinitif. Bagaimana boleh meningkatkan kadar pembelajaran anda? pertama , tetapkan skop pembelajaran yang anda hendakkan. Amat sukar untuk anda belajar sesuatu yang anda tidak minati. Mengesahkan tajuk yang anda belajar amatlah penting. Kedua , anda perlu mempunyai hajat belajar yang besar. Anda perlu mempunyai kemahuan untuk mengetahui sesuatu mata pelajaran. Jika anda belajar kerana permintaan orang lain , amat sukar untuk anda menguasainya. Ketiga , amatlah digalakkan anda belajar sambil mendengar musik klasik, betoven atau suara ombak. Ini kerana musik-musik ini meningkatkan kadar operasi otak besar. keempat , lakukan ulangkaji pada jangka masa yang berkala. Ulangkaji yang dilakukan secara berkala akan meningkatkan kadar ingatan seseorang . kelima, semakin banyak masa yang anda peruntukkan untuk mengulangkaji, semakin banyak yang anda perolehi. Untuk anda belajar cara memperlajari sesuatu, anda perlukan latihan yang praktikal dan berterusan dengan hati yang bersungguh-sungguh. Keenam, sentiasa memperbaharui memperbagaikan cara pembelajaran dan merasa sesuatu dengan cara yang berlainan. Setiap pedekatan yang berbeza akan meningkatkan kadar pembelajaran. Anda perlu dedahkan diri dengan cabaran dan tekanan yang berbeza. Ketujuh, fahami kadar penumpuan minda diri sendiri. Jangan peruntukkan masa yang terlalu panjang untuk membaca atau belajar sesuatu. Bahagikan masa secara berperingkat . Ini akan memperbanyakkan kaedah ulangkaji seterusnya meningkatkan kadar pembelajaran. Anda mestilah ingat, apa yang anda muatkan dalam minda anda akan mempengaruhi masa depan anda. Bila anda amalkan semua apa yang telah anda belajar, anda akan dapat mengubah peristiwa di sekitar anda. Jika anda hendak dapat keuntungan yang lebih besar, anda juga perlu belajar dengan lebih banyak. Jika anda hendakkan kegembiraan dan kebahagiaan, anda juga perlu tingatkan pembelajaran. Jika anda tidak mahu pendamkan potensi diri, anda perlu belajar dengan banyak.

TOP (HRD) Training Consultant

21

Kaset Program Garuda Api

Baca buku yang berkaitan setiap ketika. Anda juga perlu menguasai cara belajar yang berkesan. Sampai suatu ketika, anda akan terkejut dengan kuasa potensi minda yang diterokai oleh diri anda sendiri. Bab 14 Gunaakan musik untuk melegakan diri sendiri Rouf menggunakan kuasa pengesahan diri untuk meningkatkan kadar pembelajaran. Cara ini dikenal sebagai Teknik pembelajaran Minda Separa Sedar. Kita boleh gunakan cara pembelajran ini untuk memprogramkan semula Minda Separa Sedar kita. Ia akan menolong kit amembina sistem kepercayaan baru, keyakinan dan keberanian. Jika kita memikirkan sesuatu uidea atau konsep dalam masa minda anda bertenang dan berehat, kita akan dapat menerima idea atau konsep tersebut secara menyeluruh serta bertindak mengikut apa yang difikirkan. Dengan erti kata lain, proses pembelajaran perlulah lega dan tiada ketegangan sama sekali. Jika anda berhajat hendak menjadi lebih bersemangat, lebih berjaya dan lebih tekun; anda mestilah mula memprogramkan semula corak minda anda. Ini akan membantu anda mempersepadukan konsep diri dan keyakinan anda dengan persekitaran dan kejadian luar. Bagaimana hendak mencapai jiwa raga yang lega tanpa tekanan? Salah satu cara ialah dengan memikir secara meditasi. Izinkan diri pejamkan mata anda dan tarik nafas dengan panjang. Legakan diri dan turunkan frekunsi minda ke tahap alfa. Sebenarnya, meditasi ialah suatu proses pemikiran yang bersistem. Pemikiran bermeditasi adalah suatu kegiatan yang amat bermanfaat kepada kesihatan. Ia membolehkan badan anda berehat secara menyeluruh, mengubahsuai keperibadian anda, menjadikan diri anda lebih matang dan meningkatkan keyakinan. Ia juga meningkatkan kadar penghadaman. Berpandukan proses pemikiran bermeditasi, anda akan menguasai potensi diri yang lebih besar. Berpandukan rakaman pengesahan diri ialah suatu proses melegakan diri dengan menggunakan musik secara beransur-ansur. Rakamkan matlamat hidup anda bersama musik. Dengar kaset rakaman ini berulangkali dengan jiwa yang tenang. Matlamat anda akan diserap bersama musik ke dalam Minda Separa Sedar. Dalam usaha merakam matlamat hidup anda dengan kaset, anda perlu mengambil berat beberapa perkara berikut: Pertama :Ia adalah satu cara melegakan diri dengan menggunakan musik. Legakan setiap bahagian otot badan mengikut turutan sebagaimana yang diarahkan. Kedua : Sikap minda heterogenik. Anggapkan seseorang sedang bercakap dengan diri sendiri. Suara rakaman anda hendaklah menggunakan perkataan “anda”. Contohnya, anda boleh rakamkan “anda sayang pengesahan diri diri anda.” Ketiga: Teknik rakaman pengesahan diri ini amatkah penting kepada kesihatan diri. Ia menjadikan mental seseorang ceria dan gembira. Ia lebih baik dari tidur atau baringkan diri. Keempat, anda perlu dengar dua kali sehari. Sebaik-baiknya masa perut kosong. Sekali pada waktu pagi sebelum bersarapan dan sekali lagi waktu

TOP (HRD) Training Consultant

22

Kaset Program Garuda Api

sebelum makan malam di rumah. Kelima , Anda hendaklah mencari musik yang melenakan dan menyegarkan. Anda boleh gunakan musik klasikal, musik ombak dan sebagainya. Tapi, jangan gunakan musik yang berlagu. Keenam anda hendak lah duduk dengan tegak , pejamkan mata dan letakkan kedua-dua tangan di atas paha dan bukakan paha sedikit. Tarik nafas yang panjang dan tumpukan perhatian sepenuhnya pada kandungan kaset. Kelapan , jangan ada gangguan persekitaran waktu mendengar kaset. Semua gangguan ini akan menyekat minda dari memasuki tahap alfa. Jangan mendengar kaset selepas makan atau minum. Kelapan , amalkan tabiat mendengar kaset rakaman berulang kali secara berdisiplin. Kebanyakan orang gagal dalam aspek ini dan tidak berkeupayaan melakukann secara berterusan. Sudah pasti, kesannya juga tidak dicapai. Kesembilan , anda boleh rakamkan antara sepuluh ke lima belas matlamat hidup dalam kaset anda. Setiap matlamat hidup hendaklah disebut dengan ayat pengesahan diri yang positif dan bersifat sekarang. Ke sepuluh , setiap ayat hendaklah dimulakan dengan kata-kata, “memang benar, saya setuju” atau anda boleh berkata, “Ya, adalah benar”. Ini akan menguatkan kesan pengesahan diri dalam Minda Separa Sedar. Ke sebelas , ulangi proses ini berterusan dengan kaset rakaman matlamat hidup anda sendiri. Gunakan teknik rakaman pengesahan diri dan bertindak sejajar dengannya. Apa sahaja matlamat hidup yang anda hajatkan , anda boleh mencapainya. Dengan menggunakan teknik rakaman pengesahan diri ini, anda akan dapati perubahan hidup dalam masa yang singkat sekali. Produktiviti meningkat , kesihatan semakin baik dan perasaan anda akan berubah. Dengan kaset rakaman mengesahkan setiap matlamat hidup , Setiap satu akan dicapai. Memang , ia tidak berkesan kepada saya, tetapi ia berkesan kepada anda. Bab 15 Lima syarat membina matlamat hidup Dalam Program Garuda Api , berbagai rukun telah anda mahiri. Ini termasuk rukun penarikan, rukun keirasan, rukun keyakinan dan sebagainya. Cara terbaik untuk menggunakan semua rukun ini ialah dengan menetapkan satu matlamat hidup. Matlamat membolehkan anda mempersepadukan diri anda dengan semua rukun sejagat dn membolehkan rukun-rukun ini membantu anda mencapai kejayaan. Kajian pada individu yang berbeza tidak lari dari keupayaan dirinya membentuk matlamat hidup. Sayang sekali, kita dapati tidak sampai 5% orang yang membentuk matlamat hidup. Ada orang menyatakan, individu yang tidak mempunyai matlamat hidup akan tetap bekerja untuk individu yang mempunyai matlamat hidup. Maka, keupayaan membina matlamat hidup serta keupayaan mengatur strategi tindakan adalah teknik yang terpenting dalam menentukan keupayaan seseorang untuk berjaya. Jika anda belajar cara mengatasi matlamat hidup untuk setiap masalah yang dihadapi, ia akan mecetuskan komponen penjana matlamat hidup. Komponen ini akan memimpin anda menuju ke matlamat hidup anda. Ia juga memimpin matlamat hidup bergerak menuju anda. Ia menjadi suatu penggerak yang memastikan diri anda mencapai matlamat hidup anda. Setiap insan mempunyai suatu komponen

TOP (HRD) Training Consultant

23

Kaset Program Garuda Api

kegagalan yang dipanggil zon keselesaan. Kebanyakan orang gagal menghidupkan potensi dirinya kerana mereka terkongkong oleh komponen kegagalan. Bila anda membentuk matlamat hidup , anda mencetuskan daya perjuangan yang positif. Matlamat hidup yang nyata membolehkan anda membebaskan diri dari kongkongan zon keselesaan. Mengapakah seseorang tidak membentukka matlamat hidupnya? Ini kerana dirinya tidak tahu pentingnya matlamat hidup. Tidak ada seseorang yang mengajar kita tentang matlamat hidup waktu kecil dan kita tidak tahu mengapa perlu mendirikan matlamat hidup. Kedua , ramai orang tidak tahu cara mendirikan matlamat hidup. Ilmu mendirikan matlamat hidup tidak pernah diperkenalkan oleh sistem pendidikan sekular di sekolah. Pelajar juga tidak diajar cara bagaimana hendak mencapai matlamat hidup mereka. Ketiga, kerana takut dibantah oleh orang lain. Jika kita tidak mendirikan matlamat hidup, kita tidak akan dikritik oleh orang lain. Kami akan mengenepikan rasa takut gagal mencapai matlamat. Keempat , kerana takut diri akan gagal. Kebanyakan orang dewasa gagal kerana diri mereka mempunyai ketakutan tentang gagal. Mereka rasa, “saya tidak boleh”, “Saya akan membuang masa dan duit”, Setiap kali peluang kejayaan datang, juga akan timbul kemungkinan untuk gagal. Sebenarnya, semakin banyak kegagalan ,semakin banyak anda manfaat dan belajar darinya. Ini juga bermaksud semakin mudah untuk anda mencapai prestasi yang anda hajatkan. Lima syarat penetapan matlamat hidup. Pertama : seseorang hendaklah mempunyai kesedaran bahawa perubahan merupakan syarat penting dalam hidup. Perubahan adalah satu peringkat dalam pembangunan dan perkembangan diri. Seseorang yang enggan membangun juga enggan mengubah dirinya. Sememangnya, perubahan sentiasa menakutkan. Ini dikenal sebagai situasi keutuhan diri. Seseorang terus cenderung untuk melindung zon keselesaan dirinya. Tetapi , bila perubahan dijalankan berlandaskan matlamat hidup yang nyata, rasa ketakutan tidak akan wujud. Bila kita dapat mengawal perubahan hidup, kita akan rasa yakin untuk mengawal hala tuju hidup. Ini adalah kunci kejayaan kita. Kunci kedua ialah mengesan aspek kecemerlangan. Ini kerana setiap orang mempunyai keistimewaan tersendiri dan membolehkan anda mencapai kejayaan luarbiasa. Anda boleh mengesan aspek kecemerlangan berdasarkan tiga pendekatan berikut. Pertama , perhatian anda , Apakah perkara yang paling menarik perhatian anda ? Kedua, minat anda ? Apakah bidang yang paling menarik minat anda ? Ketiga , penerapan anda ? Bidang apa yang paling mudah anda fahami ? Ketiga-tiga perkara di atas merupakan faktor yang paling penting dalam usaha mengenal kekuatan dan kecenderungan anda. Seterusnya, anda perlu mengenal lombong intan hidup anda. Setiap peluang sering tersirat di sebalik kerja yang berat. Anda perlu mencurahkan tenaga dan usaha yang gigih untuk mengesan lombong tersebut. Sekarang, lihatlah pada bawah tapak kaki anda dan kesan lombong intan anda. Anda akan temui bakat keunikan sebagai bidang kecemerlangan anda.

