PRINSIP BERBUAT BAIK KEPADA IBU DAN BAPA Berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah kewajipan yang dapat diterima oleh mana-mana agama sekalipun; sehingga Islam tidak memisahkan sama sekali hubungan kekeluargaan yang terjalin walaupun berlainan agama. Islam mewajibkan ummatnya menjaga hubungan yang baik dengan kedua ibu dan bapa sebagaimana firman-Nya:
ِوَبِا ْلوَالِدَيْنِ ِإحْسَانًا وَذِي ا ْلقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِين Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin. (Surah al-Baqarah : 83) Namun seorang anak itu hanya wajib mentaati ibu bapanya selagi mereka tidak menyuruh kepada maksiat dan syirik kepada Allah s.w.t. Ini jelas dengan apa yang telah terkandung dalam kitab-Nya. Firman Allah s.w.t :
ِ َن أ ن ِ علَى وَهْنٍ َو ِفصَالُ ُه فِي عَامَ ْي َ َو َوصّيْنَا الِْ ْنسَانَ بِوَالِدَيْ ِه حَ َملَتْ ُه أُمّهُ وَهْنًا َس َلك َ ْن جَاهَدَاكَ عَلى أَنْ تُشْ ِركَ بِي مَا لَي ْ ِ َوإ. ُك ِإلَيّ الْ َمصِير َ اشْكُ ْر لِي َولِوَالِدَ ْي ّن أَنَابَ ِإلَيّ ثُم ْ َعلْ ٌم فَلَ ُتطِعْهُمَا َوصَاحِبْهُمَا فِي الدّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتّبِعْ سَبِيلَ م ِ ِبِه َِإلَيّ مَ ْرجِعُكُ ْم َفأُنَبّئُكُمْ ِبمَا كُنْ ُتمْ تَعْ َملُون Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu ,maka janganlah kamu mengikuti keduanya ,dan pergauilah keduanya di dunia dengan baik,dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku,kemudian hanya kepada-Ku lah kembalimu,maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (alLuqman : 14-15) Hadis-hadis di bawah ini adalah termasuk di bawah prinsip berbuat baik kepada kepada ibu dan bapa.
سألت النبى صلى ال عليه وسلّم: عن عبدال إبن مسعود رضى ال عنه قال : ي ؟ قال ّ ثمّ أ: قلت. الصلة على وقتها: ب إلى ال ؟ قال ّ أيّ العمال أح: الجهاد فى سبيل ال: ثمّ أيّ ؟ قال: قلت. برّ الوالدين Daripada Abdillah bin Mas’ud, beliau berkata : "Aku bertanya kepada Nabi s.a.w ; Amalan manakah yang lebih Allah suka? Rasulullah menjawab : Sembahyang pada waktunya. Aku berkata : Kemudian apa? Rasulullah s.a.w menjawab : Berbuat baik kepada kedua ibu dan bapa. Aku berkata : Kemudian apa? Rasulullah s.a.w menjawab : Berjuang di jalan Allah. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Nasa’i dan Ahmad)
َل َلك َ سلّ َم ُأجَاهِدُ قَا َ َعلَيْهِ و َ ُّصلّى ال َ ّل لِلنّبِي ٌج ُ عَنْ عَ ْبدِ الِّ ْبنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ َر ْأَبَوَانِ قَالَ نَعَمْ قَالَ َففِيهِمَا َفجَاهِد Daripada Abdullah bin Amar beliau berkata : "Seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w : "Aku hendak berjihad". Nabi bertanya kepadanya : "Adakah kamu mempunyai ibubapa?" Beliau menjawab : "Ya". Nabi s.a.w berkata : "Maka berjihadlah pada mereka berdua." (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, alTirmizi dan Ibnu Majah)
Kedudukan Ibubapa dalam Islam terletak pada tempat yang mulia dan tinggi hinggakan seseorang itu lebih patut menjaga ibubapanya yang memerlukannya dari berperang di medan perang. Walaupun peperangan suatu perkara yang amat penting kerana kekuatan sesebuah negara bergantung kepadanya namun berkhidmat kepada kedua ibubapa adalah lebih penting. Sesetengah pengulas-pengulas hadis menyebutkan secara mutlak lafaz ‘ibubapa’ iaitu sama ada kafir atau Islam. Dengan itu, seorang yang beriman wajib berkhidmat kepada ibubapanya walaupun ibubapanya itu kafir atau tidak seakidah dengannya. Manakala kedudukan seorang ibu itu adalah tiga kali lebihnya daripada seorang ayah sepertimana sabdanya :-
علَيْ ِه َ ُّصلّى ال َ ِّجلٌ ِإلَى َرسُولِ ال ُ ل جَاءَ َر َ ن أَبِي هُرَيْرَةَ َرضِيَ الُّ عَ ْنهُ قَا ْ َع ْصحَابَتِي قَالَ أُ ّمكَ قَالَ ُثمّ مَن َ ن ِس ْ ُق النّاسِ ِبح ّ َن َأح ْ َسلّمَ َفقَالَ يَا َرسُولَ الِّ م َ َو َقَالَ ثُ ّم أُ ّمكَ قَالَ ُثمّ مَنْ قَالَ ُث ّم أُ ّمكَ قَالَ ثُمّ مَنْ قَالَ ثُ ّم أَبُوك Daripada Abi Hurairah r.a, beliau berkata : "Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata : "Wahai Rasulullah! Siapakah yang paling berhak untuk aku berbuat baik? Rasulullah menjawab : "Ibumu". Dia bertanya (lagi) : "Kemudian siapa?" Rasulullah s.a.w menjawab : "kemudian ibumu". Kemudian dia bertanya (lagi) : "Kemudian siapa?" Rasulullah s.a.w menjawab : "kemudian ibumu". Dia bertanya (lagi) : "Kemudian siapa?" Rasulullah s.a.w menjawab : "Kemudian ayahmu". (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad)