JURNAL MINGGUAN BILANGAN JURNAL
:2
TEMPOH
: 5/8-9/8 2018
NAMA
: Ameer Mukhlis bin Ibrahim
TAJUK
: Menyesuaikan Diri dengan Warga sekolah
1.0
Masalah Pada minggu ini, saya telah menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan warga sekolah kebangsaan Bukit Wan.
2.0
Analisis Masalah ini timbul kerana saya agak malu dan lambat untuk menyesuaikan diri dengan warga sekolah. Saya agak kekok untuk menyesuaikan diri dengan guru-guru kerana sifat pemalu saya. Saya juga lambat menyesuaikan diri kerana lambat mengenal guru-guru yang mengajar disini. Hal ini kerana terdapat guru-guru yang duduk di tempat selain dari bilik guru. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai dua bilik guru. Iaitu bilik guru tahap 1 dan tahap 2. Keadaan ini menyebabkan saya sukar untuk mengenal guru secara keseluruhan.
3.0
Cadangan Untuk Memperbaiki Untuk mengatasi masalah ini, beberapa langkah diambil iaitu: a) Membuang sifat pemalu yang tidak bertempat b) Mendapatkan bimbingan daripada pensyarah pembimbing, di samping berbincang dengan guru pembimbing dan rakan-rakan. c) Sentiasa menziarahi bilik-bilik guru dan berbual dengan guru
4.0
Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin.
5.0
Penilaian Kejayaan
Saya akan meminta kerjasama mentor untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan praktikum dan lain-lain.
6.0
Tindakan Susulan
7.0
Rujukan
Disediakan oleh: …………………………………………….. (Ameer Mukhlis bin Ibrahim)
Disemak oleh Guru Pembimbing:
Disemak oleh Pensyarah Penyelia:
………………………………………
………………………………………
Nama : Ustaz Mohd Zawawi bin Chik
Nama : Dr Mohamad Rusdi bin Ab Majid
Tarikh :
Tarikh :