TOP (HRD) Training Consultant

24

Kaset Program Garuda Api

Keempat , kekalkan matlamat hidup yang seimbang. Terdapat tiga haluan yang seimbang. Yang pertama , anda perlu matlamat peribadi dan matlamat keluarga. Ini merupakan jawapan kepada semua kemuskilan hidup. Ia menjelaskan sebab anda hendak hidup. Kedua, anda perlu matlamat hidup kerjaya. Ini adalah matlamat mencari wang, cara mana dapat meningkatkan produktiviti kerja. Ketiga , anda perlu matlamat pembangunan diri untuk bersiap sedia dengan masa depan yang lebih mencabar. Ia adalah suatu peralatan matlamat hidup. Kelima , mahu membentuk misi hidup yang nyata. Terlebih dahulu, pilih satu matlamat hidup yang paling penting pada anda. Matlamat hidup ini perlulah suatu yang dapat anda kawal. Ia mestilah jelas dan dapat dilihat, dapat dicapai dan diperolehi. Akhir sekali, anda perlu matlamat hidup jangka panjang dan matlamat hidup jangka pendek. Jangka pendek merujuk pada tempoh 90 hari manakala jangka panjang mengambil masa dua ke tiga tahun. Misi hidup anda perlulah dua ke tiga tahun. Kemudian , bahagikan misi anda kepada beberapa peringkat mengikut julat tiga bulan setiap peringkat. Seterusnya, anda perlu menjawa tujuh soalan berikut demi membantu anda membentuk dan memastikan matlamat hidup diri sendiri. Soalan yang pertama : Sebutkan lima perkara yang paling bernilai dalam hidup anda Sila tuliskan lima perkara tersebut mengikut turutan keutamaan. Ini kerana nilai diri anda hanya akan tercetus bila matlamat hidup anda sejajar dengan nilai diri anda. orang yang berjaya sentiasa tahu nilai diri mereka dan mereka sentiasa bertanya , “Apakah nilai hidup saya.” “apa yang saya percaya”. Ini penting untuk menyelaraskan kuasa luar dengan kuasa dalaman. Soalan kedua , tuliskan tiga matlamat hidup yang paling penting dalam hidup.Anda diminta menulisnya dalam tempoh 30 saat. Dalam masa yang terhad ini, Minda Separa Sedar akan mengeluarkan tiga perkara yang kini melanda diri anda sebagai perkara yang penting. Ini adalah satu soalan yang sangat membawa perangsang. Tanyakanlah soalan ini kepada rakan-rakan anda yang lain untuk membantu mereka mengenal diri sendiri. Soalan ketiga, jika doktor anda memberitahu anda hanya ada lagi sisa hidup 60 hari sahaja. Bagaimana cara anda hendak menghabiskan 60 hari ini? Apakah yang anda hendak lakukan? Soalan ini akan membawa diri anda kembali ke nilai diri yang paling asasi. Ia akan memberitahu anda nilai hidup yang sebenar. Bandingkan cara hidup anda sekarang dengan corak hidup hidup 60 hari tersebut. Ingat, anda tidak akan tahu bilakah 60 hari yang terakhir. Soalan keempat , Jika anda berjaya mendapat loteri 100 juta. Bagaimanakah anda hendak mengubah cara hidup anda ? Apakah cara anda mengerjakan tugasan anda ? Juga tanya jika anda mempunyai masa dan kekayaan yang secukupnya, apakah cara anda mengurus hidup sendiri? Yang penting , anda perlu tetapkan satu matlamat, aturkan perancangan, mengorak langkah dan terus maju ke depan. Mungkin anda tidak akan mencapai matlamat hidup

TOP (HRD) Training Consultant

25

Kaset Program Garuda Api

secepat seorang jutawan, tapi yang pastinya, anda akan mencapainya. Soalan ini membantu anda membebaskan diri anda dari kongkongan minda sendiri. Soalan kelima , apakah perkara yang anda hendak buat tetapi anda takut melakukannya. Tuliskan semua perkara yang anda fikirkan pada sekping kertas. Soalan ini memberitahu anda penghalang utama yang menyekat kemajuan dan potensi diri anda. Apakah had keyakinan diri anda. Soalan keenam , apakah aktiviti hidup yang membuatkan anda merasa diri sebagai seorang yang penting dan berharga. Ini adalah cara mengesan aspek kecemerlangan diri sendiri. Ini kerana , hanya kalau anda merasa kerja anda penting, anda boleh mengecapi kecemerlangan. Soalan ketujuh , jika anda tahu anda tidak akan kalah, apakah impian teragung yang anda hendak laksanakan? Yang penting sekali, anda perlu tahu sejauhmanakah anda hajatkan impian ini menjadi kenyataan. Adakah anda sudi berkorban untuk mencapainya. Selagi anda mempunyai hajat yang tinggi dan sudi berkorban untuk mencapainya, anda pasti akan berjaya. Tujuan kita menanya soalan tadi ialah untuk membolehkan anda mengesan matlamat hidup hidup diri sendiri dengan jelas dan nyata. Saya cadangkan anda menanya semua soalan ini setiap hari sehingga anda dapat menjawab dengan jelas dan penuh keyakinan. Bab 16 Dua belas langkah menetapkan matlamat hidup Corak pemikiran yang bersifat penerokaan ialah dengan mengamalkan cara yang praktikal dan terbukti berkesan oleh orang lain. Terus amalkan cara-cara tersebut sehingga anda memahami sepenuhnya. Lepas itu, anda boleh mengubahsuai pendekatan-pendekatan ini berasaskan keperluan anda. Bab ini memperkenalkan dua belas langkah penetapan matlamat hidup yang terbukti berkesan. Langkah pertama dalam penetapan matlamat ialah memupuk kemahuan yang berkobar-kobar. Semakin besar kemahuan anda , semakin anda hendak mencapai sesuatu perkara, semakin tinggi kebrangkalian anda mencapai matlamat tersebut. Kemahuan yang berkobar-kobar menyemarakkan kekuatan untuk anda terus mara ke depan, mengatasi sebarang bentuk masalah, resahan , kegagalan dan penghalang. Kemahuan ini hendaklah berbentuk peribadi. Setiap kali kita terfikir tentang menetap matlamat hidup , tidak kira apa matlamat sekalipun; ia perlulah milik anda. Ia boleh memotivasikan diri anda dan bukan menjadi ikutan hajat orang lain. Anda perlulah jujur dengan diri sendiri. Tanya diri anda , apakah yang anda hajatkan. Tetapkan matlamat hidup diri anda sendiri. Kedua , membina keyakinan diri. Setiap kejadian dunia uar adalah suatu bayangan dunia dalaman anda, dan dunia dalaman anda adalah terbina oleh hal-hal yang anda yakin. Satu lagi ialah kepercayaan, ini bermaksud hal yang

TOP (HRD) Training Consultant

26

Kaset Program Garuda Api

paling anda yakin dalam jiwa raga anda. Ia juga disebut cekal, anda perlu memastikan diri anda boleh mencapai matlamat hidup anda. Anda perlu percaya secara menyeluruh tentang keupayaan anda untuk memerolehinya. Adalah baik jika anda boleh menetapkan satu matlamat hidup yang kecil , capainya dan terus mengejar matlamat hidup ke tahap yang lebih besar. Dengan ini , anda akan percaya untuk mencapai matlamat hidup yang telah anda tetapkan. Langkah ketiga, tuliskan matlamat hidup anda. Gunkan pen dan kertas kosong. Hanya jika anda tuliskan matlamat hidup anda , anda dapat corakkan rancangan secara teliti dan terperinci. Bila matlamat hidup ini menjadi jelas, ia akan menjadi suatu gambaran yang menyeluruh di depan anda. Minda Separa Sedar anda akan mula terjaga dan berkata, “wow, nampaknya ini suatu yang benar.” Anda tidak akan lari dari janji untuk mengejar matlamat hidup tersebut. Kerana anda hendak mengejar kejayaan, maka tiada ruang untuk pilihan anda. Anda hendaklah menuliskan matlamat hidup anda dan gambarkan secara menyeluruh di depan anda Janji seratus peratus untuk dapat mencapai matlamat tersebut. Langkah keempat, tanya diri anda satu soalan, “Mengapa anda hendak melakukannya?” Soalan ini membawa dua tujuan, yang pertama , “ia memastikan matlamat hidup ini sebagai matlamat hidup anda. kedua , soalan ini akan menguatkan azam anda untuk mengecapi matlamat hidup anda. Semakin banyak sebab di sebalik tindakan anda , azam untuk mencapai matlamat hidup menjadi semakin kuat, keupayaan anda juga akan meningkat. Langkah ke lima, fahami dan analisis kedudukan anda sekarang. Bila anda tahu cara memulakan tindakan anda, maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah. Untuk mengetahui kedudukan anda sekarang, kaji kekuatan dan kelemahan diri dan seterusnya senaraikan bidang yang perlu anda pelajari. Satu dari kelemahan orang dalam membina matlamat hidup ialah terlalu gopoh mengatur strategi tindakan tanpa menilai terlebih dahulu landasan yang mereka miliki. Langkah keenam ialah mendirikan tarikh pencapaian yang dihasratkan. Matlamat hidup yang tidak mempunyai tarikh akhir tidak dikenali sebagai suatu matlamat. Selain itu, anda perlu mendirikan tarikh pencapaian mini. Ini bermaksud jika anda membentuk matlamat tahunan, anda juga perlu mendirikan dua belas matlamat bulanan, dua matlamat setengah tahun dan empat matlamat suku tahun. Anda juga perlu mendirikan sistem penghargaan diri untuk menguatkan kemahuan dan mencetuskan kesungguhan yang berkobar-kobar. Langkah ketujuh ialah mengenalpasti semua penghalang yang membantutkan perkembangan anda. Makna kejayaan juga berlandaskan penghalang. Tidak ada kejayaan yang tidak terbina oleh penghalang. Dalam masa anda berjuang menuju matlamat anda, setiap penghalang yang anda temui adalah untuk membantu diri anda mencapai matlamat anda. Maka, amatlah penting untuk mengenal dan menyenaraikan semua penghalang dan kemudian aturkannya mengikut keutamaan. Penghalang yang terpenting hendaklah diselesaikan dahulu dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana penghalang yang terbesar merupakan batu besar yang bakal menghalang perjalanan anda. Langkah kelapan ialah mengenalpasti ilmu dan kepakaran yang perlu anda miliki. Kita hidup dalam dunia yang berlandaskan ilmu pengetahuna. Tidak kita apa matlamat hidup yang anda hajatkan, anda pasti memerlukan banyak ilmu

TOP (HRD) Training Consultant

27

Kaset Program Garuda Api

pengetahuan untuk mendokong perlaksanaannya. Anda perlu terus memajukan diri dengan membaca buku, mengikut seminar dan menerap lebih ilmu pengetahun untuk mencapai matlamat anda. Terlebih dahulu, anda perlu tahu bidang ilmu yang anda hendakkan. Seterusnya, aturkan bidang ilmu yang perlu dicari mengikut keutamaan. Tambahan lagi, anda perlu mengunakan teknik bertanya untuk mencapai kejayaan anda. Sentiasa bertanya pada orang lain merupakan pendekatan penting dalam kejayaan anda. Langkah kesembilan , tanya diri anda siapakah pelanggan anda. Anda dan saya mempunyai pelanggan yang tersendiri. Kita semua hidup dalam dunia mengejar kepuasan pelanggan. Setiap orang yang boleh membantu anda mencapai matlamat hidup anda adalah pelanggan anda. Rukun balasan dan Rukun Menyemai menyatakan hasil menuai sentiasa lebih tinggi dari apa yang anda semaikan. Jika anda berusaha dengan gigih untuk menyemai, hasil anda pasti akan lebih lumayan dari apa yang anda semai. Selain itu, Rukun balasan juga menyatakan , tidak kira siapa pelanggan anda , hasil yang anda kecapi adalah sejajar dengan tahap perkhidmatan yang anda berikan. Jika anda hendak meningkatkan pulangan , anda juga perlu meningkatkan nilai perkhidmatan anda. Rukun balasan juga menjelaskan , selagi anda berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan anda, ganjaran anda tetap meningkat. Seterusnya, rukun gandaan meminta anda sentiasa melakukan lebih dari apa yang diperlukan, sentiasa berjalan lebih dari yang diminta. Langkah ke sepuluh , tetapkan satu rancangan susulan dan sentiasa memperbaharui rancangan ini. Setiap individu yang berjaya adalah individu yang merancang. Merancang adalah bermaksud anda mendirikan jadual tindakan yang meliputi semua aspek matlamat hidup anda. Kemudian , susunkan setiap tindakan yang dirancang mengikut keutamaan. Manakah yang perlu anda lakukan dahulu, manakah yang terpenting dan manakah yang kedua penting. Masa anda melaksanakan rancangan anda, anda juga perlu memperbaharui rancangan tersebut mengikut keperluan semasa. Langkah ke sebelas ialah menjadikan matlamat hidup sebagai suatu gambaran minda. Teknik gambaran ini jauh lebih penting dari semua langkah sebelum ini. Teknik ini meminta anda menjadikan matlamat hidup sebagai suatu turutan bersiri dalam minda dan bayangkan akibat yang bakal dikecapi. Lihat diri anda pada tahap anda telah berjaya. Terus bayangkan siri gambaran ini dalam layar minda anda. Terus lakukan bayangan ini sehingga minda anda menerima kenyataan tersebut. Terus lakukan dengan bersungguh-sungguh bagi mendirikan imej minda yang nyata. Anda juga perlu ulangi proses yang sama pada setiap ketika untuk mengingatkan anda telah mencapai matlamat tersebut. Imej ini pasti akan melekat dengan kuat dalam Minda Separa Sedar. Langkah ke dua belas, gunakan kecekalan yang kukuh menyusuri matlamat anda sehingga berjaya. Kejayaan anda berlandaskan keupayaan anda meneruskan perjuangan anda lebih lama dari orang lain. Bila setiap perkara di sekitar anda telah kecundang, satu pilihan yang perlu anda tegakkan ialah meneruskan usaha dan tidak mengalah, ini bermaksud kecekalan membuahkan hasil yang dihasrtkan. President Britain, Winston Churchil diminta menyampaikan suatu ceramah yang pendek dalam suatu persidangan universti.

