I-Think dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam Daerah Kuala Nerus
Ameer Mukhlis bin Ibrahim1 Muhamad Rusdi bin Ab Majid Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]
Abstrak Pendidikan masa kini sangat memberi penekanan terhadap pemikiran secara kreatif dan kritis dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah memperkenalkan Program I-Think di sekolah sekolah seluruh Malaysia dengan tujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid yang berfikiran kreatif. Kementerian Pelajaran Malaysia dengan giatnya telah menganjurkan banyak kursus berkenaan dengan I-Think bagi memberi pendedahan secara meluas kepada para pendidik mengikut bidang pengajaran masing-masing. Oleh itu, Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman,minat, ingatan dan pelaksanaan peta pemikiran I-Think dalam kalangan guru pendidikan Islam di Terengganu. Kemahiran berfikir merupakan asas kepada penstrukturan peta i-Think. Maka teori Taksanomi Anderson (2001) dijadikan kerangka asas kepada kajian ini. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 132 orang guru Pendidikan Islam di daerah Kuala Nerus sebagai sampel yang diambil daripada populasi seramai 223 orang guru. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan yang berbentuk kuantitatif dan pensampelan secara rawak mudah dijalankan bagi pengumpulan data. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Data kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 22. Hasil kajian ini diharap dapat memberi input yang penting mengenai peta i-Think dan hubungannya dengan guru serta murid dari sudut kefahaman,minat dan pelaksanaan. Kata kunci: Peta i-Think, Kemahiran berfikir, Kefahaman Guru, pendidikan Islam
I-Think among teachers of Islamic Education district Kuala Nerus Ameer Mukhlis bin Ibrahim1 Muhamad Rusdi bin Ab Majid Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]
Abstract Today's education emphasizes creativity and critical thinking in the teaching and learning process. In this regard, the Ministry of Education Malaysia in collaboration with the Agency for Innovation Malaysia (AIM) has introduced the I-Think Program at schools throughout Malaysia with the aim of enhancing and cultivating thinking skills in teaching and learning to produce creative thinking students. The Ministry of Education Malaysia has actively organized many courses in relation to I-Think to provide widespread exposure to educators in their respective areas of teaching. Therefore, the purpose of this study is to identify the understanding, interests, memory and implementation of I-Think thinking map among Islamic education teachers in Terengganu. Thinking skills are the foundation of the i-Think map restructuring. So Taksanomi Anderson (2001) theory was the basis of this study. Respondents in this study consisted of 132 teachers of Islamic Education in Kuala Nerus district as a sample taken from a population of 223 teachers. This study uses a quantitative survey method and random sampling is easy for data collection. Instruments used in this study were questionnaires. The data were analyzed using the Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 22. The results of this study are expected to provide important input on the i-Think map and its relationship with teachers and students from the perspective of understanding, interest and implementation. Key words: i-Think Map, Thinking Skills, Teacher Understanding, Islamic Education