Ibu Bapa

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibu Bapa as PDF for free.

More details

  • Words: 751
  • Pages: 3
Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan ibu bapa untuk melihat anakanak mereka berjaya dalam hidup. Mereka ingin melihat tiap seorang daripada anak mereka mencapai kesejahteraan dari segi fizikal, mental, sosial dan juga rohaniah. Mereka sentiasa memikirkan masa depan zuriat mereka. Ini adalah satu jihad. Ibu bapa merupakan sebaik -baik contoh kepada anak -anak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar si anak dapat menjiwakannya. Dasar kependudukan baru negara menekankan kewujudkan satu generasi yang sihat , dinamik , produktif serta mempunyai nilai -nilai hidup dan moral yang tinggi. Negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran positif. Ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak -kanak , strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan anak mereka sepertimana yang di cita -citakan. Faktor -faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua , iaitu faktor persekitaran luar dan faktor dalam diri si anak itu sendiri. Persekitaran luar merangkumi suasana di mana si anak diasuh dan berkait rapat dengan faktor -faktor seperti taraf sosioekonomi , budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya , peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa. Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan , taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar , pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya ) , dan ciri -ciri serta bakat semula jadinya yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya . Setiap komponen yang memain peranan dalam mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak -kanak itu perlu difahami oleh ibu bapa. Mereka perlulah bijak mengenal pasti ciri -ciri kekuatan yang ada pada anak mereka di samping menumpukan perhatian pada sebarang kelemahan yang ada pada seseorang kanak -kanak itu boleh diatasi atau sekurang -kurangnya diperbaiki dengan menggunakan strategi -strategi tertentu. Kekuatan atau bakat yang dikenal pasti boleh dipupuk dan dipertingkatkan lagi dengan memberi galakan serta peluang untuk si anak itu meningkatkan potensinya .

Anak-anak hendaklah diberi pendidikan yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalam kandungan lagi. Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh itu suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untuk memastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh. Suami isteri mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang, makan minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan. Ketika isteri mengandungkan bayi, si bapa pula mempunyai peranannya yang tersendiri. Bekerjalah dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan ikhlas demi mendapatkan rezeki yang halal untuk keluarga mereka. Sesungguhnya keberkatan lahir dari makan minum yang berpunca dari rezeki yang halal. Oleh itu para ibu bapa hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada setiap masa dalam pekerjaan. Tunaikan kerja dengan penuh dedikasi dan amanah demi memperoleh rezeki yang berkat dari sumber yang halal. Rezeki yang diberi makan kepada anak itulah yang akan menjadi darah daging yang akan membesarkan anak-anak . Jika sumbernya halal dan berkat, mudahmudahan anak-anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup kedua-dua ibu bapa. Di samping itu apabila anak-anak telah diberi pendidikan sempurna mengikut syariat Islam, apabila besar mudah-mudahan mereka akan menjadi anak yang soleh.

1. KEPRIHATINAN IBU BAPA DALAM MELUANGKAN MASA UNTUK MENYEMAK KERJA SEKOLAH ANAK - ANAK MEREKA, SAMA ADA SIAP ATAU SEBALIKNYA. 2. KEMAMPUAN DAN KESANGGUPAN IBU BAPA MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PEMBELAJARAN ANAK - ANAK MEREKA, SEPERTI BILIK BELAJAR, BUKU RUJUKAN, KELAS TAMBAHAN, BELANJA PERSEKOLAHAN DAN SEBAGAINYA. 3. KEPEKAAN IBU BAPA DALAM MEMBUAT PEMERHATIAN SECARA BERPANJANAGAN DAN BERTERUSAN TERHADAPA PENCAPAIAN AKADEMIK ANAK - ANAK MEREKA. 4. KESUNGGUHAN DAN KERJASAMA IBU BAPA KEPADA SEKOLAH KHUSUSNYA GURU KELAS, GURU MATA PELAJARAN, GURU DISIPLIN DAN PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH DALAM MEMASTIKAN PENGAWASAN BERTERUSAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK ANAK - ANAK MEREKA. 5. KEUPAYAAN IBU BAPA DALAM MENGAWASI PERUBAHAN TINGKAH LAKU SERTA KEUPAYAAN MEMBERIKAN MOTIVASI ATAU DORONGAN KEPADA ANAK - ANAK MEREKA. 6. KEWUJUDAN PENGETAHUAN ASAS IBU BAPA BERKAITAN MATA PELAJARAN YANG DI PELAJARI OLEH ANAK - ANAK MEREKA.

7. KEUPAYAAN IBU BAPA MEMBENTUK SIKAP DAN SAHSIAH ANAK MEREKA AGAR MENJADI KUTU BUKU DAN BUKANNYA KUTU RAYAU...MAKLUMLAH ZAMAN SEKARANG. 8. KESEDARAN KENDIRI IBU BAPA TERHADAP KONSEP HUBUNGAN MEREKA DENGAN ANAK MEREKA BERKAITAN PROSES PEMBELAJARAN....SEPERTI ADAKAH MERE BERTINDAK SEBAGAI GURU...ATAU SEBAGAI KAWAN... ATAU SEBAGAI IBU BAPA DALAM MELAYANI KERENAH PEMBELAJARAN ANAK - ANAK. 9. KESANGGUPAN DAN KEMAMPUAN IBU BAPA MEMBERI CONTOH TELADAN KEPADA ANAK - ANAK DENGAN MENGAMALKAN SENDIRI BUDAYA BERUNSUR AKADEMIK SEPERTI BUDAYA SUKA MEMBACA DAN SEBAGAINYA.

Related Documents

Ibu Bapa
May 2020 27
Ibu Bapa Cemerlang
December 2019 25
Adab Dengan Ibu Bapa
May 2020 16
Kebenaran Ibu Bapa
November 2019 23