Program Motivasi Pelajar Pmr 2003

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Program Motivasi Pelajar Pmr 2003 as PDF for free.

More details

  • Words: 496
  • Pages: 4
PROGRAM MOTIVASI PELAJAR TEKNIK BELAJAR BERKESAN PMR 2003 1.0. PENDAHULUAN Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha pelajar menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Kebanyakan pelajar yang gagal dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Meraka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu formula yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah terutamanya para guru bagi memastikan para pelajar berjaya dalam peperiksaan tersebut. Sebagai memperlengkapkan usaha gigih guru tersebut, Unit Bimbingan dan Kaunseling merancang untuk diadakan satu program ke arah mempertingkatkan lagi prestasi akademik pelajar-pelajar kelas peperiksaan ini agar kecemerlangan dalam peperiksaan yang diimpikan setiap pelajar menjadi kenyataan. 2.0. OBJEKTIF Setelah mengikuti program ini, adalah diharapkan dapat: 2.1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentangteknik-teknik pembelajaran berkesan; 2.2. Meningkatkan motivasi serta membentuk minda positif pelajar; 2.3. Melatih pelajar dengan sifat kendiri dari segi mental dan fizikal ; 2.4. Memperbaharui keazaman serta tekad pelajar dalam mengharungi alam sekolah 3.0. SASARAN Semua pelajar Rancangan Khas Tingkatan 3 tahun 2003 4.0. PELAKSANAAN PROGRAM Tarikh Hari

: 26 April 2003 : Sabtu

Tempat : Dewan SMK. Batu 4, Teluk Intan, Perak. 5.0. KAEDAH PELAKSANAAN 5.1. 5.2. 5.3.

Ceramah; Bengkel; LDK (Latihan Dalam Kumpulan);

6.0. JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat Pengerusi

: En. Pakhrurrazi B. Hj. Arshad (Pengetua SMAT) : Tn. Hj. Zawi Bin Yahya (Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Hjh. Noraini Bt. Jaafar (Penolong Kanan Pentadbiran) Setiausaha

: En Roshaimmi Bin Mohamad (Guru Bimbingan & Kaunseling)

Naib Setiausaha : Ahli Jawatankuasa

Encik Ahmad Puad Bin Esa (Guru Bimbingan & Kaunseling) :

7.0. KEWANGAN Perbelanjaan Peralatan kursus (fail, kad manila, filem,dll) 200.00 Saguhati penceramah & Fasilitator 300.00

RM RM -----

---------JUMLAH

RM

500.00 --------------

8.0

JADUAL PROGRAM

MASA 7.45 – 8.15 pagi 8.30 – 10.00 pagi 10.00 – 10.20 pagi 10.20 - 11.20 pagi

AKTIVITI Pendaftaran Peserta • Rehat Modul 2 • Ubah cara fikir • Boleh • Berani • Helang (Bantuan Bahan Rangsangan) 11.20 – 1.20 Modul 3 tengahari • Smart Learning 1.20 – 2.15 petang Rehat/Solat/Makan Tengahari Modul 4 2.15 – 2.50 petang • Akal (Sedar, Separa & Asli) • Konsentrasi (Bantuan Rangsangan) • Final Countdown 2.50 – 3.30 petang Modul 5 • Imbangan Emosi 3.30 – 4.30 petang Mutiara 6 • Pam 4.50 petang Penutup

9.0. PENUTUP Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan dalam diri pelajar untuk membantu meningkatkan lagi kecemerlangan dalam peperiksaan.

Related Documents