TOP (HRD) Training Consultant

28

Kaset Program Garuda Api

Beliau diminta menjelaskan sebab dan cara beliau berjaya. Dalam ucapannya, beliau hanya menggunakan enam perkataan untuk menggambarkan sebab kejayaan dirinya, iaitu, “jangan, jangan sekali anda melepaskan tangan” Akhirnya, sikap kecekalan merupakan syarat yang patut dimiliki oleh sesiapa yang mahu berjaya. Ini kerana kecekalan merupakan garis pengukur keyakinan diri sendiri. Setiap kali anda meneruskan perjuangan dalam masa berhadapan dengan cabaran dan masalah, keyakinan untuk berjaya akan meningkat. Ini perlu diteruskan sehingga anda tidak lagi mempunyai sebanrang penghalang dan mencapai matlamat yang anda hajatkan. Bab 17 Strategi Pengurusan Masa Setiap individu yang berjaya mempunyai strategi pengurusan masa yang berkesan. Setiap individu yang gagal tidak mempunyai kualiti ini. Bab ini akan membincangkan tujuh kunci kejayaan dalam pengurusan masa. Jika anda boleh terus menyemai kesedaran ini dalam hidup anda , anda akan meningkatkan produktiviti dan tidak lagi risau tentang masa yang terhad. Kunci pertama ialah mempunyai matlamat yang jelas dan nyata. Jika matlamat tidak nyata, seseorang tidak akan sedar bahawa dirinya sedang membazir masa. Setiap matlamat hendaklah digambarkan dengan menggunakan struktur yang praktikal. Kunci kedua ialah strategi kertas dan pen. Setiap apa yang anda hendak lakukan perlulah ditulis pada sekeping kertas. Setiap minit yang anda gunakan akan mengurangkan lima ke lima belas minit perjuangan anda. Seseorang yang tidak merancang terlebih dahulu akan mendekatkan dirinya dengan kegagalan. Kunci ketiga ialah mendirikan senarai rujukan. Setiap individu yang berjaya adalah bisa menggunakan senarai rujukan. Setiap aktiviti wajib mingguan dan bulanan telah disenaraikan dalam senarai rujukan mengikut keutamaan masingmasing. Pada masa yang sama, anda menggunakan kertas putih untuk merenung dan menguatkan pemikiran anda. Kunci keempat ialah menyusun semua perkara dalam jadual tindakan mengikut keutamaan. Sebenarnya, anda tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk membuat semua perkara dengan baik. Selagi anda telah menentukan mana aspek yang penting , anda pasti akan dapat menyelesaikannya dengan berkesan. Kunci kelima ialah kuasa mengfokus. Lakukan perkara pertama dan tidak kisah dengan perkara lain. Terus lakukan perkara yang paling penting sehingga ia tercapai. Terus menumpukan pada perkara yang induk dan berikan fokus seratus peratus. Cekal menyusuli perkara tersebut sehingga berjaya. Ini merupakan daya kejayaan yang paling penting. Kunci keenam ialah mengatasi sikap menangguh. Sikap menangguh iaalh pencuri hidup. Anda boleh gunakan pengesahan diri untuk mengatasi sikap menangguh. Ayat yang paling berkesan ialah , “Lakukan sekarang” “Buat sekarang”. Seseorang perlu mempunyai rasa cemas dan irama tindakan yang pantas. Rasa sedemikian amat penting untuk kejayaan seseorang. Kunci ketujuh ialah kekalkan keseimbangan dalam hidup. Pastikan anda memperuntukkan masa yang mencukupi untuk bergauldg orang yang anda

TOP (HRD) Training Consultant

29

Kaset Program Garuda Api

kasihi. Pastikan anda memperuntukkan masa untuk memikirkan makna dan harga hidup. Anda perlu tahu mengapa anda terus buat apa yang anda lakukan sekarang? Untuk mengekalkan keseimbangan hidup, anda perlu mempunyai kawalan masa yang baik dan turutan keutamaan yang kemas. Dengan ini, apa yang anda hajatkan dan hendak lakukan pasti akan tercapai. Program Garuda Api 3 Bab 18 Menggandakan Kuasa Minda anda Setiap anak adalah seorang genius waktu dilahirkan. Mereka mempunyai kuasa kreativiti dan kepintaran yang amat tinggi. Sepanjang proses perkembangan hidupnya, mereka dapati selagi apa yang mereka lakukan menimbulkan rasa marah pada ibu bapa atau guru. Pasti mereka akan ditegur dan dikecam. Maka , mereka mula takut untuk berhadapan hidup dengan kepintaran dan kreativiti yang mereka miliki. Mereka tidak lagi hidupkan jiwa keinginan untuk meneroka hidup yang luhur sebagaimana yang ada sejak mereka kecil. Sebenarnya, kuasa kreativiti mereka masih terpendam dalam jiwa-raga bagaikan air sungai yang disalur ke dalam takungan air bawah tanah. Ahli Sains mendapati, bila seseorang menggunakan daya rangsangan untuk mencetuskan dirinya, semua kuasa kreativiti dan kepintaran akan menjelma semula. Terlebih dahulu, marilah kita fahami rukun amalan. Rukun ini menjelaskan bahagian otot badan yang anda tidak gunakan akan lama kelamaan menyusut dan menjadi lemah. Begitu juga dengan daya kreativiti, jika tidak digunakan untuk suatu tempoh masa yang lama, ia juga akan mengecut seperti otot yang kehilangan kuasanya. Sebaliknya, bila anda mula gunakannya dengan aktif, daya kreativiti anda akan mula menyumbangkan berbagai idea dan pendapat. Selain daripada itu, kuasa komunikasi dan seni bercakap juga amat penting kepada kejayaan anda. Kuasa kreativiti dan kepintaran anda adalaj sejajar dengan kuasa perbendaharaan yang dapat anda gunakan dalam perbualan seharian. Semakin banyak perkataan yang anda belajar, semakin tinggi kuasa kreativiti anda. Rukun kreativiti menyatakan setiap perkara yang berlaku dalam hidup anda adalah bermula dari pemikiran. Kejayaan anda adalah sejajar dengan kualiti dan kuantiti pemikiran anda. Semakin anda aktifkan daya pemikiran anda , semakin banyak idea yang kreatif dan menarik akan dihasilkan. Pemikrian juga akan mengeluarkan idea untuk menjadikan hidup anda lebih baik. Jadi, apa dia daya kreativiti ? Terdapat tiga faktor yang menyumbang pada daya kreativiti seseorang . Pertama, pengalaman yang lalu. Jika ibu bapa sentiasa menggalakkan anda untuk memikir sesuatu perkara, maka anda akan menjadi seorang yang penuh kreatif dan suka meneroka bidang baru. Kedua, konsep diri . Tidak kira apa yang dimaklumkan oleh konsep diri, anda pasti akan percaya. Ketiga, Persekitaran dan suasana hidup . Jika suasana hidup anda memberi ruang untuk anda meneroka dan sedia menerima idea yang baru, maka anda akan dapat terus mengeluarkan idea yang baru.

TOP (HRD) Training Consultant

30

Kaset Program Garuda Api

Terdapat dua bentuk sikap yang menjajah minda seseorang . Yang pertama dikenali sebagai mentaliti mekanikal dan jenis yang kedua dikenali sebagai mentaliti penyesuaian. Sikap mekanikal selalunya bersidat kurang fleksibiliti, lebih kaku dan sentiasa berasaskan fakta dan kenyataan. Sebaliknya, mentaliti penyesuaian pula lebih bersifat fleksibel, sedia menggunakan cara yang berbeza, suka menanya dan mengeluarkan pendapat yang beranika rupa. Bentuk sikap yang kedua ini seringnya membawa kejayaan dan kegembiraan pada seseorang individu. Jadi, bagaimana anda tahu samada diri anda seorang yang bersifat mekanikal atau bersikap penyesuaian. Empat soalan berikut akan menolong anda menganalisi kualiti sikap diri. Yang pertama , adakah anda dapat mengaku salah dengan mudah. “Saya telah melakukan suatu kesilapan”. Sikap mentaliti penyesuaian sedia mengaku bersalah dan terus bertindak untuk mengubah pendekatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Sebaliknya, sikap mekanikel merasa amat berat untuk mengaku salah. Kedua , Adakah anda boleh katakan, saya telah mengubah pendirian saya? “Sebelum ini, saya fikir itu adalah suatu idea yang baik, tetapi kini saya telah mengubah pendirian saya.” Ketiga , adalah anda boleh meminta bantuan orang lain dengan mudah kerana anda gagal melakukannya sendiri. Ini kerana anda tidak mempunyai kemampuan melaksanakannya seorang diri. Anda hendakkan pertolongan orang lain. Akhirnya, untuk mencetuskan kreativiti, anda hendaklah banyak menanya. Selagi anda banyak mengeluarkan pertanyaan , anda akan memberi ruang minda mencari pendekatan baru. “mungkin cara lain akan lebih berkesan”. “Bolehkah kita menukar cara lain?” “kalau kita gunakan cara baru, apakah akibat yang bakal kita perolehi.” “Jika kita lakukan lebih” “Jika kita kurangkan aktiviti kita”"Jika kita terus batalkan kegiatan ini, apa pula jadinya”. Ini semua merupakan persoalan yang sering ditanya oleh individu yang mempunyai kreativiti tinggi. Anda juga boleh meningkatkan kuasa kreativiti dengan menyebut berulangkali “Saya seorang genius” “Saya mempunyai kuasa kreativiti dan kepintaran yang amat tinggi, saya seorang yang pintar.” Terus ulangi ayat ini. Bila anda ulangi sebegitu kerap sehingga Minda Separa Sedar akan berkata, “baiklah, kalau inilah arahan anda , kalau inilah pendirian yang anda hendak perjuangkan , ambillah... inilah suatu idea baru untuk anda,” Idea baru akan mula tercetus secara automatik dari percakapan anda . Anda akan terkejut dengan jumlah kreativiti yang terlantas dalam Minda Separa Sedar, semakin anda meneroka ke dalam, semakin banyak keistimewaan dan keunikan akan muncul dari telaga minda anda. Anda hendaklah fahami, selagi anda boleh memanfaatkan sepenuhnya bakat minda anda , tidak anda suatu yang akan menggagalkan anda. Dengan erti kata lain, , anda bleh lakukan apa sahaja yang anda hajatkan. Potensi anda tidak terhad. Selagi anda dapat memancarkan daya kreativiti anda , selagi anda terus beritahu diri anda - saya adalah seorang yang pintar, saya seorang yang pintar,

TOP (HRD) Training Consultant

31

Kaset Program Garuda Api

saya seorang yang pintar dan anda hanya perlu menunggu saat jawapan yang bakal menjelma secara sendiri di depan anda . Bab 19 Mengetuk Pintu Minda Agung Kajian menunjukkan manusia boleh gunakan kuasa luarbiasa yang wujud dalam alam sejagat. Kuasa ajaib ini menjangkaui ciri lumrah pada seseorang insan. Kami namakannya sebagai Minda Agung. Ia adalah suatu punca segala inspirasi dan motivasi diri. Setiap naluri anda, setiap hajat , semangat dan inspirasi anda, setiap reaksi semulajdi anda , setiap cetusan minda yang tidak dijangkakan, malah daya peneroka dan kreativiti , setiap idea baru dan pendapat diri anda, semuanya berpunca dari Minda Agung. Jika anda boleh fahami dan mengesan kuasa Minda Agung ,maka hidup anda akan tetap berubah. Ini kerana Minda Agung akan membebaskan diri anda dari kongkongan ilmu, sumber bahan mentah dan persekitaran. Ia menyalurkan kuasa penyelesaian yang tiada had untuk mengatasi setiap masalah yang melanda diri anda. Ini seterusnya membantu anda mencapai matlamat hidup anda. Apakah ciri Minda Agung ? Pertama, masa ia bertindak untuk menyelesaikan masalah hidup anda , Minda Agung akan meneroka semua sumber ilmu dan data yang terkumpul dalam Minda Separa Sedar anda. Ini bermaksud semua pengalaman yang terlantar dalam Minda Separa Sedar. Ia juga boleh membezakan maklumat yang benar dari maklumat yang salah, seterusnya menyalurkan keputusan yang benar untuk anda. Ciri yang kedua , Minda Agung menyumbangkan idea yang menjangkaui semua pengalaman anda yang lalu. Ia memberi pendekatan baru untuk melaksanakan sesuatu luar dari skop pengalaman anda yang lalu. Anda mungkin tidak mempunyai kefahaman yang mendalam tentang sesuatu hal, tetapi ia tetap akan menjelma dan menolong anda. Ciri yang ketiga, Minda Agung akan berfungsi selama 24 sehari tanpa berhenti. Jadi sebelum anda menyerah matlamat hidup dan masalah hidup anda kepada Minda Agung , fahami dan sedar dahulu punca masalah sebenar. Seterusnya, tepikan masalah anda. Minda Separa Sedar akan terus beroperasi sehingga menemui jawapan kepada kemuskilan anda. Ciri keempat, Minda Agung akan terus beroperasi secara automatik untuk menyelesai sebarang kemuskilan. Sebelum anda mencapai matlamat hidup yang anda hajatkan, anda tidak perlu melihat atau mengesan dengan terperinci matlamat hidup tersebut. Selagi anda berani mengorak langkah pertama , dan kemudian menyelesaikan secara peringkat masalah yang bakal datang. Selagi anda telah bermula, Minda Agung akan memberi jawapan untuk menyusuri langkah seterusnya. Ciri kelima, Minda Agung mempunyai kuasa mengejar matlamat hidup yang tersendiri. Selagi anda mempunyai hajat untuk mencapai sesuatu matlamat, Minda Agung akan menjelma dan menonjolkan kuasanya. Minda Agung akan memberi anda kekuatan dan semangat serta keperibadian untuk menuju kepada

TOP (HRD) Training Consultant

32

Kaset Program Garuda Api

matlamat hidup anda. Tapi, anda mestilah mempunyai matlamat hidup yang nayat serta keinginan yang berkobar-kobar untuk mencapainya. Ciri keenam , Minda Agung dapat bertindakbalas dengan positif pada pengesahan diri yang jelas dan dinamik. Bila ditambah dengan emosi diri yang bersemangat, setiap ayat pengesahan diri akan menjadi suatu kuasa yang amat dominan dan bersifat menjajah. Seterusnya, kata-kata pengesahan diri ini akan disalurkan dengan segera ke dalam Minda Separa Sedar. Semua ini akan berganding dengan Minda Agung untuk menciptakan keajaiban dalam hidup. Selain dari itu, keputusan diri yang kuat dan jiwa perjuangan yang bersungguhsungguh , disepadukan dengan janji untuk melibatkan diri secara sepenuhnya; anda akan menggiatkan kuasa Minda Agung yang seterusnya membantu anda menegcapi hajat anda. Ciri ketujuh , hanya kalau anda menggunakan dan percaya sepenuhnya kuasa Minda Agung , baru ia mengembang. Sebaliknya, , bila anda tidak perlukannya, ia akan hilang. Maka, semakin anda gunakan, semakin anda percaya dengan keajabannya, maka semakin ia mengembang dengan cepat. Hidup manusia penuh dengan cabaran. Hanya kalau anda boleh mendapati sumber kekuatan ini, hidup anda akan terus kecundang dan penuh dengan perasaan kesal (wunai) Ciir kelapan , jika anda mempunyai harapan yang positif terhadap setiap apa yang anda hajatkan, Minda Agung akan memainkan peranan yang amat besar sekali. Maka, jadikanlah anda seorang yang kegila-gilaan untuk yang terbaik, sentiasa menjangkakan setiap kejadian yang berlaku dalam hidup anda adalah suatu yang terbaik. Minda Agung akan menarik orang dan peristiwa kepada hidup anda. Ciri kesembilan pula menyatakan, jika anda menumpukan sepenuh perhatian pada sesuatu masalah dan tidak kisah sama seklai dengan apa yang terjadi, Minda Agung akan memainan peranan yang besar. Tapi, dalam kedua-dua keadaan ini, Minda Agung tidak dapat mengeluarkan kuasanya. Jadi, untuk anda menghidupkan kuasa Minda Agung, anda hendaklah mendefinasikan masalah dengan bersungguh-sungguh dan seterusnya mengumpulkan maklumat yang sebanyak mungkin untuk tujuan penyelidikan. Ketiga, berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Akhirnya, serahkan masalah kepada Minda Agung dan anda hanya tumpukan pada hal lain yang tidak berkaitan. Ciri ke sepuluh , Minda Agung akan memberi jawapan yang sesuai mengikut keadaan dan masa yang berseuaian. Anda akan dapati jawapan yang anda hajatkan akan timbul pada masa yang paling sesuai. Tetapi, anda perlu mengambil tindakan yang segera. Ini kerana jawapan Minda Agung mempunyai had masa tersendiri. Jika anda tidak menggunakannya, ia akan hilang. Ini bermaksud, anda hendaklah percaya dengan kuasa Minda Agung dan terus bertindak. Ciri ke sebelas , Minda Agung akan menyumbangkan semua pengalaman yang diperlukan oleh anda untuk berjaya. Malah, ia membawa pengalaman yang berbagai bentuk. Tidak kira apa sahaja bidang yang anda ceburi, anda akan mengetahui pengalaman dan kepakaran tertentu yang dapat memimpin anda

TOP (HRD) Training Consultant

33

Kaset Program Garuda Api

untuk mencapai matlamat hidup yang dihajatkan. Bila anda mempunyai matlamat hidup yang nyata dan berusaha dengan kuat, anda akan dapati matlamat hidup anda membawa diri anda melakukan berbagai perkara yang amat berlainan di tempat dan persekitaran yang berbeza. Akhirnya, teknik sepuluh minit terakhir akan membolehkan anda melihat suatu kejadian di saat-saat penamat. Ciri ke dua belas , Minda Agung akan menentukan kualiti percakapan dan tindakan anda serta akibatnya. Kuasa Minda Agung diibaratkan sebagai sebuah mesin yang terus berfikir. Ia bertujuan menyelaraskan percakapan anda dengan konsep diri anda serta misi hidup anda. Selagi anda berikan berikan petunjuk dan arahan yang jelas, ia akan terus mencetuskan percakapan dan menghasilkan akibat yang anda hajatkan. Dengan kata lain , seseorang yang akan menemui jawapan secara luar jangka pada saat dia perlukan jawapan dan sentiasa dapat cari apa sahaja yang anda hendakkan. Pada ketika lain, dua perkara yang tidak seiras berlaku serentak pada suatu masa yang seterusnya membantu anda mencapai matlamat hidup anda. Minda Agung memainkan kuasa yang amat tinggi dalam alam sejagat. Setiap perkara dalam dunia akan bertindak megikut arahan dan kemahuan anda dan membentuk urutan makna yang tersendiri. Ciri ke tiga belas, Minda Agung mempunyai kuasa ruang tersendiri, ini bermaksud jika anda menetapkan kuasa Minda Agung terlebih dahulu, ia akan tetap berkesan kepada anda. Anda boleh gunakan minda agung waktu pagi atau waktu mencari tapak perhentian kereta. Rukun operasi Minda Agung menyatakan Minda Agung mengetuai dan memimpin aktiviti hidup kita. Apa sahaja yang anda rancangkan, apa sekalipun matlamat hidup anda, apa sahaja idea yang anda hendakkan akan tetap disalurkan oleh Minda Agung ke dalam aliran hidup seharian. Cara terbaik untuk mencetuskan kuasa Minda Agung ialah dengan mengamalkan teknik rangsangan Minda Agung. Gunakan teknik bersendirian untuk mencetuskan kuasa Minda Agung. Duduk berseorangan dalam masa dua puluh ke tiga puluh minit sambil mendengar setiap suara kecil hati anda. Anda akan dapat setelah beberapa lama, hati anda menjadi semakin tenang dan selesa seperti air yang jernih. Pada waktu ini, berbagai idea dan pendapat akan mula muncul. Masa ini, jika anda terus tulis atau bertindak mengikut apa yang terfikir, anda akan dapati semua masalah akan hilang. Seterusnya, gunakan teknik berfantasi. Fikirkan secara dan berimpian dan merenung kosong, dekati alam semulajadi, musik klasik, proses menenang diri, meditasi dan berfikir, kaset motivasi diri akan juga mencetuskan Minda Agung anda. Jawapan Minda Agung mempunyai tiga sumber. Pertama, sumber intusi , iaitu suatu perasaan yang kuat dari dalam yang menjelma secara kuat. Anda akan rasa , inilah jawapannya. Kedua , peristiwa yang tidak terjangka. Sesiapa yang anda jumpa , maklumat yang anda perlukan adalah jawapan yang anda hendakkan.

TOP (HRD) Training Consultant

34

Kaset Program Garuda Api

Ketiga, sesuatu yang berlaku dengan tiba-tiba tanpa dirancang sama sekali Bagaimana anda boleh tahu jika sesuatu yang berlaku adalah suatu kuasa Minda Agung. Caranya amat mudah. Bila jawapan itu muncul, ia adalah suatu yang lengkap dan dapat menyelesaikan semua masalah secara lengkap. Kedua , Anda akan merasa ceria dan riang, dengan jawapan yang diperolehi. Amat nyata, ia adalah jawapan yang paling sesuai sekali. Ketiga , Bila anda dapat jawapan dari Minda Agung, anda akan mempunyai kegembiraan dan keriangan hati. Nilai diri meningkat dan semangat anda semakin kuat. Rukun operasi Minda Agung menentukan setiap tindak-tanduk anda. Ia adalah suatu kuasa yang mengelolakan nasib hidup seseorang. Setiap rancangan , matlamat hidup dan idea yang terus diabadikan dalam pemikiran, ia akan diserap pleh Minda Agung dan sidalurkan ke dalam hidup seharian. Inilah punca kejayaan orang yang agung dalam dunia. Paling menarik sekali, anda jug ammep kuasa untuk mengecapi kejayaan yang anda hajatkan dengan prinsip dan pendekatan yang sama. Selagi anda tetapkan matlamat hidup anda dengan jelas dan fahami apa yang anda benar-benar hendaki, terus memikirkan matlamat hidup dan tidak mengizinkan fikiran anda lari dari hajat anda , matlamat hidup anda pasti akan menjadi kenyataan. Bab 20 Menyelesaikan Masalah Dengan Kreativiti Minda Dalam dunia ini, ramai individu yang lulusan universiti tidak mempunyai kerja, tetapi ramai juga individu yang tidak lulus sekolah menengah menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ini kerana kepintaran dan kepandaian seseorang adalah ditentukan oleh tindakan dan bukan akademik. Saya dapati, ada empat syarat yang penting untuk seseorang menjadi seorang genius. Kunci pertama ialah mempunyai matlamat yang nyata dan jelas. Ramai orang gagal kerana mereka tidak tahu haluan sebenar yang hendak dituju. Selain itu, seseorang hendakalh tahu punca masalah yang sebenar dan dapat membezakan setiap masalah yang terlantar antara diri anda sekarang dengan matlamat hidup anda. Tambahan lagi, seseorang juga hendaklah mempunyai kefahaman yang jelas tentang akibat yang beliau hajatkan. Kedua, daya mengfokus. Setiap orang yang dikenal genius akan menumpukan perhatian pada perkara yang paling penting dalam hidupnya. Semakin tinggi penumpuan anda, semakin dapat anda salurkan kepintaran dan kepandaian anda pada masalah anda dan membolehkan anda mencapai matlamat hidup anda . Ketiga, kekalkan jiwa raga yang luas dan terbuka. Individu yang berjaya mempunyai hati yang terbuka. Mereka sedia mencuba apa cara sekalipun untuk menyelesaikan masalah. Mereka tidak akan terpikat oleh andaian dan keraguan diri. Sebaliknya, mereka akan menanya :mengapa , Mereka juga akan bertanya, “adakah mana-mana telah salah dan kami tidak sedar?”

TOP (HRD) Training Consultant

35

Kaset Program Garuda Api

Kunci keempat seorang genius ialah mereka mempunyai suatu sistem penyelesaian masalah serta mengatur cara pemikiran yang teratur. Terdapat tiga cara pemikiran kreativiti yang boleh anda gunakan untuk anda gunakan daya penumpuan minda bagi mengatasi masalah hidup anda, dan ini akan menolong anda mencapai matlamat hidup tanpa sebarang penghalang. Cara yang pertama ialah seni cetusan minda. Ia juga disebut teknik pemikiran 20 idea. Gunakan sehelai kertas dan sebatang pen, tuliskan semua matlamat utama hidup anda dalam bentuk pertanyaan. Minta diri anda mencari dua puluh jawapan terhadap persoalan tadi. Seterusnya, pilih satu jawapan dan terus bertindak padanya. Latih diri anda melakukan aktiviti ini setiap hari . Hanya dengan cara ini, anda dapat mengawal kuasa Minda Separa Sedar dan Minda Agung. Seni pemikiran kreativiti yang kedua ialah cara pemikiran bersistem. Ia meliputi sepuluh langkah. Yang pertama, hajatkan dgpenuh keyakinan. Buka ruang hati anda dan tenangkan kekusutan otak, cergaskan kuasa Minda Agung dan gunakan perasaan lapang untuk menyelesaikan masalah. Dengan ini, kreativiti akan akan tercetus dan membongkarkan potensi anda. Kedua, gunakan percakapan yang menyakinkan. Contohnya, masalah adalah suatu perkataan yang negatif dan akan menjadikan seseorang cemas dan risau. Perkataan “Suasana” adalah lebih sesuai kerana ia tidak bersifat negatif atau positif. Cabaran adalah perkataan lain yang lebih baik. Paling sesuai , kalau anda gunakan perkataan peluang. Ini bermaksud,anda boleh dapat kebaikan dari peluang. Kajian kami dapati, setiap masalah, suasana, cabaran juga tersirat suatu peluang. Setiap kali kita berhadapan dengan masalah dan kegagalan, ia memberitahu kita hendaklah mengubah strategi dan haluan. Langkah ketiga , Definasikan dengan jelas setiap matlamat hidup dan masalah di atas kertas. Sambil memikir , sambil menulis. Setiap individu yang berjaya menggunakan kertas putih dan pen untuk berfikir. Sebaliknya, individu yang gagal tidak akan melakukan ini. Ciri kejayaan mestilah nyata, sebaliknya, ciri yang gagal adalah kekaburan (aimei). Langkah keempat , tanya apakah kemungkinan yang wujud disebalik setiap masalah. Anda akan dapati , setiap kemuskilan yang telah diberi definasi jelas akan dapat diselesaikan dengan baik, malah mencapai hampir 95% kesempurnaan. Dengan mengenalpasti punca di sebalik setiap masalah akan seterusnya menyumbang pada 25% dari penyelesaian. Langkah kelima , anda mesti tanya, “apakah kemungkinan jawapan yang boleh saya cari”. Seterusnya, anda mencari jawapan kedua yang juga sesuai untuk kemuskilan yang sedang membelenggukan anda. Pemikiran dan percakapan anda hendaklah disekitar jwp yang anda hajatkan. Jangan membiarkan diri kita terjerumus dalam kancah mengkhuatiri masalah tersebut, sebaliknya, anda hendaklah menjadikan niat mencari jawapan sebagai pendorong. Anda hendaklah menanya, “ Apakah langkah seterusnya?” Terus lihat ke depan, dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

TOP (HRD) Training Consultant

36

Kaset Program Garuda Api

Langkah keenam, buat keputusan. Membuat satu keputusan sentiasa lebih baik dari tiada keputusan. Setiap keputusan yang anda buat sering dapat menyelesaikan 80% dari kemuskilan anda. Keraguan dan menangguh jawapan adalah suatu punca kegagalan. Keputusan yang hakiki adalah jauh lebih penting dari bukti dan hakikat. Semakin anda membuat keputusan dan bertindakbalas dengan positif, semakin anda dapat membuat keputusan yang lebih baik. Semakinkurang anda membuat keputusan, semakin kuranglah tindakbalas , dan semakin kurang anda belajar dari pengalaman anda. Langkah ketujuh , mengatur tanggungjawab yang sejajar. Sentiasa mengenalpasti sesiapa yang patut bertanggungjawab sesuatu masalah. Tugaskan orang yang spesifik untuk mengendalikan sesuatu perkara. Langkah kelapan , tetapkan tarikh akhir. Jelas dengan nyata tarikh penamat. Langkah kesembilan , terus bertindak. Setiap permulaan yang baik adalah separuh dari kejayaan. 20% dari setiap tugasan permulaan kerja menentukan tahap kejayaan 80% dari keseluruhan tugasan tersebut. Langkah Ke sepuluh , sentiasa memeriksan perkembangan dan menilai prestasi anda sejajar dengan apa yang anda hajatkan. Satu dari pendekatan dalaman usaha mengejar kejayaan ialah sentiasa memeriksa, mengawal , menyelia dan menyelaras setiap matlamat yang anda hendak capai. Mengagih tugasan adalah suatu pendekatan kepimpinan , tetapi jangan lepasan kawalan terhadap prestasi yang anda hajatkan. Cara ketiga membina pemikiran kreatif ialah dengan membentuk kuasa minda induk. Sekumpulan orang yang hendak menyelesaikan masalah yang sama berkumpul sama. Bilangan orang hendaklah dalam lingkungan 4 ke 7 orang. Seterusnya, tetapkan skop tajuk perbincangan yang hendak dibentangkan. Semakin jelas kita mendefinasikan sesuatu masalah , jawapan yang diperolehi semakin tepat , semakin berkesan dan semakin praktikal. Ketiga, masa yang diperuntukkan untuk mencari penyelesaian hendaklah dihadkan antara 15 ke 45 minit. Tiga puluh minit adalah paling baik sekali. Keempat, sentiasa positif terhadap setiap jawapan. Jangan terus menilai dan membincangkan suatu jawapan bila ia diutarakan. Bahagikan masa kepada sessi mencari idea dan sessi penilaian idea. Kelima, pemimpin kumpulan minda induk hendaklah berperanan untuk merangsang pemikiran ahli pasukan dan bukan menyokong atau menolak mana-mana pendirian. Keenam , catatkan semua jawapan secara lengkap. Kita akan dapati ada aspek perbincangan yang begitu spontan dan ringkas sehingga tiada sesiapa yang sedar dengannya. Ramai yang hanya sedari aspek perbincangan sebagai penting bila masuk sessi penilaian. Ingat, kepintaran dan kepandaian adalah berlandaskan tindakan anda. Anda hendaklah faham dan ketahui dengan nyata “apa yang anda hendakka”. Seterusnya, tumpukan sepenuh perhatian dan tenaga pada masalah , matlamat dan keputusan yang hajatkan. Gunakan minda yang fleksibel dan terbuka untuk mengesan semua kemungkinan. Gunakan seni penyelesaian yang bersistem untuk menyelesaikan masalah. Bab 21 Mempunyai hidup yang cergas

