Etika Ker ja Pos it if Meny ia pkan k er ja tanpa
ala san
Jika kita hendak persoalkan sifat tugasan, kita akan mempunyai berbagai soalan yang sukar dijawab oleh atasan. Kesemua persoalan yang bijak ini telah membentuk mentaliti menolak tanggungjawab yang telah dimandatkan. Antara alasan yang boleh menghalang perjalanan projek ialah: A. Mengapa saya yang sahaja ditugaskan? a. Tidakkah anda tahu anda sangat dihargai dan dipandang tinggi
oleh atasan. Disebabkan pihak syarikat yakin dengan kebolehan anda , maka mereka mandatkan untuk anda. b. Tidakkah anda tahu syarikat mempunyai rancangan yang besar terhadap diri anda. Anda diberi latihan untuk mengendalikan segala tugasan agar anda dapat menguruskan tugasan besar suatu hari nanti. c. Tidakkah anda tahu, syarikat sedang menguji keupayaan anda berkorban dan berkhidmat untuk syarikat. d. Tidakkah anda tahu , segala pengalaman anda sekarang adalah suatu aset yang membolehkan anda menaiki tangga kerjaya atau mendirikan perniagaan sendiri. e. Tidakkah anda tahu, syarikat sedang dalam fasa peralihan dan
memerlukan kerjasama anda untuk mengatasi masalah kekurangan pekerja.
1
f. Tidakkah anda tahu, anda menjadi semakin penting kepada atasan dan syarikat berpandukan bilangan masalah yang dapat anda selesaikan. g. Tidakkah anda tahu, kerja yang ditugaskan kepada anda sedang dinilai. Jika anda mempunyai kemampuan yang tinggi, maka anda akan dinaikkan gaji atau pangkat. B. Menagap gaji saya tidak naik. a. Adakah anda tahu, syarikat telah membayar anda gaji dan
pulangan yang sejajar dengan apa yang patut anda terima. Jika anda mahu dapat lebih dari itu, anda perlu dirikan perniagaan sendiri. b. Adakah anda tahu, banyak perkara yang masih belum mendapat kepuasan atasan. Anda perlu selesaikan semua perkara yang kurang menyenangkan ini. c. Adakah anda tahu, kos pembayaran gaji adalah sejajar dengan jumlah keuntungan yang diperolehi. d. Adakah anda tahu, syarikat telah memberi anda kemudahan dan
kebaikan lain yang tidak ditawarkan oleh syarikat lain e. Tidakkah anda tahu, hak anda menuntut gaji yang tinggi adalah sejajar dengan kemampuan anda melakukan sesuatu yang lebih susah dan mencabar. f. Tidakkah anda tahu, jumlah sumbangan anda perlu membawa pulangan yang lebih tinggi sebelum anda berhak menuntut gaji yang lebih besar.
2
g. Tidakkah anda tahu, pendapatan anda adalah pada paras
perindustian, maklumnya apa yang dibayar oleh syarikat lain di rantau ini. C.Majikan tidak menghargai usaha saya: a. Tidakkah anda tahu, penghargaan yang paling penting ialah
wang. Percakapan hanya sedap didengar, tapi boleh memanjakan seseorang sehingga pekerja hanya melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh kalau dipuji. b. Tidakkah anda tahu, penghargaan yang diberi adalah kenaikan pangkat atau pemberian bonus tahunan suatu hari nanti. c. Tidakkah anda tahu, majikan mempunyai rasa terima kasih yang tidak terhingga tetapi mereka mahu anda melakukan lebih baik dari itu sebelum anda menerima penghargaan. d. Tidakkah anda tahu, ramai pekerja lain yang lebih hebat dan rajin tidakkah juga diberi penghargaan. Ini kerana tahap jangkaan syarikat belum lagi dicapai. e. Tidakkah anda tahu, kehebatan anda belum cukup konsisten dan
hanya berlaku sekali sekala f. Tidakkah anda tahu, masalah yang anda bawa lebih besar dari sumbangan kehebatan anda. g. Tidakkah anda tahu, sikap anda merupakan faktor
mengeciwakan syarikat, prestasi anda tidak mempunyai sebarang nilai.
3
D. Saya tidak suka sikap atasan saya a.
Tidakkah anda tahu, atasan anda juga manusia. Mereka tidak sempurna dan boleh juga melakukan kesilapan.
b.
Tidakkah anda tahu, ramai atasan memberi tekanan kepada bawahan kerana mereka mahu mencapai prestasi dan disiplin kerja yang lebih tinggi.
c.
Tidakkah anda tahu, atasan mempunyai tekanan dari superior untuk menyempurnakan tugasan dan mereka perlu memastikan semuanya berjalan lancar.
d.
Tidakkah anda tahu atasan anda , atasan mempunyai rasa tidak puas hati dengan prestasi dan sikap anda sehingga dia memberi tekanan untuk membolehkan anda berhenti kerja.
e.
Tidakkah anda tahu, peranan atasan adalah untuk menjayakan tugasan dan bukan membina persahabatan di tempat kerja. Syarikat adalah tempat kerja, bukan karaoke.
f.
