Jurnal 4 2018.docx

  • Uploaded by: ameer
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jurnal 4 2018.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 389
  • Pages: 3
JURNAL MINGGUAN Bilangan Jurnal

:4

Minggu Praktikum

:4

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 27 Ogos 2018 Tajuk Jurnal

: Lupa Mengingati Nama Murid

1. Masalah/ Peristiwa

Pada minggu ini saya telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya seperti biasa. Namun ada masalah yang dapat saya kesan sepanjang saya mengajar pada minggu lepas. Masalah yang saya hadapi ialah saya tidak ingat nama murid yang saya mengajar. Perkara ini memberi kesan negatif kepada saya dan bagi saya ia sangat mengganggu saya sewaktu saya mengajar. 2. Analisis

Punca utama dalam masalah ini ialah mungkin murid saya agak ramai menyebabkan saya lupa nama-nama mereka. Saya perlu mengajar 4 kelas dalam semiggu. Hasil gabungan 4 kelas yang saya mengajar, murid saya ialah seramai 130 orang. Mungkin saya juga mempunyai masalah untuk mengingati nama murid saya secepat mungkin. Biasanya saya akan ingat wajah mereka tetapi saya lupa nama mereka. Disebabkan saya tidak mengingat nama murid, saya menghadapi masalah dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Apabila saya ingin memanggil nama murid, saya terpaksa memanggil mereka dengan menunjukkan tangan saya. Perkara ini bagi saya sangat merumitkan dan mengganggu saya untuk menjalankan aktiviti pengajaran saya. 3. Cadangan untuk Memperbaiki

a) Saya sediakan lima nama setiap hari sewaktu masuk kelas. Apabila saya ingin menjalankan aktviti pengajaran dan pembelajaran, saya akan berfokus pada nama lima murid tersebut. Untuk hari seterusnya saya akan memanggil lima nama murid yang baru pula. b) Apabila berjumpa dengan murid saya diluar daripada kelas, saya akan biasakan bertegur sapa dngan mereka dan bertanya nama mereka sacara tidak sengaja. c) Membuat satu kad nama menggunakan kad manila dan tampal di atas meja mereka. Apabila saya sedang mengajar, saya akan nampak nama mereka dan ini lebih memudahkan saya memanggil nama mereka. d) Sentiasa memberi perhatian lebih kepada murid-murid dan membiasakan panggil nama mereka.

JURNAL MINGGUAN

4. Tempoh Masa

Saya akan cuba menyelesaikan masalah ini selama dalam tempoh seminggu bermula 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan dari rakan sebaya. 6. Tindakan Susulan

Bagi mengatasi masalah ini agar ianya tidak menggangu proses pengajaran dan pembelajaran saya yang akan datang, saya akan melaksanakan segala cadangan yang telah saya kemukakan 7. Rujukan

Disemak oleh Guru Pembimbing:

Disemak oleh Pensyarah Penyelia:

………………………………………

………………………………………

Nama : Ustaz Mohd Zawawi bin Chik

Nama : Ustaz Sabawi bin Awang

Tarikh :

Tarikh :

JURNAL MINGGUAN

Related Documents

Jurnal 4.en.id
October 2019 7
Jurnal 4.docx
June 2020 5
Jurnal 4.pdf
June 2020 7
Jurnal 4 2018.docx
October 2019 27
Analisa Jurnal 4.docx
November 2019 28

More Documents from "dini subekti"

Jurnal 4 2018.docx
October 2019 27
Helth
May 2020 10
Jurnal 2 2018
August 2019 15
Jurnal 1 2018
August 2019 22
Ameer_japimabstrak.docx
November 2019 22