TOP (HRD) Training Consultant

37

Kaset Program Garuda Api

Adakah anda berhajat hendak belajar teknik untuk menyemarakkan kecergasan dalam hidup anda pada setiap ketika? Dalam bab ini, saya akan berkongsi dengan anda tujuh faktor yang menyumbang pada kesihatan badan anda untuk membolehkan anda mengekalkan kecergasan yang tinggi. Tapi, waktu anda mengamalkan semua faktor kesihatan tersebut, anda juga perlu mematuhi lima perkara berikut: Pertama : menanam harapan yang tinggi Kedua : Sentiasa mendefinasi dengan jelas apa yang anda hajatkan Ketiga : Sentiasa mengekalkan tabiat kesihatan badan dan mental Keempat : menaruh kecekalan untuk meneruskan aktiviti tersebut Kelima: disiplin diri. Meminta diri untuk bertindak mengikut peringkat tanpa gagal Orang yang berjaya mempunyai kesihatan mental dan fizikal. Orang yang gagal sering dibelenggu oleh cara hidup diri anda tabiat yang tidak sihat. Mengikut kajian, jasad badan setiap orang boleh berfungsi untuk tempoh seratus ke seratus dua puluh tahun. Tetapi, statistik menunjukkan kebanyakan orang dalam dunia mencapai purata usia 79.9 tahun. Lebih kurang 50% dari populasi dunia gagal mencapai usia ini. Maka, anda boleh menentapkan satu matlamat untuk hidup sekurang-kurangnya lapan puluh tahun. Badan kita diibaratkan sebuah mesin yang istimewa. Ia boleh menghasilkan tenaga yang mencukupi secara automatik. Pada masa yang sama, badan kita sentiasa menjuruskan ke arah kesihatan. Ia mempunyai tabii semulajdi untuk menyembuh dan mencetuskan kecergasan. Tetapi, cara operasi dan cara penyeliaan badan yang tidak baik akan menyebabkan badan seseorang mencapai tahap mudarat sebelumpun ia sampai ke tahap masa yang diperuntukkan. Untuk membolehkan diri anda mempunyai kesihatan yang tinggi, anda boleh lakukan beberapa perkara berikut : Pertama : kekalakan berat badan yang bersesuaian. Jka berat badan anda terlalu tinggi, beban jantung menjadi lebih besar. Begitu juga dengan keperluan organ dan otot juga meningkat. Tambahan lagi, gemuk akan menjadikan seseorang cepat berputus asa dan penat. Untuk mencapai berat badan yang anda hajatkan, gunakan kuasa bayangan dan pengesahan diri . Buat keputusan dan mengamalkan disiplin diri yang tinggi. Terus imaginasi dan sahkan berat badan yang anda hajatkan. Terus lakukan begini sehingga anda berkeupayaan menukar konsep diri anda sendiri. Kedua, Minum dan makan yang memadai. Makanan anda hendaklah sentiasa berubah dan memperbagaikannya. Tambahkan makanan yang berprotein tinggi seperi kacang panjang, ikan dan daging merah. Elakkan daging yang berlemak tinggi. Makanan hendaklah meliputi 15% protein. Ketiga, makan karbohidrat bergentian seperti buah-buahan, sayur dan gandum. Ia membekalkan tenaga asas yang diperlukan oleh badan. Selain itu, paras lemak dalam makanan janganlah lebih dari 10%. Anda juga perlu minum air yang banyak. Setiap hari , kita perlukan 4 gelas air yang berisi 400cc masing-masing. Seseorang hendaklah makan secara sedikit tetapi khasiat janganlah sedikit. Ketiga , gabungan sayuran dan lauk yang sesuai. Ada orang yang berpendapat 70% dari makanan hendaklah tdr dari sayuran dan buah-buahan. Tetapi , ada

TOP (HRD) Training Consultant

38

Kaset Program Garuda Api

juga yang berpendapat sarapan pagi hanya boleh makan buah sahaja, makanan tengahari dan malam pula barulah makan proten dan sayuran. Sebenarnya, setiap orang mempunyai komponen badan yang berbeza. Anda mempunyai tahap metabolisme badan yang tersendiri dan keperluan khas terhadap makanan. Maka, lebih baik anda sendiri mengesan dan mengenal gabungan yang paling sesuai untuk diri anda. Jika anda boleh turunkan beban sistem penghadaman , anda pasti akan mempunyai kekuatan yang lebih besar untuk menjalankan aktiviti harian anda. Dalam makanan seharian kita, cuba kurangkan dan elakkan tigabentuk racun putih, iaitu tepung, gula dan garam. Keempat, berhenti menghisap rokok dan minum arak secara berlebihan. Dalam semua tabiat hisup, menghisap rokok adalah suatu yang paling menjahanamkan kesihatan dan patut dielakkan sama sekali. Begitu juga dengan ketagihan rokok. Menghentikan tabiat merokok adalah suatu yang menyukarkan tetapi, anda boleh melatih diri secara bersungguh-sungguh. Minum yang yang sederhana bermaksud anda hanya minum segelas kecil setiap hari. Kelima, senaman yang bersesuaian. Sukan aeronik akan meningkatkan tahap oksigen otak , meningkatkan kuasa otak dan juga meningkatkan tahap pemikiran dan tahap kepintaran anda. Ia menjadikan anda seorang yang cergas dan penuh bertenaga. Berenang, berbasikal, larian dan berjalan kaki adalah jenis senaman yang sesuai. Tanamkan tabiat bersukan selama 20 minit setiap hari. Kekalkan denutan jantung yang cergas sekurang-kurangnya 20 minit. Fahami rahsia sukan aerobik; iaitu masa mestilah panjang, gerakan mestilah pantas , jarak mestilah jauh. Keenam, rehat yang mencukupi, ramai orang berpendapat seseorang hendaklah tidur sekurang-kurangnya 7 ke 8 jam setiap malam. Ada juga berpendapat , masa tidur perlu dikurangkan. Tapi, setiap orang mempunyai daya metabolisme dan pembaharian sel yang berbeza. Anda hendaklah menyesuaikan diri anda dengan masa tidur yang diperlukan setiap malam mengikut keperluan anda sendiri. Anda juga boleh gunakan teknik pengesahan diri dan cara memprogramkan Minda Separa Sedar untuk memendekkan masa tidur anda. Ketujuh , pastikan anda memberi vitamin semulajdi dan galian tambahan yang diperlukan oleh badan. Sebenarnya , amat sukar untuk setiap orang memperolehi tahap vitamin dan galian yang mencukupi dari lauk dan juadah harian. Ramai orang kekurangan tenaga dan kecergasan kerana mereka kekurangan vitamin yang tertentu dalam hidup. Maka ingat, anda mestilah memberi bekalan tambahan vitamin dan galian tambahan untuk badan. Ini adalah amat penting untuk kesihatan badan anda. Dengan kata lain untuk anda memiliki kecergasan badan, pertama, anda mestilah mempunyai hajat yang berkobar-kobar bahawa inilah suatu yang anda hendakkan dalam hidup. Kedua, tetapkan apa yang hendakkan dengan jelas. Anda juga hendaklah mempunyai rancangan yang teratur dan berkesan. Gunakan teknik pengesahan diri dan menulis semua rancangan anda. ketiga, buat keputusan untuk melaksanakan semua rancangan anda . Ambil tindakan

TOP (HRD) Training Consultant

39

Kaset Program Garuda Api

yang berpatutan dan tidak menangguh. Keempat Buat keputusan untuk meneruskan usaha secara cekal biar apa sahaja yang menghalang. Gunakan rukun penggantian dan amalkan tabiat baru yang baik. Akhirnya, amalkan disiplin diri yang ketat dan terima semua kesakitan waktu berdisiplin. Ini kerana hasilnya pasti masnis dan menguntungkan anda. Bab 22. Memahami kaitan minda dan badan Semua pakar peubatan setuju bahawa 80% dari penyakit moden kini adalah berpunca dari Faktor minda. Bab ini akan membincangkan pengaruh minda terhadap kesihatan fizikal seseorang. Emosi yang tegang dan bertekanan merupakan akibat yang ditonjol keluar dari rasa ketidakpuasan diri kita terhadap hidup sendiri. Dengan erti kata lain, ketegangan dan tekanan adalah suatu petanda yang membahayakan. Petanda-petanda ini memberitahu kita adanya sesuatu perkara yang sedang melukakan hati kita. Dalam Sains perubatan keimunan, kita dapat emosi yang negatif, ketegangan, kerisauan , tekanan, kemarahan serta keresahan akan menurunkan tahap imunisasi badan. Sebaliknya, seseorang yang positif, riang , gembira , bersemangat dan mempunyai nilai diri yang tinggi akan membentuk kuasa imunisasi yang tinggi. Punca utama ketegangan dan kerisauan adalah dari dalam jiwa seseorang dan bukan berpunca dari luaran. Ini bermaksud, tidak ada suatu yang dikatakan tekanan luaran. Tetapi, hanya ada reaksi peribadi terhadap sesuatu kejadian yang dianggap sebagai tekanan berus gigi dirinya. Setiap perasaan tekanan dan kerisauan adalah suatu persepsi diri kita terhadap setiap kejadian persekitaran dan bukan berpunca dari kejadian yang berlaku di sekitar anda. Sebenarnya, adalah tiga faktor yang menyebabkan ketegangan pada seseorang insan. Yang pertama, menyesal atas sesuatu yang telah terjadi. Kita terlalu menyesal dengan sesuatu yang telah berlalu. Sebenarnya, kita tidak tahu apa yang patut dilakukan sekarang dan leka dengan hakikat sebenar kejadian tersebut. Malah, kita hanya risau dengan sesuatu yang bakal berlaku. Setiap persepsi diri anda tentang apa yang sedang berlaku, apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku akan terus menyuburkan ketegangan dan tekanan emosi seseorang. Semua ini adalah berpunca dari dalaman seseorang dan anda mempunyai hak untuk menentukan samada anda hendak dipengaruhi atau tidak. Setiap ketegangan emosi dan corak tekanan minda mempunyai kaitan rapat dengan kecergasan dan tahap tenaga badan. Terdapat tiga punca kekuatan badan seseorang ,yang pertama : ia datang dari makanan yang kita makan, cara makan dan cara gabungan khasiat makanan Faktor kedua ialah udara. Tahap oksigen yang dibawa ke dalam badan dan cara kita bernafas. Faktor yang ketiga ialah persepsi minda. Iaitu cara kita reaksi dengan setiap kejadian. Contohnya, sesuatu kejadian yang mungkin boleh memotivasikan seseorang dan sebaliknya, kepada orang lain , kejadian itu amat melukakannya. Setiap persepsi diri kita terhadap kejadian yang berlaku di sekitar kita boleh menyebabkan tahap tenaga badan naik atau turun. Badan kita

TOP (HRD) Training Consultant

40

Kaset Program Garuda Api

bagaikan sebuah kilang letrik yang menjana kuasa untuk badan. Ia akan menghasilkan berbagai bentuk tenaga. Tenaga yang dijana oleh makanan biasanya akan kehabisan setelah sehari suntuk kita bekerja. Ini bermaksud , tenaga yang dihasilkan pada hari ini akan habis digunakan oleg badan dalam aktiviti seharian. Jika tenaga badan tidak habis digunakan oleh badan, ia akan menjelma menjadi tahap tenaga yang lebih tinggi – iaitu mendokong kekuatan emosi seseorang . Daripada 100 joule kekuatan fizikal yang belum dihabiskan hanya dapat menjana 100 joule tenaga emosi. Tenaga emosi meliputi kecergasan emosi, rasa kesungguhan, semangat, nilai kendiri dan kegembiraan. Jika tenaga emosi tidak habis digunakan pada tahap emosi, ia akan dijelma kepada tahap tenaga yang lebih tinggi iaitu tenaga mental. Setiap 100 joule tenaga emosi boleh menghasilkan 10 joule tenaga mental- iaitu tenaga yang digunakan untuk berfikir. Jika tenaga mental ini tidak digunakan, ia akan terus menjelma kepada bentuk tenaga kerohanian, iaitu tenaga penerokaan. Biarpun kenyataan di atas belum terbukti secara saintifik, tetapi kita semua boleh mengesan kebenaran ini dari pengalaman dan persepsi seharian. Kita pernah merasa kepenatan badan setelah sehari suntuk kita bekerja dan tidak lagi rasa hendak melakukan apa sahaja. Ini kerana anda telah membazir tenaga anda pada tahap badan. Sebaliknya, ramai juga orang yang tidak membazirkan tenaganya di peringkat fizikal. Tenaga lebihan ini akan terus menjelman menjadi suatu tenaga emosi. Tenaga emosi sering ditonjolkan dalam perhubungan manusia seseorang. Jika emosi kita bersikap positif , seperti riang dan mesra, gembira dan bersemangat tinggi, tahap penggunaan tenaga emosi adalah sangat kecil. Tenaga lebihan akan bertukar menjadi tenaga mental. Jika mental kita bersikap dinamik dan penuh bercabaran, kita akan mempunyai lebihan tenaga mental yang akhir menjelma kpd paras tenaga yang lebih tinggi, iaitu tenaga kerohanian. Tenaga kerohanian merupakan punca tenaga kreatif. Ia akan membina idea baru, memberi inspirasi dan menjana jiwa yang berkobarkobar, semangat berinitiatif. Malang sekali, ramai orang membazir tenaga mereka di tahap emosi seperti kerisauan, takut , ketegangan emosi, tekanan, keresahan dan kemarahan. Maka, tidak berapa banyak tenaga yang dapat disimpan dan dijana menjana tenaga kerohanian. Dengan erti kata lain, tidak ada tenaga yang sampai ke tahap kerohanian. Dan mereka akhirnya gagal mencapai hidup yang lebih baik dan mencapai kemewahan tinggi. Untuk anda memiliki kecergasan badan, ketenangan jiwa, perhubungan manusia yang mesra – anda mestilah berhenti menyebarkan emosi negatif dalam pergaulan anda. Ini adalah landasan kemajuan hidup seseorang . Ini kerana, dengan tidak menonjolkan perasaan negatif , anda telah menghapuskan emosi negatif. Mengapa seseorang gagal , ini kerana mereka memperuntukkan masa yang agak banyak menonjolkan emosi negatif. Mereka telah membentuk rasa bersalah sejak kecil, merasa diri tidak sebaik orang lain, tidak menghormati diri sendiri dan takut kepada kegagalan , takut dibantah orang lain. Ini bermaksud, semua bentuk pemikiran negatif adalah sejenis penyakit mental. Sebaliknya, pemikiran yang positif adalah menandakan kesihatan mental.

