PROGRAM KEM MOTIVASI PENGURUSAN MASA DAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERKESAN 2002 1.
Pendahuluan
Merujuk kepada pencapaian semasa pelajar dalam peperiksaan pertengahan tahun 2002 , didapati ramai pelajar tingkatan empat berpotensi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang; dan pelajar yang lemah masih ada harapan untuk dipertingkatkan pencapaian mereka. Berdasarkan pemerhatian dan laporan beberapa orang guru didapati pelajar tingkatan empat masih belum dapat mengurus masa mereka dengan baik dan berkesan. Oleh itu, satu program dirancang untuk membantu pelajar ini dalam pengurusan diri dan masa secara berkesan seterusnya mengenalpasti mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka supaya matlamat peningkatan kecemerlangan akademik akan tercapai. Unit ini menyedari bahawa pelajar ini perlu diberi kesedaran dan bimbingan bagi mengubah sikap mereka terhadap pelajaran supaya ingin memperbaiki diri dan inginkan kejayaan demi masa depan mereka yang lebih gemilang. 2.
Objektif • Berusaha meningkatkan kecemerlangan tingkatan empat dalam pencapaian akademik (SPM 2003). • Meningkatkan peratus kelulusan peperiksaan SPM dari segi kualiti dan kuantiti. • Meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan akademik dengan kemahiran mengurus masa dengan berkesan; • Mendedahkan pelajar kepada teknik dan kaedah pembelajaran yang berkesan. • Supaya pelajar tingkatan empat mengetahui segala bentuk potensi yang ada pada diri mereka dan sedar bahawa mereka berpontesi menjadi pelajar yang cemerlang.
3.
Kumpulan Sasaran Tiga puluh enam (36) pelajar tingkatan empat yang terpilih.
4.
Pelaksanaan Program Tarikh
: 11, 12 dan 13 Oktober 2002
Hari Tempat 5.
: Jumaat hingga Ahad : Kem Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak
Kaedah Pelaksanaan • • • •
6.
Ceramah Bengkel Riadah/rekreasi Lawatan
Jawatankuasa Pelaksana Penasihat
: En. Pakhrurrazi B. Hj. Arshad (Pengetua SMAT)
Pengerusi
: Tn. Hj. Zawi Bin Yahaya (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi
: Pn. Noraini Bt. Jaafar (Penolong Kanan Pentadbiran)
Penyelaras Program: En Roshaimmi Bin Mohamad (Guru Bimbingan & Kaunseling) Encik Ahmad Puad Bin Esa (Guru Bimbingan & Kaunseling) 7.
Kewangan Pendapatan Kutipan dari pelajar 36 X 15.00 Wang Peruntukan Aktiviti Motivasi Wang Peruntukan Bimbingan &Kaunseling RM367.00
RM540.00 RM230.00 -------------
JUMLAH RM1137.00 --------------Perbelanjaan Makan/Minum 36 pelajar + 3 guru @RM11.00 429.00 Penginapan 100.00 Barangan Runcit (fail, kad manila, filem,dll) 108.00
RM RM RM
Tambang bas (pergi-balik) 500.00
RM
--------------JUMLAH RM1137.00 ---------------
8.
Jadual Program
Masa/Hari 5.30pg-6.00pg 6.00pg.-7.00pg. 7.00pg.-8.00pg. 8.00pg.-8.30pg. 8.30pg.-10.00pg. 10.00pg.-10.30pg. 10.30pg.-12.30tgh. 12.30tgh.-2.15ptg. 2.15ptg.-3.45ptg. 3.45ptg.-5.15ptg. 5.15ptg.-5.45ptg. 5.45ptg.-6.45ptg. 6.45ptg.-7.15mlm. 7.15mlm.-9.15mlm. 9.15mlm.-10.45mlm. 10.45mlm.-11.00mlm. 11.00mlm.-5.30pg. 9.
Jumaat
Sabtu
P e r s i a p a n Solat Subuh/ R I A S a r a p a n Kemahiran Belajar 1 Minum Pagi Motivasi Diri Makan Tengahari / Kemahiran Belajar 2 PENDAFTARAN Treasure-Hunt PESERTA Solat Asar/Minum Riadah Persiapan Diri/ Makan Malam S o l a t M a g h r i b / Tazkirah/Solat Isyak Ice-Breaking Pengurusan Masa M i n u m M a l a m R E H A T / T I D U R
Ahad D i r i Kuliah Subuh D A H P a g i Gotong-royong Lawatan Ilmiah Makan Tengahari PULANG
Penutup
Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam diri pelajar untuk membantu meningkatkan lagi kecemerlangan dalam peperiksaan.