Tidakkah anda tahu, jika atasan hanya mahu mengambil hati anda , maka beliau memejam mata jika ada sesuatu yang tidak baik berlaku. Bukankah ini suatu sikap yang tidak bertanggung jawab.
g.
Tidakkah anda tahu, syarikat memerlukan atasan yang tegas dan bukan bermain-main. Kalau tidak, modal puluh ribu atau jutaan akman hangus kerana prestasi kerja tidak sejajar dengan pendapatan syarikat.
4
E. Saya teringin berpindah kerja kerana tidak puas hati dengan syarikat sekarang. a.Tidakkah anda tahu, setiap tempat kerja mempunyai cabaran yang tersendiri. Anda tidak mungkin dapat menemui syarikat yang sempurna dari serba-serbi. b. Tidakkah anda tahu, berpindah tempat kerja untuk mendapat peningkatan yang tidak seberapa bukan dapat menentukan masa depan anda. Yang lebih penting dari peningkatan gaji ialah keupayaan menangani tugasan yang lebih besar. c. Tidakkah anda tahu, syarikat yang tidak memberi tekanan untuk anda akan menghadkan kemampuan anda untuk menguasai potensi yang lebih tinggi. Ertinya, anda akan dimanjakan dan anda sukar meneroka bakat terpendam d. Tidakkah anda tahu, semua syarikat yang bermasalah dan kurang menyenangkan adalah tempat anda menonjol kebolehan dan meneraju kepimpinan. Ini bermaksud, kehadiran anda boleh membawa perubahan. e. Tidakkah anda tahu, syarikat yang anda tidak puas hati telah cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah. Sebenarnya, ini bukan hajat mereka untuk meneruskan masalah tersebut. Apakah anda boleh toleransi dengan cabaran ini? f. Tidakkah anda tahu, syarikat yang bermasalah mempunyai sumber pembelajaran yang lebih baik berbanding dengan syarikat yang stabil.
5
g. Tidakkah anda tahu, syarikat yang anda tidak puas hati sekarang adalah berpunca dari masalah dan sikap anda. Apakah anda dapat melihat dan menghargai kebaikan yang anda perolehi darinya. F. Saya merasa tidak senang dengan ahli pasukan saya a. Tidakkah anda tahu, kehadiran anda dalam syarikat adalah untuk menyelesaikan masalah syarikat bukan membawa lebih banyak masalah kepada majikan b. Tidakkah anda tahu, perasaan tidak senang hati anda dengan seseorang dalam syarikat janganlah menjadi sebab untuk anda mencabar prestasi kerja sehingga merugikan syarikat. c. Tidakkah anda tahu, setiap ahli pasukan mempunyai kelemahan dan masalah tersendiri. Yang penting, kita tidak terpedaya oleh masalah orang lain dan sebaliknya, jadikan diri yang terbaik. d. Tidakkah anda tahu, ahli pasukan yang anda tidak senangi mempunyai masa depan yang tersendiri,buktikan suatu hari anda lebih maju darinya dan dirinya masih dalam keadaan bermasalah. e. Tidakkah anda tahu, setiap teman kerja anda bukannya sempurna, kalau betul mereka hebat, mereka sudah tidak lagi berada di status kerja ini. Anda perlu saling menerima kelemahan dan saling tolong untuk membaiki jika mereka mahu menerima nasihat anda. f. Tidakkah anda tahu, keharmonian tempat kerja adalah penting agar setiap orang dapat mencurahkan penumpuan yang terbaik untuk kerja masingmasing. Selesaikan dengan damai dan tidak mengganggu emosi pekerja lain.
6
g. Tidakkah anda tahu, syarikat tidak akan maju jika setiap ahli pasukan membawa masalah kepada syarikat sehingga membuangkan masa atasan untuk menyelesaikan perkara yang remeh temeh ini. G. Saya tidak diberi peluang untuk maju a. Tidakkah anda tahu, peluang maju dan kenaikan pangkat perlu dibuktikan. Jika anda tidak sebaik orang lain, maka peluang ini pasti bukan hak anda. b. Tidakkah anda tahu, anda perlu mempunyai kemahiran, kebolehan dan sikap yang sesuai sebelum anda berhak untuk menuntut kenaikan tersebut. c. Tidakkah anda tahu, anda perlu membuktikan kehebaran dan kualiti anda untuk masa yang panjang (sekurang-kurang tiga tahun) sebelum anda berhak menuntut peluang yang lebih baik. d. Tidakkah anda tahu, jika anda gagal mendapat sokongan dari majikan, anda boleh menuntut dari tempat lain atau mendirikan perniagaan sendiri. e. Tidakkah anda tahu, peluang untuk maju dalam syarikat adalah terhad. Ini kerana setiap syarikat hanya mempunyai seksyen yang tertentu. Jangan terlalu mengharapkan, anda perlu belajar berdirkari. f. Tidakkah anda tahu, peluang untuk maju dalam hidup bukan diberi oleh orang lain tapi apa yang anda bina sendiri. g. Tidakkah anda tahu, ramai orang yang tidak sebaik apa yang telah anda capai. Bila anda merungut kehilangan kaki, anda perlu tahu ramai yang kehilangan kakinya.
7
8