TOP (HRD) Training Consultant

41

Kaset Program Garuda Api

Daripada setiap apa yang kami lakukan, cakap dan fikirkan, 95% adalah dipengaruh oleh kejadian persekitaran. Maka, sentiasa memilih siapa yang anda bergaul. Jika anda hendakkan hidup anda lebih positif dan dinamik, gembira, sempurna dan bersemangat tinggi, maka anda hendaklah terlebih dahulu mengkikis semua perasaan negatif dan tinggalkan semua orang yang negatif. Tinggalkan semua buku negatif, majalah negatif dan rancangan TV negatif. Ini membolehkan setiap pemikiran dan hajat ditumpukan pada harapan dan impian yang hendak dicapai. Ini merupakan cara terbaik untuk mencapai kesihatan mental dan kesihatan fizikal. Ia seterusnya menyumbang kepada kejayaan dan kegembiraan hidup seseorang. Bab 23 Menghapuskan tekanan dan ketegangan emosi Kesihatan mental seseorang sering dikaitkan dengan rasa ceria, rasa positif dan gembira. Apakah situasi yang akan menjadikan seseorang negatif? Menurut rukun tindakan dan tindakbalas , setiap akibat mesti mempunyai puncanya. Jika diri anda meraa tegang dan sentiasa bertekanan, rasa negatif ; ini bagaikan badan yang sedang sakit. Ia mesti mempunyai punca yang tertentu dan pasti dapat dikesan. Bab ini memberikan enam cara menilai ketegangan diri dan membantu anda mengenal punca ketegangan dan tekanan hidup. Seterusnya, anda boleh menangkis semua punca tersebut. Pertama, seseorang yang mudah merasa tegang kerana dirinya kurang makna hidup dan matlamat hidup. Untuk mengecapi kegembiraan, seseorang hendaklah mempunyai misi hidup, mesti merasa hidupnya bermakna. Seseorang yang ketiadaan matlamat dan makna hidup akan menyebabkan dirinya tiada haluan hidup. Kita semua adalah mempunyai mekanisma mengejar impian hidup. Hanya jika maju ke arah matlamat hidup yang diimpiankan, barulah seseorang akan merasa gembira. Kedua, punca yang menyebabkan seseorang bertekanan dan rasa tegang ialah kerja yang tidak disiapkan sepenuhnya. Ini bermaksud kita melepaskan tangan tugasan yang dimandatkan dan tidak hanya melengkapkan sebahagian darinya. Jiwa kita akan merasa tidak tenang. Setiap orang pasti mempunyai hajat untuk melengkapkan kerja yang tergantung. Sebalik, jika kita terus menangguh dan gagal melaksanakannya, ketegangan emosi akan timbul. Sikap menangguh bukan sahaja melambatkan kemajuan seseorang , ia juga merupakan faktor utama tekanan hidup. Setiap kali anda menyiapkan sesuatu kerja, baik mencuci pinggan mangkuk, mengemas bilik atau menyiapkan sesuatu lapuran, nilai kendiri akan meningkat. Ini kerana kerja yang beres akan membuatkan anda rasa berjaya, anda seorang juara. Sebaliknya, jika kerja anda hanya siap separuh, anda akan rasa diri anda gagal dan tiada kawalan terhadap hidup.Terdapat dua keadaan yang menyumbang pada kerja yang tidak siap. Contoh pertama, seseorang yang putus cinta dan tidak dapat melepaskan perasaan tersebut. Kedua, bila seseorang menganggur, dibuang kerja atau sendiri meminta berhenti kerja dan seterusnya gagal mendapat kerja baru.

TOP (HRD) Training Consultant

42

Kaset Program Garuda Api

Untuk mengatasi rasa perhubungan manusia yang masih tersangkut lepas putus cinta, anda perlu tahu apa yang anda hajat hendak dapat dari orang yang telah berpisah dengan anda. Kalau anda tidak mempunyai sebarang tuntutan, perpisahan ini tidaklah mempengaruhi emosi anda. Dalam keadaan ini, anda tidak menuntut apa-apa, baik kasih sayang, penghormatan atau kewangannya ; maka dirinya yang telah meninggalkan anda tidak akan mengawal emosi anda lagi. Seterusnya, anda perlu tuliskan sepucuk surat kepadanya. Dalam surat ini, anda perlu menyatakan tiga perkara.pertama, anda berita hunya bahawa akan bertanggungjawab 100% atas segala apa yang telah berlaku dalam perhubungan kita. Tapi, anda minta menamatkan perhubungan ini. Kedua, anda memaafkan sepenuhnya setiap perkara yang pernah dilakukan olehnya atau perkara yang pernah melukakan anda. ketiga, anda doakan agarnya dirinya bahagia dan gembira selalu. Kirimkan surat tersebut dan anda akan dapati hidup anda berubah terus pada saat tersebut. Ketiga, sebab yang memberi tekanan kepada kita ialah takut gagal. Kita semua sedar dengan keadaan ini. Jika kita perhatikan pada waktu kecil, cara asuhan ibu bapa yang kurang berkesan akan menimbulkan rasa ketakutan pada diri sendiri. Markove pernah berkata, lakukan apa yang anda takut dan anda tidak akan takut lagi. Ini adalah ubat yang paling mujarab. Seterusnya, gunakan cara pengesahan diri bagi membina jiwa yang bersemangat dan positif. Bila diri anda rasa takut, terus katakan dengan diri sendiri “saya dapat buat, saya dapat buat, saya dapat buat” Mesej ini akan semakin dikuatkan dan menjelma dari Minda Sedar kepada Minda Separa Sedar . Mengikut rukun emosi, perasaan yang kuat sentiasa mendominan pada perasaan yang lemah. Keempat, ini merupakan faktor yang paling serius antara semua faktor bab iaitu takut dibantah dan ditolak orang. Pada waktu kecil, ibu bapa sering mengawal gerak-geri anak dengan menggunakan krtikan yang negatif dan kasih sayang yang bersyarat. Kedua-dua sebab tadi telah menimbulkan rasa takut pada bantahan, akhirnya membentuk sikap A pada seseorang dewasa. Seseorang wanita sering bertindakbalas pasa rasa takut kepada bantahan dengan empat cara berikut: Pertama, rasa kecewa. Kedua, mengundurkan diri, ketiga, sakit kepala dan ketegangan perasaan,keempat, terlalu sensitif, tersangat sensitif dengan apa yang orang lain fikirkan. Sebaliknya, kebanyakan lelaki melepaskan rasa kurang kasih sayang sejak kecil dalam bentuk mentaliti A. Sikap A mempunyai ciri-ciri berikut: pertama – kerja separuh mati, mereka tidak dapat berhenti dan tidak boleh lambat. Kedua, tidak mempunyai rasa jaminan pada setiap ketika. Apa sahaja kejayaan besar yang telah dicapai, mereka tetap rasa tidak cukup. Ketiga, terus mengejar prestasi yang tidak terhad. Tidak kira betapa baik prestasi dirinya, mereka masih tidak puas hati, kerana mereka rasa belum mencapai piawaian yang dihendakkan. Keempat, rasa persaingan yang sangat kuat. Mereka terus hendak menang dan mengalahkan orang lain. kelima, sikap individu A sangat agresif, cemat bermusuhan dan cepat marah. Keenam, sentiasa bermotifkan kebendaan dan

TOP (HRD) Training Consultant

43

Kaset Program Garuda Api

kewangan. Mereka kurang mengutamakan perhubungan manusia. Individu sikap A membahagi orang kepada 3 jenis, yang pertama - orang yang boleh menolongnya, mereka sentiasa memberi perhatian kepada orang seperti ini. Kedua, orang yang tidak boleh menolongnya. Mereka tidak menghormati orang seperti ini. Ketiga, orang yang bersifat neutral. Mereka tidak langsung tidak kisah dengan orang seperti ini. Yang ketujuh, Individu sikap A tidak mahu berehat. Mereka rasa seolah-olah dirinya dikejar atau dicabar orang lain. Selagi mereka perlahankan langkah, orang lain akan mendahului mereka. Individu sikap A selalunya cepat meninggal dunia dan tidak pernah gembira. Individu seperti ini sering emmanjat tangga kejayaan dengan pantas tetapi akan menjadi kaku pada tahap prestasi tertentu. Sebaliknya, individu sikap B mempunyai mentalti keusahawanan berjaya. Mereka pentingka keberkesanna dan perhubungan manusia. Mereka memanjat tangga kerjaya awalnya pada tahap yang agak perlahan tetapi peningkatan prestasi dan kemajuan dirinya akan berterusan. Jika anda adalah individu bersikap A, anda hendaklah terlebih dahulu mengakui diri anda sebagai individu A. Seterusnya, anda hendaklah membuat keputusan dan cekal mengubah keadaan ini. Dengarlah kaset pengesahan diri dua kali sehari sehingga semua mentaliti sikap A ditangkiskan dan beruabh secara beransur-ansur kepada individu bersikap B. Selain dari itu, terdapat perbezaan yang besar antara individu sikap A dengan orang yang gilakan kerja. Orang yang kegilaan kerja pentingkan perasaan dalaman dan mempunyai kefahaman yang jelas tentang matlamat kerjanya. Sebaliknya, individu A pentingkan perasaan orang lain, mereka rasa apa yang dilakukan adalah untuk memuaskan perasaan orang lain. Orang yang gilakan kerja akan juga mencari masa berehat. Individu A tidak mempunyai masa berehat. Orang yang gilakan kerja pentingkan perhubungan dan kasih sayang keluarga, tetapi individu A mementingkan kerjaya dan tugasan. Faktor kelima yang menyumbang kepada tekanan diri ialah menolak kenyataan. Seseorang enggal menerima kenyataan dunia. Kononya hidupnya bukan seperti yang dihendakkan. Doktor psaikiatrik berpendapat, faktor ini merupakan sebab utama seseorang berhadapan dengan penyakit mental. Sebab seseorang tidak menerima kenyataan ialah kerana dirinya hendak melarikan diri dari kemuskilan. Ini kerana dirinya tidak suka dipandang rendah atau tidak berkeupayaan. Untuk mengatasi kelemahan ini, seseorang hendaklah akui kenyataan tetap kenyataan. Tidak kira apa sekalipun yang berlaku, ini adalah suatu hakikat yang perlu diterima dengan tabah. Setiap kejadian mestilah mempunyai pengorbanan yang dapat anda tanggung. Ketiga, anda mestilah sedia berkorban dan jangan menangguh. Tanya diri anda , apakah yang anda takut hadapi. Apakah keadaan yang paling teruk untuk membantu anda berhadapan dengan kenyataan. Dalam bidang psikologi ,ada dua sifat keperibadian. Yang pertama, kita sebutkan sebagai sikap melarikan diri. Orang seperti ini tidak suka berhadapan dengan kenyataan , dan mereka terus berharap kenyataan itu akan hilang. Satu lagi sifat dikenali keperibadian melawan. Orang ini sentiasa berusaha hendak mencari jawapan pada setiap

TOP (HRD) Training Consultant

44

Kaset Program Garuda Api

masalah yang dihadapinya. Sebenarnya, sikap melawan adalah lebih baik dari sikap melarikan diri. Keenam, faktor yang boleh menyebabkan ketegangan dan tekanan jiwa ialah kemarahan. Kita fahami kemarahan sering dikaitkan dengan rasa tidak puas hati dan merungut terhadap orang lain. Kita rasa dianiayai, rasa harapan dicabar, kita rasa diri sebagai mangsa. Jika kita tidak lepaskan perasaan ini dan kita kumpulkannya dalam badan secara berterusan, ia akan merosakkan perasaan dan mental kita. Sebenarnya, teori langgaran anggota badan menyatakan semua bentuk langgaran badan pada seseorang akan menimbulkan kemarahan. Contohnya, seseorang menendang dengan kaki, pukul dengan tangan atau teriak dengan syarat yang paling kuat atau menggigit dengan gigi. Untuk mengatasi kesemua enam jenis gangguan emosi diatas, kita hendaklah mengamalkan pendekatan kawalan kesedaran. Ini bermaksud, diri anda bertanggungjawab sepenuhnya apa yang berlaku. Ini bermaksud, setiap perasaan anda hendaklah terlebih dahulu dipersetujui oleh diri anda sebelum anda menerimanya. Ini membolehkan anda mengawal pemikiran dan hidup anda. Anda perlu fahami, setiap tekanan yang diadunkan bersama matlamat yang jelas akan menghasilkan keyakinan yang tinggi pada diri sendiri. Ini seterusnya membina kecergasan dan tenaga yang gigih. Tetapi sebaliknya, jika tekanan luar memaksa diri anda melakukan sesuatu , maka tekanan tersebut akan bersifat negatif dan seterusnya menurunkan tahap tenaga seseorang. Menurut rukun penggantian, diri kita punuhkan jiwa-raga dengan perasaan dan pemikiran positif dan menyebabkannya tidak mempunyai ruang untuk merasa lemah dan kecewa. Untuk mencapai tujuan ini, kita hendaklah terus memikirkan matlamat hidup kita. Tetapkan suatu matlamat hidup yang jelas, bermula dari awal sampai akhir. Terus laksanakan impian anda dan tidak menangguh. Atasi rasa takut gagal dan rasa takut dibantah. Gunakan jiwa yang normal untuk berhadapan dengan kenyataan. Hentikan mentaliti menyalahkan orang lain. Ingat, setiap tekanan yang berorientasikan matlamat adalah positif. Ia akan mebantu anda mencapai matlamat hidup anda. Bab 24 Mencorakkan Sikap Berjaya Dalam dunia hari ini, keupayaan anda bergaul dengan semua orang merupakan aset hidup yang paling berharga. Pakar psikologi berpendapat, 85% dari kegembiraan seseorang datang dari pergaulan yang mesra bersama orang lain. Begitu juga, 85% dari masalah yang dihadapi seseorang datang dari kegagalan bergaul mesra dengan orang lain. Manakala, 25% dari kegembiraan datang dari kepuasan mencapai sesuatu. Pada asasnya, setiap orang mengharapkan mentaliti sihat yang dapat bergaul mesra dengan orang lain. Tapi, apakah dia sikap yang positif? Bagaimana hendak mengukur tahap positif diri anda ? Cara pertama ialah menilai diri, “samada anda sayang pada diri sendiri” Faktor ini merupakan asas yang membentuk keperibadian anda. Seseorang yang sayangkan dirinya sellaunya mempunyai mental yang sihat. Kedua, adakah anda

TOP (HRD) Training Consultant

45

Kaset Program Garuda Api

sanggup memikul tanggungjawab? Seseorang yang sentiasa bertanggungjawab akan dapat mengawal sikapnya sendiri dan enggal menyalahkan orang lain. Soalan ketiga ialah samada anda boleh memaafkan orang lain. Seseorang yang mempunyai kesihatan mental sering dapat memaafkan orang lain tanpa sebarang keberatan. Cara keempat ialah mempunyai jangkaan yang positif. Seseorang yang mempunyai harapan cerah terhadap dirinya selalunya mempunyai kesihatan mental yang tinggi. Cara kelima, adakah anda dapat bergaul mesra dengan semua orang. Jika anda tidak mempunyai keharmonian dengan semua orang, anda tidak akan mempunyai kesihatan mental. Rukun pengaruh bersama menyatakan semakin anda suka pada diri sendiri, semakin senang anda bergaul mesra dengan orang lain. Rukun tidak langsung menyatakan perhubungan manusia secara tidak langsung sering membuahkan hasil yang lebih berkesan. Rukun penuaian berbagai menyatakan setiap ganjaran yang telah kita perolehi dari perhubungan manusia adalah juga suatu yang telah kita korbankan sebelum ini. Rukun keirasan pula berkata, cara anda membawa diri di depan seseorang adalah juga suatu imbasan perasaan dan dalaman anda terhadap perhubungan manusia tersebut. Rukun penarikan menyatakan , anda boleh bawakan orang yang seiras dengan corak minda anda kepada persekitaran anda. Jika anda berhajat untuk memperbaiki seni perhubungan manusia anda, adalah penting untuk anda memperbaiki perhubungan anda dengan diri sendiri. Seterusnya, anda akan dapati setiap kejadian di sekitar anda juga akan berubah. Ini bermaksud , jika anda tingkatkan nilai kendiri anda , maka kualiti perhubungan manusia anda bersama orang lain juga akan meningkat. Ini akan mewujudkan perhubungan manusia yang harmoni dengan semua orang . Jadi, bagaimana anda boleh tingkatkan nilai diri anda? yang pertama , rukun manfaat bersama ; iaitu dengan berusaha meningkatkan nilai kendiri orang lain. Begitu juga dengan rukun pembalikan. Apa sekalipun cara yang anda gunakan untuk meningkatkan nilai kendiri orang lain, cara-cara ini juga akan akhirnya meningkatkan nilai diri anda. Jadi, bagaimana anda boleh tingkatkan nilai kendiri orang lain supaya dirinya merasa penting? Anda perlu kikiskan semua kritikan yang negatif. Ini kerana kritikan negatif akan melukakan orang lain dan melumpuhkan nilai kendirinya. Akibatnya, seseorang akan merasa kecewa. Tanamkan hajat untuk hapuskan semua sikap mengkritik. Kedua, pupukkan sikap yang mesra dan tidak bertelingkah. Ini kerana seseorang yang sering bergaduh akan menyebabkan orang lain enggan bercakap dan berkawan dengannya. Amalkan sikap dengan rukun ansuran , semaikan kematangan fikiran dan sabar meneliti hujah seseorang sebelum anda mempertikaikannya. Amalkan juga konsep tidak berlaga, sentiasa berharmoni dengan sesiapa yang tidak setuju dengan anda tanpa bertangguh. Jika anda hendakkan mengekalan sikap yang positif, hendakkan kecergasan dan hendak bergaul mesra dengan orang lain; cara yang terbaik sekali ialah jangan bertelingkah. Cari apa jalan sekalipun untuk mengelakkan anda berkonflik dengan orang lain. Ketiga, menerima seseorang. Usaha menerima seseorang ke dalam jiwa-raga anda akan memenuhi hasrat lubuk hati untuk memerolehi kasih sayang. Hasrat ini terlantar dalam Minda Separa Sedar setiap insan. Cara terbaik untuk

TOP (HRD) Training Consultant

46

Kaset Program Garuda Api

menonjolkan rasa menerima seseorang ialah senyuman. Senyuman bermaksud anda menerima seseorang tanpa syarat dan tidak kira siapa sekalipun status dirinya. Pada masa yang sama, senyuman juga memberi keceriaan dan keriangan kepada anda. Keempat, rasa berterima kasih. Bila anda menghargai seseorang , anda akan meningkatkan nilai kendirinya. Cara untuk menghargai seseorang ialah terus berkata, terima kasih , sentiasa berkata terima kasih. Ini secara tersirat, akan akan meningkatkan nilai diri orang lain. Kelima, rasa menyanjungi. Sanjungi kualiti dan keistimewaan orang lain. Anda juga boleh sanjungi harta orang lain. Memandangkan setiap orang sentiasa melindung keperibadian dan sikap tersendiri, Maka dirinya pasti akan merasa gembira bila mendapat sanjungan dan persetujuan dari orang lain. Keenam, mengizinkan. Keizinan membolehkan setiap orang mencapai hasrat dan impian dirinya. Dirinya juga akan merasa penting dan berharga. Untuk memberi pujian dan persetujuan kepada orang lain, seseorang hendaklah meluahkan perasaan secara terus tanpa menunggu. Kesan pujian menjadi amat tingg, jika ia diberikan pada saat kejayaan berlaku. Pujian juga hendaklah jelas. Semakin jelas pujian anda, semakin tinggi kesannya. Jika pujian diberi di depan khalayak ramai, kesannya menjadi lebih besar. Ketujuh, penumpuan. maksudnya kita hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada orang lain. Banyak mendengar suara hati mereka dan banyakan pergaulan anda. Syaratnya, anda perlu terlebih dahulu mendengar dengan sepenuh perhatian pada komunikasi mereka tanpa melibatkan diri. Jangan terlalu gopoh menjawab sesuatu persoalan, fikir dan jawab kemudian. Mereka akan terfikir bahawa anda hendak menilai apa yang diperkatakan oleh anda. Ketiga, ajak pihak lawan memberi penjelasan lanjut. Minta keterangan lanjut tentang apa yang diperkatakan. Akhir sekali, rukun pantulan. Apa sahaja perasaan yang anda tunjukkan kepada orang lain juga akan dipantul dan dikembalikan kepada anda. Anda akan merasai semua apa yang anda berikan kepada orang lain. Bila anda fikirkan seseorang , sentiasa fikirkan perkara yang baik dan positif sahaja. Terus rasa dirinya penting. Sentiasa menghormati orang lain dan membuatkan dirinya merasa diri sebagai orang yang paling penting dalam dunia ini. Ingat, rukun keemasan perhubungan manusia ialah, lakukan kepada jiran apa yang anda hajatkan orang lain lakukan untuk anda. Dalam apa sekalipun keadaan , tanya diri anda “Jika saya adalah dirinya, apa yang saya hendak orang lain lakukan kepada saya. Selain itu, satu lagi cara ialah memainkan peranan sebagai model. Pilih sesiapa yang membawa sikap yang anda hormati. Setiap kali anda berhadapan dengan masalah perhubungan manusia, bayangkan diri anda sebagai orang yang anda hormati. Ingat, sentiasa menjadikan orang lain fikirkan dirinya penting. Anda akan membina kualiti yang anda hendakkan dan menjadikan diri anda seorang yang berkesan dalam semua aktiviti anda. Bab 25

TOP (HRD) Training Consultant

47

Kaset Program Garuda Api

Membina perhubungan manusia yang sempurna Dalam hidup, kita sentiasa bertindak untuk memperolehi kasih sayang atau bertindak menyembuhkan rasa kekurangan kasih sayang. Pakar psikologi , Maslow berkata “Kesihatan mental seseorang adalah dinilai berasas keupayaan dirinya mendirikan kasih sayang yang berterusan dalam perhubungan manusianya”. Bab ini akan membincang enam faktor yang menyumbang kepada kejayaan perhubungan manusia seseorang . Setiap individu akan berkumpul mengikut keirasan minat dan sikapnya. Khususnya, nilai diri dan cara seseorang melakukan sesuatu, baik kewangan atau hal seksual. Ini semua merupakan perkara yang sering menjadi punca pertelingkahan keluarga. Maka, amatlah penting seseorang mempunyai keirasan dengan rakan seperjuangannya. Bila anda berjumpa dengan seseorang yang seiras dengan diri anda, pasti anda akan merasa sesuatu. Perasaan yang baik ini menjadikan setiap orang yang anda bergaul mempunyai beberapa keseragaman dengan anda. Kedua, sikap yang berlawan dan tidak seiras. Ini bermaksud, tarikan yang berbeza antara dua individu yang mempunyai ciri yang bertentangan. Contohnya, seorang perempuan, seorang lagi lelaki. Seorang pasif dan seorang lagi aktif. Keadaan ini membolehkan seseorang mempunyai peluang untuk menyumbang idea dalam perbincangan dan mendengar pendapat orang lain. Ketiga, mempunyai janji dan penglibatan yang penuh bertanggungjawab. Kasih sayang juga ditakrifkan sebagai keupayaan untuk mewujudkan komitmen membantu pihak yang disayangi. Ini bertujuan untuk mencetuskan potensi dan bakat seseorang. Keempat, konsep diri yang seiras antara semua pihak. Contohnya, rasa dirinya sayang pada diri sendiri , rasa kepuasan dan nikmat diri terhadap hidupnya, rasa mementingkan dan menghormati diri. Selalunya, tahap kegembiraan yang seiras akan merapatkan perhubungan bersama. Kelima , sayang dan penghormatan. Sebenarnya, nilai-nilai ini lebih tinggi dari segalanya. Sayang bermaksud anda dapat kekalkan perhubungan mesra dengan jodoh anda biarpun anda marah dengannya. Anda masih sayang dan hormatinya sebagai seorang individu dalam hidup anda. Keenam , komunikasi. Tanpa komunikasi yang baik, seseorang tidak akan dapat membentuk perhubungan manusia yang erat. Dalam hal komunikasi, lelaki sering bersikap kasar dan wanita pula lebih teliti. Sebagai seorang lelaki, kita hendaklah sabar mendengar setiap sukukata yang dilafaskan oleh wanita dan tidak hanya hendak membalas atau menjawab secara bergopoh-gapah. Dalam hal perhubungan manusia, selalunya seseorang tidak suka berjanji dengan pihak lawan. Masing-masing cuba hendak melindungi dirinya. Hal ini mengakibatkan perhubungan manusia yang bersikap risau. Tidak sesiapa berminat dengan perhubungan manusia yang sedemikian. Tanpa perjanjian, seseorang akan berhadapan dengan risiko ditolak ,akhirnya mereka mungkin akan dicerai dan disishkan. Masalah yang kedua dalam perhubungan manusia ialah sengaja hendak mengubah orang lain. Bila kita sentiasa meminta orang lain berubah, ini juga bermaksud kita tidak setuju dengannya dan anda gagal mencapai prestasi yang

TOP (HRD) Training Consultant

48

Kaset Program Garuda Api

saya harapkan. Jadi, untuk anda menjalin perhubungan yang erat, jangan hanya hendak mengubah dan membetulkan orang lain. Apa yang bakal anda terima adalah apa yang anda lihat. Seseorang hanya akan berubah secara ikhlas kalau dirinya membuat keputusan dan amalkan semua pendekatan yang disarankan oleh progam ini. Masalah yang ketiga dalam perhubungan manusia ialah cemburu. Rasa Cemburu adalah suatu petanda takut kepada kegagalan. Ini adalah suatu perasaan yang dilahirkan dari jiwa seseorang disebabkan dirinya merasa kurang baik. Untuk mengubah corak pemikiran sedemikian, kita hendaklah mengubah konsep diri. Anda boleh lakukan ini dengan berkata, “Saya sayang diri sendiri , saya sayang diri sendiri , saya sayang diri sendiri” Bila anda melakukan ini, semua perasaan takut dibantah, takut dipulaukan orang lain akan hilang begitu sahaja. Punca yang keempat ialah simpati diri. Ini timbul kerana ibu bapa diri kita suka bersimpati dan diri kita mudah menjadi acuan mereka. Selain dari itu, rasa rendah diri juga merupakan suatu punca lain. Kita rasakan diri lemah dan kurang keupayaan. Untuk mengatasi perasaan in, kita boleh cari sesuatu untuk dilakukan dan jangan hanya duduk merenung kosong. Bila seseorang mempunyai matlamat hidup yang jelas dan mempunyai sesuatu yang penting untuk dilaksanakan, maka dirinya tidak akan ada masa untuk merasarendah diri atau bersimpati dengan diri sendiri. Masalah yang enam ialah percanggahan keperibadian. Anda tidak dapat menyesuaikan diri dengan ciri keperibadian orang tersebut. Kami sering cuba meneruskan suatu perhubungan yang dirasakan sukar diteruskan. Sebenarnya anda mungkin tahu tiada sebarang bentuk keirasan antara anda berdua. Ini kerana kita tidak mahu orang lain melihat kita sebagai seorang yang gagal. Kedua, seseorang tidak mahu menimbulkan ketegangan akibat dari perpisahan dan cuba meneruskan suasana sekarang. Bagaimana kita akan tahu jika wujud percanggahan sikap? Pertama, kurang senyuman dalam kehidupan seharian. Kedua, rasa hendak berpisah dan hanya terpaksa untuk bersama-sama. Jika kedua-dua pihak benar-benar mempunyai percanggahan sikap, kita hendaklah menerima kenyataan ini agar tidak terus hidup dalam keadaan yang bertekanan. Dalam semua tujuh faktor perhubungan manusia di atas, matlamat hidup anda merupakan punca utama ketenangan jiwa-raga , kegembiraan, keriangan, kepuasan dan kedamaian. Anda akan rasakan rumah tangga sebagai pusat kehidupan anda. Jangan sekali-kali anda melepaskannya. Anda hendaklah berusaha untuk mengatasi semua penghalang dan kesukaran. Terus mengubahsuai diri anda untuk mencapai kepuasan dan kegembiraan dalam perhubungan manusia anda. Ini semua demi menjaga kesejahteraan diri, demi kehidupan anda, demi keperibadian anda, demi kesihatan dan masa depan anda. Bab 26 Bagaimana mengasuh dan memupuk kualiti anak

TOP (HRD) Training Consultant

49

Kaset Program Garuda Api

Dalam dunia hari ini, ibu bapa memikul tanggungjawab yang penuh mencabar. Ibu bapa mempunyai peranan untuk memupuk anak berdikari, bertanggungjawab, mempunyai kasih sayang, kepercayaan dan mempunyai nilai diri yang tinggi. Ini semua penting untuk perkembangan anak yang sihat. Bab ini akan menerangakan syarat dan prinsip seorang ibu bapa. Yang pentingnya, bagaimana anda boleh menggunakan semua prinsip ini dalam kehidupan keluarga seharian. Apakah kewajipan seorang ibu bapa? Apakah peranan yang perlu mereka mainkan? Saya percaya peranan paling asasi ialah membesarkan dan mengasuh anak, serta membantu dirinya membentuk nilai diri yang tinggi. Selagi anak tahu menyayangi diri sendiri, menghormati diri sendiri, dan bertanggungjawab dan rasakan dirinya sebagai seorang yang bernilai; maka mereka akan membina kualiti diri yang utuh dan berkualiti untuk berhadapan dengan masalah hidup mahupun kegembiraan hidup. Soalnya, bagaimana kita boleh menolong anak membina nilai diri yang tinggi. Pertama, kritikan yang negatif dan melukakan adalah suatu tindakan yang kejam kepada seseorang kanak-kanak. Ini mengakibatkan seseorang anak mempunyai rasa nilai diri yang rendah dan takut kepada kegagalan, mereka juga akan takut kepada bantahan. Maka, jangan sekali-kali memberi kritikan yang negatif kepada anak, dan jangan melukakan mereka. sebaliknya, beri sebanyak pujian dan sanjungan kepada mereka. kedua, kekurangan atau kasih sayang yang tidak mencukupi sering adalah suatu punca masalah semosi, masalah mental dan masalah fizikal. Anak sangat perlukan kasih sayang. Mereka hanya mempunyai kuasa emosi kerana daya pemikirannya belum berkembang. Hanya jika anda tunjukkan dengan percakapan dan tindakan, mereka tida akan tahu diri anda sayang padanya. Ketiga, anak memerlukan kasih sayang dan galakan yang berterusan. Anak memerlukan kasih sayang dan galakan sebagai ramuan perkembangan hidup. Ramuan ini tidak dapat dicari – ganti. Kasih sayang dan galakan dapat ditonjolkan dengan tindakan dan percakapan. Keempat, anak perlukan pujian. Pujian akan mengembangkan mental anak. Mereka perlukan dorongan dan mereka perlukan kepastian. Memandangkan daya pembelajaran mereka agak perlahan , mereka sangat harapkan kesabaran, keperihatian, persefahaman dan simpati dari ibu bapa. Mereka hendakkan ibu bapa memberi sokongan dan menjaga mereka. Kelima, memberitahu anak anda setiap hari bahawa diri anda menyukainya. Kebanyakan ibu bapa agak sukar memberitahu anaknya, “Saya suka anda” “ Saya sayang anda” setiap hari. Jadi, bagaimana anda boleh buktikan kepada anak bahawa diri anda menyukainya? Pertama, beri mereka kasih sayang tanpa syarat. Tunjukkan kepada anak bahawa anda sayangnya sepenuh hati. Biarpun apa yang berlaku, tau apa yang anda lakukan, tiada sesuatu yang boleh menghalang kesayangan sejati anda kepadanya. Tidak ada sesuatu yang boleh menghalang kesayangan anda kepadanya. Ini merupakan faktor yang penting. Kedua, gunakan mata untuk menyemai kasih sayang kepada anak. Perasaan mesra bersama anak sering timbul dari cara ibu memandang pada mereka.

TOP (HRD) Training Consultant

50

Kaset Program Garuda Api

Ketiga, sentuhan badan. Anak mempunyai emosi yang kuat. Mereka perlukan pelukan, dicium dan didokong. Hanya dengan sentuhan badan yang mesra, anak dapat merasa kasih sayang ibunya. Keempat, memberi perhatian pada anak. Carikan masa peribadi untuk anda berjalan-jalan atau berbual dengan anak tanpa gangguan TV, suratkhabar atau sesiapa yang lain. Hanya dengan melakukan ini buat beberapa minit setiap hari, anak anda pasti menghargainya. Keenam, memberi jangkaan positif kepada anak. Ini merupakan dorongan terbesar untu kses pemuda memperjuangkan masa depannya. Jika ibu bapa mempunyai jangkaan positif pada anak, mereka akan cuba sedaya upaya untuk mencapai hasrat ibu bapanya. Pupukkan suasana keluarga yang demokrasi dan menggalakkan anak mengeluarkan pendirian dan pendapat mereka sejak kecil. Selalu beritahu anak, saya percaya dengan anda, tidak kira bagaimana anda lakukan, saya percaya anda pasti dapat menghasilkan kerja yang baik. Dengan ini, anak anda pasti akan membina keyakinan yang tinggi waktu remaja. Ketujuh, ajar anak anda berkata “Saya sayang pada diri sendiri” Seseorang anak yang mempunyai keyakinan dan nilai diri yang tinggi tidak akan menimbulkan masalah di sekolah. Mereka rajin belajar dan mereka juga mendapat sambutan ramai. Ramai orang suka berkawan dengannya , guru juga suka kepadanya. Mereka juga mempunyai daya berhadapan dengan tekanan yang lebih tinggi dan rajin berusaha. Ramai ibu bapa yang menyertai program ini akan merasa bersalah kerana mereka sering marah dan teriak pengesahan diri anak, selalu kritikan dan melukakan anak sendiri. Anak mereka mungkin mempunyai masalah sikap, masalah pembelajaran dan masalah bersama kawan. Ibu bapa juga mula sedari apa yang mereka lakukan sekarang adalah diwarisi oleh ibu bapa mereka suatu masa yang lalu. Keadaan ini bagaikan suatu turutan peristiwa yang menimbulkan rasa kesrisauan dan ketegangan emosi. Mereka dapat percakapan dan tindak-taduk anak mereka adalah hasil dari gubahan mereka sendiri. Jadi, bagaimana ibu bapa dapat mengatasi dan mengubati semua pengaruh mereka sebelum ini. Pertama, anda perlu meminta maaf pada anak atas semua kritikan melukakan yang pernah anda luahkan sebelum ini. Kedua, anda berjanji dengan anak untuk tidak melakukan kesilapan yang sama. Anda perlu buktikan kesungguhan dan keikhlasan anda. Ketiga , beritahu anak untuk mengingatkan anda jika diri anda lupa. Yang penting , waktu anda meminta maaf dari anak, ibu bapa hendaklah melepaskan rasa pengaruh dari dirinya dan menjadikan masa depan serta perasaan anak sebagai keutamaan. Seorang ibu bapa meminta maaf dari anak adalah suatu yang menyukarkan. Tetapi jika anda boleh boleh melakukanya, anak anda pasti akan mencontohi perbuatan anda. Seterusnya, jika mereka melukakan orang lain, mereka juga akan meminta maaf. Ini akan membina nilai diri yang tinggi dan sayang pada diri sendiri. Ini juga akan mencetuskan potensi diri yang lebih besar. Ilmu ini adalah suatu pendekatan mengasuh anak yang penting sekali.

TOP (HRD) Training Consultant

51

Kaset Program Garuda Api

Demi diri anda, saya harap anda akan melakukannya. Bab 27 Mengenal Misi Sebear Hidup Setiap orang akan meragui makna hidupnya, meragui sebab dia hidup di dunia ini. Sebenarnya, apakah pengertian hidup seseorang ? Saya sapati matlamat hidup seseorang adalah mencari misi sebenar dirinya, iaitu hajat sebanr jiwaraga anda. Ini adalah aset jiwa-raga anda. Ia adalah suara yang terus menemai hidup anda dan terus menyeru anda untuk bertindak. Sayang seribu kali sayang, ramai orang mengenepikan suara kecil hati ini seolah-olah suara ini tidak wujud. Mereka letakkan diri sebagai pusat perkembangan keluarga dan kerjaya. Sebenarnya, setiap orang mempunyai keupayaan untuk membina misi hidupnya sendiri. Orang yang paling mempunyai pengaruh dalam sejarah manusia ialah Nabi Mohamad. Selain itu, wujud juga nabi lain seperti Jesus Christ, pakar falsafah seperti Consusius dan Gautama Buddha. Yang menarik sekali, semua ajaran yang disampaikan adalah berlandaskan kasih sayang. Seandainya anda perhatikan pengikut-pengikutnya, baik mereka di zaman lampau mahupun masa kini, semua mereka bertindak berasaskan tunjang misi hidup. Sebenarnya, setiap individu di dunia ini sedang mencari misi masing-masing. Misi membawa pengertian bahawa kita sanggup berkorban demi kebaikan dan manfaat orang lain. Sebenarnya, diri seseorang selalunya hanya rela berkorban sesuatu perkara yang menjangkaui kepentingan diri atau yang lebih dari diri sendiri. Semua insan agung dalam sejarah manusia adalah individu yang terus berusaha untuk menawarkan kasih sayang kepada orang lain. Mereka gunakan hayatnya yang singkat untuk berkhidmat kepada manusia. Untuk menjadi seorang yang penuh kasih sayang, kami hendaklah memupuk perhubungan manusia yang mesra dengan orang lain. Inilah sebab kita perlu memulakan perhubuangan mesra dengan setiap anggota rumah terlebih dahulu. Dengan erti kata lain, usaha memupuk perhubungan manusia yang mesra adalah perkara yang paling penting dalam hidup seseorang . Bila anda meneliti kembali kehebatan prestasi hidup, anda akan dapati semua kejayaan anda adalah berlaku pada orang yang anda sayangi atau pada sesiapa yang pernah anda sayangi. Jadi, bagaimana anda boleh menjadi seorang yang mempunyai kasih sayang. Pertama sekali, terima anda sebagai seorang yang bernilai secara sepenuhnya. Kedua, menanggung tanggungjawab sepenuhnya. Jangan merungut dan jangan mencari alasan. Terima setiap kenyataan sepenuhnya. Ketiga, belajar untu kmemafkan seseorang . Gunakan keupayaan anda yang paling besar untuk memaafkan seseorang. Keempat, penuhi jiwa-raga anda dengan pemikiran yang berunsurkan kasih sayang. Penuhi jiwa-raga anda juga dengan pemikiran yang positif dan baik sahaja. Kelima, tetapkan suatu hajat yang mulia dan terpuji dan berusaha untuk mencapainya. Ketujuh, jaga kesihatan anda, makan makanan yang berkhasiat

TOP (HRD) Training Consultant

52

Kaset Program Garuda Api

dan melakukan senaman yang sesuai. Juga, pastikan anda mempunyai tidur yang secukupnya. Ketujuh, terus sayangi orang lain seperti sayang pada diri sendiri. Rukun keemasan menekankan keupayaan memaaf seseorang , kasih sayang , persefahaman , simpati dan prihatin. Apa yang dapat anda perolehi hari ini sejajar dengan tahap kasih sayang anda, ia juga bergantung pada tahap kasih sayang yang anda hendak berikan kepada orang lain. Berapa kuantiti kasih sayang yang anda miliki, itulah juga tahap kasih sayang yang anda boleh berikan kepada orang lain. Maka, anda hendaklah melatih diri memberi kasih sayang kepada orang lain . Hanya dengan cara ini, tahap kasih sayang anda akan meningkat. Semakin anda mencurahkan kasih sayang, semakin banyak kasih sayang yang bakal anda miliki. Semakin banyak anda berikan, semakin banyak yang anda akan terima. Semakin banyak anda berikan, semakin banyak anda korbankan. Jika anda terus melatih diri menggunakan konsep ini , anda akan mencapai apa sahaja matlamat hidup yang anda hajatkan. Selamat maju jaya dan semoga anda bernasib baik. Diterjemah oleh: Hilter Yew TOP (HRD) Training Consultant

TOP (HRD) Training Consultant

53

Related Documents


More Documents from ""